Thursday, December 25, 2014

Aku Pilih Dia

Dia,
Yang bila ada,
Bikin aku kuat,
Yakin semangat

Dia,
Yang bila memandang,
Bikin mata aku tenang,
Sejuk damai terasa

Dia,
Yang bila difikirkan,
Bikin dadaku lapang,
Ukiran senyuman dibibir

Dia,
Yang bila aku sisipkan doa,
Bikin aku bersungguh-sungguh,
Dan ikhlas tertumpu pada dia

Hanya pada dia
Dan aku,
Akan tetap,
Pilih dia

:: NN ::

Tuesday, December 23, 2014

Diari Hati

Assalamualaikum


Ini apa yang terbuku dihati,yang tak bisa diungkapkan,ditujukan dan diluahkan. Lalu In campakkan rasa ini disini agar mereka yang perlu dengar,perlu baca jua buat diri sendiri boleh bersatu kembali. In guna 'aku' untuk post kali ini.

Apa sahaja yang telah berlaku dulu dan sekarang ingin sekali diselesaikan dengan baik dan berlapang dada. Dulu yang berlaku tanpa pengetahuan aku kerana dianggap aku tiada hak untuk mengetahuinya,aku tidak mahu bahas. Tapi,yang aku tahu apa-apa sahaja yang berkaitan dengan aku,aku perlu tahu kerana dimana sebutnya,bicaranya,terletaknya nama aku,aku berhak untuk mengetahuinya. Tapi aku redha kerana aku seakan sudah terlambat mengetahuinya dan aku positif bahawa ini semua kehendak Allah. Jadi,aku siapa untuk lebih beremosi? Aku siapa? Aku sedang hati-hati agar aku tak jatuh kedalam gaung perangkap syaitan nirrojim.

Masalah itu biasa. Masalah itu sebagai pengajaran dan salah satu cara buat kita matang. Tak dilupakan in syaa Allah apa kita hadapi sekarang membantu pada masa hadapan. Kita semua manusia,bukan Nabi dan bukan Malaikat. Jauh sekali Tuhan. Tuhan hanya satu,Yang Maha Esa...Allah. Adalah tidak menyenangkan kalau masalah itu bertangguh dan diselesaikan sekerat jalan. Kalau dah tak mampu,baik semua lupakan dengan menulis catatan hidup yang baru bersama-sama. Kerana kita bukan sekadar kawan,kita adalah saudara Islam. Kita semua masing-masing ada salah dan silap,ada kelalaian dan ada salah fahamnya. Perasaan amarah aku mohon semuanya dikawal kerana perasaan itu datang daripada syaitan. Istighfar.

Daripada saling menyalahkan,membawa diri dan seangkatan drama yang telah diperkatakan baik berhenti. Relfect diri sendiri,cari kesalahan sendiri. Bukan pada kawan. Pada diri sendiri. Aku juga cari kesalahan pada diri sendiri. Kita semua struggle dalam sesuatu tetapi kita tak memahami antara satu sama yang lain apa masalah kita,pemikiran kita,hati kita,struggle kita. Kita semua buat-buat tahu,berlagak tahu. Kita semua rasa kita begitu kenal antara satu sama yang lain walhal baru berapa lama bersama itu pun sejak dari awal sudah ada cerekarama. Aku penat,kalian tidak-kah? Aku ajak,untuk kita hidup saling meminta maaf dan memaafkan. Jangan berdendam dan terlalu simpan sakit hati,pedih hati,terguris hati. Kerana disitu terletaknya keberkatan Allah,dengan meminta maaf dan memaafkan agar kita semua mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Aku ajak,untuk kita semua didik diri untuk bersabar dan lebih terbuka hati untuk luahkan segala rasa tidak enak yang tercalit,jujur apa yang dirasa dan difikirkan. Dan,jangan cuba untuk sendiri lagi-lagi dalam menyelesaikan sesuatu masalah kerana lebih baik bersama. Kita kuat kalau kita bersama. Bukan sendiri. Dan berbincang bersama,bukan hanya mendengar sebelah pihak semata-mata. Aku harap apa sahaja yang terlintas,curiga dan ingin tahu terus sahaja bertanya,bukan simpan dan membuat tanggapan sendiri. Kalau susah,maka tiada kepercayaan yang ada antara kita. Kata kawan,tapi... hak dibahagi, kepercayaan dibahagi, dan semestinya kasih sayang juga begitu,bukan? Jangan tipu pada diri sendiri. Relfect diri sendiri,kita semua.

Aku percaya kita semua ada usaha masing-masing buat kawan-kawan kita tapi kalau tujuan tak sama,usaha yang membawa haluan yang berbeza...tidak mengejutkan kalau ia boleh membawa suasana yang haru-biru. Anyway,kalau aku...aku keep telling myself that kita semua manusia dan tentu ada buat salah,kita semua berkawan dan tak sentiasa manis dalam berkawan pasti ada pahitnya. Tapi aku nak pahit itu kita hadam jadikan ia seperti ubat yang membawa manfaat pada diri kita. Aku maafkan kalian semua,dan aku juga ingin meminta maaf atas segala salah silap,dosa kecil atau besar. Allahu'alam. Jaga diri,jaga iman dan agama. Fi hifzillah. Assalamualaikum

Kita bukan sekadar kawan,kita saudara Islam! :)

:: NN::

Sunday, December 14, 2014

The Beginner [Piano]

Assalamualaikum

Hi there! Hari tu In tengah bosan dan belek-belek piano cover yang In buat time-time masih noob sangat main piano :P Well,sekarang lebih kurang je :P Kahkah! But then In buka satu piano cover ni and In macam OH MY ALLAH,when did I play this song? In tak ingat bila and tak ingat lagu apa. Hahahaha. Rasa macam amnesia. I bet that In dah hilang rentak lagu ni di jari jemari In. Hahaha. How sad. But I have the music sheet and I can start from zero again. Maybe slowly rentak tu akan datang balik and my fingers can dance better than before with this song! In syaa Allah. And also In ada tugasan untuk buat short movie. Criminal movie. In dah lupa macam mana nak edit video and all so In guna lagu ni untuk test,main-main edit kan. Guna Windows Live Movie Maker. So yeah. Malu nak tunjuk In main sangat noob :P >< I was so noob back then but still I'm so proud of myself. I met great teachers. They taught me a lot. I had a lot of fun with them. Alhamdulillah. 


Hahahahaha,lack of feelings and everything !!! HAHAHAHAHA. Oh yeah,credit tu bohong aje. Yang jadi cameraman tu my mom. Time ni my brothers and father tak ade pun. Hahahaha. Like I said,tengah main-main edit je. So ni kira macam testing la... Hahahaha. Malu la itewww... Haduhai... Shhh,let it be our secret je tau :P Whoever read this,watch this please please please don't spread it! Especially my beloved friends. Just please :P Korang kalau ada benda nak bahan memang tak akan lepaskan peluang tu kan? Hahaha. Diam-diam aje tau! Alright,thank you. Have fun. Hahahahaa... Assalamualaikum wbt

:: NN ::

Sunday, December 7, 2014

Laksa

Assalamualaikum


Tidak lama dulu ketika musim cuti semester,In ada juga belajar masakan baru sedikit-sedikit daripada bonda yang tercinta. In belajar masak Laksa. Tak pasti nak kata Laksa apa,mungkin Laksa Kedah lah kot. Hehe. Mari kita tengok bahan-bahan dan recipenya :)




Bahan-Bahan

8-12 ikan kembung
Satu biji tomato
Satu tin sardin tomato
Belacan (Jenama yang digunakan Belacan Sedap)
Daun kalsom
Bunga kantan
Asam keping
10 cili kering
6 bawang merah
Telur 
Cili padi
Bawang besar
Limau kasturi
Timun
Daun celom
Daun pudina
Salad

Cara Penyediaan

1) Rebuskan 8-12 ikan kembung

2) Keluarkan ikan rebus itu dan ambil isinya sahaja untuk diblend. (Boleh juga ambil sekali kepala dan kuahnya akan sedikit hitam)

3) Separuh air rebusan ikan kembung itu dimasukkan kedalam blender bersama isi ikan tadi,satu biji tomato yang sudah dipotong,satu tin sardin tomato dan juga belacan.

4) Selesai blend,masukkan ke dalam air rebusan yang tinggal separuh tadi.

5) Masukkan daun kalsom,bunga kantan dan asam keping juga.

6) Blendkan sepuluh cili kering dan 6 bawang merah.

7) Campurkannya dan masaklah kuah laksanya.

 Ikan kembung untuk diblend
 Step 4 & 5
 Step 6 & 7 (Tanpa kepala ikan)
Sekali kepala ikan

Untuk dressing...aicehhh,boleh lah guna telur,cili padi,bawang besar,limau kasturi,timun,daun celom,pudina dan salad.


 Done!

Korang suka hidangan kuah Laksa yang cair ke pekat? Kalau In,sukakan kuah yang pekat ^_^... Hidangan ni boleh seramai 3-5 orang In syaa Allah. It depends juga... Boleh lah adjust jumlah ikan untuk digunakan berdasarkan untuk berapa hidangan. Senang aje masak Laksa ni ghupenyeee... Hehehe.. Selamat Maju Jaya ! :D Nantikan recipe seterusnya di hari yang lain...Apa agaknya,kan? Hehe ^^, Assalamualaikum.

:: NN ::

Friday, December 5, 2014

Taxi Brothers

Assalamualaikum


Ni hao! Ni hao ma? Wo hen hao. ^_^. 
So hari ini In pergi keluar tengok movie Hunger Games Part 1 tu. Keluar berdua dengan roommate baru In. Hehe. Syakira namanya ^_^. Dari Terengganu okay. Hehe. Ni kali pertama In keluar tengok movie di Shah Alam. Betul,1st sem tak pergi. Hehehe. Ada cadang tapi batal. Heh heh heh. So hari ini berpeluang dan kita pergi tengok di Bukit Raja. Fuyyo,kelas kau pawagam dia. Seat dia. Macam mewah. Tiket pula murah. Hahahah. Tak ku sangka. Best tau,kat Kulim tak ada,uhuksss...Kat Kulim macam klasik dengan ...okay tak perlu cerita. Tak penting. Hahah. So berdasarkan topik besar tu sudah tentu In nak cerita mengenai dua orang pemandu taxi. Kenapa Taxi Brothers? Nanti dengar cerita,tahu lah :D

Mula-mula naik taxi dengan seorang pakcik bernama Pakcik Badrul. Pakcik Badrul dari masuk taxi dia sampai turun taxi dia asyik bercerita. Hahahaha. Seronok. Dan cerita dia mengenai cerita keluarga dia. Hahah! Dia cerita mengenai anak dia yang nak diet,tak nak makan. Dia cerita plan dia untuk bagi anak dia makan iaitu masak sedap-sedap,dia makan dan bila anak dia nampak mesti tak tahan nak makan juga. HAHA. Lepas tu dia cerita lagi mengenai anak dia berbadan besar. Anak dia merungut tapi dia kata,"Tu la,makan banyak lagi." Hahah. Banyakkkk lagi! Soal jodoh pun. Pakcik Badrul kata,kalau gemuk ke kurus ke tak apa sebab kalau dah jodoh,Allah dah tentukan memang akan berkahwin juga. Mesti ada yang nak. Hahah. Tu nasihatnya kepada anaknya. Sweeeeeet! Pakcik Badrul suka bergurau.Bergurau dia terkena kat hati jugak kalau perempuan tu sensitif. HAHAHA. Kalau In ni,kerja gelak je. Hahaha.

Pakcik juga cerita anak dia kecil-kecil minat nak jadi Pramugari atau Nurse. Dia hantar anaknya ke sekolah Cina dari kecil sebab nak bagi dapat cakap Mandarin dan besar nanti bolehlah jadi pembaca berita Mandarin. Ye la,orang Cina je jadi pemberita dalam Bahasa Melayu. Kenapa tak ada orang Melayu jadi pemberita Bahasa Cina,ye dak? Itulah Pakcik kata... dan dia ingat mungkin boleh jadi Guru juga. Itulah hasrat,impian pakcik sebagai seorang ayah ketika anak-anaknya masih kecil Allahu,jelas dan cantik perancangan pakcik. Namun Allah lebih berkuasa dan rancangan Allah yang terbaik :) Anak pakcik dapat tawaran jadi Pramugari di MAS. Dan juga 3 tawaran kot di Singapore itupun sebab anaknya pandai cakap Mandarin juga. Hebatkan? Luas rezekinya kan? 

Tapi,isteri Pakcik Badrul tak bagi. Takut lupa Mak Ayah. Allah :) Dan semestinya In tahu maksud isteri pakcik dan pakcik sendiri tapi tidak perlu In kongsikan disini. Pembaca juga mungkin boleh faham sendiri. Dan ended up anak pakcik jadi seorang Nurse sekarang di Hospital Pantai. Tudia! Murahnya rezeki Allahu Allah. In kata kat pakcik,"Baguslah Pakcik. Salah satu keinginan anak pakcik,dia dapat.Kan?" Pakcik pun menyetujui kata-kata In. ^_^. Pakcik punya 3 orang anak :)

***

Dah masuk Bukit Raja punya Mall,tak lama tu tersedar phone In hilang! Jeng-jeng-jeng. Alhamdulillah,bila dapat tahu phone In hilang,sedikit pun tak nervous,tak risau,tak fikir. Tenang je. Alhamdulillah. In bagitau kawan In...dan kita pergi ke tempat-tempat yang kita dah masuk dan cari dan tanya tetapi tak ada. Text pakcik tu selepas selesai solat Jumaat guna phone kawan In. And pakcik tu kata ADA! Alhamdulillah,syukur kepada Allah :) 

***

Time dalam cinema dah memang text pakcik suruh ambil pada jam 5.00p.m. Dia kata okay. Tapi perancangan Allah itu lagi sekali,memang cantik :) Percayalah,cantik perancangan Allah tu. Pakcik Badrul telefon dan kata dia ada emergency. Pakcik simpankan telefon In tu :) Tak mengapa... ^_^. Lepas tu,telefon la pakcik taxi yang kedua. Namanya Pakcik Ismail. Dia pun kata boleh ambil. Lama betul tunggu pakcik ni. Hahahaha. Telefon balik,pakcik kata nak belok pusing dah ni. Hahahaha. Tak lama tu sampai lah. Masuk lah... Pakcik kata,tadi time call Pakcik tengah makan. Hahahaha. Ok ok ok X'D Sunyi la mula-mula,In dan kawan rancak bersembang. Hehehe. Tak lama kemudian entah tak ingat macam mana boleh Pakcik tu rancak berbual sekali dengan kitaorang. Haha! Dan tak lama tu kawan In kata yang sebelum ni ada call Pakcik taxi lain tapi dia ada emergency di Petaling Jaya. 

Pakcik Ismail tanya nama siapa,kita katalah Pakcik Badrul. Pakcik pun ohhh Badrul,kenal tu. In pun tanya,"Oh ye,kenal?" Pakcik balas,"Apa pula tak kenal,sekali kerja. Pejabat pun sekali." Hahahahah. Okay >_<''' Lepas tu In buka cerita kata telefon In tertinggal dalam taxi tu. Pakcik Ismail pun kata dah tu macam mana. In kata lah nanti Pakcik Badrul datang kolej hantar. Heheh. Then Pakcik Ismail mula rancak bercerita sebenarnya Pakcik Badrul dan dia sekali dulu students UiTM juga. Dah kenal 12 tahun. Siap tunjuk kad UiTM lagi tau. Pakcik simpan!!!!!!!! Hahaha. Pakcik kata,diorang ada 4 sekawan yang dari universiti sampai sekarang sekali dan bekerja sebagai pemandu taxi. Selalu kalau ada students telefon dan tiba-tiba pakcik tu jauh ke,ada hal ke kurang rajin ke ceh ... pass kat kawan dia :P Pakcik Ismail akan call Pakcik Badrul suruh ambil budak sekian-sekian ditempat sekian-sekian. HAHAHA. Style. In kata,jadi pakcik dua ni sahabat lah kan! Pakcik balas,"Haah ya,sahabat. Sahabat pakcik." Awwwwwww sweet. Malah pagi tadi pun minum air sama-sama didepan UiTM ni. hahah.

Pakcik Ismail pun cerita juga anak pakcik Badrul ada 2 orang. Hah! Perasan tak? Peka tak? Tadi In kata Pakcik Badrul punya 3 orang anak kan? Kenapa agaknya Pakcik Ismail kata dia ada 2 orang anak? Jeng-jeng-jeng. Kawan In pun cakap,'Eh,bukan 3 orang anak ke?" Pakcik Ismail pun kata,"Oh,seorang lagi tu anak angkat." Pakcik sambung,"Dia kata ada 3 orang anak eh?" In dan kawan serentak mengiyakannya. Allahu Allah! Pakcik Badrul sangat bersih hatinya,sangat menyayangi anak-anaknya tidak kira darah daging siapa. Melayan dan menganggap sama rata. Walaupun sudah punya dua orang anak tetapi masih ingin mengambil seorang anak angkat sebagai anak bongsu,Allah! Baiknya Pakcik Badrul,sweet sangat. Tak silap,anak angkatnya itu dari Sabah kot. Huhuhu. Terharunya,bertuahnya keluarga Pakcik Badrul! 

Nak dekat sampai UiTM jammed sikit. Time tu Pakcik Ismail telefon Pakcik Badrul...

"Badrul...niii budak-budak kau yang kau hantar tadi...dan tak jadi nak ambil diorang call aku. Ni ada dengan aku ni."

"Niii Badrul,bila kau nak bagi telefon budak ni?"

"Kalau kau bagi dia belanja kau sebungkus nasi lemak."

HAHAHA. Kelakar betul pakcik-pakcik ni. hahah! Dah lah In tak suruh tanya pun mengenai phone In,pandai-pandai je. Hahah! Lawak betul. Tapi itu namanya caring :') Hehehe... Alhamdulillah selamat sampai dikolej tak lama selepas itu. Pakcik juga kata yang diorang tahu sangat selok-belok UiTM ni tetapi saja-saja buat tak tahu. Hahahahah! Dan apa yang korang faham dengan Taxi Brothers? Tentulah diorang seperti adik-beradik. Saling menjaga,boleh pass-pass kan pelanggan lagi tu. Hahah. Kenal keluarga masing-masing dan macam-macam lagi. Apa yang cantik dengan perancangan Allah? Cantik sangat dengan kehilangan phone In,dan Pakcik Badrul tak dapat ambil kami...kami bertemu dengan Pakcik Ismail iaitu kawan lama dan sahabat Pakcik Badrul. In belajar banyak dari cerita Pakcik Badrul dan juga Pakcik Ismail. In dapat banyak nasihat daripada mereka berdua. Sungguh In kagum dan bersyukur. Dan pakcik-pakcik ini secara tidak langsung membuat In teringat kepada Allah. Berfikir secara positif dan kekal semangat dalam apa jua. Percaya dengan perancangan Allah dan rezeki Allah. Alhamdulillah atas nikmat yang berganda pada hari ini ya Allah. Semoga murah rezeki mereka,kekalkan persahabatan mereka dan semoga mereka,dan kita semua bersama kelak di syurgaMu ya Allah. Aamiin Allahumma Aamiin. Fi hifzillah! In akan edit dan sertakan number telefon pakcik-pakcik ni. Sesiapa area Shah Alam boleh telefon minta hantar ke mana-mana! ^_^ Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Sunday, November 30, 2014

It's Coming !

Assalamualaikum



  

Hahah ! Annoying-kan? Masih bersabar untuk menunggu? Let's proceed ~

.
.
.




Yeah :( , No more sembreak ! I've to go back to my 'beloved' law school,homework & assignment are coming,have to talk infront of others and maybe again with mic!,presentation,debate and a lot of things I'm going to face AGAIN! But maybe a little different compared to my previous experienceS:) Eheh... So make a du'a for my 2nd semester here,in UiTM Shah Alam. I'll be more serious and hardworking. I'm going to aim and achieve better grades. In syaa Allah. Biidznillah. Sorry if for awhile,there would be no new post here. Just in case,people are asking me 'when do you think you'll update a new post and the most important thing is to tell to the juniors about law school in UiTM Shah Alam?"(Probably those who just finished their SPM would like to know and they're doing their research for their so-called-future, like meyh back then). Heyyy,In syaa Allah I'll be back after 3 weeks. Around 19/20 Dec,about 2 weeks Mid-Semester break ho yeahhh (Christmas & New Year One-Go) :) So,I'll update around that time okay?! In syaa Allah. For now,take care and asif 
'ala kulli hal. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Thursday, November 27, 2014

SemBreak Post 14 : Iffa Watson

Assalamualaikum

So now I'm going to talk about my so-called-another half of me >_<... Let me use 'aku'. Iffa Sharafana tetapi now dia adalah Iffa Watson untuk aku. Hahahah. Tak dapat tangkap? Well le me Min Holmes. Holmes mesti ada Watson dia, and yeah Iffa lah Watson aku. Iffa Watson. Ehiks... So aku dan Iffa berkenalan sejak form 1. Kami satu kelas sejak tingkatan satu sehinggala tingkatan 5. Walaooo... What is so special about her is... her smile. Okay,ke tepi dulu mengenai senyuman dia. Actually,sejak dari mula lagi aku syak Iffa dengan aku ni ada link. Link yang kami sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana. Allahu'alam. You see... sejak dari form 1-form 5 kita orang sentiasa buat benda yang sama. I mean secara tidak sedar. Contohnya kan,em bila aku tak pi sekolah,dia pun tak pi sekolah. Friends akan ingat kami rancang but hey,not at all. Kami tak rancang pun. Selalu macam tu,seriously. Bila aku tak datang sekolah,dia tak datang and vice versa. Dan dan dan,bila aku rasa tak nak datang tetapi aku paksa juga diri pergi sekolah and yeah,Iffa mesti tak datang sekolah. Hahahaha. So bila aku rasa tak nak datang sekolah,aku akan kata 'Ni mesti Iffa tak datang sekolah hari ini.' Mehmehhh... Bukankah ia sesuatu yang...misteri? Hahahaha

So mengenai senyuman dia...masyaAllah,subhanallah,ya salam! Senyuman dia,ketawa dia buat hati aku gembira and I just don't know why. Hahaha. Even aku terbayang atau teringat,aku akan senyum sesorang atau gelak sesorang. Hati aku lapang sangat bila tengok dia senyum,dia ketawa. Even bila dia menangis,aku rasa dia cute sangat. Hahahahaha. Wait,aku bukan lesbian. I'm totally definitely straight. Hahahaha.Iffa ni pun macam ada sifat keibuan tau. Hahaha. So selalu around her,aku akan jadi childish dan suka mengusik dia. Hahaha. She's so funny and adorable. Pretty girl too. Garang dia tak macam garang,marah dia tak macam marah. She is so sweet. My sweety pie. Hahahahaha. Aku adore sangat kot dengan dia. Oh Iffa T.T ... TBH,aku dan kekawan lain tak pernah keluar outing dengan dia kot!!! Do you know why? Sebab dia kalau cuti selalu aje kat kampung. Hahahahaha. What to do. Hahah! Ni pun salah satu sebab bila aku teringat aku akan gelak. Bila nak ajak outing,call ke text ke mesti akan dapat 'Weh,aku kat kampung.' Hahahaha Oh my Allah... 

Iffa juga always be there for me... Bila aku sakit,bila aku tertinggal buku,bila aku ada kat toilet,bila aku...okay banyak lagi bila aku. Dia tunggu dalam kelas,dan yang lain pergi Lab atau Bilik Unjuran. Mehmehhh...unless aku gitau "hang pergi lah dulu. Tapi tolong bawa buku aku ni keh" Hehehehehehe...  Aku suka tengok cara dia ajar,cara dia berusaha sesangat selesaikan soalan dan cara dia tulis dan cara dia tekan calculator. Ya Allah,semua kot T.T ... Iffa,bertuahnya suami hang nanti. Aku akan jeles dengan suami hang. Hahahahaha. Blek. Peace. Iffa,tau tak...hang ni kan sesuai dengan seorang lelaki classmate aku kat UiTM ni. Okdaa. Hahahaha. Oh ya,kekadang aku dan Iffa ada same interest. We also shared a guy. WHOOPS. Jangan salah faham. Hahah. Ada ni abang form 6,Cina...Abang A. Heheheheheh. Dia ni macam pembakar semangat buat aku dan Iffa. Aku dan Iffa minat dia sebagai pembakar semangat je. Bila abang tu lalu depan kelas,ceh kemain tetiba semangat nak buat kerja. Tak boleh blah kan? Hahahaha. And pernah Iffa kata,"Min,hang ambillah A tu. Tak pa,aku mengalah." Hahaha and aku pun balas,"Tak pa lah Iffa,hang je lah ambil. Untuk hang apa pun boleh,aku mengalah." Hahahah! Drama :P , Sebab bukan senang nak tengok Iffa adore seseorang tu. Lagi pun time tu aku ada Ajun,Kim Hyun Joong dan Abang Songkok sebagai pembakar semangat. Hahaha. Aku kata kat Iffa, "Tak apa,aku ada Abang Songkok lagi (which was also abang form 6). Hang ambil Abang A." Hahahah. Tapi ended with berkongsi je lah senang :P

Banyak sangat memori indah,lucu dengan Iffa. Iffa seorang kawan yang sangat baik dan aku hargai sangat dan bersyukur dapat bersama,sekelas dengan dia selama 5 tahun. Allahu. Semoga ia berpanjangan. Aku rindu sangat kat dia :) Iffa dan Wahida... aku berdoa agar korang bahagia,berjaya dunia akhirat. Aku berdoa agar kita dapat menjadi ahli syurga bersama. Berpegang tangan di sana. Huhu. In syaa Allah. Mari kita buat yang terbaik. Terima kasih dan maafkan aku atas segalanya,Iffa. Both of you are the best ;) Seriously... Korang special sangat,buat aku. Salam rindu dan sayang daripada aku. I sayang you juga,Iffa. Muah makcikkk ;) ... Take care,Iffa Watson ! ^^,

:: NN ::

SemBreak Post 13 : Wahida Rosli

Assalamualaikum


Hi. This post lebih kepada personal but still I can share this :) Ini bukan kali pertama In post mengenai kawan In seorang ni bernama Wahida Rosli. Ini kali-2 secara rasmi. Sebelum ni In buat sempena ulang tahun kelahirannya :) Sebenarnya,In sekarang sendirian dalam bilik. Sebabkan tak sihat,In tak pergi kelas dan In ambil peluang ni untuk renung balik diri In sendiri because somehow I'm not being me when I'm here. I've split personalities tapi In tak rasa diri In sekarang berada disini termasuk dalam my split personalities. Hahaha. I'm complicated :P Let me use 'aku' for my next paragraph...

Tadi bila aku renung sendirian. Terkenang balik siapa diri aku dan orang pertama datang menyapa diingatan aku adalah Wahida Rosli. Kenapa? Aku jenis yang dulunya semua masalah simpan sendiri. Nak mengadu,nak bercerita kat Allah je. Kalau sebagai peneman antara ciptaan Allah tu tak ada pun. Sebab aku rasa membebankan orang atau aku tak rasa orang boleh faham masalah aku macam aku faham masalah orang lain. Lagi pun aku dulu kan lebih kepada berkawan dengan lelaki dan tak mungkin aku nak berkongsi masalah dengan lelaki sebab bagi aku lelaki nak baca aku lagi susah walaupun aku nak baca lelaki tak susah. Ehem. Hahahah. 

Tapi bila aku dah jumpa Wahida Rosli semua macam berubah. Beban aku tanggung makin ringan,ringan dan ringan. Aku jadi selesa dan tak kekok berkongsi segala cerita dengan dia. Aku rasa dia ada untuk aku. Dia aku rasa orang pertama aku betul-betul serius berkongsi masalah dan begitu menyenangkan apabila berkongsi. Macam-macam aku tahan selama ni and dalam sekelip mata Allah hantar seorang lagi ciptaannya yang indah untuk berada dengan aku. Macam post dulu,aku tak sangka aku akan berkawan dengan Wahida Rosli sebab aku tak rasa kami boleh ngam but then Allah Maha Mengetahui,bukan? :) Kerana ini juga aku fikir sejenak ... hmph di sini pun ada je Allah hantarkan yang lain untuk berada dengan aku,mendengar luahan aku... Qi,Natasya,Mr.Questionman :) Bukan kah Allah itu Maha Pemurah? ^_^,alhamdulillah...



---Berada didalam draft since 7/10/14 , bertempat di Shah Alam ketika menype---

Now,I'm going to continue :)

---27/11/14, bertempat di Kedah ketika menype---

Tak macam pada tarikh 7/10/14 , tak sihat ... Tapi hari ini,alhamdulillah sihat lah juga. Selesema sikit je. Hehe... 

Wahida,sebagai seorang hamba Allah,kawan ataupun yang mempunyai tanggungjawab sebagai contoh,pernah menjadi Ketua Kelas amatlah seorang yang penyabar. I like to see her go here and there,settle things down...Somehow,bila aku fikirkan Wahida,aku sedar siapa diri aku,apa yang aku rasa,apa yang aku mahu. Weird uh? Hahah. And aku rasa macam aku masih ada kawan,seorang kawan yang nampak tak ada,tetapi sebenarnya dia ada. Hahahaha. Mempunyai seorang kawan yang ikhlas dan sentiasa ada saat susah dan senang doesn't mean setiap hari contact ke apa but when real things came out,so 'hey buddy,i'm here for you'... jyeahhh. Setiap orang ada kehidupan sendiri yang hendak difokuskan dan beri lebih perhatian. Mungkin jarang contact,tapi dia sentiasa ada diingatan,dihati.

So Wahida aka Cekmekda,thanks for everything. And I'm sorry too :) , Listen up,you always have me as your friend. Always,no matter how busy I am. If you need me,just buzz me ;) I won't always ask,"Wahida,hang okay? Nak kongsi apa-apa?" because I want you to know,without asking you those,you can just come straight to me,contact me and spit all out. I'm always ready for you. Maybe,aku tak boleh bantu banyak tetapi at least,aku boleh bantu dalam menenangkan hang bila hang perlu someone to listen to you. Terima kasih,buat aku rasa ada kawan perempuan. HAHAHAHA. I mean like for real... You know macam mana kehidupan aku sebelum aku kenal hang. Hahaha. BAMMM! I'm glad Allah pertemukan kita. Hehe. You're so special and semoga kita boleh ke tahap yang seterusnya sehingga menjadi ahli syurga bersama,in syaa Allah. I'm looking forward macam mana persahabatan kita akan pergi. Kalau lost contact,I'm going to find you no matter what,my dear. Hahah. Take care. Muah. I sayang you tau ;)

:: NN ::

Saturday, November 22, 2014

SemBreak Post 12 : Ceramah Show Me The Way (PU Rahmat & Aiman Azlan)

Assalamualaikum

Ni hao ! Sekali lagi kita bertemu. Hehehe. Ceramah terakhir yang In dapat hadirkan diri ketika di Semester 1 alhamdulillah iaitu tidak lain tidak bukan daripada penceramah hotsss gitu iaitu PU Rahmat dan Aiman Azlan ^_^ ...

PU Rahmat 

-Orang yang beriman tidak mencari alasan untuk mencari jalan.

-Siapakah orang yang beriman itu? Mereka yang percaya rukun Iman,kenal Allah,percaya Allah. 

-Menceritakan mengenai turun ayat Al-Quran menyuruh orang yang beriman,perempuan menutup aurat. Ketika itu,sampai sahaja ayat Al-Quran itu terus para wanita kelam-kabut mencari kain untuk menutup aurat mereka. Langsir,khemah habis digunting untuk menjaga,menutup aurat mereka. Allahu! Inilah dinamakan orang yang beriman. Tidak berikan alasan untuk cari jalan untuk menutup aurat mereka. Kita sekarang bagaimana? 'Belum sampai seru' ... Huhu ... hashtagiyolahtuuu

-Mereka yang hebat akan lahir pada suasana yang kesusahan

-Surah Al-Isra' ayat 1-7

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

A002
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".

A003

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.

A004
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

A005
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

A006
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

A007
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

-Mereka di Palestin bahagia.

-Orang Palestin menangis bila diberi makanan enak. Mereka menyoal bagaimana kita ini nak qiam? Kenapa kita ini tidak bersyukur? Hidup aman,makan cukup,enak ada rasa tetapi bangun pagi buta malas untuk beribadat. Sujud tahajud dan solat taubat. (Kena panah kepada diri In sendiri) Huhuhu... Maafkan aku Ya Allah :(

-Sengaja Allah susahkan kita pada Ramadhan kerana untuk kita jadi Mukmin yang kuat. Sebab kita ada musuh iaitu syaitan dan nafsu! Setiap yang Allah perintahkan ada hikmahnya. Janganlah 'ponteng' puasa. Puasa ganti jika pernah tertinggal. Tip top lagi setiap Isnin dan Khamis puasa sunat.  Pesanan buat diri sendiri juga.

Aiman Azlan

-Ramadhan ibarat individu yang setahun tidak jumpa. Bagi Rasul dan para sahabat,dilihat seorang kekasih yang dijauhi. 30 hari Ramadhan ibarat sehari.

-Semakin moden kehidupan,semakin kurang spiritual.

-Hati secara fitrah kalau kita nak buat dosa,kita rasa something wrong. 30 hari Ramadhan untuk kita rasa something. Ramadhan untuk kita seimbangkan balik akhirat kerana dah asyik dengan dunia. Time Ramadhan,berat badan naik ada tak kena. Paling tidak sama ada maintain atau kurang. Itu sebaiknya.

-Bagaimana puasa di luar negara? Mencari dan mencipta suasana. Apabila beliau disana,rasa nak baca Al-Quran. Pergi masjid jumpa orang Muslim rasa lebih seronok. Ukhuwah rasa lebih erat. Walhal di Malaysia dah terhidang suasana. Bila dah disediakan suasana,kita rasa manja. Hargai yang kita ada,jangan manja. Di luar negara nak cari masjid susah. Di Malaysia rata-rata. Jangan segan solat depan orang. Segan ke identiti Islam kita? Kata I'm Muslim... lagi segan tak solat depan Allah!

Alhamdulillah. Kata-kata mereka yang penuh hikmah dan menusuk strike ke kalbu jiwa hati sanubari. Kuikui... Ambil iktibar dan semangat mereka. Asif 'ala kulli hal. Semoga bermanfaat! Jaga diri,iman hati dan pemikiran. Lawan nafsu durjana tu ;) Rajinkan diri,ringankan tulang untuk beribadat. Peringatan buat diri juga. Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt ^^,

:: NN ::

Friday, November 21, 2014

SemBreak Post 11 : Ceramah Perjalanan Mencari Tuhan

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah atas kerajinan untuk mengupdate post yang ilmiah kali ke-2 buat hari ini. Hehehe. Syukur sangat. Iyakan,minggu depan dah masuk universiti balik. Sedih juga lah. Salah satunya faktor internet. Kihkihkih. Redha,dunia saja ni semua :P Apa pun,seperti yang dikatakan tadi,ceramah seterusnya adalah Ceramah Perjalanan Mencari Tuhan yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Omar di masjid tercinta, Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam. Masjid feveret tu. Hehe. Rindu,tak apa. Minggu depan dah boleh jejak dan bau haruman serta kecapi ketenangan didalam masjid tersebut :)  

Sebelum menadah ilmu seseorang itu,bukankah lebih baik kita mengenali serba sedikit guru itu? Nama yang diperkenalkan Ustaz Ghazali Omar. Mengajar di SMKA Kuala Selangor. Dalam nota 2 Oktober 1994. Hmph,lupa pula apa tu. Agak-agak korang? Hahahaha. Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar. Hebak bukan? Bukan calang-calang guru ni ^^, ... 

Beliau mulakan ceramahnya dengan petikan kata Hadis Qudsi (Kata daripada Nabi SAW,arahan daripada Allah SWT) iaitu Hadis 4832 Sahih Muslim...

"Selangkah kau mendekatiKu,seribu langkah Aku mendekatimu."

Dalam ceramah ini ustaz ada menyentuh serba sedikit mengenai;

1)Deklarasi Balfour (1917)
2)Perang Arab Yahudi
3)Perang 6 Hari
4)Perang Oktober
5)Shabra Shatila (1982)
6)Intifadhoh Pertama (1987)
7)Perjanjian Oslo (1933)
8)Perjanjian Kem David (2000)

Saya sendiri masih tidak mencari lebih dalam soal 8 perkara diatas dan tidak mampu untuk mengupas setiap 8 perkara diatas sebagai pengetahuan pembaca. Asif... Kerana ketika itu hanya sekali imbas dan cerita serba sedikit sahaja mengenai 8 perkara di atas :) Bagi sesiapa yang punya masa dan tertanya-tanya bolehlah mencari bahan rujukan untuk 8 perkara diatas. Mana tahu ada yang boleh dikongsi bersama untuk In? :)

Ustaz juga berkongsi mengenai satu Hadis ;

"Barangsiapa tidak ambil tahu,ambil berat tentang orang Islam,dia tidak tergolong dalam golongan itu."

Na'uzubillah min zalik. Jadi jangan hanya pejam mata dan memekakkan telinga tentang apa yang terjadi dengan saudara Islam kita. Tahu tak apa yang terjadi di Gaza? Haa,jangan kata tidak tahu. Huhu. Kalau tak tahu,cuba ambil tahu. Kalau mampu,tolonglah sekali mungkin dari segi material atau kewangan...Bolehlah melawat ke laman web INI untuk membantu mereka yang lagi memerlukan. 

"Aku bertindak seperti yang hambaKu sangkakan. Apabila dia ingatKu,Aku mengingatinya. Apabila dia mengingatiku dalam orang ramai,Aku ingatnya dihadapan para malaikat."

---Hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4832---

Allahu! Pesanan ringkas berdasarkan di atas,kita mestilah sentiasa taat dan patuh perintah Allah. Jauhilah laranganNya. Ingatlah Allah selalu tidak kira saat susah atau senang,gembira atau sedih dan berjaya atau gagal. 

Ustaz menyatakan 5 tempat paling baik didunia! Jeng-3 !

1)Masjidil Haram
2)Masjid Nabawi
3)Masjidil Aqsa
4)Masjid Jamii' 
5)Majlis ilmu (universiti,sekolah dan seumpamanya)

Ustaz juga memberitahu bahawa ketika bulan Ramadhan...

1)Mintalah ampun banyak-banyak
2)Kumpul pahala banyak-banyak
3)Doa-doa akan dimudahkan penerimaan Allah SWT (Surah Al-Baqarah ayat 185)

Dan tidak lupa juga Ustaz mengemukakan dan mengajak kami mengenali 5 orang tokoh hebat!

1)Solahudin

S-Solat tak tinggal
O-Otak cerdas
L-Luhur budi bahasa
A-Amal ibadah
H-Hati bersih
U-Utamakan yang penting
D-Dunia tidak kuasainya
I-Iman atau Ilmu
N-Nak berubah

2)Usamah b. Zaid
-Jadi ketua panglima perang
-Umur 18 tahun

3)Abdullah b. Abbas
-Riwayat hadis : 10 tahun

4)Sultan Muhammad Al-Fateh
-Takluk kota Konstatinopel
-Umur 21 tahun

5)Abdullah b. Zubair
-Terlibat dalam pentadbiran negara
-7 tahun

Sekian untuk perkongsian. Allahu'alam. Maafkan segala salah silap dan kekurangan saya. Asif 'ala kulli hal. Jaga diri,jaga iman. Bersihkan hati,asahkan pemikiran. Assalamualaikum wbt :)

:: NN ::

SemBreak Post 10 : Ceramah Malam Restu Ilmu

Assalamualaikum


Hai bloggers semua,ni hao ;) Seperti dijanjikan...biar lambat asal tidak dimungkiri janji. Hehehe. Tidak lama dulu syukur alhamdulillah kaki ini dapat melangkah dan berehat di majlis ilmu,taman syurga di atas muka bumi ini dengan menghadiri Ceramah Malam Restu Ilmu di Masjid Tuanku Mizan,UiTM Shah Alam yang disampaikan oleh Ustaz Faizal.

Ustaz Faizal,beliau seorang Imam di masjid tercinta Tuanku Mizan ini. Ustaz highlightkan dalam Surah Al-Mu'minuun ayat satu.

A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

Ustaz Faizal juga menyatakan hendak kusyuk dalam solat,sebelumnya bolehlah

1) Beristighfar
2) Membaca Surah An-Nas

Bagaimana hendak akhlak terjaga ?

-Dengan menutupi aurat dengan sempurna.

Tips untuk berjaya dunia dan akhirat?

-Puasa sunat
-Solat tahajud
-Dan jagalah 4 perkara ini iaitu ...

  • Hubungan Allah SWT
  • Ibu Bapa
  • Guru
  • Kawan
Ustaz berpesan iaitu doa ibu tiada hijab. Doa ibu itu langsung direct sampai kepada Allah SWT dan doa itu juga dimakbulkan,turun direct daripada Allah SWT. Maka,berbuat baiklah kepada ibu. Jaga tutur kata dan akhlak agar kata-kata dan doa yang baik-baik sahaja keluar daripada mulut seorang ibu :)

Sekian sedikit sebanyak nota ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faizal. Langsung kita ke post seterusnya,yuk? Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Omar. Siapakah beliau? Mari kita kenal dan menadah ilmunya! ^_^ ... Fi amanillah !

:: NN ::

Tuesday, November 11, 2014

Ta'aruf

Assalamualaikum

Ni hao... so dulu nak buat Self-Reminder tetapi macam kurang rajin nak upload gambar semua. Hahahah. Hmph,mungkin yang baru kenal atau nak kenal saya ada beberapa soalan terkumpul di sudut fikiran tu kan? Dan selalunya soalan-soalan yang saya dapat lebih kurang sama saja. Jadi,saya akan update dari semasa ke semasa di ruangan Questions di tab sebelah kiri tu dengan soalan serta jawapan yang ditanya dan saya jawab. Hanya soalan lazim yang saya dapat. In syaa Allah membantu. Fi amanillah :)

.
.
.

Soalan Lazim Kepada Author :


1) Nazmin,kalau tak cinta orang tu,macam mana nak terima dia jadi suami?

-Cukuplah baik agamanya dengan mengamalkannya serta tenang melihatnya

2) Atas sebab apa kalau terima seseorang itu sebagai suami?

-Yang boleh bawa saya ke syurga,jejak kaki di syurga,mencium wangian syurga

3) Selalu pakai tudung bidang biasa ke yang bidang 60 yang macam Ustazah pakai tu?

-Janji pakai tutup dada,bahu dan belakang serta tidak jarang. Gituhhh

4) Kenapa friendzoned orang?

-To me,couple is haram. If nak accept pun perasaan orang tu,tak kan nak accept sebab kesian? Or semata-mata ingin mencuba? Saya hormat perasaan diorang sebab itu saya friendzoned. Saya tak suka berikan harapan jika saya tak nampak boleh bersama dengan orang itu pada masa hadapan. Saya tak nak permainkan perasaan orang dengan 'mencuba'. :) Kalau diorang kenal dan faham saya,in syaa Allah diorang boleh terima dan melihat kearah yang positif. Jangan sebab perasaan,pertalian persahabatan itu jadi renggang dan terputus. Bersyukurlah masih boleh berkawan dan dilayan baik seperti biasa. Perasaan itu hadir atas izin Tuhan and kita sendiri kena mengendalikan sebaiknya. Guna perasaan itu secara positif. Ada perasaan kepada seseorang tak semestinya akan dibalas atau dimiliki. Mungkin itu bentuk ujian untuk mendidik diri. Just follow the flow,easy ~

5) Apa awak buat bila marah?

-Istighfar,selawat,sebut lailahaillallah,dan laa haula walaa quwwata illaa billaah... Susah juga nak luahkan rasa marah,selalunya salur dengan menangis. Iskiskisk... Anyway,dengan memperingatiNya hati kita akan tenang dan terhibur :)) ... Tapi saya ingin berkongsi kalau marah Rasulullah SAW berpesan jika sedang marah dalam keadaan berdiri,hendaklah dia duduk,jika dalam keadaan duduk,hendaklah berbaring. Marah lagi,ambil air wudhu' . In syaa Allah bertenang.

6) Adakah awak rela berkahwin dengan seseorang yang tiada rupa langsung?

-Yes. Kalau dah jodoh,orang lain tak pandang dia tampan/comel ke tapi kerana dia jodoh saya tak mustahil saya melihatnya indah ;)

7) Awak ada campuran ke dalam family?

-Ada dari nenek moyang bagai.

8) Awak rasa awak cantik?

-Mestilah. Ciptaan Allah itu,subhanallah indah-indah belaka. Alhamdulillah. Segala pujian berbalik kepadaNya.

9) Awak pernah couple tak?

-Tak pernah dan tidak akan pernah melainkan dia halal buat saya [zauj/suami].

10) Perlu ke kita doa agar orang yang couple ni putus?

-Tidak. Lebih baik kita doakan agar mereka dihalalkan dengan lebih cepat,dalam masa yang terdekat. Allahu'alam.

11) Nazmin,awak ada campuran Arab ke?

-Dulu saya tidak pasti nak kata ya atau tidak. Saya dah tanya Mak saya. Dia kata ada belah Abah saya. Arwah Nenek (Moyang Perempuan) kot yang beritahu Mak dulu yang suaminya,(Moyang Lelaki) iaitu Syed Abdul Rashid Al-Mashoor keturunan Arab. Dengar nama pun tahu dah. Hehe. Allahu'alam.

12) Awak mudah percayakan orang ke? Awat ada percayakan orang 100%?

-Tidak. Saya tidak mudah percayakan orang,tetapi saya tunjuk yang saya percaya. Dalam diam kalau saya nampak dia benar-benar boleh dipercayai,kepercayaan saya terhadapnya akan terbina dari peringkat ke peringkat seterusnya. TETAPI,saya tidak akan sama sekali tidak akan percaya seseorang 100%. Simpanlah beberapa puluh peratus itu dengan percayakan diri sendiri. Simpanlah kepercayaan itu kerana jika mereka ada mungkir sesuatu yang buat kita menyesal dan kecewa percaya,ada baki lagi untuk kita guna sebagai peluang kedua buat mereka. Ada lagi baki untuk digunakan agar mereka dapat meraih semula kepercayaan kita. Manusia kan tidak sempurna? Hiduplah dengan meminta maaf dan memaafkan. 

13) Awak suka dipuji?

-Saya berpegang kepada pujian tak makan,caci-makian tak diheran. Saya nak kongsi,jika orang memuji awak tidak kira rupa paras,kebolehan atau seumpamanya...balaslah dengan 'haza min fadl Rabbi' . Pujian itu berbalik kepada Allah. Allah yang sebenar-benarnya berhak memiliki pujian itu. Kita hanya meminjam :) Ini bagus untuk elak riak,takbur,ujub dan penyakit hati yang lain. Selamat beramal!

14) Awak seorang yang pemalu?

-Saya boleh jadi sangat pemalu dan tidak tahu malu. Malu itu separuh daripada Iman. Malu itu biar bertempat. 1+1 jawapan apa? Tak tahu kan? Jangan la malu bertanya nanti sesat jalan. Jawapannya 2 ;)

15) Awak senang bergaul dengan semua orang?

-Ya betul tu. Tapi jika saya nak bergaul. Jika saya pilih untuk tidak,maka sangat susah untuk dekati saya. Boleh jadi saya tak pandang orang tu langsung. Kekawan saya yang sebelum mengenali saya pernah kena macam ni. Hahahah. Maaf. Hee

16) Awak seorang yang lemah lembut?

-Mengikut keadaan,dengan siapa dan dimana. Trust me,saya bukan lemah lembut seperti selalu anda lihat. Hahahaha. Pendek kata,I've split personalities :)

17) Awak garang tak?

-Saya tak garang. Saya tegas. Lagi tegas soal agama. Garang itu bagi saya datang dari emosi yang kadang-kadang sampai tak terkawal terus jadi marah. Tegas itu bagi saya dalam mendidik,menegur atau memberi nasihat. Saya seorang yang tegas.

18) Awak orang mana?

-Kedah,Malaysia

19) Kenapa awak tak cakap loghat Kedah sangat?

-Mungkin saya ikut lidah Mak saya,orang Sarawak. Kadang-kadang cakap macam orang Indon pun ada. Agagagagaga...

20) Anak ke berapa?

-2 orang abang.

:: NN ::



SemBreak Post 9 : Kotak Ketawa Rosak [?]

10.11.2014
[11.42 P.M.] via Whatsapp

Maksu menghantar 'Kalau tajuk cerita wayang omputih ada versi Utara'. Sepatutnya,normalnya ia kelakar tetapi...

[11.59 P.M.]

Me : Hmph,awat tak gelak ni...

11.11.2014
[12.00 A.M.]

Maksu : Hang abnormal

[12.00 A.M.]

Me : Hehe thank you

[12.01 A.M.]

Maksu : Cewaaahhh... cool la konon.


---


Nak kata cool,mungkin aku sememangnya cool [ehem] . Tapi dalam keadaan sekarang lebih tepat mungkin kerana kotak ketawa rosak. Al-maklum,orang moody. 

:: NN ::

Friday, November 7, 2014

SemBreak Post 8 : Kulit [Tiada Akhirnya]

Assalamualaikum


[Sekolah Rendah]

Aku terlalu aktif dengan kokurikulum kerana begitu muda dan jiwa berapi-api membara. Hitam itu sudah kepastian.

Aku : Tak apa lah hitam. Budak sekolah,normal la. Nanti cuti sekolah putih balik. Sekolah Menengah karang lah jaga kulit.

[Sekolah Menengah]

Aku terlalu sibuk dengan menyesuaikan diri di sekolah baru yang bagaikan penjara. Subjek dari 5 dah jadi 8. Berjumpa pula dengan muka-muka baru,bukan semua dari sekolah Rendah masuk sekolah Menengah sama dengan aku. Pada mulanya ia lah,lepas tu ada saja yang angkat kaki hijrah pula ke SBP dan MRSM.

Sepanjang sekolah Menengah juga aku tidak begitu peduli dengan penjagaan kulit terutama muka. Jerawat naik aku buat relax. Kalau aku meraung pun macam dia nak kecut. Again,budak sekolah. Normal lah.

Aku : Tak ada masa nak jaga kulit muka sekarang. Tak apa lah,masuk Universiti nanti baru boleh jaga.

[Universiti]

Satu minggu aku tak jaga badan aku. Kulit aku. Orientasi memang padat dan memenatkan. Sibuk aku memujuk kawan yang homesick dan sibuk lagi untuk aku sesuaikan diri di tempat baru,kawan baru dan positifkan diri sentiasa.

Aku : Hmph,masuk Universiti lagi tak ada masa nak jaga diri ni. Nak jaga kulit bagai. Masa begitu padat. Lupakan saja. Jaga sekadar ala kadar buat masa sekarang. Nanti kerja baru ada masa kot. Nanti baru boleh jaga kulit bagai.

***

Mungkin...kah?

:: NN ::

SemBreak Post 7 : MUET II [BuangBelakang]

Assalamualaikum

20.10.2014
[10.20 P.M.] via Whatsapp

Kawan : Muet dah nak dekat dah ni. Kau dah study?

[10.23 P.M.]

Aku : Belum,1hb aku study. Hahahah

***

01.11.2014
[11.14 A.M.]

Kawan : Malas gila aku nak study.. T.T [emoji menangis]

[11.38 A.M.]

Aku : Hahah,jangan study. Study time kau rajin. Hehe. Tengah study?

[11.41 A.M.]

Kawan : Haha tak. Aku tengah pening. Haha



Maafkan aku kawan,semangat itu kadang-kadang yazid wa yanqus,yakni bermaksud menaik dan menurun seperi iman juga. 1hb sehingga sekarang hanya tengok dan pegang buku MUET sahaja,tetapi masih belum membuatnya. Bagaimana kawan disana? Hahaha.Selamat maju jaya buat semua.

:: NN ::

SemBreak Post 6 : MUET I [Sandiwara Pelajar]

Assalamualaikum


06.11.2014
[10.41 P.M.]

Aku : Tengok movie dulu,lepas tu study MUET. Yeah!

[01.21 A.M.]

Aku : Tak apa lah,esok saja aku study MUET tu.

***

07.11.2014 
[02.30 P.M.]

Aku : Alright,study MUET!

Aku : *Mata mengerling ke arah rak-rak yang penuh dengan warna-warna buku                                 

  
Aku : Lalu mencapai salah satu buku milik abang sulung aku.

Aku : Ha ha ha ! Kelakar sungguh buku Catatan Nizam Sani ini...




|Persoalan : Bakalkah diri ini akan dikuasai buku MUET?|

Aku percaya yang aku tidak sendiri di dunia ini. Pelajar yang cakap tetapi tidak buat-buat. Sandiwara. Doakan diri yang malas ini...


:: NN ::

Thursday, November 6, 2014

Koleksi Beg Tangan Murah & Trendy

Assalamualaikum


Handbag atau beg tangan merupakan aksesori atau keperluan yang penting bagi setiap wanita. Saya sendiri juga akan keluar dengan handbag ataupun backpack. Anda boleh lihat hampir semua wanita tidak akan keluar dari rumah tanpa membawa beg tangan mereka. Tidak keterlaluan juga apabila dikatakan bahawa setiap wanita pasti mempunyai lebih daripada 1 beg tangan. Kenapa aksesori ini diperlukan? Sebenarnya bukan sahaja sekadar untuk menggayakannya tetapi juga membantu untuk membawa barang yang lain seperti handphone, powerbank, alatan make-up bagi sesiapa yang menggunakannya, purse dan lain-lain.

Bagi yang benar-benar berkemampuan, jenama-jenama hebat seperti Coach, Chanel, Dior dan lain-lain membariskan koleksi beg tangan yang dijamin berkualiti dan menambat hati. Untuk golongan pertengahan pula, jenama-jenama seperti Nine West, MANGO dan ALDO sering menjadi pilihan utama mereka.

Bagaimana pula untuk yang mungkin masih belum berkemampuan atau mempunyai komitmen yang banyak tetapi ingin kelihatan bergaya dengan seutas beg tangan? Tahukah anda walaupun dengan membawa seutas beg tangan murah, anda masih mampu tampil menyerlah? Ini kerana, penampilan anda bukan hanya diukur berdasarkan pemilihan pakaian dan aksesori yang mahal atau berjenama hebat, tetapi juga diambil kira daripada soal rekaan yang menarik dan yang terkini.

Bagi saya tidak mengapa jika masih belum mampu atau ingin mengeluarkan wang untuk beg tangan yang mahal-mahal kerana kini beg tangan juga ada dijual dengan harga yang murah serta masih dilihat menyerlah dan style seperti beg tangan yang berjenama hebat. Terdapat beberapa jenis beg tangan yang boleh dikatakan fungsi yang berbeza. Anda boleh lihat dibawah ini.


 


Jika anda merupakan seorang individu yang aktif atau mungkin sukakan gaya yang simple, sling bag merupakan pilihan yang terbaik. Kini terdapat banyak pilihan sling bag yang boleh anda dapati dengan harga serendah RM100 dan ke bawah. Murah dan bergaya bukan?

Tetapi, jika anda menjadikan handbag anda sebagai ‘stor’ kedua atau tempat anda menyimpan segala keperluan anda (saya lah tu), seperti yang saya katakan diatas untuk menyimpan handphone,powerbank,purse dan lain-lain, sling bag bukanlah pilihan yang ideal. Beg tote merupakan sejenis bag yang paling sesuai dengan ruangan yang cukup luas. Beg tote juga menjadi pilihan saya sebenarnya selain backpack yang memudahkan pergerakan saya :)




 Untuk koleksi beg tote seperti di atas juga, boleh anda temui dalam tawaran yang cukup berpatutan. Pelbagai design dan warna boleh anda dapat dengan harga yang berpatutan murah! Siapa kata anda tidak boleh tampil bergaya dengan beg tangan murah? ZALORA kan ada! Silalah usya dan buatlah pembelian anda hari ini di laman web ZALORA Malaysia untuk koleksi handbag online yang pastinya menepati citarasa anda,kita semua :D Bagi yang ingin hadiahkan sesuatu buat mereka yang tersayang,bagi mereka yang ingin hadiahkan diri sendiri atas sesuatu perkara ataupun kepada yang menjelang Hari Ulang Tahun-nya,jangan lepaskan peluang ini! ^_^

:: NN ::