Saturday, November 22, 2014

SemBreak Post 12 : Ceramah Show Me The Way (PU Rahmat & Aiman Azlan)

Assalamualaikum

Ni hao ! Sekali lagi kita bertemu. Hehehe. Ceramah terakhir yang In dapat hadirkan diri ketika di Semester 1 alhamdulillah iaitu tidak lain tidak bukan daripada penceramah hotsss gitu iaitu PU Rahmat dan Aiman Azlan ^_^ ...

PU Rahmat 

-Orang yang beriman tidak mencari alasan untuk mencari jalan.

-Siapakah orang yang beriman itu? Mereka yang percaya rukun Iman,kenal Allah,percaya Allah. 

-Menceritakan mengenai turun ayat Al-Quran menyuruh orang yang beriman,perempuan menutup aurat. Ketika itu,sampai sahaja ayat Al-Quran itu terus para wanita kelam-kabut mencari kain untuk menutup aurat mereka. Langsir,khemah habis digunting untuk menjaga,menutup aurat mereka. Allahu! Inilah dinamakan orang yang beriman. Tidak berikan alasan untuk cari jalan untuk menutup aurat mereka. Kita sekarang bagaimana? 'Belum sampai seru' ... Huhu ... hashtagiyolahtuuu

-Mereka yang hebat akan lahir pada suasana yang kesusahan

-Surah Al-Isra' ayat 1-7

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

A002
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".

A003

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.

A004
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

A005
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

A006
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

A007
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

-Mereka di Palestin bahagia.

-Orang Palestin menangis bila diberi makanan enak. Mereka menyoal bagaimana kita ini nak qiam? Kenapa kita ini tidak bersyukur? Hidup aman,makan cukup,enak ada rasa tetapi bangun pagi buta malas untuk beribadat. Sujud tahajud dan solat taubat. (Kena panah kepada diri In sendiri) Huhuhu... Maafkan aku Ya Allah :(

-Sengaja Allah susahkan kita pada Ramadhan kerana untuk kita jadi Mukmin yang kuat. Sebab kita ada musuh iaitu syaitan dan nafsu! Setiap yang Allah perintahkan ada hikmahnya. Janganlah 'ponteng' puasa. Puasa ganti jika pernah tertinggal. Tip top lagi setiap Isnin dan Khamis puasa sunat.  Pesanan buat diri sendiri juga.

Aiman Azlan

-Ramadhan ibarat individu yang setahun tidak jumpa. Bagi Rasul dan para sahabat,dilihat seorang kekasih yang dijauhi. 30 hari Ramadhan ibarat sehari.

-Semakin moden kehidupan,semakin kurang spiritual.

-Hati secara fitrah kalau kita nak buat dosa,kita rasa something wrong. 30 hari Ramadhan untuk kita rasa something. Ramadhan untuk kita seimbangkan balik akhirat kerana dah asyik dengan dunia. Time Ramadhan,berat badan naik ada tak kena. Paling tidak sama ada maintain atau kurang. Itu sebaiknya.

-Bagaimana puasa di luar negara? Mencari dan mencipta suasana. Apabila beliau disana,rasa nak baca Al-Quran. Pergi masjid jumpa orang Muslim rasa lebih seronok. Ukhuwah rasa lebih erat. Walhal di Malaysia dah terhidang suasana. Bila dah disediakan suasana,kita rasa manja. Hargai yang kita ada,jangan manja. Di luar negara nak cari masjid susah. Di Malaysia rata-rata. Jangan segan solat depan orang. Segan ke identiti Islam kita? Kata I'm Muslim... lagi segan tak solat depan Allah!

Alhamdulillah. Kata-kata mereka yang penuh hikmah dan menusuk strike ke kalbu jiwa hati sanubari. Kuikui... Ambil iktibar dan semangat mereka. Asif 'ala kulli hal. Semoga bermanfaat! Jaga diri,iman hati dan pemikiran. Lawan nafsu durjana tu ;) Rajinkan diri,ringankan tulang untuk beribadat. Peringatan buat diri juga. Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt ^^,

:: NN ::

4 comments:

  1. Tahniah dan syabas sebab sentiasa mencari ruang dan peluang menghadiri program2 keagamaan. Di kampus, selain sibuk dgn kuliah/akademik kita juga perlu cakna dgn 'fakulti' kerohanian baik di masjid, program anjuran kampus dan lain2 lagi. Dulu waktu kt USM, sy juga aktif dlm aktiviti keagamaan dan pernah menajdi exco Persatuan Mahasiswa Islam(PMI)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,moga saya kekal aktif dan ikhlas untuk menghadirkan diri :)

      Delete
  2. AllahuAkbar..
    mesti best dgr ceramah dorang kan..moga bnyk pelajrn dpt diambil dan djadikan pnduan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,seronok...dengan jenaka PU Rahmat nya ^^, ... in syaa Allah...

      Delete