Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Terima Kasih,FizGraphic :)

Assalamualaikum

Hi there ! :) Tak lama dulu In ade join segmen Gadis Blogger DSLR  . Tatahu lah kalau-kalau ade jejaka di luar sana pun join ? Hikhikhik... And hari ni In dapat tau yang 'tuan rumah' buat doodle comey le ! Hehee ... Terima kasih ye 'tuan rumah' :) In appreciate sesangat. Untung tau ade bakat buat doodle ni... XD Terima kasih yea =D
.
.

 
Lawaaa kan doodle ni. ^____^ ~~ Thanks yeah ! :D

And thanks to Miss Lissa yang sudi tag In ... Entah nape tergerak hati nak join. Kan In ni liat orangnye nak join segmen kan ? Hahaha... Tapi apa pun alhamdulillah .. Mungkin ini jawapannya. Hahahaha ;P
See yaa ! Nanti In nak kongsi satu cerita yang In sangat suka dan ade hikmahnya ! :D

:: NN ::

Saturday, April 20, 2013

Segmen : Gadis Blogger DSLR

Assalamualaikum 


Heyya ! Hahahaha,kena tag oleh sis Lissa . Thanks :) Alang-2 nak release tekanan sebab minggu exam hampir tiba :O ... buat lah segmen ni ^____^ . Kesian sis penat-penat tag In. Kan kan. Hohoho

 

Klik banner untuk join okay ! Syarat mudah dan cepat ! Let's join this segmen! LOloL

nickname : Min Holmes
tudung : soft blue colour
baju : white/black

Gonna tag ;D

Sweet lil' sistaaa : KIDDO

Le' cute sistaaa : Miss Always Late ! 

---Suka doodle-doodle comeyyy,tapi sayang tak reti buat ... iskiskisk T.T---

p/s Maaf,In tak de FB ... huhu~

:: NN ::

Thursday, February 14, 2013

Hari Anugerah Cemerlang

Assalamualaikum

Pertama sekali,buat kawan-kawan yang sama sekolah dengan In sila jangan terkejut ><'' Ni anugerah cemerlang lain tau,bukan sekolah kita.LOL >_<'' .. Hahhhh,lama dah ni tak dapat anugerah.Kali terakhir tahun lepas sebab PMR je.Hohoho,sekolah menengah ni susah betul nak dapat anugerah tau.Tak macam sekolah rendah ... huhuu T.T

Jadi entry kali ni mengenai Hari Anugerah Cemerlang Cikgu Fiq ! Haha,terkejut pulak nama In ada.Dapat sijil lagi tau ... XD 


Waaa,style tak ? XD Hahah ... Ce print,tunjuk kat parents korang,konpem tak larang dah korang sentuh laptop ke ape ! Yang kena cabut wifi tu dan dan je pasang balik .  hehehehe . 
Oleh sebab kata macam sekolah,anugerah cemerlang ekot subjek. In dapat subjek Pendidikan Islam. hahaha. Okay ape? Nasib tak subjek lain yang In kurang layak xP hahaha :D

Terima kasih Cikgu Fiq atas penghargaan ni... Hahah,seyes rajin betul! ^^, 
Thank you :D

:: NN ::

Monday, December 24, 2012

Segmen : Aku dan Blog

Assalamualaikum


[ Click this banner/picture to join this segmen ] 


Tentang saya ?
Saya seorang pelajar.Selamanya menjadi seorang pelajar.Bermula dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan in syaa Allah di dunia luar nanti. Kita semua sentiasa belajar tidak kira secara lisan ataupun tidak :) Saya seorang yang bercita-cita tinggi,mempunyai begitu banyak impian dan kuat berimaginasi. Seorang yang berkeyakinan dan percaya pada janji Allah serta hikmah disebalik apa yang berlaku. You know whatt ? My life may not be going the way I planned it,but it is going exactly the way Allah planned it ^^, Sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik daripada sekarang dan dalam meniti mendekatkan diri kepada Allah SWT :") 

Kenapa buat blog ?
Well,In buat blog ni untuk share pelbagai cerita atau info yang dapat memberi manfaat kepada kita semua,in syaa Allah :) Ini juga sebagai jalan untuk In berdakwah dan mengemukakan pendapat In. Orang dapat terima atau tidak hak masing-masing tetapi sila beri kerjasama semua orang untuk menghormati setiap apa yang In kemukakan. Marah-marah,memberontak,caci-mencaci bukan akhlak sebagai seorang Islam. Langsung tidak diajar dalam Al-Quran mahupun Rasulullah SAW ... In juga ingin lebih mengenali ramai orang dan berkawan. Eratkan silaturrahim sesama saudara Islam :) Boleh kan ? ^^,

-The End-

In di tagged oleh Sherlyanna. Seperti korang tahu In sebenarnya tidak berapa minat dan tidak ingin terlibat dalam tag-tag or segmen-segmen ini . Anyway,lagi sekali In dapat melihat kebaikan dalam segmen ini dimana kita dapat lebih ramai kenalan sebagaimana tujuan In untuk ada blog. Eratkan lagi silaturrahim sesama saudara Islam. Dan In juga support Blog Paly punya niat dalam segmen ini :) Semoga kita dapat manfaatnya dan diredhai Allah SWT. Aamiin . Sekian .

:: NN ::

Thursday, December 20, 2012

25 Facts About Me

Assalamualaikum

Okay,straight to the point yea ? haha. In di tagged oleh LissaLaLissa untuk buat 25 Random Facts About Me. Actually,In tak nak buat or terlibat dalam ni semua ><'' Tapi,kerana mungkin dia tag untuk mengenali In so why not? Kesian dia,perlu tag 25 orang =) Haha,kan kan ? Penat yea ? In akan buat 25 facts tu but tak akan tag 25 orang XD Anyone nak buat,just do it :P Hahaha,okayy ? Anda semua digalakkan tag diri anda sendiri. Hoyeahh ! :D Let's start now !

1. Lahir di Kedah namun tidak berapa fasih berbahasa Kedah. Setakat "hang","aku" boleh jaguh lagi :P
2. Tidak ada makanan kegemaran
3. Minuman kegemaran air putih/sky juice/air masak dan seangkatannya
4. Suka subjek sains seperti Biology,Chemistry,Physics tetapi nak score memang mencabar
5. Suka subjek Bahasa Inggeris dan setiap kali exam BI lebih tinggi daripada BM. Namun,kalau BM tiba-tiba lagi tinggi daripada BI keriangan ribena terserlah
6. Banyak nickname seperti : Arabian,giraffe,sweetie,princess,barbie doll,nazaria,detective,minmentos,dr. , kaunselor,busukie,wangiest and etc . Trust me,A LOT 
7. Tak suka makan kerana rasa waktu makan tu bosan,mengantuk tetapi suka cuba pelbagai jenis makanan. Nampak perbezaan tu ? haha ;)
8. Berani kadang-kadang boleh jadi penakut tanpa sebab dan pemalu namun boleh jadi tak tahu malu. Lol !
9. Lebih suka sendirian kerana mampu berfikir dengan tenang dan muhasabah diri
10. Tidak suka bergossip namun sering terdengar gossip. Apa boleh buat ? 
11. Tidak pernah couple dan tidak akan couple seumur hidup melainkan couple yang halal melalui pertunangan dan perkahwinan
12. Tidak pernah jatuh cinta lagi namun memahami perasaan cinta itu bagaimana 
13. Tak suka bergayut telefon dan tidak suka cakap dalam telefon lagi-lagi dengan lelaki.Namun kalau dia itu orang yang sangat rapat dengan In,tiada masalah untuk cakap dalam telefon tetapi tidak lama,tidak melebihi 15 minit. Kalau urgent bolehlah .. apa boleh buat ?
14. Suka kacau orang namun sekarang macam dah tak sangat,ekot mood kot.
15. Mudah menangis namun bukan di hadapan orang ramai. Depan ramai orang control-control , wahai air mata,jangan berani nak keluar !!! Muehehe ;) Konon tough .
16. Mudah bergaul dengan lelaki daripada perempuan namun sekarang berusaha mencari lebih kenalan perempuan. Will you be my friend ? :)
17. Mempunyai 3 blog namun 2 dah diprivatekan kerana sudah penuh,sendat dan padat.
18. Tidak memilih kawan dan suka berkawan 
17. Suka senyum tak kira tempat,masa dan sebab.
18. Impian nak mengelilingi dunia
17. Suka dalam bidang perubatan,in syaa Allah tercapai.
18. Cikgu suka usap kepala In . Entah kenapa ? -__-
19. Tak suka online . TRUST ME . PLEASE . Haha
20. Tak suka merajuk namun suka pura-pura merajuk . Nakal bukan ? hehe
21. Seorang yang jika perlu sopan,sopan tapi jika waktu itu perlu menjadi lasak,jadi lasak. Contoh ? Waktu bersukan ? ^_^
22. Suka tunduk bila lalu depan orang tak kira usia '__' .. itu pelik ,selalunya tunduk kepada orang yang lebih tua sahaja
23. Impian pertama ialah syahid 
24. Mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga boleh mengganggu emosi =='' 
25. Seorang yang sangat penyayang dan suka sangat dengan baby boo :D

The End 

:: NN ::