Sunday, August 23, 2015

Manusia Tanpa Akal

Assalamualaikum

Hi semua! Siapa tahu mengenai seekor monyet yang di kena mercun dan cedera di tangannya akibat manusia yang serupa tiada akal dan tiada tanggungjawab. Manusia yang bertindak seperti tidak punya ajaran agama. Manusia yang melakukannya dengan gelak tawa seperti hati sudah mati. Melampau ke In kata macam tu? Itu yang mereka tonjolkan dan perbuatan itu sudah semestinya datang dari hati. Bila perbuatan buruk, datang dari hati yang tenat dan iman yang rapuh. 

Apa salah monyet tu? Nak cari makanan. Bukan ganggu mereka. Kelakar ke kalau orang aniaya kita sampai jadi cacat dan tak berupaya seperti dulu? Macam mana kalau ibu bapa kita atau adik beradik kita terkena perbuatan sedemikian kerana perbuatan kita? Sampai nya hati mereka berikan sepacket bola mercun kepada monyet itu dan monyet itu belek-belek sampai mercun tu meletup dan mencederakannya. Sungguh hina perbuatan kamu. 

Sungguh perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah dan Nabi kerana menganiaya binatang. Sedangkan Nabi sudah berikan amaran agar tidak menganiaya haiwan, jangan memukul mereka sehingga bertanda. Perbuatan jijik kamu itu lebih hina dan apa yang kamu rasa jika sekarang ini Allah dan Nabi sedang menyoal perbuatan kamu itu. Bolehkah kamu hidup dengan tenang dengan menganiaya haiwan yang tak bersalah? Saya pelik. Sungguh pelik. Sudah tak ada kerja ke apa? 

Saya turut terganggu dengan perbuatan mereka. Bila teringat jadi menangis. Bila menangis susah nak berhenti. Tak dapat bayangkan perasaan haiwan itu. Haiwan pun ada perasaan. Ada deria rasa. Haiwan juga tahu rasa sakit itu bagaimana. Macam mana kerana perbuatan anda, haiwan itu sudah tidak punya kepercayaan terhadap manusia dan bertindak ganas. Salah siapa? Salah manusia yang tak ada sensitiviti dan perasaan macam awak! 

Selagi orang yang melakukannya tidak bertaubat selagi itu saya tidak akan sesekali maafkan awak. Saya tidak akan tahu sama ada awak bertaubat atau tidak tapi Tuhan tahu. Apa hak saya nak maafkan awak? Akibat perbuatan awak itu, telah mengganggu emosi saya. Bukan saya saja, pasti ramai lagi manusia diluar sana terganggu kerana tindakan awak. 

Awak itu manusia yang punya akal tetapi kenapa nak acah tidak punya akal? Awak tu sakit mental ke terencat akal ke? Awak tak bersyukur langsung dengan nikmat Tuhan berikan kepada awak. Akal awal tak diguna ke arah baik. Tangan awak. Lidah awak. Suara awak. Deria awak. Banyak nikmat awak dustakan. Banyak nikmat awak dapat tetapi awak tak guna dengan baik buat saya terfikir ramai lagi yang kurang bernasib baik lebih layak dapat nikmat awak tu. 

Kalau awak hidup hanya untuk suka-suka. Hanya untuk menganiaya orang dan haiwan. Hanya melakukan kerosakan. Awak hanya memalukan dan mencemarkan maruah keluarga awak dan mensia-siakan 9 bulan ibu awak membawa awak dalam perutnya. Saya sangat marah. Marah saya sampai kalau saya jumpa awak saya rasa nak tampar awak. Marah saya sampai kalau boleh awak ditangkap dan dipenjara bertahun lamanya. Marah saya bukan setakat nak awak dipenjara, tetapi nak awak membayar denda dan denda itu untuk merawat monyet itu. 

Saya tak tahu awak semua agama apa. Tapi kalau awak seorang Muslim. Awak dah cemarkan ajaran Islam. Islam itu sempurna bukan Muslim. Tahu. Tapi tindakan keji awak itu bukan menunjukkan ketidaksempurnaan awak tetapi kebodohan dan kekurangan ajaran agama. Untuk tidak menganiaya orang mahupun binatang itu satu ajaran yang basic dalam Islam. Dan saya percaya, semua agama melarangnya. Maka tiada alasan dan sebab yang dibenarkan untuk anda menganiaya haiwan. 

Aib dan bodoh anda mohon disimpan rapi kerana Tuhan sendiri sebenarnya telah menyembunyikan aib kita. Saya tak tahu bagaimana nasib seekor monyet yang mencari rezeki itu tetapi saya doakan yang terbaik buat si haiwan yang bernasib malang itu. Kerana bertemu dengan anda-anda yang malang. Hidup dalam kegelapan. Hidup dalam kebencian. Hidup dalam hati yang berpenyakit. Moga cepat bertaubat sebelum terlambat. 

Saya sangat dalam keadaan pilu. Sedih dan kecewa. Saya harap tiada lagi perkara yang tidak bertanggungjawab ini berulang. Ingat. Allah itu Maha Adil. Kalau tak nampak murka Allah ketika didunia, nantikan di akhirat. Nabi sendiri sangat cintakan haiwan dan jangan anggap Nabi akan mengaku anda sebagai umatnya jika tidak bertaubat. Maaf atas mana-mana typo kerana update guna phone dan salam alaik wa fi amanillah. Salam maghrib. 

:: NN ::

No comments:

Post a Comment