Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum

Ni hao! Seperti yang dijanjikan,recipe baru yang akan dikongsi adalah Biskut Lidah Kucing! Memeow! Erm,tak tahu kalau ada nama yang lain tapi yang pasti ia femes dengan gelaran Biskut Lidah Kucing. Tapi lidah Mu'iz tidak pelangi sebegitu rupa. Tidak. Tanpa melengahkan masa,mari kita tengok!

Okay ni bukan mainan budak-budan playdoh ke,atau watercolour di plate ke ...tapi ini proses from 0 to an edible food! Mehmehhh. Ini lah biskut lidah kucing saya!!! Senang je buat ni. Gerenti lah. 

Bahan-bahan :

250gm mentega

175gm gula kastor

100ml putih telur

200gm tepung gandum

50gm tepung jagung

1/4 sudu teh emplex

Pewarna : Biru,Hijau,Kuning,Oren,Merah/Pink,Ungu [Kalau nak lagi satu warna]

Loyang khas! [Seperti didalam gambar]

Piping bag

Cara-cara membuatnya :

1) Ayak tepung jagung,tepung gandum dan emplex

2) Pukul mentega dan gula dalam mixer hingga sebati

3) Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati

4) Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata

5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda gunakan

6) Letakkan pewarna untuk setiap bahagian. Letak ikut kesesuaian

7) Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna yang anda gaulkan tadi

8) Potong hujung muncung piping bag

9) Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki mengikut warna pelangi

10) Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15-20 minit. Jangan terlalu lama!!! Nanti hangus dah tak cantik biskut tu tetapi rasanya tetap sama. Kalau lama sikit,warnanya jadi dull dan kurang menyerlah. Tak syok la bergambar. Kdaa... hahahah

Mudah kan?! Piping bag memang kena beli banyak lah tau? Susah kalau satu piping bag je. Serius tau. Dan loyang biskut lidah kucing ada beberapa bentuk tapi saya hanya beli bentuk ini. Oh ye lagi satu,sebelum nak pipekan warna-warna tu diatas loyang,sapukan dulu mentega diatas loyang tu eh! Dalam gambar tu ada nampak kot. Okay. Cepat dan mudah tau! Selamat mencuba! Boleh kongsi hasil jika ada yang mencuba! Fi hifzillah,assalamualaikum wbt :))

:: NN ::

Sunday, December 7, 2014

Laksa

Assalamualaikum


Tidak lama dulu ketika musim cuti semester,In ada juga belajar masakan baru sedikit-sedikit daripada bonda yang tercinta. In belajar masak Laksa. Tak pasti nak kata Laksa apa,mungkin Laksa Kedah lah kot. Hehe. Mari kita tengok bahan-bahan dan recipenya :)




Bahan-Bahan

8-12 ikan kembung
Satu biji tomato
Satu tin sardin tomato
Belacan (Jenama yang digunakan Belacan Sedap)
Daun kalsom
Bunga kantan
Asam keping
10 cili kering
6 bawang merah
Telur 
Cili padi
Bawang besar
Limau kasturi
Timun
Daun celom
Daun pudina
Salad

Cara Penyediaan

1) Rebuskan 8-12 ikan kembung

2) Keluarkan ikan rebus itu dan ambil isinya sahaja untuk diblend. (Boleh juga ambil sekali kepala dan kuahnya akan sedikit hitam)

3) Separuh air rebusan ikan kembung itu dimasukkan kedalam blender bersama isi ikan tadi,satu biji tomato yang sudah dipotong,satu tin sardin tomato dan juga belacan.

4) Selesai blend,masukkan ke dalam air rebusan yang tinggal separuh tadi.

5) Masukkan daun kalsom,bunga kantan dan asam keping juga.

6) Blendkan sepuluh cili kering dan 6 bawang merah.

7) Campurkannya dan masaklah kuah laksanya.

 Ikan kembung untuk diblend
 Step 4 & 5
 Step 6 & 7 (Tanpa kepala ikan)
Sekali kepala ikan

Untuk dressing...aicehhh,boleh lah guna telur,cili padi,bawang besar,limau kasturi,timun,daun celom,pudina dan salad.


 Done!

Korang suka hidangan kuah Laksa yang cair ke pekat? Kalau In,sukakan kuah yang pekat ^_^... Hidangan ni boleh seramai 3-5 orang In syaa Allah. It depends juga... Boleh lah adjust jumlah ikan untuk digunakan berdasarkan untuk berapa hidangan. Senang aje masak Laksa ni ghupenyeee... Hehehe.. Selamat Maju Jaya ! :D Nantikan recipe seterusnya di hari yang lain...Apa agaknya,kan? Hehe ^^, Assalamualaikum.

:: NN ::

Saturday, March 22, 2014

Stew Daging Pes Bawang

Assalamualaikum

Marhaba,ni hao,hi ! Hari tu In ada masak buat kali pertamanya jika dikecualikan ikan dan ayam goreng. Haha. Dibantu dan dipantau oleh Mak saya sudah tentu. Thank you Mak! Ini resepi saya dapat daripada ini blog. Alhamdulillah jadi dan memuaskan. Abah pun kata okay. hehe. Time ni abang-abang saya tidak ada. Mereka di Uni. Kami 3 orang je le me,Mak dan Abah. haha. Saya ada bagitau dan hantar gambar kat abang sulung saya,respon dia apa tau ? "tak sedap?" Cis. Hahaha. Abang kedua pula, "Zzz". What kind of feedback were that ? Haizzz. Hahaha. Lain kali saya masak lagi sedap-sedap jangan harap boleh sentuh :P *pegang parang* Hahaha. Anyway,I would like to share the photos first and then the recipe okay ? Enjoy !
PERINGATAN *Tolong jangan menunjukkan post ini dengan ibu bapa anda. Dikhuatiri akan datang pinangan. Saya tidak bersedia* Ahaks,ayat bajet gila kau :P








Finale

Credit kepada bonda tercinta saya kerana ini hasil kerja tangannya memotong segala bahan. Ahaksss. *Okay ibu bapa anda lari tak jadi buat menantu. uhuks ;P* Anyway,saya buat muka seposen kepada bonda saya untuk masak stew dalam claypot. Apakah? hahah. I don't know boleh ke tidak but I just really wanted to use this claypot. Orang kata masak dalam claypot sodappp belako! Whatsapp-ed my Abah and he replied "Welldone,tonite I want to taste it." I was so ketaqqqqq okay. Macam mana tak sedap? Abah nak makan apa malam ni??? Aceyyy. Lepas masak tu mak kata sedap and she gave to kenalan parents saya la. So I was like "you really wanna give them?? betul sedap??" Huhuhu... Kang tak sedap malu den malu. Haha. Alhamdulillah everything went well berkat pertolongan dan mak rasa masakan tu masa demi masa. Haha ayat cannot go betul. Terima kasih kepada Allah juga kerana memberikan kudrat ini untuk memasak.Hey,bunyi macam dah menang pertandingan memasak. Without wasting our time kan as time is so precious like gold :P Mari kita tengok resipinyeee edited by me okay... Oh ya,saya lupa nak tangkap gambar pes bawang saya. Kalau tengok gambar saya tak hitam stew dia sebab saya tak tumis bawang sampai hitam. Kalau tengok blog tu kuahnye hitam. Untuk pes bawang boleh rujuk gambar di blog INI.

Bahan-bahan masakan:



Daging halal lebih kurang 500gm ~ bersihkan dan potong kiub
1 batang lobak merah ~ potong dengan kreativiti anda
2 biji kentang ~ potong dengan kreativiti anda
2 sudu tepung gandum
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Oregano (bahan wajib masakan saya) hehe

Sedikit daun bawang dan daun sup~ untuk hiasan

Air secukupnya.

Bahan-bahan pes bawang:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris

300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan pes bawang:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul-betul masak. (Time ni campur sikit oregano)



Cara penyediaan masakan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai.Well,saya guna claypot.Teehee. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging dan air secukupnya (saya tak buang air/jus daripada gorengan daging tadi), kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga masak.
4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Ditambah oregano lagi atau lada hitam jika ingin sedikit umph lebih :P. Hidangkan dengan ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang.


Selamat Maju Jaya ! ^_^

:: NN ::

Monday, March 17, 2014

Kek Ala Keju

Assalamualaikum

Hi semua. Hari ini mari In kongsikan satu resepi yang baru je In buat semalam. Jangan pelik,sebenarnya berkongsi resepi ini memang pernah sejak blog lama dulu. Dulu In berkongsi kek coklat pertama kali In buat dan jadi dan sedap. hehe. In syaa Allah nanti In akan kongsikan kembali :) Hari ni resepi dapat daripada blog INI . Cuma In ada ubah sikit lah dari segi acuan guna. Nama asal Kek Span Keemasan.Nama je sponge kek tapi texturenya lebih kurang macam kek keju. Jadi In ubahlah nama ke Kek Ala Keju :P Sedap,in syaa Allah :D

Mine one :D

Bahan A :

50 gram mentega
50 gram tepung kek
3 kuning telur (Gred A)
55 gram susu segar
1/2 camca teh @ separuh tudung botol esen vanilla

Bahan B :

3 putih telur (Gred A)
50 gram gula kastor
6 gram tepung jagung

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 140C, sediakan tin bulat bersaiz 6.3 inci atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. (Saya guna tin chiffon.Jika guna loaf tin,tin tu bahagian bawahnya tak boleh ditanggalkan, maka alas dengan kertas. Tak perlu disapu dengan mentega). Ketepikan.
  2. Dalam periuk kecil, cairkan mentega dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api, kemudian masukkan tepung kek, kacau pantas hingga sebati. Tuang susu dan kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga rata dan licin. Ketepikan.
  3. Gaulkan gula kastor dan tepung jagung hingga rata. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Putar putih telur hingga kental. Ketepikan.
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur, gunakan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan baki putih telur, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan masukkan ke dalam oven, di rak bawah.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Kemudian keluarkan kek, dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin. Potong dan boleh hidangkan.
Sikit kan amaun bahan digunakan? Loyang/tin pun kena kecil. Kalau nak guna yang besar kena doublekan sebab takut nanti keknya nipis macam In punya. Tapi In suka. hahaha. Selamat mencuba ! :)

:: NN ::