Assalamualaikum
Hai semua.Lebih baik In straight to the point saja.Tahu tak apa yang menyedihkan?Sungguh menyedihkan.Kalau terlintas sedikit pun difikiran kita,pasti menitiskan air mata.Pernah korang terfikir dengan apa yang mungkin dirasai oleh anak-anak yang ditinggalkan ibu mereka ? Pernah korang letakkan diri korang dalam situasi mereka ? Apabila mereka membesar,kemungkinan ataupun pasti mereka akan menyoal begitu banyak soalan.Kerana dalam hidup kita ni tak akan lari daripada tanda tanya.Siapa diri mereka ? Asal usul mereka ? Macam mana rupa ibu mereka ? Kenapa ibu mereka membuang mereka ? Meninggalkan mereka ? Ibu mereka sayang tak dengan mereka ? Adakah ibu mereka sentiasa mengingati mereka ? Adakah ibu mereka akan mencari mereka semula ? Mereka ada saudara lain tak ? Mereka ditinggalkan dengan unanswered questions.
Bayangkan , pada suatu hari mereka pergi ke sekolah.Tiba-tiba cikgu Bahasa Malaysia masuk dan cakap
"Murid-murid,hari ini cikgu nak kamu semua menulis karangan mengenai Ibu Saya."
Apa yang nak ditulis oleh pelajar yang tidak bernasib baik ini ? Apa yang ingin ditulis ? Menatap wajah ibu mereka pun tak pernah inikan pula nak tulis yang lain-lain.
Pernah tak korang rasa yang mereka sedang lagi mengelamun dan menanyakan sesuatu pada diri sendiri ?
" Kenapa ibu buang aku? Ibu tak sayang aku kah? Aku begitu jijik kah atau tidak comel ? Tidak lawa ? Aku ada kekurangan apa ? Ibu ... apa sebenarnya salah aku ibu ? "
Atau cuba bayangkan hari ini Hari Ibu.Semua orang sibuk membeli sesuatu untuk ibu mereka.Atau dengan hasil sendiri membuat kad,bunga dan sebagainya.Tapi bagaimana dengan mereka yang tidak ada salah apa ini ?
" Hari ni Hari Ibu.Aku tak boleh nak beli sesuatu,nak buat apa-apa.Aku tak ada ibu.Ibu tak ada disini.Aku hanya mampu bercakap dari jarak jauh.Selamat Hari Ibu... ibu ... "
Mungkin juga ada yang menulis diari mengenai isi hati mereka.Hati yang mendambakan kasih sayang seorang ibu,kehangatan pelukan seorang ibu.
Ibu,aku rindu ibu sangat-sangat.Ibu dimana ? Ibu,tolonglah kembali kepada anakmu ini.Apa ibu tak pernah menyayangi dan mengingati aku? Ibu tak pernah cuba mencari aku semula,ibu ? Kenapa ? Kenapa ibu ? Apa salah aku ibu ? Kenapa ibu bersama papa dan setelah hadir aku ibu campak aku begitu sahaja ? Kenapa ibu ? Bukankah aku tanda kasih sayang ibu dan papa ? Aku begitu ingin memelukmu.Orang kata pelukan seorang ibu begitu hangat dan mendamaikan.Aku ingin ... ingin merasainya ibu.Aku ingin ibu memanggil aku , "anak ku".Aku mahu rasa kasih sayang seorang ibu seperti orang lain.Dimanakah ibu ?
Pelbagai lagi persoalan yang tak terjawab ... Hanya Allah sahaja yang begitu memahami mereka. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa dapat membantu mereka dan memberi mereka kekuatan dan kesabaran. In percaya,mereka begitu tabah . Ujian yang terlalu besar ini tidak akan Allah berikan kepada mereka jika mereka tak mampu melaluinya.Mereka begitu kuat.Kita hanya dapat membantu mereka dengan mendoakan mereka yang terbaik dan memberikan kasih sayang kita kepada mereka.Bukan dengan mencaci atau menghina.Kita perlu memberi mereka dorongan dan melihat dari segi positif.Segalanya ada hikmah.
Dan tidak terlepas pandang juga kepada ibu bapa mereka yang telah tiada.Pasti mereka merindui mereka bukan? Jadi kita yang masih punya ibu dan ayah atau antara mereka ... sayangilah mereka,jagalah mereka dan jangan berputus doa untuk mereka.Berusahalah menjadi anak yang soleh dan solehah.Aamiin =)
Sedikit peringatan,untuk mengelakkan kes pembuangan bayi segala meningkat,kita perlu berusaha dekatkan diri dengan agama,lawan dan kawal nafsu dan jaga batas pergaulan.
:: NN ::
jangan pernah buat ibu kita menangis..
ReplyDeletehm..luv my mom soooooooooooo mucchhhh..!!
Yeah .. doakan mereka didunia dan akhirat =)
ReplyDeleteDoa kan ibu sentiasa..cme itu bekalan untuk mereka didunia dan akhirat..add on? gembirakan mereka dgn kecemerlangn :)
ReplyDeleteBetul-3 !! :D
ReplyDelete