Thursday, November 6, 2014

Koleksi Beg Tangan Murah & Trendy

Assalamualaikum


Handbag atau beg tangan merupakan aksesori atau keperluan yang penting bagi setiap wanita. Saya sendiri juga akan keluar dengan handbag ataupun backpack. Anda boleh lihat hampir semua wanita tidak akan keluar dari rumah tanpa membawa beg tangan mereka. Tidak keterlaluan juga apabila dikatakan bahawa setiap wanita pasti mempunyai lebih daripada 1 beg tangan. Kenapa aksesori ini diperlukan? Sebenarnya bukan sahaja sekadar untuk menggayakannya tetapi juga membantu untuk membawa barang yang lain seperti handphone, powerbank, alatan make-up bagi sesiapa yang menggunakannya, purse dan lain-lain.

Bagi yang benar-benar berkemampuan, jenama-jenama hebat seperti Coach, Chanel, Dior dan lain-lain membariskan koleksi beg tangan yang dijamin berkualiti dan menambat hati. Untuk golongan pertengahan pula, jenama-jenama seperti Nine West, MANGO dan ALDO sering menjadi pilihan utama mereka.

Bagaimana pula untuk yang mungkin masih belum berkemampuan atau mempunyai komitmen yang banyak tetapi ingin kelihatan bergaya dengan seutas beg tangan? Tahukah anda walaupun dengan membawa seutas beg tangan murah, anda masih mampu tampil menyerlah? Ini kerana, penampilan anda bukan hanya diukur berdasarkan pemilihan pakaian dan aksesori yang mahal atau berjenama hebat, tetapi juga diambil kira daripada soal rekaan yang menarik dan yang terkini.

Bagi saya tidak mengapa jika masih belum mampu atau ingin mengeluarkan wang untuk beg tangan yang mahal-mahal kerana kini beg tangan juga ada dijual dengan harga yang murah serta masih dilihat menyerlah dan style seperti beg tangan yang berjenama hebat. Terdapat beberapa jenis beg tangan yang boleh dikatakan fungsi yang berbeza. Anda boleh lihat dibawah ini.


 


Jika anda merupakan seorang individu yang aktif atau mungkin sukakan gaya yang simple, sling bag merupakan pilihan yang terbaik. Kini terdapat banyak pilihan sling bag yang boleh anda dapati dengan harga serendah RM100 dan ke bawah. Murah dan bergaya bukan?

Tetapi, jika anda menjadikan handbag anda sebagai ‘stor’ kedua atau tempat anda menyimpan segala keperluan anda (saya lah tu), seperti yang saya katakan diatas untuk menyimpan handphone,powerbank,purse dan lain-lain, sling bag bukanlah pilihan yang ideal. Beg tote merupakan sejenis bag yang paling sesuai dengan ruangan yang cukup luas. Beg tote juga menjadi pilihan saya sebenarnya selain backpack yang memudahkan pergerakan saya :)




 Untuk koleksi beg tote seperti di atas juga, boleh anda temui dalam tawaran yang cukup berpatutan. Pelbagai design dan warna boleh anda dapat dengan harga yang berpatutan murah! Siapa kata anda tidak boleh tampil bergaya dengan beg tangan murah? ZALORA kan ada! Silalah usya dan buatlah pembelian anda hari ini di laman web ZALORA Malaysia untuk koleksi handbag online yang pastinya menepati citarasa anda,kita semua :D Bagi yang ingin hadiahkan sesuatu buat mereka yang tersayang,bagi mereka yang ingin hadiahkan diri sendiri atas sesuatu perkara ataupun kepada yang menjelang Hari Ulang Tahun-nya,jangan lepaskan peluang ini! ^_^

:: NN ::

3 comments:

  1. Ad jual ker smua beg ini... mmg lawo2 minat... sy ad nmpak brg pelik2 kt website ni.. cuba tgok... www.kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
  2. Ad jual ker smua beg ini... mmg lawo2 minat... sy ad nmpak brg pelik2 kt website ni.. cuba tgok... www.kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
  3. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here keep up the good work Backpack

    ReplyDelete