Saturday, March 11, 2017

2017

Salam alaik, hi! Okay, sebenarnya nak update pasal lain, nak cakap pasal lain but unfortunately my brain kenot brain sekarang ni because I'm so sleepy but I cannot sleep sebab tengah update ios and esok ada flight pulang ke Ganu, back to my student punya life and daa daaa daaa...

So nak cakap pasal perkembangan je lah while waiting for a few minutes untuk ios selesai update! Yiehaaa!--- Okay, it's quite challenging and so many troublesome things are happening to me but not that major-annoying-troubles I had faced last year. This semester (my 5th semester because I had a short semester last year---WAJIB), I think, not as bad as last semester. MAYBE, just maybe this semester I may improve my grades and cgpa sebab last semester was such a DOOMED! Hahahaha---but I'm still grateful, alhamdulillah no repeat paper---so far... 

Well, ouh ya, baru pindah rumah and memang banyak kerejeeeee cuti midsem ni but worry not---banyak barang-barang sudah ku unpacking before balitttt ke Ganu (krohhh krohhh), and yes still a few left tak unpack lagi ouh well, no place to put and some are not my things, you better unpacking them by yourself cc my brothers hahaha. 

What else? Hmmm, Happy International Women's Day, ya I know not today but still am not too late wishing it here. Women, women are awesome and incredible, I must say. I am a woman. Yup :P Hahaha. You may define that in various ways. As a married woman, or as an independent woman blablabla...as what you wish~ Me? I'm not sure to define me as what-woman, but I know my Mak! Mak as a married woman with 3 children. Must had a challenging life and she did put her life at risk three times while mengandungkan kami-me and brothers LOL. She made a lot of sacrifices, I noticed some of them but there must be loads of sacrifices lagi which I failed to see... Okay banyak lagi nak elaborate but dah update ios andddddddd i am sooooo mengantuk I should go to sleep! Kalau rajin akan edit balik but if not, yup that's the improper end of my post lol! 

Have a nice day ahead, salam alaik fi amanillah!

:: NN ::



Wednesday, January 25, 2017

2016

2016.
Assalamualaikum… Masih belum lewat kot untuk wish Happy New Year (LOL)!!! ^^,  Maaf lama menyepi sebab busy dengan life as a student ceh… haha. Sekarang baru faham kenapa kekawan bloggers yang masuk sahaja universiti especially sambung degree, terus lenyap menyepi. Rupa-rupanya ku pun sebegitu rupa hahaha. How was my 2016? Sejujurnya, peh memang tahun paling mencabar dan boleh kata tahun dimana diri ini hit the rock bottom! Tahun kejatuhan. Jatuh segalanya. Hahaha. I went through a lot of pains, emotionally and mentally.

Permulaan 2016 agak baik. Dan I got anugerah dekan. Alhamdulillah. One of my targets tercapai. Ada lah beberapa target 2016 tercapai. But sukar, duka dan kesedihan tu jauh lebih banyak. Melepasi pertengahan tahun rasanya, I feel like tahun 2016 sangat panjang. Dan rasa macam each and every day, I’m dying hahahaha. Little by little. Rasa terlalu penat dengan segalanya. I went through a few days of kemurungan (but not so serious hahaha tapi memang rasa murung sungguh). I am usually orang yang sangat positif, punya emosi dan mental yang sangat kuat. Tahu handle everything about myself, but not last year. Last year, I just lost myself. I do not even know who I am anymore. That hurts me so much. When I feel I am no longer me, myself. Apabila orang tanya, ‘Apa maksud tak rasa macam diri sendiri? Macam mana diri you sebenarnya. Why, how rasa tak macam diri sendiri…’ and blablablaaa… I’m sorry, I couldn’t explain because ia sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Sesuatu yang tidak boleh diterangkan secara lisan. I am the only one yang faham, tahu dan rasa. Not like I am not being myself or faking, tapi I just feel like THIS IS NOT ME. Itu permulaan stress 2016.

Of course, I laughed, I smiled… tapi dalam hati, and ketika sendirian tu, Tuhan sahaja yang tahu. I cried a lot last year lewls! Selalunya, diri ni sejenis yang kurang memerlukan support and really independent and boleh fikir almost-most of the time secara rational, tenang and cool. But not last year! I truly needed my friends’ support, and of course family as well. Friends---, kawan-kawan jauh dimata dekat dihati. My primary/secondary schoolmates, also my foundation-mates. They were with me and kept checking on me. They listened to me, without judging me. They gave me a lot of wise words. They knew how to comfort me. I am truly grateful. Korang tahu lah siapa korang :) Even every little word or action I appreciate much. Ada yang menambah garam diluka, I was struggling and secara mental and emosi mana lah nak stabil! Buttttt, the way he/she comforted me likeeee, uh oh… Nevermind, lepas ni tahu lah, dia bukan orangnya untuk aku mendapatkan semangat or nasihat ke apa. Hahaha.

Also, I am still struggling living here in Terengganu. Not because of Terengganu. Terengganu is such a nice place :) But the circumstances and because of some people here. Ada one day tu, at one point I felt ‘that’s it. I’m so done!’ Kebetulan ada cuti 4 hari kot time tu. Cuti Diwali ke? Tak ingat but I packed my things and I went back home. Sebelum tu my Abah called me. I was struggling inside out at that time. And selalunya dapat cover but at that time I couldn’t say anything and I just cried. I said I wanna go home even cuti sekejap. Abah suruh balik and discuss things. So yeah I went back and discussed a few things with my Abah :)  I decided not to cerita banyak mengenai ni. Mula-mula macam nak try to share in detail but kelamaan I think, nah, nevermind. If benda ni berulang lagi pada tahun ni, 2017, and orang yang sama juga puncanya, I’ll definitely share it. Kalau boleh siap nak tulis nama lagi. Hahaha nah kidding. I didn’t really blame anyone but I couldn’t ignore the fact that memang ada orang buat rebut jugak. Hahahaha. Sorry NOT sorry.

What is my solution to overcome masalah-masalah pada tahun lalu, 2016 is, I’ll try not to care sangat pasal orang. Cuba untuk utamakan diri sendiri dulu walaupun ia sebenarnya bukanlah ada dalam diri ini sangat. I mean, dari kecil membesar dengan nilai jaga orang, like utamakan orang dulu semua blablabla then tiba-tiba nak berubah sikit supaya tak terlalu fikirkan orang, tak terlalu cuba memahami orang so..yeah. The problem sebenarnya yang diri ni jenis mudah tahu pasal orang sampai timbul rasa simpati, empati and rasa even orang tu buat salah pun, tak boleh nak marah because I know, why he or she behaves like that. I am a person yang mudah untuk memahami orang, then berbaik sangka then, not going to judge but at the end, diri sendiri terasa hati. Is okay kalau orang tu sendiri bagitau straight to my face anything but I am not going to find out his or her state of mind ke feeling ke mood ke or whatsoever daaaaa….. hahaha. I am truly tired and if tertahu anything pun I’ll just close my eyes, my ears and my mouth and buat tatahu je lah. Kalau orang tu sendiri approach to share ke to luahkan ke apa then okay. If not, kalau ada cakap belakang ke terasa belakang ke apa I’ll just close my eyes and all. Not going to care, you take care of yourself, your emotions and feelings by yourself. That’s it. Also ada a few more solutions but I’m still thinking of it to do or not to do.
So actually ada panjang lebar gila gila gila nak share but I decided not to disclose everything because I’m in a good mood now so here’s my first post in 2017 and also setelah sekian lama berdiam diri dalam dunia blogging. Sorry! Will blogwalking nanti nak tengok those little kids and babies anak-anak kawan bloggers dah membesar mana or maybe dah masuk anak ke-2 ke apa oh myyyyy! Will visit you guys soon! Take care! Assalamualaikum.

ps: Sorry it took me longer than I expected to post! Sebab INTERNET/WIFI TAK ADA. Manusia hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukannya ^^, hiks


:: NN ::

Monday, February 15, 2016

Sanah Helwah, Noraya Busran

Assalamualaikum

Sanah helwah, Mak. Semoga bahagia selalu. Dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Terima kasih kerana melahirkan seorang dan satu-satunya anak perempuan bongsu yang cantik, comel dan bijak. Yang nakal tapi baik. Degil tetapi akhirnya mendengar. Yang malas, tetapi cuba rajinkan diri. Yang kadang-kala kuat gaduh tetapi memaafkan dan melupakan. Yang rasa nak mengeluh tetapi bersabar. Kadangnya pengecut tetapi bila berani, berani sekali. Yang selalu bising banyak cakap,tapi bila malu, diam sungguh diam, jadi perempuan sungguh ayu. Yang kasar tapi lembutnya masih ada. Peh, mana nak cari anak perempuan begini? Mungkin ada yang diatas gene daripada Mak. Mak seorang ibu yang hebat. Terima kasih. May Allah the Almighty continues to shower His blessings on you and give you the best in life. Love you lillah, Noraya Busran.

Siapalah aku untuk memuji diri sendiri. Sesungguhnya yang sebenar layak menerima segala pujian itu hanya Tuhanku. Yang mengizinkan ibuku melahirkan aku. Mengizinkan aku dilahirkan dengan sebegitu sempurna tiada cacat anggota atau pancaindera. Terima kasih kepada Tuhanku meminjamkan dia sebagai ibuku. Semoga ikatan dan kasih ini hingga ke syurga. Dan terima kasih Tuhanku, mengizinkan dia membesarkan ku sebegitu baik sekali. Alhamdulillah. Tahu tak, aku jaga diri aku. Maruah dan agama aku. Penghormatan diri aku. Selain kerana Tuhan dan agamaku, juga kerana ibu bapaku. Kerana aku tak mahu manusia-manusia ini yang telah mendidik aku tanpa berhenti dan berputus asa, di caci dan di hina kerana aku. Na'uzubillah min zalik. Kalau untuk Tuhanku, dan ibu bapaku, mana mungkin ia sesuatu yang membebankan bagi aku? Jika ia juga sesuatu yang membantu ibu bapaku untuk membau syurga, mana mungkin aku terasa berat untuk menunaikannya. Moga aku tidak akan pernah tersilap jalan dan terus dapat membanggakan ibu bapaku, jika bukan di dunia, in syaa Allah di akhirat. Aku kuat kerana mereka yang tercinta.

Kalau Mak Abah aku tanya aku apa yang aku bersyukur sekali yang aku dapat daripada diorang. Hm, setelah aku berfikir panjang, setelah aku mengimbas satu demi satu peristiwa, aku akan jawab didikan agama. Ye, didikan agama. Yang berikan aku didikan agama, mencari dan mengeluarkan wang untuk hantar aku mengaji Alif Ba Ta seusia yang sangat muda. Menyekolahkan aku. Mencari guru yang benar dan baik buat aku. Tahu tak apa guru-guru selalu sebut kalau kita buat hal atau nak bagi kita semangat? Bukan mereka kata, "kamu tak kesian/sayang ke diri kamu?" Bukan. Guru-guru akan kata, "Kamu tak kesian/sayang ke ibu bapa kamu?" Dengan rasa syukur yang aku cuba gali dalam diri aku ini, aku jumpa didikan agama yang diberi. Dan dengan itu, aku perlu ikut apa yang aku belajar dan di didik. Kalau aku belajar menutup aurat, aku terus menutup aurat. Kalau aku belajar bagaimana ingin menutup aurat lebih sempurna, aku terus cuba sempurnakan aurat aku. Tanpa berbalah, tanpa rasa berat hati. Tanpa menangguh. Kenapa? Kerana aku kasihan kepada ibu bapa aku. Kalau aku kata aku malas belajar atau tak mahu belajar dah, aku akan rasa diri aku sungguh kurang ajar. Kalau aku merungut tak nak menutup aurat kerana panas, kerana kurang style ke tak up to date ke tak elok ke aku rasa diri aku kurang ajar sangat sebagai seorang anak. Baru sebagai seorang anak kepada ibu bapa aku. Bagaimana pula dengan seorang hamba kepada Tuhanku?

Ibu bapa aku yang susah payah bela aku. Besarkan aku. Layan kerenah aku. Tapi aku tak sanggup nak berjuang dalam jalan Allah yang sedikit sebanyak bukan sekadar membantu diri kita, tetapi ibu bapa kita juga. Patut ke? Tidak! Ada kisah dimana seorang bapa yang telah meninggal dunia di beri ganjaran syurga kerana anak perempuannya seorang yang solehah. Solehah kepada suaminya. Kita buat baik pada suami pun boleh jadi beri credit kepada ibu bapa kita juga. Bukan sekadar itu, buatlah baik sesama manusia, binatang dan alam. Kerana kebaikan itu juga hasil didikan yang diusahakan oleh ibu bapa kita ke atas kita. Jadi, baik kita juga memberi kebaikan kepada mereka. In syaa Allah. Sebab tu, kalau tak kesian pada diri, kasihanilah ibu bapa kita. Kalau orang tanya aku kenapa tak bercinta, bukan pada asalnya aku menolak kerana beranggapan ia tidak halal tetapi aku lebih fokus kepada menunaikan harapan dan kebahagiaan ibu bapa aku. Selagi aku rasa belum puas bahagiakan ibu bapa aku, beri yang aku ingin berikan, aku tak terdetik untuk bercinta dan menjaga kebahagiaan 'orang lain'. Tuhan aku lebih mengenali aku. Jadi Tuhan aku akan bantu aku. Itu aku pasti. Semoga Mak Abah diberi ganjaran syurga didunia selepas ini. In syaa Allah. Aamiin. Satu hal, aku tak baik. Cuma aku seorang manusia biasa yang penuh dosa sentiasa cuba untuk menjadi baik dan lebih baik. Sekian, assalamualaikum.

:: NN ::