Thursday, June 27, 2013

Ya,Aku

Assalamualaikum

Pada sesetengah orang,bukan mudah untuk melafazkan rasa kasih sayang.
Sesetengah orang itu lebih mudah meluahkannya kepada orang luar berbanding dengan keluarga sendiri.
Terasa begitu rugi,keluarga yang paling dekat tidak dapat kita tunjukkan tetapi tidak kepada orang luar.
Ya,aku.

Mungkin mudah kita menyakiti dan disakiti.
Cepat kita terasa dilubuk hati ini.
Lebih mudah sakit dengan orang yang terdekat berbanding diluar sana.
Ya,aku.

Kalau memberi nasihat itu mudah.
Tetapi untuk membuat diri sendiri memahaminya cukup sulit.
Mengapa begitu ?
Ya,aku.

Membuatkan seseorang itu menyedari kesilapannya gampang.
Tetapi untuk menyedari kesalahan sendiri begitu sukar untuk difahami.
Tak semua sentiasa jelas pada diri sendiri tetapi begitu jelas jika dilihat pada orang lain.
Ya,aku.

Dua suku kata,maaf.
Senang disebut tetapi gugup dilafaz.
Mungkin ego menyekat hati yang ingin membenarkan.
Ya,aku.

Ucapan terima kasih mulia disebut.
Tetapi mungkin pemikiran yang kolot mengehadkan akal yang membenarkan.
Mengapa begitu?
Ya,aku.

Soalan yang sering berlega-lega difikiran.
Mudah untuk mendapatkan soalan.
Tetapi untuk mendapatkan jawapan.
Mungkin perlu menunggu seribu tahun.

Ya,Aku.

:: NN ::

10 comments:

  1. nice, dear..
    banyak maknanya tu.. :D

    ReplyDelete
  2. betul tu.. maaf memang sukar dilafazkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutama kepada orang yang terdekat,i guess so :)

      Delete
  3. nice lah In..
    mesti maksud tersirat ni...:)

    ReplyDelete

  4. Selalunya kita amat senang memberikan contoh.
    Tapi amat susah utk menjadi contoh.

    ReplyDelete
  5. setuju sangat !! soalan mmg byk,tp utk mendaptkn jawapnnya....huhhh

    ReplyDelete