Kekoknya baru first time cuba update guna phone!!! Terkial-kial! HAHAHAHA. Okay hot topic. UPU. What's up? Tahun ni ramai yang berkelayakan tak dapat apa mereka minta dan ada sampai tak dapat apa. WHAT? In sangat bersyukur dan alhamdulillah walaupun tak dapat sepenuhnya yang In harapakan sekecil-kecil harapan tetapi In dapat lah juga separuhnya. Tak faham apa In cakap boleh baca previous post.
UPU ada 12 pilihan WAJIB diisi. Sebagai student Asasi Undang-undang pilihan yang dekat dihati sedikit bangat. Last choice In apa tau? BAHASA PERANCIS. Ewah kau In. Hahahaha. Abah In tergelak-gelak dah. OMG pandang rendah ye. Hahahaha. In pulak asyik sedapkan hati kalau dapat kos ni boleh cakap France, boleh kerja sana gaji besar, boleh jadi translator merayau memacam tempat. Ceh.
Tapi seperti In pernah bagitau alhamdulillah In dapat pilihan ke-5. Syukur. Bagi In la, dengan UPU ni kita kena eksyen lebih. Time In isi tu kan, dengan result yang berpatutan dan berkelayakan alhamdulillah In kena berani mati. Hahaha. Time kita habis isi 12 pilihan UPU tu kan, dia akan tanya 'Adakah anda menerima tawaran selain pilihan diatas?' Kena jawab Ya atau Tidak. Dengan berani mati dan penuh tawakal kepada Allah In kata TIDAK. Siapa suka dilelong lagi-lagi tahu resultnya bagus atau agak bagus atau senang kata 3.0 ke atas? Mesti tak rela dilelong, terima tawaran selain 12 pilihan kita redha je letak tu. Hahaha. 12 pilihan tu pun sedang-sedang je kita suka ini kan pula nak terima lelongan yang langsung tak suka. Ya Tuhan.
Itu pendapat In je. Kalau buat macam tu korang akan terima 2 keputusan je. Sama ada dapat antara 12 pilihan tu atau korang tak dapat langsung. TAK DAPAT LANGSUNG. Sebab tu In kata itu keputusan yang berani mati. Terserah kepada korang nak berani mati atau play safe dengan sanggup terima tawaran lelongan. Kalau 3.0 ke bawah memang In rasa kena play safe. 3.5 ke bawah pun sebenarnya tak safe sangat sekarang ni tapi berbalik kepada rezeki kita kan like I said before. Jangan dengki dengan keputusan orang lain. Cuba muhasabah diri sendiri dulu.
Cuba ingat balik. Ada doa untuk keluarga? Ada doa untuk guru-guru? Ada doa untuk ummah dan negara? Dan pastinya diri sendiri serta masa depan. Kekadang doa kita juga memainkan peranan yang penting. Setuju? Tak setuju? Kemukakan argument anda. Ceh. Hahaha. Dalam Islam tak ada 'luck'. Sebab tu In tak wish orang 'goodluck'. Semuanya dengan kekuasaan dan rezeki daripada Allah SWT. UPU kali ini agak luar biasa sekali keputusannya. Sedih melihat kekawan yang lagi bersedih. Huhu.
Kali ni juga UM keluar daripada UPU. Ada orang dapat dua tiga tawaran yang membuat In fikir bagus untuk dia sebab dia bijak tetapi tidak bagus buat yang tidak dapat apa. Lagi satu, dapat banyak tempat pun pening kepala nak pilih mana satu kan? Kalau nak asing, bagi salah satu saja lah. Sama ada dapat tawaran UPU atau pun luar dari UPU seperti UM atau UIA. Kesian orang yang berkelayakan tak dapat dan perlu buat rayuan.
Memang tak lupa ini qada' dan qadar Allah. Tapi it depends on how the system works as well kan? Macam serabut je. Macam tunggang-langgang je. Serius kesian ah dengan kekawan. Sebab ni juga In tak rasa apa sangat bila dapat tawaran tu. Itu cara In bersyukur dan hormat bagi mereka yang tak dapat apa atau yang mereka inginkan. In pun like I said tak lah dapat apa yang bebetul In inginkan. Ada pros and cons. I need to work harder. Wayyyy toooo harderrrr compared to my other friends. Why? I might tell you later.
Dapat masuk lambat doesn't mean korang akan habis lambat. And yes, cepat ke lambat ke akhirnya kita sama saja. Maybe kali ni korang dapat rezeki masuk degree lambat but who knows bila kerja nanti murah rezeki senang dapat kerja. This is life my friends. Tak akan selalu mudah dan indah. We all know that very well. We understand what is life about. We know the struggles in this era. Berbekalkan niat yang baik dan usaha dan doa dan tawakal redha in syaa Allah all is well. We have Allah. Don't ever forget that okay?
Ingat tak arwah Ahmad Ammar? My God his SPM punya result sangat gempak dan terbaik tu. But arwah tak banyak songeh dan turut perancangan ayahandanya pergi ke Turki sambung belajar sana. Kos yang diluar dari pelajarannya di sekolah dan keputusan yang arwah dapat boleh je jadi doktor bagai jurusan yang hebat dan in syaa Allah pekerjaan terjamin but no he didn't further. Masuk pula universiti yang tidak diiktiraf oleh Malaysia. Mereka letakkan segalanya kepada Allah kerana pemberi rezeki dan nikmat kita adalah Allah SWT. Betul? Why worry. Ceh.
Tabahlah wahai teman semua. Arwah maktok In pernah kata. Tak kira cemerlang macam mana pun kita, bila kita tak dapat seperti kita layak mendapat jangan terlalu memaksa. Yes, kita tak patut putus asa. Yes, kita kena berusaha. But jangan TERLALU. Kalau memacam cara but tak dapat juga jangan teruskan. Just go with the flow. Kerana apa yang nak itu sebenarnya buruk buat kamu. Allah lebih Mengetahui. Kita lawan rancangan Allah, kita akan rasa akibatnya. Maktok In tak cakap sesuka dia. Ada pernah terjadi sesuatu dan itu memang pengajaran. Kerana pesanan arwah Maktok tu lah buat In mula easy going, tawakal, redha dan follow the flow. Bukan In tak bersemangat tapi In lebih meletakkan 100% kepercayaan kepada Allah.
People might say In ni sembang je. Buat baik je. You people can say whatever you wanna say. Korang tak rasa korang tak tahu. Jangan sampai dah sedar terlalu lewat. In tak akan cakap perkara yang dusta dan memainkan hidup orang. No. Na'uzubillah min zalik. Apa In cakap adalah nasihat orang yang dah hidup lama rasa asam gula lada garam kehidupan. In juga cakap berlandaskan pengalaman In. Benda baik In kongsi. Benda buruk In simpan. Aib Allah jaga. Nak tolong kawan kita, saudara Islam kita tak boleh kedekut ilmu dan nasihat. In dah nasihat bagi pihak In kepada korang. Pilihan nak terima, nak muhasabah atau tidak itu pilihan pembaca.
Maaf jika ada salah silap. Tegur. Maaf jika ada typo. First time kan update guna phone. Hehe. Maaf jika ada terasa. Macam In kata, segala terguris dihati anggaplah sebagai teguran Allah. Fi hifzillah wa fi amanillah. Salam alaik.
P/s Terima kasih yang mendoakan In. Moga kita semua berada di landasan yang benar dan berjaya dunia akhirat. Moga urusan kita semua dipermudahkan dan diredhai Allah SWT. Stay strong and all the best. Allah yuftah alaikum!
:: NN ::
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete