Friday, August 21, 2015

Rindu

Assalamualaikum

Hi semua! What's up? Ni hao ma? Hahaha...Hmph, siapalah yang In rindukan sangat tu kan? Faham tak perasaan apabila orang-orang tersayang kita dah tak da and bila korang ada event,or big day, or further studies tetiba macam sayu semacam sebab teringatkan mereka yang penting dalam hidup kita tak bersama kita untuk meraikan bersama. Contohnya, bagi mereka yang kehilangan antara atau kedua ibu bapa mereka. Bila berjaya or dapat sambung pelajaran, mesti macam rindukan mereka. Impikan nasihat dan doa mereka. Impikan melihat raut senyuman wajah mereka. Atau time nak kahwin ka, lagi lah kan? 

Begitu juga In. Alhamdulillah In masih punya ibu bapa. Tetapi In sudah tidak punya Wan dan Maktok. Rindu sangat kat mereka. Mereka selalu nasihatkan dan doakan In (serta cucu-cucu yang lain). Mereka selalu letakkan harapan dan impian mereka. Lagi-lagi bila In teringat kata-kata Maktok. "Tak tau lah nanti dah masuk universiti Maktok ada lagi ke tidak." And then Wan kata, "Ada punya. Sempat nak tengok." Sort of. And hakikatnya kedua-dua mereka pergi :'( Tak dapat nak lihat apa In buat, bagaimana universiti In, tanya nak sambung apa. Belajar apa. 

Kalau mereka ada, time In di kolej, pasti setiap hari Wan telefon tanya makan dah ke, sihat ke, makan apa blablabla. Tapi In tak sempat nak merasa tu semua bersama mereka. Time In nak further pelajaran ke peringkat degree ni, In mula rindukan mereka yang tak dapat menyambut bersama In dan keluarga :'( . Tak dapat nak segan silu bila Wan dan Maktok bagitau orang lain yang cucu bongsu dia masuk degree sekian-sekian-sekian. Hahaha. Biasalahkan, orang tua. Segan lah tapi somehow In rasa senang hati melihat mereka bahagia kan. Rindunya. Lagi rindu daripada In nak masuk Asasi dulu. 

Sedih. Kekadang harap sangat Wan dan Maktok tahu apa yang In buat sekarang walaupun mereka dah tak ada dan masuk dalam mimpi. Hehe. Mustahil ke? >_< Sedih lah. Rindu sangat tau. Lagi rindu kalau one day In akan kahwin dengan somebody... Wan kan suka ngusik In ni ada boyfriend ke belum. Nama siapa. Blablabla. Dan hakikatnya sekarang Wan tak kan tahu dan tidak bersama In andai suatu hari nanti In punya rezeki untuk membina masjid bersama seseorang. Wan tak dapat nak berlawak dengan somebody tu dan tak tahu nama siapa, kerja apa, blablabla... Sayu je rasa. 

Berlalu dengan pantas dan seorang demi seorang pergi. Sangat rindu kat Wan. Wan pernah kata nanti sambung belajar ambil kos susah-susah sebab yang susah tak ramai nak dan yang susah tu gaji besar. In tak tahu kos In ni susah ke tidak pada anggapan orang diluar sana tetapi In yang pernah belajar basic time Asasi dulu sangat mengakui dan rasakan bahawa Ia antara kos yang memang susah dan perlu up to date dengan keadaan sekeliling. Tak boleh leka dan malas. Rajin mencari dan membaca. Rajin meneliti dan blablabla... 

Sepertimana orang lain asyik sebut kat In, "uih jadi lawyer lah nanti," Seperti itu In bayangkan Maktok pasti akan tak henti cakap yang cucu dia sorang ni bakal lawyer. (Walaupun sebenarnya skop undang-undang ni lebih luas tapi orang hanya mampu cakap lawyer ja.) Hahaha. Dan seperti orang lain asyik sebut In ni bakal lawyer tak henti-henti, In rasa dengan kata-kata mereka itulah In berkesempatan masuk ke tahap seterusnya dalam jurusan itu kerana kata-kata itu doa. Alhamdulillah. Ini semua berkat doa kalian. Lagi best kalau dapat dengan Wan and Maktok asyik sebut macam tu juga even time tu pasti In akan rasa macam "errr". Hahahaha. 

Tapi kerana mereka itulah In kuat dan cuba realisasikannya. Mereka kekuatan. Anda semua kekuatan In. In tak rasa seperti satu beban apabila orang kata "bakal lawyer ni" "boleh jadi lawyer yang baik". In tak rasa benda ni satu beban. In segan sebab takut tak dapat further but alhamdulillah. Dan In akan teruskan dan buat yang terbaik sebab korang :) Disamping niat yang lain lah. Korang one of my niat(s). In tak akan janji tetapi In pasti cuba tidak putus asa, dan tak mengalah dan tak merungut. Kalau In ada rasa sedikit pun, In akan ingat kata-kata korang. Korang semangat dan kekuatan In and korang terbaik ;)

Tak kisah, orang tu In kenal or anon or terserempak mana-mana kan. Tapi kata kalian, doa kalian pasti didengar Allah :') Dan In harap korang teruskan doa buat In dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, ye? Sebab doa In belum tentu Allah dengar, mana tahu doa kalian Allah dengar. So I need it ^_^. In dah tak de grandparents dan moyang-moyang yang nak doakan In. Doa orang tua-tua ni satu keberkatan juga. Tu buat In sedih. Tapi alhamdulillah masih ada ibu bapa dan moga mereka dipanjangkan usia. 

Apapun, waktu-waktu nak sambung belajar part yang In suka is pergi melawat saudara-mara. Dan ada juga saudara-mara yang datang melawat. Time tu kita dapat rasa diorang prihatin hehe. Dan of course diorang doakan dan berikan keberkatan. In rasa ini penting selain dapat eratkan silaturahim, ini membantu untuk permudahkan segala urusan kita kelak dan pelajaran kita. In suka perkara ni dan alhamdulillah keluarga dan saudara-mara In tergolong dalam golongan macam ni. Sharing is caring kan. Heheh. 

Okay itu je nak kata. Rindu kat Wan dan Maktok tapi tak tahu nak luah kat mana. Berharap dapat mimpi diorang. Heheh. Semoga urusan kalian semua juga dipermudahkan tak kira nak buat apa pun asalkan benda baik la noh. Heheh. Jom kita buat yang terbaik buat agama, keluarga dan negara. Buat diri kita juga. In syaa Allah. Alright, fi hifzillah wa fi amanillah. Assalamualaikum wbt. 

:: NN ::

No comments:

Post a Comment