Tuesday, November 11, 2014

Ta'aruf

Assalamualaikum

Ni hao... so dulu nak buat Self-Reminder tetapi macam kurang rajin nak upload gambar semua. Hahahah. Hmph,mungkin yang baru kenal atau nak kenal saya ada beberapa soalan terkumpul di sudut fikiran tu kan? Dan selalunya soalan-soalan yang saya dapat lebih kurang sama saja. Jadi,saya akan update dari semasa ke semasa di ruangan Questions di tab sebelah kiri tu dengan soalan serta jawapan yang ditanya dan saya jawab. Hanya soalan lazim yang saya dapat. In syaa Allah membantu. Fi amanillah :)

.
.
.

Soalan Lazim Kepada Author :


1) Nazmin,kalau tak cinta orang tu,macam mana nak terima dia jadi suami?

-Cukuplah baik agamanya dengan mengamalkannya serta tenang melihatnya

2) Atas sebab apa kalau terima seseorang itu sebagai suami?

-Yang boleh bawa saya ke syurga,jejak kaki di syurga,mencium wangian syurga

3) Selalu pakai tudung bidang biasa ke yang bidang 60 yang macam Ustazah pakai tu?

-Janji pakai tutup dada,bahu dan belakang serta tidak jarang. Gituhhh

4) Kenapa friendzoned orang?

-To me,couple is haram. If nak accept pun perasaan orang tu,tak kan nak accept sebab kesian? Or semata-mata ingin mencuba? Saya hormat perasaan diorang sebab itu saya friendzoned. Saya tak suka berikan harapan jika saya tak nampak boleh bersama dengan orang itu pada masa hadapan. Saya tak nak permainkan perasaan orang dengan 'mencuba'. :) Kalau diorang kenal dan faham saya,in syaa Allah diorang boleh terima dan melihat kearah yang positif. Jangan sebab perasaan,pertalian persahabatan itu jadi renggang dan terputus. Bersyukurlah masih boleh berkawan dan dilayan baik seperti biasa. Perasaan itu hadir atas izin Tuhan and kita sendiri kena mengendalikan sebaiknya. Guna perasaan itu secara positif. Ada perasaan kepada seseorang tak semestinya akan dibalas atau dimiliki. Mungkin itu bentuk ujian untuk mendidik diri. Just follow the flow,easy ~

5) Apa awak buat bila marah?

-Istighfar,selawat,sebut lailahaillallah,dan laa haula walaa quwwata illaa billaah... Susah juga nak luahkan rasa marah,selalunya salur dengan menangis. Iskiskisk... Anyway,dengan memperingatiNya hati kita akan tenang dan terhibur :)) ... Tapi saya ingin berkongsi kalau marah Rasulullah SAW berpesan jika sedang marah dalam keadaan berdiri,hendaklah dia duduk,jika dalam keadaan duduk,hendaklah berbaring. Marah lagi,ambil air wudhu' . In syaa Allah bertenang.

6) Adakah awak rela berkahwin dengan seseorang yang tiada rupa langsung?

-Yes. Kalau dah jodoh,orang lain tak pandang dia tampan/comel ke tapi kerana dia jodoh saya tak mustahil saya melihatnya indah ;)

7) Awak ada campuran ke dalam family?

-Ada dari nenek moyang bagai.

8) Awak rasa awak cantik?

-Mestilah. Ciptaan Allah itu,subhanallah indah-indah belaka. Alhamdulillah. Segala pujian berbalik kepadaNya.

9) Awak pernah couple tak?

-Tak pernah dan tidak akan pernah melainkan dia halal buat saya [zauj/suami].

10) Perlu ke kita doa agar orang yang couple ni putus?

-Tidak. Lebih baik kita doakan agar mereka dihalalkan dengan lebih cepat,dalam masa yang terdekat. Allahu'alam.

11) Nazmin,awak ada campuran Arab ke?

-Dulu saya tidak pasti nak kata ya atau tidak. Saya dah tanya Mak saya. Dia kata ada belah Abah saya. Arwah Nenek (Moyang Perempuan) kot yang beritahu Mak dulu yang suaminya,(Moyang Lelaki) iaitu Syed Abdul Rashid Al-Mashoor keturunan Arab. Dengar nama pun tahu dah. Hehe. Allahu'alam.

12) Awak mudah percayakan orang ke? Awat ada percayakan orang 100%?

-Tidak. Saya tidak mudah percayakan orang,tetapi saya tunjuk yang saya percaya. Dalam diam kalau saya nampak dia benar-benar boleh dipercayai,kepercayaan saya terhadapnya akan terbina dari peringkat ke peringkat seterusnya. TETAPI,saya tidak akan sama sekali tidak akan percaya seseorang 100%. Simpanlah beberapa puluh peratus itu dengan percayakan diri sendiri. Simpanlah kepercayaan itu kerana jika mereka ada mungkir sesuatu yang buat kita menyesal dan kecewa percaya,ada baki lagi untuk kita guna sebagai peluang kedua buat mereka. Ada lagi baki untuk digunakan agar mereka dapat meraih semula kepercayaan kita. Manusia kan tidak sempurna? Hiduplah dengan meminta maaf dan memaafkan. 

13) Awak suka dipuji?

-Saya berpegang kepada pujian tak makan,caci-makian tak diheran. Saya nak kongsi,jika orang memuji awak tidak kira rupa paras,kebolehan atau seumpamanya...balaslah dengan 'haza min fadl Rabbi' . Pujian itu berbalik kepada Allah. Allah yang sebenar-benarnya berhak memiliki pujian itu. Kita hanya meminjam :) Ini bagus untuk elak riak,takbur,ujub dan penyakit hati yang lain. Selamat beramal!

14) Awak seorang yang pemalu?

-Saya boleh jadi sangat pemalu dan tidak tahu malu. Malu itu separuh daripada Iman. Malu itu biar bertempat. 1+1 jawapan apa? Tak tahu kan? Jangan la malu bertanya nanti sesat jalan. Jawapannya 2 ;)

15) Awak senang bergaul dengan semua orang?

-Ya betul tu. Tapi jika saya nak bergaul. Jika saya pilih untuk tidak,maka sangat susah untuk dekati saya. Boleh jadi saya tak pandang orang tu langsung. Kekawan saya yang sebelum mengenali saya pernah kena macam ni. Hahahah. Maaf. Hee

16) Awak seorang yang lemah lembut?

-Mengikut keadaan,dengan siapa dan dimana. Trust me,saya bukan lemah lembut seperti selalu anda lihat. Hahahaha. Pendek kata,I've split personalities :)

17) Awak garang tak?

-Saya tak garang. Saya tegas. Lagi tegas soal agama. Garang itu bagi saya datang dari emosi yang kadang-kadang sampai tak terkawal terus jadi marah. Tegas itu bagi saya dalam mendidik,menegur atau memberi nasihat. Saya seorang yang tegas.

18) Awak orang mana?

-Kedah,Malaysia

19) Kenapa awak tak cakap loghat Kedah sangat?

-Mungkin saya ikut lidah Mak saya,orang Sarawak. Kadang-kadang cakap macam orang Indon pun ada. Agagagagaga...

20) Anak ke berapa?

-2 orang abang.

:: NN ::



2 comments:

  1. Ur answer seems like a detective! i've imagine that trololoo :D

    ReplyDelete