Thursday, June 27, 2013

Ya,Aku

Assalamualaikum

Pada sesetengah orang,bukan mudah untuk melafazkan rasa kasih sayang.
Sesetengah orang itu lebih mudah meluahkannya kepada orang luar berbanding dengan keluarga sendiri.
Terasa begitu rugi,keluarga yang paling dekat tidak dapat kita tunjukkan tetapi tidak kepada orang luar.
Ya,aku.

Mungkin mudah kita menyakiti dan disakiti.
Cepat kita terasa dilubuk hati ini.
Lebih mudah sakit dengan orang yang terdekat berbanding diluar sana.
Ya,aku.

Kalau memberi nasihat itu mudah.
Tetapi untuk membuat diri sendiri memahaminya cukup sulit.
Mengapa begitu ?
Ya,aku.

Membuatkan seseorang itu menyedari kesilapannya gampang.
Tetapi untuk menyedari kesalahan sendiri begitu sukar untuk difahami.
Tak semua sentiasa jelas pada diri sendiri tetapi begitu jelas jika dilihat pada orang lain.
Ya,aku.

Dua suku kata,maaf.
Senang disebut tetapi gugup dilafaz.
Mungkin ego menyekat hati yang ingin membenarkan.
Ya,aku.

Ucapan terima kasih mulia disebut.
Tetapi mungkin pemikiran yang kolot mengehadkan akal yang membenarkan.
Mengapa begitu?
Ya,aku.

Soalan yang sering berlega-lega difikiran.
Mudah untuk mendapatkan soalan.
Tetapi untuk mendapatkan jawapan.
Mungkin perlu menunggu seribu tahun.

Ya,Aku.

:: NN ::

Tuesday, June 25, 2013

Kek Cawan Termahal Di Dunia

Assalamualaikum


Kek Cawan Golden Phoenix

Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga RM3,184 sebiji.Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall. Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari Itali serta biji vanila pula dari Uganda. Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan. 
Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.

Wahhh! Sanggup tak anda anda anda andaaaa semua melaburkan duit untuk kek cawan macam ni ?? Ada orang sanggup sebab ingin menikmati pelbagai jenis makanan. Ada juga sanggup sebab kaya-raya :P Macam-macam lagi lah jenis orang yang sanggup ni kan. Tapi yang tak sanggup pun lagi ramai rasanya. Faktor utama,kewangan. Kemudian disusuli dengan merasakan ia satu pembaziran,atau bukan penggemar makanan atau coklat atau kek.Oh mungkin juga bukan penggemar emas. Haha. Pun macam-macam jenis orang yang merasakan mereka tidak akan mengeluarkan duit sebanyak itu untuk kek cawan ni.


Agak-agak korang sanggup tak ? :)

p/s Alhamdulillah dah selamat pergi ke Thailand tempoh hari dan selamat sampai di Malaysia pada Sabtu yang lepas. Syukran atas doa kalian :) And QTI pun dah lulus walaupun lulus kesian je tu :P Nervous,kezzzutan menggunakan kereta lain dan penat baru balik Thailand punya pasallll ... T.T ~ *ceh*
Sekarang ni In busy sangat dengan homework yang bertimbun dan kepenatan yang belum recharge habis. Asyik mengantuk je kan. Maaflah sebab In tak sempat nak blogwalking. In akan usahakannya secepat yang mungkin untuk blogwalking blog korang balik and komen banyak-banyakkkkkk!!!! Boleh kan ? :)
Lots of love,from me ~

:: NN ::

Tuesday, June 18, 2013

Ke Thailand

Assalamualaikum


Hi semua! Ermmmm,so ape citer dengan Thailand ? Esok In akan bertolak ke Betong,Yala di Thailand. Ada Kem Jamboree atau dikenali juga sebagai Thai And Asean Scout Jamboree atau dikenali juga sebagai Janprat Anusorn Scout Camp Betong,Yala. Hahah. Memacam aih. Pergi selama 4 hari!! Balik Sabtu. QTI kereta esok cancel bawa ke Ahad ni la. Penatnye. Hmph ~ Doakan keselamatan In dan kekawan dan guru-guru yang mengiringi kami. Doakan keselamatan kami pergi,semasa dan pulang ye ? In syaa Allah semuanya baik-baik dan dipermudahkan :) Aamiin... In kena pi la kem ni sebab Sijil Antarabangsa. Markah kokurikulum full 20/20. Kan senang. Haha. Ye lah,In tak berapa aktif tahun ni dan tahun lepas. Lagi pun,rasanya ni lah kem terakhir tahun ni buat Form 5. Kan nak trial dan SPM. Haa... Cikgu pun kata,apa-apa aktiviti tamat bulan 6 ni. Lepas ni,fokus kepada kurikulum saja. :)

Lagi sekali,doakan perjalanan pergi dan pulang kami. Kesihatan kami. Huhu ... Jumpa nanti tau ! Lepas test QTI Ahad ni In bagitau keputusannye and in syaa Allah akan cerita mengenai kem di sana :D See yaa!!

:: NN ::

Monday, June 17, 2013

QTI Day

Assalamualaikum


Hi semua! In nak bagitau je Khamis ni In ada test QTI untuk kereta!!! WhoOps!~ Takut jugak la. Nak ingat 3 jalan,dah la sekali je pun belajar setiap satu jalan. Haha. Nak ingat pula mana nak bagi signal,mana nak tekan minyak,guna gear apa,lorong mana. Aduduuu~ Senang la yang mana dah pass tu kata QTI ni senang je pun T.T ... Senang pun ada juga orang failed kannnnn! Haha,moga-moga In tak tergolong dalam kalangan tu! Haha. Ye lah,kalau failed jadi lambat lah nak pergi test JPJ pula. Lambat lagi lah nak dapat lesen P. Kalau failed je tengok-tengok sampai ke bulan puasa. Tak ke capek? Haha. Jadi,harap-harap ada advantage la ambil test dekat-dekat Ramadhan ni. Ye la,mungkin orang tu kata "bagi je lulus,nak dekat bulan puasa ni. Kesian pula. Aku pun penat." Ceceii...over je berangan XD Apa pun lesen L In tamat bulan 8 ni. Haa,mau tak ketaq. Kena pass juga walau macam mana sekalipun! *semangat* Doakan In ye,huhu ... Terima kasih.

pfftt : PEMBETULAN , RABU ni !!!! O.O ~ kenapa dipercepatkan T.T ~

:: NN ::

Sunday, June 16, 2013

Anu Is Unknown

Assalamualaikum

Hi! Errr,tajuk tu memang peliks. Boleh kata mungkin yang datang berkunjung baca je tajuk tu macam loqlaq. Aihh,In bukan macam tu. Haha. Macam ni,ada la cerita dia.

Tadi kat sekolah,kelas In belajar tajuk Variations waktu Mathematic. Cikgu ajar punya ajar sehinggalah cikgu menyebut perkataan 'anu'. Kawan In kat belakang tu gelak. Perempuan. Cikgu In yang berjantina perempuan tu pun kata, " I don't know erk,why when I say anu anu ...students will laugh.Actually,apa maksud dia?" Lebih kurang cemtu lah kata cikgu In. Hahaha ... Lepas tu dia sambung la tanya apa maksud anu tu dan In mula-mula tak gelak pun. I thought cikgu salah sebut ke apa tapi can hold on la gelak tu. Haha. Tapi last-last cikgu asyik sebut je terus banyak kekawan dalam kelas gelak lagi termasuk In. Haha. Teacher kata,eh you know tak anu tu maksudnya unknown. Unknown is in English but anu Bahasa Melayu.Kami pun macam "betul ke cikgu ????" Hahaha. Cikgu kata yes,betul. Anu tu unknown la.. Mesti korang faham punya kan unknown tu apa? Semua belajar mathematic tak silap In :3 ... 


Then cikgu tanya,what is anu yang korang duk gelak tu. Cikgu kata lagi,the boys serious je,diorang pun tak tau. Hahaha,kami kalih tengok diorang and ye la !! Diorang tak tau ... kami gelak la... haha... lepas tu cikgu tanya salah seorang pelajar lelaki dalam kelas tu , "eii,what is anu?" lepas tu In terus kata "cikgu!!!" Hahahaa ... Cikgu terus pandang In and kata "ohh,lelaki punya tu ah ?" In and kawan In angguk kata "haa..." Hahaha.. Lepas tu cikgu kata "uhhh,let's continue okay." Hahahah .. budak kelas gelak.Aduii,cikgu tak tau,bebudak lelaki kelas In pun tak tau.. Bebudak laki kelas In tu semua non-Muslims. 3 India,2 Cina and 1 Siam.Tak percaya jugak la diorang tak tau atau buat-buat tatau. 

Apa pun,In nak cakap kat adik-adik ni...kalau dalam kelas Math cikgu ada guna perkataan "anu" tu sila faham itu bermaksud "unknown". Anu tu bukan satu maksud je ,okay ? :) Nampak sangat cetek lagi ilmu kita orang dalam B.Melayu ni. Hmphh... Itu je yang In cuba sampaikan :)

:: NN ::

Friday, June 14, 2013

Renungan #1

Assalamualaikum

Google


Kasih sayang dipamerkan dalam kebencian menjadikan ia kasih yang diingati.

Prinsip Hidup Mengingati dan Diingati

Sisi lain yang ditonjolkan oleh orang yang kita kasihi ada kalanya menjadikan kita tidak selesa,rasa marah dan berpendapat ia tidak sepatutnya begitu. Mungkin itulah persediaan daripada dirinya kepada kita apabila sudah mula berjauhan.

:: NN ::

Tuesday, June 11, 2013

Supporter

Assalamualaikum

Hi semua! Sihat tak ? Moga sihat-sihat ye ^^,
Hari ni,In berfikir-fikir juga. Salah satu faktor In masih kuat berjuang sekarang *ceh ayat* kerana ada supporters daripada rakan bloggers. Suka bagi nasihat dekat sini,bertukar atau kongsi pendapat dan pengalaman sendiri buat In terharu sangat and appreciate :)



Atas penghargaan,In rasa nanti In akan buat satu post khas di mana korang just boleh kongsi apa-apa kata semangat sama ada korang rasa menarik atau korang sendiri berpegang pada kata-kata tu dekat comment. Not a segmen di mana korang perlu buat post sendiri dan pelbagai syarat bagai,no. Tak perlu la :) Just leave a comment. Tidak terhad berapa banyak kata-kata semangat atau perangsang for each person. In akan pick 3 yang terbaik. 3 terbaik tu sebab In sendiri tertarik dengan kata-kata tu dan buat semangat In melonjak tinggi juga!!! Wee :D Tapi bukan sekaranglah,mungkin nanti-nanti bila kelapangan. 3 terbaik tu In akan bagi hadiah ^_^ ... Others termasuk 3 terbaik tu In akan buat post untuk senarai kata-2 diorang berserta link blog diorang and In akan jadikan diorang bloglist In selama 3 bulan :) Antara no. In suka adalah no.3 . hahah. In syaa Allah,In hanya merancang,Allah yang menentukannya :) Lagi pun,ambil masa juga In nak usya hadiah yang menarik dan berpatutan :)  Gimme time ;)

Thanks for everything tau rakan bloggers :) Love all of you lillah ! 
See you soon !

:: NN ::

Meniru Dalam Peperiksaan

Assalamualaikum


In tak nak cakap panjang-panjang.

Ingat,mungkin terlepas daripada pandangan orang lain,guru-guru tetapi TUHAN sentiasa melihat.

Ingat,keputusan hasil usaha gigih sendiri memberikan kepuasan semaksimanya berbanding keputusan hasil peniruan.

Ingat,hasil keputusan atas usaha sendiri HALAL dan DIBERKATI berbanding hasil peniruan iaitu BERDOSA lagi TIADA KEBERKATAN.

Ingat,belajar kerana TUHAN, maka buat sejujurnya.

Ingat,keputusan yang anda dapat tidak kira A B C D E F kerana diri anda sendiri,usaha anda.Maka mudah untuk anda terima dan redha dengan keputusannya.

Last but not least,TUHAN tak marah kalau sudah usaha walaupun keputusan masih tidak memberangsangkan.Tapi TUHAN marah kalau kita tidak belajar dan usaha tambah-tambah menipu lagi.Walaupun keputusannya cemerlang,tetapi tidak akan dipandang oleh TUHAN.

Fikir betul-betul sebelum berniat dan ingin untuk meniru!

R.E.N.U.N.G.K.A.N 

:: NN ::

Monday, June 10, 2013

Terima Kasih,Rakan Blogger :)

Assalamualaikum

Hi semua ! Sihat ? :)
Hari ni In nak buat post untuk ucapkan terima kasih kepada seorang rakan blogger In ...


In dah dapat kiriman keychain tu. hehe...  Bagi sesiapa yang nak tau kenapa In dapat,boleh je tengok post daripada blog sis =) Post yang INI dan INI 

Siap ada note lagi tau. Hehe ... Jangan risau,In pembaca setia blog hanyadihatiku ;)

Buat pengetahuan semua,In ni penggemar kumpul keychain. Hobi la. Suka sangat dengan apa-apa jenis keychain. Sekarang ni In dah ada 100 kot . Hari tu ada kemas-kemas keychain and kira,tapi dah lupa la berapa ^_^' ... Banyak juga... Heee~ Terima kasih ye,sis :D
In pun dapat setem daripada sampul surat tu >_<'' In pun suka kumpul setem. Dah ada 2 buah album setem. Nak masuk 3 kot. Haa... Lama dah juga tak ceburi hobi ni. Ceh ayat. Hee :) Extralah buat In :D

Jejenguk lah blog sis ni. Tak marah pun tuannya. Kihkihkih ;)
Semoga semua sihat wal'afiat okay! Mula la hari-hari busy In. Kena boost up sebab ada trial Ogos ni dan ada concert piano September ni. Takutnya. In ni cepat gelabah la benda ni semua -.-''' Boleh tak nak larikan diri ?? -___-'' . Haha . In pun sekarang ada latihan memandu untuk Lesen P pula. Penatnya. Oleh sebab itu,kawan... In terpaksa tarik diri untuk tidak masuk acara lumba lari 100m dan reserve apa entah untuk Hari Sukan. Sorry. Memang alasan semata-mata tetapi tetap ada alasan :P Haha . Doakan In untuk semua ni ye! Huhu ... Assalamualaikum .

Nak men tipu cemni :P
Source : Google Images

:: NN ::

Sunday, June 9, 2013

Tips Mengembalikan Kecantikan Wajah

Assalamualaikum

Hi there! Hari ni,In usya-usya la kat google. Tips kecantikan terutama bagi masalah jerawat dan bekas jerawat. And In jumpalah beberapa cara secara tradisional! Well,lebih selamat dan memang ciptaan Allah ni banyak rahsia dan manfaatnya. Mari bongkarkan misteri ini! Hehe.

Pertama sekali kita boleh gunakan MADU ASLI.Ambil madu asli,tahu datang dari mana? Anda boleh selongkar dalam sarang lebah. Hee... Eh jangan-jangan. Bahaya. Silap-silap muka jadi lagi bengkak. hehe. Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan atau di tepi-tepi jalan raya dekat kawasan macam hutan-hutan. Diorang jual madu asli. Nak kepastian,madu asli tak akan didekati semut. Dan madu asli selalunya berbuih serta sedap!!! Okay,caranya ialah ambil madu tu secukupnya dan sapukan di atas bekas jerawat.Biarkan selama 20-30 minit.Kemudian,basuh dengan air sejuk. Suam pun boleh.In syaa Allah hilanglah jerawat dan bekas jerawat.

Kedua ialah KAYU MANIS.Kerik kulit kayu manis dan campurkan dengan madu asli.Sapukan pada bekas jerawat dan biarkan semalaman. Maksudnya,dari korang letak,tidur dan bangun pagi esok.Pagi tu,cuci muka anda dengan air suam.

Ketiga ialah penggunaan UBI KAYU.Ambil ubi kayu dan kupas kulitnya.Bersihkan dan parut ubi kayu itu.Peras untuk dapatkan jusnya. Blend je.Haha.Oleskan jus itu pada muka anda yang ada bekas jerawat.Lakukan setiap hari selama seminggu.Dikatakan berkesan. In belum cuba. Musykil. Betul ke UBI KAYU ? Bukan UBI KENTANG ? In ingatkan UBI KENTANG ?? Hohoho~

Keempat ialah TIMUN.Parut timun dan saring airnya.Tempekkan ampas timun pada bekas jerawat.Biarkan selama 30 minit dan cuci dengan air suam.

Kelima BUAH LEMON.Peraskan air lemon Lumurkan ke muka 1 kali sehari. Dikatakan lemon mampu juga mengurangkan parut luka dan mempercepatkan proses baik pulih luka. Dan juga membantu dalam membuatkan kulit kita dapat sel-sel yang baru. Kulit akan halus mulus. Hee.

Keenam LIDAH BUAYA. Aipp! Ni bukan haiwan buaya tu ye mahu pun buaya darat. hohoho -.-. Ni POKOK LIDAH BUAYA.Sila lah google bagi yang tengah garu kepala tak tahu menahu. Hee. Menggunakan daun lidah buaya,ambil gel nya sahaja dan lumurkan ke bekas jerawat.Tunggu sehingga kering.Bilas dengan air suam.Selain itu,gel nya boleh dibuat jus dan minum sekali sehari. Bagus untuk merawat dari dalam. Awet muda gituu...

Ketujuh ialah HIRISAN TOMATO.Hiris tomato mengikut cita rasa anda. Bulatnya,lebarnya,panjangnya. Hehe.Tempekkan pada area wajah yang ada jerawat dan bekas jerawat.Kandungan Vitamin A pada tomato membantu produksi kolagen sehingga regenerasi sel-sel yang baru. WOW! Ngehehe...

Kelapan is PUTIH TELUR DAN MADU.Kandungan protein dan vitamin pada putih telur dan madu dapat membentuk jaringan kulit yang baru.Oleskan campuran tersebut ke kulit wajah secara rutin setiap hari selama 15 minit.Gunakan campuran tersebut sebagai masker wajah untuk hilangkan bekas jerawat.Jujur ya,kalau guna telur ni,kulit korang juga akan terasa tegang. Ngee~

Last but not least,penggunaan MINYAK ZAITUN.Antara minyak yang femes di dunia.Dapat menghaluskan kulit dan menghilangkan bekas jerawat.Oleskan secara merata di bekas jerawat.

Nasihat daripada In,kalau nak dapat hasil yang memuaskan,kenalah guna secara konsisten. Kesabaran perlu ada begitu juga dengan keyakinan. Sebelum guna,selawat dulu,bismillah dulu. Selesai guna,ucapkan alhamdulillah. In syaa Allah kalau amalkannya berkesan! Cuba jangan tak cuba jika ingin mencuba. Hehe. Kadang-kadang orang ada niat nak cuba,tapi tak cuba-cuba pun. Kihkihkih... Review daripada In,In pernah cuba guna madu,minyak zaitun,lidah buaya,telur dan tomato. Tomato nampak macam lambat sangat. Errr... Tapi yang lain memang berkesan walaupun mengambil sedikit masa :) Biar lambat asal selamat! Di jamin HALAL oleh JAKIM! Kihkihkih... Selamat Mencuba !

Pssst : Siapa tau daun kemangi atau dipanggil basil atau dipanggil juga daun selasih ?? Kata ibuk-ibuk Indonesia ya,kalo konsumnya dapat hindarin muka dari terkena jerawat gitu loh. Hahaha .. ;)

:: NN ::

Saturday, June 8, 2013

Things Will Change

Assalamualaikum

End of holiday.A new beginning.Things will change.There's always a way to begin with.6 months.Smile.

:: NN ::

Friday, June 7, 2013

The Cup And The Saucer

Assalamualaikum

Hi there! I would like to share you a short story! 


A cup spoke to the saucer underneath it. "I don't understand why are you lying under me. People use me to contain cold or hot water. But what do you do? You are totally unnecessary!"

Soon someone poured some hot water into the cup and put the cup on the table. A boy carelessly reached for the cup to take a drink. The cup was so hot that the boy shouted in pain and dropped the cup. It fell to the floor and broke into pieces.

Looking at the broken cup,the saucer said,"If I had held you,the boy would not have burnt his hand and dropped you."

So,my point is the moral of the story :)
A person who does not actknowledge the support he receives from others may end up the loser himself ~ 
Appreciate your family and friends yah !  ^__^ ~ take care!

:: NN ::

Wednesday, June 5, 2013

Kronologi Israk Dan Mikraj

Assalamualaikum

Hari ni In akan kongsi kronologi Israk dan Mikraj :)

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada atau perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam,dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah 
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.



ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. 
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib,Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam...

Tuesday, June 4, 2013

Haluan Hati

Tak pernah kau ingin mengerti
Kenapa aku harus pergi
Selagi aku disisi
Tak kan kau berganjak pergi
Mencari cinta yang lebih murni

Aku tak layak buat cinta ini
Kerana aku sering menyakiti
Pasangan hati kita tak serasi
Buat aku pergi mencari ganti
Titian cinta yang sejati

Berat hati ku berlari
Jauh dari pandangan sisi
Sudah peluang ku beri berkali
Namun masih kau tak hargai
Cukup serik bilang hati ku ini

Selamat tinggal cinta baiduri
Biar hati memilih haluan sendiri
Semoga kita bahagia nanti
Bersama pengganti yang mengisi hati
Lagi halal dan diberkati

:: NN ::

| Banyak benda nak kongsi,tapi kurang rajin tulis panjang-panjang ini jari-jemari.Malam semalam ini ilham datang mari,cuba untuk berkongsi.Yang pasti tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati |

Sunday, June 2, 2013

Saudara Adam

Saudara Adam,
Maafkan Hawa jika cintamu ditolak
Bukan niatku untuk merendahkan cintamu
Bukan hasratku untuk menilai cintamu

Fahamilah saudara Adam,
Diriku ini masih kerdil
Pemikiranku masih muda
Nafsuku masih bergoyang

Dengarlah saudara Adam,
Cinta Hawa hanya untuk seorang
Dia yang mengenal tanggungjawab
Dia yang tahu untuk membimbing

Lihatlah saudara Adam,
Sepasang cincin ini hanya untuk seorang
Dia yang tahu untuk menghormati orang tuaku
Dia yang tahu untuk membahagiakan keluargaku

Wahai saudara Adam,
Maafkan Hawa jika pernah menyakitimu
Maafkan Hawa jika diri ini membuatkan nafsumu bergetar
Maafkan Hawa jika diri ini membuatkan hatimu dikayangan

Saudara Adam,
Hawa berdoa agarmu mengerti
Doaku agarmu bahagia
Akan ku doa keberkatan dari Ilahi

Dengarlah saudara Adam,
Terima kasih Hawa ucapkan
Kerana tanpamu takkan sempurna
Tuhan ciptakan saudara Adam dan Hawa untuk saling melengkapi

:: NN ::

Saturday, June 1, 2013

Dos And Don'ts Of School

Assalamualaikum

Hi there ! I'm here to share Mary-Kate and Ashley's guide to school! Never heard of them? Google will help you! ^_^

Do keep a schoolwork diary so you always know when your homework and projects are due.

Don't leave your homework until the last minute.

Do arrive on time !

Don't stay up too late on a school night,however fab the Tv is. You can always tape something and watch it later.

Do talk to your teacher if you're having problems.They're there to help you.

Don't forget that school is fun-it's where you get to learn loads of interesting stuff!

Edited by me ~ a little ~ ^_^

BRAIN FOOD ! WHOOPS !

Make sure you have a filling,tasty and healthy lunchbox.

Maybe you can try these !

Tuna and cucumber wholemeal sandwiches

Granary roll filled with peanut butter and crunchy salad

Want to be more organised for school? Try these tips!

~Go through your room and get rid of all the stuff you don't need or use any more.Hey! You can do this on this holiday ;)

~Set up a little study area. Your dressing table can double as a desk.

~Keep your books and papers for each subject in a separate file or box. It helps a lot! Trust me :)

~Do your homework early. That way,you can make more of your evening! Yeay! >_<

~Check your uniform every night and make sure it's clean-no slinging it into the back of the wardrobe!

My last year of high school. I'm pretty sure I'll miss 'em all :)
All the best guys!

:: NN ::