Syukur alhamdulillah atas kerajinan untuk mengupdate post yang ilmiah kali ke-2 buat hari ini. Hehehe. Syukur sangat. Iyakan,minggu depan dah masuk universiti balik. Sedih juga lah. Salah satunya faktor internet. Kihkihkih. Redha,dunia saja ni semua :P Apa pun,seperti yang dikatakan tadi,ceramah seterusnya adalah Ceramah Perjalanan Mencari Tuhan yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Omar di masjid tercinta, Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam. Masjid feveret tu. Hehe. Rindu,tak apa. Minggu depan dah boleh jejak dan bau haruman serta kecapi ketenangan didalam masjid tersebut :)
Sebelum menadah ilmu seseorang itu,bukankah lebih baik kita mengenali serba sedikit guru itu? Nama yang diperkenalkan Ustaz Ghazali Omar. Mengajar di SMKA Kuala Selangor. Dalam nota 2 Oktober 1994. Hmph,lupa pula apa tu. Agak-agak korang? Hahahaha. Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar. Hebak bukan? Bukan calang-calang guru ni ^^, ...
Beliau mulakan ceramahnya dengan petikan kata Hadis Qudsi (Kata daripada Nabi SAW,arahan daripada Allah SWT) iaitu Hadis 4832 Sahih Muslim...
"Selangkah kau mendekatiKu,seribu langkah Aku mendekatimu."
Dalam ceramah ini ustaz ada menyentuh serba sedikit mengenai;
1)Deklarasi Balfour (1917)
2)Perang Arab Yahudi
3)Perang 6 Hari
4)Perang Oktober
5)Shabra Shatila (1982)
6)Intifadhoh Pertama (1987)
7)Perjanjian Oslo (1933)
8)Perjanjian Kem David (2000)
Saya sendiri masih tidak mencari lebih dalam soal 8 perkara diatas dan tidak mampu untuk mengupas setiap 8 perkara diatas sebagai pengetahuan pembaca. Asif... Kerana ketika itu hanya sekali imbas dan cerita serba sedikit sahaja mengenai 8 perkara di atas :) Bagi sesiapa yang punya masa dan tertanya-tanya bolehlah mencari bahan rujukan untuk 8 perkara diatas. Mana tahu ada yang boleh dikongsi bersama untuk In? :)
Ustaz juga berkongsi mengenai satu Hadis ;
"Barangsiapa tidak ambil tahu,ambil berat tentang orang Islam,dia tidak tergolong dalam golongan itu."
Na'uzubillah min zalik. Jadi jangan hanya pejam mata dan memekakkan telinga tentang apa yang terjadi dengan saudara Islam kita. Tahu tak apa yang terjadi di Gaza? Haa,jangan kata tidak tahu. Huhu. Kalau tak tahu,cuba ambil tahu. Kalau mampu,tolonglah sekali mungkin dari segi material atau kewangan...Bolehlah melawat ke laman web INI untuk membantu mereka yang lagi memerlukan.
"Aku bertindak seperti yang hambaKu sangkakan. Apabila dia ingatKu,Aku mengingatinya. Apabila dia mengingatiku dalam orang ramai,Aku ingatnya dihadapan para malaikat."
---Hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4832---
Allahu! Pesanan ringkas berdasarkan di atas,kita mestilah sentiasa taat dan patuh perintah Allah. Jauhilah laranganNya. Ingatlah Allah selalu tidak kira saat susah atau senang,gembira atau sedih dan berjaya atau gagal.
Ustaz menyatakan 5 tempat paling baik didunia! Jeng-3 !
1)Masjidil Haram
2)Masjid Nabawi
3)Masjidil Aqsa
4)Masjid Jamii'
5)Majlis ilmu (universiti,sekolah dan seumpamanya)
Ustaz juga memberitahu bahawa ketika bulan Ramadhan...
1)Mintalah ampun banyak-banyak
2)Kumpul pahala banyak-banyak
3)Doa-doa akan dimudahkan penerimaan Allah SWT (Surah Al-Baqarah ayat 185)
Dan tidak lupa juga Ustaz mengemukakan dan mengajak kami mengenali 5 orang tokoh hebat!
1)Solahudin
S-Solat tak tinggal
O-Otak cerdas
L-Luhur budi bahasa
A-Amal ibadah
H-Hati bersih
U-Utamakan yang penting
D-Dunia tidak kuasainya
I-Iman atau Ilmu
N-Nak berubah
2)Usamah b. Zaid
-Jadi ketua panglima perang
-Umur 18 tahun
3)Abdullah b. Abbas
-Riwayat hadis : 10 tahun
4)Sultan Muhammad Al-Fateh
-Takluk kota Konstatinopel
-Umur 21 tahun
5)Abdullah b. Zubair
-Terlibat dalam pentadbiran negara
-7 tahun
Sekian untuk perkongsian. Allahu'alam. Maafkan segala salah silap dan kekurangan saya. Asif 'ala kulli hal. Jaga diri,jaga iman. Bersihkan hati,asahkan pemikiran. Assalamualaikum wbt :)
:: NN ::
No comments:
Post a Comment