Sunday, December 23, 2012

Ashabul Kahfi

Assalamualaikum

Ingat tak dulu In ada bagitau nak ceritakan kisah 7 pemuda yang tertidur selama 309 tahun itu? Kalau tak ingat di sini In selitkan ---> CLICK HERE . Hah,7 pemuda itu juga dikenali sebagai Ashabul Kahfi.Mari baca =) Sebelum tu,thanks to Mr.Google yang membantu pencarian In mengenai kisah ini ^_^

Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. 

Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. 
Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. 

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. 

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. 

Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. 

Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.

Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu. 
Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku. 

Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. 

Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. 

Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya. 


Nama-nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika adapun anjing bernama Kithmir. (Wallahu'alam)

Dan ustaz In pernah beritahu bahawa ada satu source tu beritahu bahawa mereka tergolong dalam para Nabi. Wallahu'alam ... Begitulah kisah mengenai Ashabul Kahfi iaitu 7 pemuda yang tertidur selama 309 tahun =)

-Ada satu kisah mengenai seorang Paderi dan seorang pemuda yang telah menganut agama Islam.Paderi itu mengemukakan 22 soalan untuk memalukan pemuda itu dan mengukuhkan agamanya.Pemuda itu perlu jawab dengan tepat.Pemuda itu menerima debat itu.Antara soalannya ialah ....

"Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"


Lalu jawapannya ...

"Makhluk yang terbuat daripada batu adalah unta Nabi Saleh,yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua)."

:: NN ::

18 comments:

  1. kisah2 macam ni penting utk muhasabah diri... nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu,semoga kita semua dapat manfaatnya :)

    ReplyDelete
  3. syok baca walau dah penah dengar...utk refresh semula...kl ade lain..kongsi lagi...tak silap..ustaz ada cerita...semua binatang di dunia takkan dihidupkan kembali selepas kiamat...kecuali anjing dalam surah ni..akan dimasukkan ke syurga...hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  4. Kann :)
    Oh,yah ! Betul,In pun ada dengar mengenai anjing ni sahaja akan masuk syurga .. Wallahu'alam :)
    Thanks for sharing ^^,

    ReplyDelete
  5. Awesome :) . MasyaAllah . Terlalu besar kuasa Allah . Hanya kita hambaNya yang tidak mahu menurut perintah Allah . Semoga kita semua diberikan hidayah untuk kembali ke jalanNya . Aamiin :) . Thanks sharing dear ^^ . Nice entri .

    ReplyDelete
  6. Assalaamualaikum ! Post yang bermanfaat . Anw , cantik background belakang tu ^^ Btw , done follow you , follow me back kayh =) Thanks ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumussalam w.b.t :)
      Alhamdulillah... thank you :)
      Oh,thanks ... Sure =)

      Delete
  7. akk tag awk ye.. :)

    http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/12/contest-nak-skirt-dari-norzi.html

    ReplyDelete
  8. xtahu nk komen apa dear..kedil kita di dunia ni..besar sungguh kuasa ILAHI..:

    Link chot,Jemput singgah :)
    http://chot91.blogspot.com/2012/12/website-menarik-untuk-dilawati.html

    ReplyDelete
  9. subhanallah. pertama kali aqis dengar cerita ni..

    ReplyDelete
  10. pernh jg tdgr cerita ni..
    dan dah terbca jugak dlm tfsir.. =)
    nice sharing In.. ^_^

    ReplyDelete