Friday, November 21, 2014

SemBreak Post 10 : Ceramah Malam Restu Ilmu

Assalamualaikum


Hai bloggers semua,ni hao ;) Seperti dijanjikan...biar lambat asal tidak dimungkiri janji. Hehehe. Tidak lama dulu syukur alhamdulillah kaki ini dapat melangkah dan berehat di majlis ilmu,taman syurga di atas muka bumi ini dengan menghadiri Ceramah Malam Restu Ilmu di Masjid Tuanku Mizan,UiTM Shah Alam yang disampaikan oleh Ustaz Faizal.

Ustaz Faizal,beliau seorang Imam di masjid tercinta Tuanku Mizan ini. Ustaz highlightkan dalam Surah Al-Mu'minuun ayat satu.

A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

Ustaz Faizal juga menyatakan hendak kusyuk dalam solat,sebelumnya bolehlah

1) Beristighfar
2) Membaca Surah An-Nas

Bagaimana hendak akhlak terjaga ?

-Dengan menutupi aurat dengan sempurna.

Tips untuk berjaya dunia dan akhirat?

-Puasa sunat
-Solat tahajud
-Dan jagalah 4 perkara ini iaitu ...

  • Hubungan Allah SWT
  • Ibu Bapa
  • Guru
  • Kawan
Ustaz berpesan iaitu doa ibu tiada hijab. Doa ibu itu langsung direct sampai kepada Allah SWT dan doa itu juga dimakbulkan,turun direct daripada Allah SWT. Maka,berbuat baiklah kepada ibu. Jaga tutur kata dan akhlak agar kata-kata dan doa yang baik-baik sahaja keluar daripada mulut seorang ibu :)

Sekian sedikit sebanyak nota ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faizal. Langsung kita ke post seterusnya,yuk? Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Omar. Siapakah beliau? Mari kita kenal dan menadah ilmunya! ^_^ ... Fi amanillah !

:: NN ::

No comments:

Post a Comment