Assalamualaikum
[Sekolah Rendah]
Aku terlalu aktif dengan kokurikulum kerana begitu muda dan jiwa berapi-api membara. Hitam itu sudah kepastian.
Aku : Tak apa lah hitam. Budak sekolah,normal la. Nanti cuti sekolah putih balik. Sekolah Menengah karang lah jaga kulit.
[Sekolah Menengah]
Aku terlalu sibuk dengan menyesuaikan diri di sekolah baru yang bagaikan penjara. Subjek dari 5 dah jadi 8. Berjumpa pula dengan muka-muka baru,bukan semua dari sekolah Rendah masuk sekolah Menengah sama dengan aku. Pada mulanya ia lah,lepas tu ada saja yang angkat kaki hijrah pula ke SBP dan MRSM.
Sepanjang sekolah Menengah juga aku tidak begitu peduli dengan penjagaan kulit terutama muka. Jerawat naik aku buat relax. Kalau aku meraung pun macam dia nak kecut. Again,budak sekolah. Normal lah.
Aku : Tak ada masa nak jaga kulit muka sekarang. Tak apa lah,masuk Universiti nanti baru boleh jaga.
[Universiti]
Satu minggu aku tak jaga badan aku. Kulit aku. Orientasi memang padat dan memenatkan. Sibuk aku memujuk kawan yang homesick dan sibuk lagi untuk aku sesuaikan diri di tempat baru,kawan baru dan positifkan diri sentiasa.
Aku : Hmph,masuk Universiti lagi tak ada masa nak jaga diri ni. Nak jaga kulit bagai. Masa begitu padat. Lupakan saja. Jaga sekadar ala kadar buat masa sekarang. Nanti kerja baru ada masa kot. Nanti baru boleh jaga kulit bagai.
***
Mungkin...kah?
:: NN ::
No comments:
Post a Comment