Wahai kaum Adam,
Mudah sekali mengungkap rasa cinta,
Mudah sekali berkata manis,
Mudah sekali berjanji mati
Wahai kaum Hawa,
Juga diriku ini,
Mudah terima hati,
Sang perwira cinta
Tapi maaf,
Bukannya aku tidak sudi,
Tetapi aku masih,
Merasakan diri ku ini,
Hanya untuk memuaskan,
Nafsu kaum Adam yang memberontak
Bukan tak percaya,
Aku tahu,
Perempuan dijadikan untuk lelaki,
Lelaki dijadikan untuk perempuan,
Kekurangan kita,
Satu puzzle yang perlu dilengkapi
Namun,
Pada pandangan aku,
Nyata bahawa ini semua,
Masih awal,masih mentah,
Aku yang begitu percaya cinta,
Yang hanya seseorang berhak
memiliki,
Aku simpan,
Simpan untuk dia,
Yang entah siapa
Kepercayaan aku,setia aku dan cinta
aku,
Hanya untuk dia
:: NN ::
da best! :)
ReplyDeleteTerima kasih ! :D
ReplyDelete