Wednesday, February 27, 2013

Senyuman Pagi

Di hening malam hari,
Sepi,
Sunyi,
Tiada  bunyi,
Menanti esok hari,
Terbitnya sang matahari,
Melakari senyuman pagi

:: NN ::

| Good Morning ! Orang yang senyum tidak semestinya bahagia tetapi orang yang senyum itu pasti akan bahagia =D |

Tuesday, February 26, 2013

Top Of The Sky

I'm under the sky
The moon shines the cloud
The cloud looks so calm
I feel like want to fly
To reach at the top of the sky

:: NN ::

| Good night ! |

Pertengahan Penggal 1

Assalamualaikum

Wahai rakyat jelata SMKSB . Hahah ... Here is the time table for Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Tahun 2013 Tingkatan 5. Yes, i know ... Only 3 to 4 to 5 friends kot in my Le' Suspect sama sekolah with me. I'm very protective.  =.= ...  Dan beberapa stalkers yang In tahu siapa dia ! Muehehe,takut kan ? Sedarlah,memang saya tujukan kepada anda,anda,anda,anda dannn mungkin anda .... ;) Kihkihkih,baca lah baca ,it's not like an old time dulu XD Kenapa In tak nak ramai kekawan sekolah In tau blog ni,biarlah ia menjadi perkara peribadi In.... Hahaaaa :D 

MINGGU PERTAMA

Ahad 3/03/13| 8.00-9.15 | Sejarah 1
                     10.00-1.10 | Sejarah 3 

Isnin 4/03/13 | 8.00-10.15 | Bahasa Melayu 1
                       10.40-1.10 | Bahasa Melayu 2

Selasa 5/03/13 | 7.45-9.00 | Prinsip Perakaunan 1
                  9.30-11.15 | Bahasa Inggeris 1
                  11.30-1.45 | Bahasa Inggeris 2

Rabu 6/03/13 | 7.45-10.15 | Chemistry 2
                      10.45-11.55 | Chemistry 1
                        12.15-1.45 | Chemistry 3
    
Khamis 7/03/13 | 7.45-10.15 | Physics 2
                          10.45-11.55 | Physics 1
                            12.15-1.45 | Physics 3

Sabtu 9/03/13 | 7.45-10.15 | Biology 2
                                10.40-1.10 | Mathematics 2

MINGGU KE-2

Ahad 10/03/13 | 7.45-9.00 | Biology 1
                        9.30-11.00 | Biology 3
                                11.55-1.10 | Mathematics 1

                       Isnin 11/03/13 | 7.45-10.15 | Prinsip Perkaunan 2 / Reka Cipta / TMK
    10.40-1.10 | Sejarah 2

Selasa 12/03/13 | 8.00-10.15 | Bahasa Cina 2 / Bahasa Tamil 2
      10.40-1.10 | Pendidikan Moral
       11.10-1.10 | Pendidikan Islam 1

Rabu 13/03/13 | 8.00-9.45 | Bahasa Cina 1 / Bahasa Tamil 1
      8.00-9.40 | Pendidikan Islam 2
              10.40-1.10 | Additional Mathematics 2

Khamis 14/03/13 | 8.30-10.30 | Additional Mathematics 1
                 10.30-1.45 | PdP seperti biasa

Doakan In dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. In syaa Allah kami semua akan buat dengan sehabis baik =)
Maaf jika sepanjang masa ini In tak update . Jika ada sedikit masa terluang In akan postkan :) Assalamualaikum ...

:: NN ::

Fakta Al-Quran #4

Assalamualaikum

Nombor 7 pertama kali disebutkan dalam Al-Qur’an di surah Al-Baqarah dalam firman Allah,
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikannya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Angka 7 disebut terakhir dalam surah An-Naba’ayat 12 dalam firmanNya,
                          “Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh.”



Sekarang mari kita ketahui fakta-fakta gandaan 7 dalam kedua-dua ayat ini.

Fakta pertama, jumlah surah Al-Baqarah, terdapat penyebutan angka 7 pertama kali, hingga An-Naba’, tempat penyebutan terakhir kali, sebanyak 77. Gandaan 7 {11 x 7}. Jumlah ayat dari ayat yang pertama kali menyebut angka 7 hingga ayat terakhir yang menyebut angka 7, atau dari ayat 29 Al-Baqarah hingga ayat 12 An-Naba’, adalah 5.649 ayat. Ini juga dengan gandaan 7 {807 x 7}.

Fakta kedua, dari awal Al-Baqarah sampai akhir An-Naba’ terdapat 5.705 ayat. Bilangan ini juga dengan gandaan 7, jumlah ayat diantara keduanya juga dalam gandaan 7, dan tema pembicaraan keduanya adalah angka 7.


- Ayat pertama yang menyebut nama Allah adalah ayat pertama Al-Qur’an, iaitu Bismillahirrahmanirrahim {Q.S. Al-Fatihah: 1}, dan
- ayat terakhir yang menyebut lafal Allah adalah Allahusshamad {Q.S. Al-Ikhlas: 2}.
- Antara al-fatihah hingga Al-Ikhlas ada 112 surah, bilangan ini adalah gandaan 7 {16 x 7}.


- Dari ayat 1 Al-Fatihah hingga ayat 2 Al-Ikhlas ada 6.223 ayat. Bilangan ini juga gandaan 7, sebanyak dua kali untuk menegaskan kebenaran sistem yang sangat teratur ini {127 x 7 x 7}. Jumlah huruf kedua ayat tersebut 29 buah, juga gandaan 7.

Di antara rahsia di sebalik angka “7” ini yang lain adalah :

Allah telah menjadikan 7 HARI dalam seminggu.
Allah telah menjadikan 7 LAPISAN langit
Allah telah menjadikan 7 LAPISAN bumi.
Allah telah menjadikan 7 AYAT di dalam surah Al-Fatihah.
Allah telah menjadikan 7 KALI putaran TAWAF mengelilingi kaabah.
Allah telah menjadikan 7 KALI SA’IE antara Bukit Safa dan Marwah.
Allah telah menjadikan 7 PINTU SYURGA.
Allah telah menjadikan 7 PINTU NERAKA.
Allah telah menjadikan 7 PENGHUNI GUA yang tidur selama lebih 300 tahun didalam Gua (Surah Al-Kahfi)
Allah telah menjadikan 7 ANGGOTA SUJUD didalam solat (2 kaki,2 lutut,2 tapak tangan dan 1 dahi)
Allah telah menjadikan 7 LAUTAN (Mediterranean,Adriatik,Laut Hitam,Laut Merah,Laut Arab,Persian,Laut Kaspia)
Allah telah menjadikan 7 BENUA (Asia,Afrika,Amerika,Australia,Antartika,Eropa,Oceana)
Allah telah menjadikan angka 7 sebagai no ‘prime’(nombor perdana) dlm penyelesaian masalah matematik.Ianya juga digelar sebagai ‘safe prime’/no perdana yg unik.
Allah telah menjadikan 7 sebagai penyelesaian kebanyakan masalah matematik yang melibatkan bilangan genap,polynomial,vector dan bilangan faktor sepunya.
Allah telah menjadikan 7 sisi polygon (heptagon), dimana sebuah polygon dpt dilukis dgn menggunakan jangka lukis,namun tidak bagi Heptagon (7 sisi) yang sekata ini.
Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai yang paling sering muncul (kemungkinan 1/6) apabila dadu dilemparkan,jumlah hasil tambah 2 permukaan yg muncul itu menghasilkan 7
“Millenium Prize Problems” merupakan 7 masalah dalam ilmu matematik yang diumumkan oleh “Clay Mathematics Institute”.Hingga kini 6 lagi masalah tersebut belum diselesaikan.
Allah telah menjadikan 7 warna di dalam pelangi.
Allah telah menjadikan 7 atom karbon didalam setiap molekul Heptana
Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai ‘NEUTRAL’ antara sifat acid dan alkali.
Allah telah menjadikan 7 sebagai nombor atom didalam nitrogen.
7 merupakan bilangan “KALA” di dalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)
Allah telah menjadikan 7 “Cervical vetebratae”/(tulang belakang leher yang menyambung ke kepala) bagi kebanyakan mamalia.
Terdapat 7 jenis virus merujuk kepada “Pengelasan Baltimore”

Dalam Logik ilmiah menetapkan bahwa sebuah KEBETULAN tidak akan terulang secara terus menerus dalam satu buku kecuali jika penyusun buku itu telah menyusunnya dengan cara yang...............AMAT MENGAGUMKAN.

Keselarasan yang dilihat dengan angka 7 ini mengidentifikasikan secara pasti bahwa penyusunnya telah menyusun kitabNya dengan format yang sesuai dengan angka 7. Dan masih ada lagi beberapa ayat di Al-Qur’an yang menyebutkan angka 7.

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia atau secara kebetulan melainkan disebaliknya mengandung suatu hikmah besar lagi tersembunyi didalam pengetahuan dan rahsia Allah S.W.T.

---Terima kasih atas perkongsian yang In dapat daripada taotauajer---

:: NN ::

Monday, February 25, 2013

Bunuh Diri #1

Assalamualaikum

Bunuh diri? Selalu je dengar kan mengenai isu ni? Sebenarnya In tak habis fikir,tak takut atau seramkah bunuh diri ni? Setakat tak berapa bagus dalam pelajaran,putus cinta dan seumpamanya tu perkara biasa. Sakit sangatkah? Hilang nyawa tu lagi memeritkan tau? Eh,kalau gagal dalam peperiksaan ke,putus cinta ke at least dapat diperbaiki lagi. Jangan putus asa untuk menimba ilmu dan percaya dengan jodoh yang Allah telah tentukan. Pasti dapat yang lebih baik daripada sebelumnya. Tapi kan,kalau hilang nyawa? Dapat balik ke? TAK KAN ?! Habis tu ? Kenapa ? Kenapa ???? *kebingungan*

Ah,sudah. Asal sentuh bab ni je memang naik emosi. Hahaha. Emosi ketidakpuasan hati,malu,sedih,geram dan lain-lain. Mixed like rojak !  Lol =='' So,pertama sekali apa tu bunuh diri? Sebelum pergi dengan lebih lanjut,kena faham dulu konteks bunuh diri.

Menurut Wikipedia Bahasa Malaysia,bunuh diri  ialah perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri.Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti cara fizikal luaran,dalaman atau kedua-duanya sekali.Penyebab penamatan nyawa ini biasanya enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras.

Bagi SEMUA agama,membunuh diri dianggap tidak baik. Malah,menurut kitab Islam,Kristian dan Yahudi membunuh diri adalah satu dosa besar.

SEMUA agama ! Betulkah ? Haa,nanti kita lihat pula pendapat-pendapat daripada setiap agama. Sekarang di Malaysia,memang berbilang bangsa dan agama yang telah membunuh diri. Kalau daripada apa yang In rujuk tu dinyatakan semua agama melarangnya namun kenapa masih lagi yang membutakan mata dan hati serta pemikiran? Sanggup mengorbankan nyawa sendiri! Sanggup melanggar perintah agama.Sedarlah wahai 1Malaysia,yakinlah Tuhan ada dengan kita disetiap detik kegembiraan dan kesedihan.Sedarlah bahawa masih ramai orang lagi memerlukan kita sekarang dan pada masa hadapan.Sekian.

:: NN ::

Sunday, February 24, 2013

Chinese #2

Assalamualaikum

Back to this ! Tanpa membuang masa dan tenaga,let's start ! :D

Good Morning : zau an

Good Day : me hao te i tien

Good Evening : wu an

Good Night : wan an 

Good Bye : zhai zhien

See you later : zhai zhien

See you again : zhai zhien

...

How are you ? : ni hao ma ?

Fine,thank you : hao,sie sie

and you ? : na nine ?

...

Where ? : qai na li ?

When ? : ji she ?

What ? : se me ? /  se mo ?

How ? : zhen yang

...

Alright ! Enough :D Belajar sikit-sikit , jangan terburu-buru ^___^ ~ Bagi yang terlepas dengan pelajaran yang sebelumnya,cehh XD ... boleh KLIK SINI :)  

Liu yen : Pu sen chi wo.Sien zai wan an. Zhai ming tien . Siao ^_^~

p/s Wo tze hui shuo ithien hua yui XD Hihihi ~~~

(jangan bingung,nanti-2 korang akan faham ><'')

Daa :D

:: NN ::

Saturday, February 23, 2013

SOMEHOW

Assalamualaikum

SOMEHOW ... I FEEL LIKE ADDITIONAL MATHEMATIC IS EASIER THAN MATHEMATIC . I FEEL LIKE MATHEMATIC IS THE TOUGHEST SUBJECT. AHHHHHHHHH...
I HATE DIAGRAMS,SERIOUSLY!

In tak boleh buat homework math ni T.T ... Ya Allah .................. huhuhuhu

:: NN ::

Ruangan Baru

Kenapa rindu masih dihati ?
Walau sudah dikhianati
Kenapa tiada perasaan benci ?
Apabila sudah ditipu acap sekali

Hatiku bergetar pabila mengingatimu
Air mataku mengalir menitis
Perasaan diselimuti kerunsingan
Aku tidak mengerti

Sudah aku melupakanmu
Namun masih kau kembali
Sudah aku bilang jauhiku
Tetap masih kau mendekati

Biarkan masa lalu menjadi memori
Alkisah yang hanya kita ketahui
Izinkan aku majukan diri
Membuka ruangan baru yang dinanti

:: NN ::


Friday, February 22, 2013

Surah 106

Assalamualaikum

Sihat semuanya ? Moga sihat dengan izinNya ya :) Hari ni mengenai surah 106 yang mengandungi 4 ayat ! Surah ni kalau bahasa Melayunya berbunyi "Kaum Quraisy". Tapi ye la,pinjaman bahasa Arab je tu.Jadi surah ni ialah surah Quraisy.

Apakah hadith yang berkaitan dengan surah Quraisy ?

Imam Hakim ada mengetengahkan sebuah hadis bersumber dari Ummu Hani binti Abu Talib yang menceritakan,bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,"Allah telah mengutamakan kabilah Quraisy dengan tujuh perkara..."
Kemudian di dalam hadis itu disebutkan bahawa telah diturunkan satu surah berkenaan dengan kaum Quraisy yang didalamnya tidak disebut-sebut selain hanya mereka saja iaitu yang bermula dengan,"Oleh kerana kebiasaan orang-orang Quraisy..."

Macam mana surah Quraisy tu ?


Ayat 1 : Oleh kerana kebiasaan orang-orang Quraisy.

Ayat ke-2 : Senang merantau pada musim dingin dan musim panas.

Ayat ke-3 : Maka hendaklah mereka itu menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Baitullah).

Ayat ke-4 : Yang telah memberi mereka makan di waktu lapar dan mengamankan mereka daripada ketakutan.

:: NN ::

Thursday, February 21, 2013

Fakta Al-Quran #3

Assalamualaikum


Fakta Al-Quran dari rujukan yang lain terus diteruskan dan moga ada info yang baru yang kita peroleh.

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.


2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurân terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti.

:: NN ::

Wednesday, February 20, 2013

Chinese #1

Assalamualaikum

Bahasa Inggeris akan diteruskan tetapi buat masa ni kita stop dulu sebab In masih tak buat draft dye lagi and memakan masa. Ingat nak buat time CNY but masa tidak mengizinkan ... In syaa Allah cuti selepas exam nanti yah ! And today ... In akan kongsikan pengetahuan In dalam bahasa Cina. In belajar ni daripada rakan-rakan In :D Diorang baik,supportive and ceria riang ria ! Haha ... Mai In nak kongsi serba sedikit :D

Yes : she

No : pushe

Please : qing

Please,come in : Qing jing

Please,sit down : Qing zuo sia

...

Thank you : sie sie

Thank you very much : fei chang sie sie ni

It was very kind of you : Ni hen saan liang

Not at all : Pu se chuen pu

Pardon ! : yuen liang !

You are welcome : pu yong ke qi

I beg your pardon : qing ni yuen liang wo

...

Alright ! Buat masa ni cukuplah :D Try practice and ingat-2. Then,cuba cakap dengan kekawan yang tau bahasa Cina. Mengenai sebutan In tak dapat nak explain.So,korang try la cakap dengan kawan Cina and diorang akan betulkan sebutan tu,in syaa Allah :D Seriously,In suka sangat bahasa Cina dan suka tengok diorang cakap. Heheh :D Seronok tau berbual dalam bahasa Cina . Kekadang text pun dalam bahasa Cina. Ala kadar je la kalau dengan In kan XD Hahaaaa :D See you soon ! :D

:: NN ::

Tuesday, February 19, 2013

Fakta Bidadari Dalam Al-Quran

Assalamualaikum


Surah Al-Waqiah, Chapter 56, Verse 22

وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ

(1) Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
(Surah As-Saaffat, Chapter #37, Verse #48)

وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ

(2) Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
(Surah Sad, Chapter #38, Verse #52)

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

(3) Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
(Surah Ad-Dukhan, Chapter #44, Verse #54)

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

(4) Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
(Surah At-tur, Chapter #52, Verse #20)

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلا جَانٌّ

(5) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
(Surah Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #56)

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

(6) bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
(Surah Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #58)

حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ

(7) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
(Surah Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #72)

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلا جَانٌّ

(8) (bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
(Surah Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #74)

وَحُورٌ عِينٌ

(9) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik matanya, 

Syukur alhamdulillah,dalam masa mencari Fakta Al-Quran seperti post-post yang lepas,In terjumpa pula Fakta Bidadari yang disebut dalam Al-Quran ... Apa lagi,tertarik In nak baca and kongsikan :D Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dalam pembacaan post ni. Semoga Allah SWT memberkati kita semua , aamiin =)

p/s Maaf kerana lambat untuk update post. Agak busy dengan homework,lisan,oral dan exam akan datang. Oral dah selesai,alhamdulillah :D Tinggal lisan dan exam lebih kurang 2 minggu bermula pada 3/3/13 ! Pada hari tu juga hari jadi Wilson ! Happy Birthday bro ! Don't be so naughty in class ! XD hahahaa *mcm dia baca* Heheh,daa

:: NN ::

Friday, February 15, 2013

Pendeta Kristian dan Khalifah Umar bin Khattab

Assalamualaikum

Cerita kali ni In sekali lagi ambil daripada buku 'Like Father Like Son' by Mohammad Zaka Ali Farisi.Cubalah cari buku ni,pelbagai untaian kisah yang penuh hikmah!Seronok sangat baca buku ni ^_^. Let me share another story from this book!

Sebagaimana yang diketahui,Umar bin Khattab adalah khalifah kedua dari Khulafa' Ar-Rasyidiin.Kepimpinan beliau sangat tegas tetapi bijak.Beliau tidak memandang bulu dalam menerapkan hukum Islam. Namun,di sebalik sikap tegasnya ini,sesungguhnya beliau adalah seorang yang memiliki peribadi yang santun dan penyayang,termasuk kepada penduduk yang ada di daerah-daerah yang telah ditakluknya.

Ketika itu,pasukan Muslim berjaya menguasai daerah di sekitar Baitul Maqdis. Awalnya,para penduduk yang beragama Kristian merasa was-was. Mereka risau pasukan Muslim berbuat kerosakan di daerahnya. Untuk menggagalkan hal itu,beberapa pendeta merancang perjanjian damai dengan  Umar. Para pendeta itu meminta supaya Umar sendiri yang terus menemui mereka.

Berangkatlah Umar menuju ke sebuah gereja. Di sanalah kedua belah pihak akan menandatangani perjanjian damai yang berisi jaminan terhadap jiwa,harta,gereja,salib dan beberapa aturan yang berhubungan dengan umat beragama. Dalam perjanjian ini,Umar bersepakat dengan larangan bagi pasukan Muslim melakukan segala bentuk tindakan kekerasan terhadap penganut agam Kristian.

Di sela-sela pembahasan perjanjian damai ini,terdengarlah azan berkumandang.Umar bergegas keluar untuk menunaikan solat di salah satu sudut gereja itu. Seorang pendeta melihat hal ini.

"Jika tidak keberatan,silakan Tuan bersolat di dalam sahaja,"ujar pendeta itu dengan sopan.

"Terima kasih.Saya memang sengaja solat di luar.Tujuannya supaya kelak tidak ada yang berkata bahawa Umar telah mengubah gereja menjadi masjid,lalu orang-orang Muslim di kemudian hari mengikuti hal ini."

Cerita tamat :) Jadi,dapatkah nilai,pengajaran atau hikmah disebalik cerita ini? Share dengan In , ya ? ^_^ Lain orang,lain sisi pandangannya :)

:: NN ::

Doa #1

Assalamualaikum

Hi semua :)
In nak kongsikan doa yang mungkin dapat kita guna juga ^_^

Doa Puteri Rasulullah S.A.W. . Siti Fatimah R.A.
Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri . Dengan rahmat dan kasih sayang Mu . Aku memohon pertolongan dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku . Aamiin .

Seriously,In suka sangat dengan doa ni ... huhu :') Memang In mengaku,In sangat memerlukan Allah agar tidak tinggalkan In sendiri pada saat-saat yang mencabar ni dan moga-moga segala urusan di sekolah atau diluar sekolah Allah tolong dan perbaiki untuk In ...huhu,aamiin.....

:: NN ::

Thursday, February 14, 2013

Pelajar Add Math Yang Gigih !!!

Assalamualaikum

Percaya tak In ni pelajar add math yang gigih ? =.= Ahhhhhhhhhhhhhhhhhh,dunia seakan ketawa dengan In -.- Asal ni asal ?!
-___- Tahu tak ? Bergigih-gigih buat add math tajuk Linear Law. 

Ada 18 soalan.Dah hantar cikgu 3 iaitu no.2,4,6.EVEN NUMBERS. Tapi no.1 pun cikgu suruh buat but tak yah hantar dulu sebab number satu tu cikgu yang ajar. GUESS WHAT ! In punya nak siap homework dengan 'RAJIN' tup-tup 'OVER RAJIN' pulakkk ... Tau tak nape ? Kalau ekot kan cikgu suruh buat just EVEN NUMBERS yang berbaki tu .. Kiranya tinggal lagi 5 soalan ... TAPI KAN ... In buat ODD NUMBERS which ada 9 soalan termasuk soalan 1. Nampak tak perbezaan tu ?! Kerugian masa disitu ?! In baru perasan sampai nak habis buat tu ... Dan konklusinya ? Homework add math In tak siap lagi T.T ~~~ Wuhuhuhu ........ 

TAPI KAN 
Tak pe lah,anggap la yang In buat tadi sebagai latihan ~ Hmmphh,nak buat cenna .. over sangat semangat tu -.- Kira rasanya ada hikmah lah ~ manatau result add math kali ni baikk punye ~ ngeheheeee . Yes! Think Positive ,in syaa Allah !!! :)

Jadi ? Err,kita rehat dulu dengan tengok movie -.- muehehe ... Terima kasih mendengar 'rintihan hati' seorang pelajar add math yang 'gigih' :P .... Sekian ~

p/s Iffa Sharafana aka Iffa Watson .... I didn't get my script yet . Where is it -.-''' I've waited for hours since 11.30 A.M. pfftt =___=

:: NN ::

Hari Anugerah Cemerlang

Assalamualaikum

Pertama sekali,buat kawan-kawan yang sama sekolah dengan In sila jangan terkejut ><'' Ni anugerah cemerlang lain tau,bukan sekolah kita.LOL >_<'' .. Hahhhh,lama dah ni tak dapat anugerah.Kali terakhir tahun lepas sebab PMR je.Hohoho,sekolah menengah ni susah betul nak dapat anugerah tau.Tak macam sekolah rendah ... huhuu T.T

Jadi entry kali ni mengenai Hari Anugerah Cemerlang Cikgu Fiq ! Haha,terkejut pulak nama In ada.Dapat sijil lagi tau ... XD 


Waaa,style tak ? XD Hahah ... Ce print,tunjuk kat parents korang,konpem tak larang dah korang sentuh laptop ke ape ! Yang kena cabut wifi tu dan dan je pasang balik .  hehehehe . 
Oleh sebab kata macam sekolah,anugerah cemerlang ekot subjek. In dapat subjek Pendidikan Islam. hahaha. Okay ape? Nasib tak subjek lain yang In kurang layak xP hahaha :D

Terima kasih Cikgu Fiq atas penghargaan ni... Hahah,seyes rajin betul! ^^, 
Thank you :D

:: NN ::

Fakta Al-Quran #2

Assalamualaikum

Kali ni,berbentuk gambar rajah yang simple tetapi padat isinya lumayanlah. Ada maklumat baru yang mungkin kita sendiri tidak tahu . 


Allahu Akbar ... sungguh detail yang ada dalam Al-Quran. Apa yang In belajar dalam Biology memang ada dalam Al-Quran dinyatakan. Selain membaca buku novel tu,marilah kita sama-sama membaca Al-Quran yang sebaik-baiknya mempunyai terjemahan agat kita memahami pengisian ayat-ayat dalam suatu surah :)

:: NN ::

Wednesday, February 13, 2013

Fakta Al-Quran #1

Assalamualaikum

Hari ni , In nak kongsi mengenai fakta-fakta yang terdapat dalam Al-Quran. Marilah kita lebih mengenali Al-Quran yang akan membantu kita kelak :) Bukan kelak tapi sebenarnya sekarang di dunia ni pun Al-Quran sangat membantu kita jika kita membaca dan mengamalkannya. Penuh hikmah dalam setiap surah di dalam Al-Quran :')

1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:
Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda

2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:
Gua Hira (Makkah)

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:
Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:
15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj

7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:
2698

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?
700

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?
Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?
11

11. Dalam surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
Surah As-Saf ayat 6

12. Siapakah orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?
Aisyah r.a

13. Siapakah yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?
Saidina Umar Al-Khattab

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:

Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.

Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum
15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran:
Nai Musa a.s

Dengan teknologi yang ada ini,kita sepatutnya mengambil kesempatan untuk mencari perkara-perkara yang bermanfaat buat diri kita dan orang ramai.Teknologi sekarang ini sungguh memudahkan kita untuk mencari maklumat dan penting sekali agar kita mengetahui kesahihannya. Fakta-fakta di atas ada dicetak dalam Majalah Iman Bil 1. Terima kasih atas perkongsiannya. Alhamdulillah ... 

:: NN ::

Tuesday, February 12, 2013

Sentiasa Dalam Kenangan

Assalamualaikum

Hai semua,sihat ? Hari ni,tetiba In teringat seorang sahabat In yang telah kembali kepada Maha Pencipta. Pertama kalinya,In menghadapi keadaan kehilangan seorang kawan selamanya pada usia 13 tahun. Kisahnya ada masuk dalam surat khabar . Kematiannya akibat kebakaran di rumahnya. In cuba cari di Google tapi apa yang In dapat jumpa hanyalah artikel ni yang serba sedikit menceritakan kisah ini. HERE .

Seriously,In tak rapat pun dengan arwah. Waktu pertama kali In kenal tak silap pada perhimpunan rasmi semasa arwah berdiri dihadapan Nada if i'm not mistaken. In tegur diorang kata yang muka diorang nak sama. Macam kembar. Diorang saling berpandangan dan gelak kata "tak ada lah..." Haha,masih tersenyum In ingat pada waktu tu ^_^ ...

Nada kini yang In tahu kali terakhir khabarnya telah pindah ke Kelantan. Arwah yang berada di kelas 7 pada waktu itu dan In pula di kelas 6. Pada sesi agama,kelas kami bergabung dan itu mengeratkan lagi persahabatan kami. Lumayanlah,tegur sapa sikit-sikit kan. Dan selepas tu,pada waktu itu unit beruniform In ialah bomba dan pun sama dengan arwah. Arwah ada beri tunjuk ajar dan sungguh baik orangnya,kuat ketawa. Tapi seperti In kata,In tak rapat dengan dia. Bila jumpa , arwah selalu tegur "Hai Nazmin....." dengan riangnya. Seriously,suara arwah sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga. In pun macam malu-malu,senyum je lah. Segan sikit XD Kekadang In pun kata "hai...." tapi dengan tersipu malu =='' Haha, masalahh .. Maaf,mood In memang macam tu. Kekadang malu kekadang tak tahu malu . Hewhew ... 

Dan sekarang yah,walaupun In tak rapat dengan dia... Tapi tiba-tiba saja In rasa suara dia terngiang-ngiang di telinga sebut "Hai Nazminn..." :') ... Sedih ada .. perasaan yang tak terungkap pun ada ... Tak percaya,dengan seseorang yang in tak rapat pun boleh In ingat sampai sekarang dan suaranya masih segar di ingatan. Memanglah In tak akan melupakan seseorang itu tetapi tak sangka sampai boleh suara terngiang-ngiang lagi ... Mungkin sebab arwah layan In terlalu baik kali kan ? Sungguh,In dengan arwah tiada masalah :)

Kakaknya,lepasan form 5 dan sekarang sedang menunggu result SPM . Alhamdulillah sihat je kakaknya :) Semangat juang dan ingin belajar yang tinggi. 

Ade tak sesiapa yang pernah kehilangan seorang kawan ? Mesti rindu kan ... jika ada kawan yang telah pergi tu atau sesiapa sahaja pernah menyakiti anda anda...maafkanlah ... Tidak baik menyimpan apa-apa perasaan yang tidak nyaman buat orang yang telah pergi. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat kawan In,kawan anda dan buat sesiapa sahaja umat Islam yang telah kembali kepadaNya. Hari ini kita bantu mereka,pada masa hadapan in syaa Allah orang lain akan membantu kita :')

Wahai teman disana,
Sahabat mu,
Saudara mu,
Akan sentiasa mendoakanmu
Segala kenangan yang tercipta
Sentiasa segar di ingatan 
Semoga kita bertemu lagi
Di syurga Al-Jannah
In Syaa Allah ...

---Ditype pada : Ahad,10.2.2013---

:: NN ::

Meaning

Assalamualaikum

Hi there ! Setelah sekian kiannya mempunyai blog baru ni,sekarang je terbuka hati nak bagitau maksud Amore Volta. Ceh ayattt ! =.= ' Haha . Okay,In dapat words ni daripada buku piano In dalam bahagian Italian Signs. Hahazzz ! Nampak tak kebuntuan mencari nama blog baru ? Belek punya belek buku tu dapat gak ah nama-nama yang menarik perhatian In. 

Amore 
Siapa yang tak tau maksud Amore ni ? Impossible ! Walaupun korang bukan orang Itali tapi bab-bab ayat cinta ke ape mesti korang tahu kan ! Hahah,kantoi la XD Amore tu sudah semestinya bermaksud LOVE.

Volta
Volta ? Yes ! Bukan VOLTAN tau . Iskiskisk ... Ermm,maksud Volta is TIME.

Jadi,apabila gabung dua-dua jadinya LOVE TIME. In tatau lah orang Itali kata macam "it's love time!" tu macam mana. Seperti In kata,In hanya main petik je dua word tu daripada buku piano In bahagian Italian Signs dan gabungkan jadi LOVE TIME .

Maksud LOVE TIME di sini bukannya suka masa.Itu kalau direct translate. Tapi hakikatnya maksud In di sini ialah "It's love time!" Yes. Datang blog In ni kita share-2 lah kasih sayang kita. Jangan saling membenci dan menghina. Kita ni saudara Islam. Bagi yang bukan Islam,kita ni still like a family! Especially yang tanah airnya di bumi Malaysia. Jyeahh ! Kalau tak berkasih sayang masakan negara ni masih aman harmoni ? Kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang wujudnya gencatan senjata. Huhuhu ... 

Nabi Muhammad SAW sering mengungkapkan rasa cinta kepada umatnya.Walaupun tak kenal! Hebat tak kasih sayangnya kepada kita. Baginda sering mendoakan kita. Adakah kita rindu,sayang dan sering mendoakan baginda juga ? Selawat keatasnya ? Tanya kepada diri sendiri (ゝ。∂)

In tubuhkan blog ni penuh kasih sayang okay ! ^___^ Dapat rasa tak ? Kihkihkih .... ┗(^0^)┓

Dan bahawa tajuk title tu Love Time|Exhale Hate|Infinityair

Love time tu seperti tadi lah,In tulis maksud Amore Volta. Exhale Hate tu , In menasihati korang agar buangkan kebencian ! BUANG BUANGGG! Buang jauh-jauh . Kebencian tu syaitan suka ! Siapa suka membenci orang dia geng syaitan -.- ... Huhuhu ,tak mau kan ? Syaitanlah yang suka buat manusia agar wujud sifat membenci ni. Tamau ! Kebalkan diri anda anda andaaaa semua ! *nada semangat* Dan akhir sekali Infinityair ~~~ Weee ..... okay,tu idea In waktu tengah merapu-merapu dengan kawan In sorang tuuuuu . Haha ... Kan selalu cakap nak jadi millionair lah,billionair lah .. Bila asyik sembang je cakap kalau banyak duit,dah lama dah merantau sana sini sebab kami suka mengelilingi dunia ! (Time cuti dulu kami bosan,duduk rumah je) So In pun tetibe kata,nak jadi INFINITYair lah . Haha tediaa,duit yang tiada habisannya XD Power tak ? Hahaha . Itu hanyalah sebagai pencetus semangat untuk In rajin berusaha dan belajar belajar belajar sehingga berjaya In Syaa Allah ... 

If wujudnya infinityair,apa yang In nak buat ? Tentulah,TENTULAH In akan pergi menunaikan haji. Bawa family sekali !!! Selepas tu,tentulah In akan membantu orang-orang yang susah especially saudara Islam kita kan ? Sedih tengok diorang hidup susah,makan tak tentu masa. Arghh tension -.- '' T.T ... Tension sebab In hanya boleh lahirkan rasa empati je,nak tolongpun doa je dan segi wang pun lumayanlah. Huhuhu .. Dan duit tu yang pastinya In banyakkan membelanja di jalan Allah SWT lah . Bersedekah,tolong anak-anak yatim dan sebagainya. Kalau list memang panjang dan takut orang lemparkan fitnah kepada In kata riak ke ape pula. Masalahhh ..huhu,tidak ! Kita sebagai umat Islam patut rasakan perkara macam ni. Memang kita digalakkan mencari kekayaan. Agar kita boleh mengerjakan haji,tolong saudara Islam kita ! Demi agama yang tercinta,agama yang satu ! Dan jangan lupa,tanggungjawab kita kepada negara. Ok,patriotik tu memang sangat penting. Gelaklah,gelak. Huhuhu... In tak tau mana lawaknya jika kita memupuk semangat patriotisme ?  (¬_¬)

Cukuplah setakat ini saja coretan In mengenai maksud dan explanation yang agak detail. Assai Ben ? In rasa maksudnya VERY WELL . Blog yang sungguh very well ;) thumbs up ! In rasa lah,terlupa pulak ;P hikhik ... Okayla,maaf jika ada salah dimana-mana. Maafkan In okay ? Dan In sayang semua orang macam family In,darah daging In sendiri ^_^ ..

Haiii,jarang-2 ni post memanjang..Lotehhh dah odenn . Bahasa apa tatau =='' hehe ..Jadi sebagai penutup,ceh -.- .. In nak kata atau seruuuuu ..hohohoo ... marilah kita sama-sama hidup dalam berkasih sayang,cuba meluaskan pandangan dengan perkara yang positif,jangan menghadkan batas fikiran anda,buka luas-luas...dan marilah hidup bahagia,aman dan sihat in syaa Allah !!! :D
Salam sayang daripada Nazmin Nazifa ^_^
 Daa ...

:: NN ::

Monday, February 11, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #4

Assalamualaikum

Fakta menarik terus bersambung ... dan bersambung ... dan bersambung ...

1.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk lancarkan proses penghadaman.

2.Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

3.Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.

4.Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

5.Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

6.Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

7.Setiap langkah ke hadapan,anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

8.Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

9.Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

10.Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu,hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

p/s waktu In post fakta no.3 tu di FB dulu,fuh memang sambutan yang memberansangkan . Hahahah ... :D
Kenangan .... Rindu kenalan FB dan adikku seorang tu . ^_^

Dan lihatlah,betapa hebatnya Allah SWT yang Maha Berkuasa :')

:: NN ::

Sunday, February 10, 2013

New Look

Assalamualaikum

Hi there ! Sejak sekian lama,baru sekarang ada masa nak edit blog. Itu pun main tekan-tekan je :P Haha. So In nak tanya,macam mana dengan rupa baru blog ni ? Hahah . Bagi In,suka sebab nampak lebih lapang dan mungkin menyenangkan ? Haha. Tapi ada satu perkara In tak suka,the header! Err,tatau macam mana nak ubah -.- Nanti In cari la apa-apa di mana-mana dalam Atok Google. Haha. Okay,korang boleh nak kritik mana-mana kekurangan yang ada dan apa-apa cadangan yang ada. In terbuka okay . ^_^ Thanks ! Daa...

p/s In nak bagitau sikit apa yang perlunya kat tepi sidebar ni.

About Me aka Le' Detective : Mesti ler kena ada. Kalau tak cemna la nak kenal sikit-2 kenalan baru yang mengunjung blog ni kan? haha ^^,

Nama-2 Allah SWT : Hah ! Bukan sekadar perhiasan nah. Asal buka je mesti nampak kan menda tu. Hah,bila nampak mesti terbaca juga mana-2 nama Allah SWT yang keluar kat situ. Secara tidak langsung ada juga kita tengok,kita baca dan boleh memudahkan kita untuk ingat dan mengamalkannya.Winkie-winkie ;)

Follower aka Le' Suspect : Thanks because sudi follow blog In. Do keep in touch =D

My One & Only : Sebagai fanatik terhadap haiwan kucing,oleh sebab In hanya tinggal sekor je kucing,letak lah. Kalau 20 ekor,jenuh lah nak letak kat sidebar tu. Huhuhu

Cute ! :') : Sebagai penghargaan kepada rakan blogger yang telah sudi buat doodle yang omei tu untuk In. ^o^~

Status : Okay,In mengaku. Tu untuk menyemak je. Hahahaaaa. Actually,kalau tak tau nak buat apa,update la status tu. Nama pun dah tak ada FB ^_^ ~~ lalalalaa

Bloglist aka Assai Ben : Perlu ke tahu apa maksud Assai Ben ? Jeng-3 ... ce teka lah >___< .. Tu juga sebagai penghargaan dan sebagai blog tetap yang In akan konpem jenguklah ! :)

Blog Archive aka Le' Case : Post-2 yang lalu dimana kalo ada yang rajin sangat nak usya,usya lah yang belakang-2 tu . Hahaha

ShopWiki.Com : Okay,sebagai penghibur dalam blog ni -.- Saja suka-2 tengok mana tau korang ada kucing kan,leh banding umur diorang dengan umur manusia. Kesahihan pun In tatau. Just for fun lah . Hahaha. Umur kucing In kalau ekot if dia manusia kira-2 30 something kot. Tediaa XD Haritu kan,relax je dia masuk umah siap landing atas sofa. Amboii ! K bukan nak cerita panjang-2 pun. Maseh !

pps : Blog ni terdiri daripada colour biru,hijau dan putih. Majority lah. Ini lah antara colour fav In dan sangat fanatik dengan colour BIRUUUUU . Dulu colour ungu kan. Mesti ingat In suka colour ungu kan ? Oh no ! Not at all.. Actually In ada kata kot post awal-2 dulu yang In hanya pilih secara rambang je. Tak ada masa nak touch up blog ni . Huhuhu ... okay thanks baca and singgah ! Wait for the next post which is berbaloi-baloi ! Haha ^^,

:: NN ::

Allah Is Here

Wasted
Don't cry for something worthless
Wipe your tears
Make a smile on your face

You are not alone
Allah is with you
Trust Him
There's a way for any problem

He never asked anything from you
Instead He always gives you more,more and more
Will Allah say , " I'll show you a way if you give me a million dollars "
Will He ?

No,of course !
Allah does not need all that ! He gives to us
The Prophet Muhammad SAW said, " If you put your trust completely in Allah, He will arrange for your sustenance in the same way as He provides for the birds. They go out in the morning with their stomachs empty and return filled in the evening " (Tirmidhi-Saheeh)
So what should you all do ?
Be patient,du'a and trust Him ! It is the same thing

Is written in Qur'an, " Ask for help in prayers and with patience. Verily Allah is with the ones who are patient "
He will show for at least a way for every problem that you have to face
Remember , " The greatest reward comes with the greatest trial. When Allah loves a people,He tests them. Whoever accepts that wins His pleasure but whoever is discontent with that earns His wrath "
He loves you
Just know that Allah is there,here with us

:: NN ::

Love,from me 

Saturday, February 9, 2013

Kepercayaan

Tahu tak?
Kadang-kadang kita rasa
Adakah orang menyayangi kita?
Pernahkah orang mengambil peduli terhadap diri kita?

Kadang-kadang
Kita tertanya-tanya
Akan sesuatu
Yang tak patut kita sangsikan

Kenapa?
Kerana percayalah
Ada sahaja orang menyayangi kita
Ada sahaja orang yang mengambil berat terhadap kita

Tetapi
Kalau tiada sekalipun
Kenapa nak resah?
Kenapa nak sedih?

Ada sahaja yang melihat kita
Mendengar kita
Melayan kita
Sungguh menyayangi kita

Kenapa kita tak nampak?
Betul kita tak boleh melihat
Namun kita dapat rasakan
Dalam setiap masalah kita

Kita dicuba kerana disayang
Kita sakit kerana diambil berat
Masih tertanya?
Apakah ini?

Ini bentuk kasih sayang
Ini bentuk penjagaan
Allah SWT
Kepada kita

:: NN ::

| Senyumlah selalu,yakinlah bahawa Maha Pencipta kita sentiasa ada buat kita. Bersyukurlah atas segala apa yang berlaku kepada kita. Percayalah,apa sahaja yang berlaku,yang ditimpa kita pasti dengan izinNya. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui akan kekuatan kita. Tetapkanlah hati kita bahawa apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya. Tanyalah kepada diri. Dimananya Iman kita? Ketuk sendiri dan jawab.Kurang atau lebih berusahalah tingkatkannya :) |

Salam sayang daripada saudaramu semua ^_^

Friday, February 8, 2013

Ya Allah

Ya Allah,
Segala keperitan ku terima
Ku redha di jalanMu
Tertulis disuratan aku dicuba

Ya Allah,
Demi rahmatMu ku berdoa
Berilah aku ketabahan
Cekalkanlah hati ini
Agar tak terkandas ku ditengah jalan

Ya Allah,
Di dunia yang fana ini
Penuh dengan bunga berduri
Jagalah aku lindungilah aku

Ya Allah,
Aku memohon padaMu
Redhailah ketulusan hati
Redhailah kesabaran ini

Ya Allah,
Dalam perjalanan waktu
Kurniakanlah aku kebahagiaan
Dunia akhirat

Ya Allah,
Dengarkanlah doaku
Yang aku impikan
Selama ini...

:: NN ::

| Semuanya telah tercatat. Namun masih,kita perlu memohon dan berdoa kepada Maha Pendengar. Kenapa? Kerana sudah menjadi tugas kita sebagai hambaNya yang serba serbi kekurangan ini yang sentiasa memerlukan bantuan pertolonganNya yang Maha Berkuasa |

Thursday, February 7, 2013

Fading Love

The world is on my shoulders
My love is fading away
I thought you are the one
But I guess I'm wrong

You know I love you
Yes I really do
Now I'm only in love with your memories
All your words are in my dreams

I guess we are not meant to be
Accept the fact
Me and you
Gotta move on

I can't hold you on
My phone call is in silent
You know i've tried
But i guess i can't fight anymore for you

:: NN ::

| Cinta itu menyakitkan apabila ia dilukai. Cinta itu dilukai apabila tiada pelindungnya. Yang melindungi cinta itu Tuhan. Dan itu terjadi apabila kita tidak melupakan cintaNya :) |

Wednesday, February 6, 2013

Thanks,Dear :')

Assalamualaikum

Hi there ! Just a short post tapi tapi penuh bermakna bagi In . 

 Cute,right ?!

What a talented girl :) Thank you,dear ... I really appreciate it. Tak tahu macam mana nak balas...  I wish that kak In pun boleh buat doodle comel macam ni. Nanti bila ada masa lapang i'll try to search for a tutor about this ! Pernah sekali cuba buat tapi memang tak reti T.T ... Untungnya bagi sesiapa yang pandai buat doodle ni. Kreatif ! Thanks a lot dear ! Kak In akan study sehabis baik untuk SPM ni . Thanks for your support :') Semoga pelajaran Angiela juga  berjalan dengan baik ya ^^, Thanks a lot,again !

Visit her blog ! Blog yang  ringan dan comel omel ^^,  HERE :D

Lots of love from me <3 !!!

:: NN ::

Tuesday, February 5, 2013

Bahasa Jepun #1

Assalamualaikum

Hi-hi ! Ingat lagi tak post mengenai English tu semua ? Haa,In masih tak ada masa untuk sambung kerana bila In nak buat post English,sangat memakan masa sebab In nak buat dengan detail dan mudah faham. In syaa Allah akan datang pada waktu Chinese New Year ! ^__^ 

Okay,hari ni In nak berkongsi serba sedikit bahasa Jepun ! Hohoho...sekolah In ada class bahasa Jepun tetapi yang boleh masuk tu hanya pelajar tingkatan 1-3 . Too bad kan ? In tingkatan 5 dah :P Kelas bahasa Jepun tu baru ada sejak tahun lepas sebab sekolah dah menjadi sekolah Kluster Kecemerlangan. Hm~~ Tapi apa pun,guru PJK In lah yang satu-satunya mengajar bahasa Jepun di sekolah. Haa,dalam seminggu PJK 2 kali. Satu hari kami beriadah,lagi satu hari kami PDP. Dalam PDP tu,In dan kekawan lain meminta cikgu untuk mengajar bahasa Jepun !!! Wee,amek kesempatan sikittt .. kih-3 ~~ Jom-2 apa yang In dapat ~

Ohayou gozaimasu [nak sebut gozaimasu tu macam ni 'gozaimas' . Buangkan 'u']
 Maksudnya "Selamat Pagi"
Tapi,kalau korang bertemu dengan sesiapa pun pada bila-2 masa macam malam ke,tengah hari ke...korang boleh guna juga perkataan ni. Itu kepada orang yang tak pernah korang jumpa. Tetapi kalau dah selalu jumpa,kenal...korang guna perkataan tu khas untuk mengucapkan selamat pagi. Ha ! Kalau dengan kawan rapat korang ke ape boleh je guna "Ohayou" . Kurang formal ~~ ^_^

Sensei
Of course,siapa yang tak tahu ni ? Sensei maksudnya cikgu. Tapi,bila korang jumpa doktor ke ape,korang masih juga panggil doktor tu sensei. Ya,boleh panggil doktor tu sensei.

Konnichiwa
Maksudnya "Selamat tengah hari/Selamat Sejahtera/Hai"

Konbanwa
"Selamat malam/Good evening"

Oyasuminasai
"Good night"

Arigatou gozaimasu
"Terima kasih"

Sumimasen (Kesalahan ringan/biasa)
"Minta maaf" 

Gomen nasai (Kesalahan yang lebih berat)
"Minta maaf"

Ogenkideska?
" How are you? "

Watashi no namae wa ___ desu
" Nama saya ialah ____ " . Perkataan desu itu untuk menunjukkan politeness~

Watashi wa___ desu
" Saya____". Lebih kepada unformal namun masih polite.

Shitsunei shi masu
"Minta maaf,tak sengaja"

Urusai
"Bising"

Kawaii
"Cute"

Kireidesune
"Cantiknya"

Anata/Kimi/Omae
"Awak"

Kilejanai
"Tak cantik"

Watashiwa
"Saya"

Manakamaeska?
"Dah makan ke belum?"

Ima tabeitimasu
"Saya sedang makan"

Itadakimasu
"Jemput makan"

Gocisosamadeshita
"Dah makan"

Youkoso
"Welcome"

Tadaiima
"I'm home"

Kaerinasai
"Welcome back"

Anohito
"Dia"

Have fun learning new language ! ^_^

:: NN ::

Monday, February 4, 2013

Surah 103

Assalamualaikum

Dah lama juga tak post mengenai surah-2 ni ... Haa,sekarang ada masa sikit boleh lah curi-2 masa buat post ni ! :D Apakah surah 103 ni ? Nama surah ni Masa. Tu kalau bahasa Melayu la tapi dalam bahasa Arab tu bunyinya Al-'Asr. Mengandungi 3 ayat ! :) Tengok sikit cemna tu ... 


Kupasan Surah Al'Asr =)

Masa adalah penghitung waktu yang terdiri dari saat,minit,jam,hari,minggu,bulan dan tahun. Di dalamnya, terdapat berbagai-bagai aktiviti manusia. Perjalanan dan pembatasan usia manusia berkait dengan masa. Amat rugi jika ke hadapan. Dunia diciptakan Allah untuk manusia tetapi manusia dicipta untuk tujuan yang lebih panjang (Akhirat). Ertinya,dunia ini jangan dijadikan tujuan tetapi hendaklah dijadikan jambatan menuju ke akhirat. Wallahu'alam...

Masa sungguh tak ternilai. Tiada harga bagi masa. Apabila kita melakukan sesuatu yang tidak berfaedah,masa berlalu dengan kerugian. Apabila kita melakukan sesuatu yang berfaedah maka masa berlalu dengan keuntungan. Hargailah masa yang ada,jangan biarkan kita berada dalam orang-orang yang rugi. Masa yang berlalu tidak akan kembali... =)

:: NN ::

Saturday, February 2, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #3

Assalamualaikum

Fakta menarik dunia bersambung .... ;)

1. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

2. Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotmat eaturipukakpikim aungahoronukupok aiiwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

3. Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1996,separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yang tercedera.

4. Bunyi dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan,jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

5. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

6. Di Albania,menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan mengangguk bermaksud 'tidak'.

7. Kebanyakan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Cukup setakat ini sahaja buat sekarang ;) ... Oh yeahh,fakta yang ke-3 berlaku pada tahun In lahir !!! Fakta yang ke-4 In pernah dengar dah dan juga fakta yang ke-7 pun tak silap dalam biology ada nyatakannya. Hah ! Sesiapa yang ingin pergi melancong ke Albania,jangan lupa budaya mereka ! Hahah ^^, Tata ~

:: NN ::