Friday, December 21, 2012

Ramalan Kalendar Kaum Maya

Assalamualaikum

Ini info mengenai yang berkaitan Hari Kiamat yang pertama daripada In. In dapat sumber ni daripada membaca buku Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman by penulis bestseller Yakjuj Makjuj iaitu Muhammad Alexander. 

Pertama sekali betulkah mengenai kalendar dan ramalan Kaum Maya tu ?

Dalam ilmu astronomi,kalendar Maya memang memiliki kelebihan sebagai sistem kalendar yang terperinci. Kalendar itu diwujudkan dengan tujuan mengetahui musim-musim yang berkaitan dengan waktu bertani. Namun begitu, kalendar ini disalahguna oleh para ahli nujum Barat moden. Ini dibukti nyata penyelewengan ilmu astronomi oleh ahli nujum moden atau dikenali sebagai astrologi iaitu ilmu ramalan berdasarkan kedudukan bintang.

Dalam laman web Ask an Astrobiologist, David Morrison, pegawai kanan NASA mengatakan kalendar Maya hanya berfungsi bagi menentukan waktu,dan bukannya bagi meramal masa depan. Memang benar ahli astronomi Maya pintar. Mereka berjaya menghasilkan sistem kalendar yang kompleks. Meskipun begitu,kejituan waktu dalam kalendar Maya tidak dapat disamakan dengan kejituan waktu dalam kalendar moden. David juga menegaskan semua kalendar, baik kalendar moden mahupun kuno tidak mampu meramal masa depan.

Apolinario Chile Pixtun, salah seorang tokoh daripada kaum Maya moden menafikan kalendar Maya menyatakan kiamat akan terjadi pada 2012,apatah lagi hingga ke tahap menyatakan tarikhnya secara spesifik,iaitu 21 Disember 2012. Menurutnya,dakwaan itu tidak benar sama sekali. Apolinario Cili Pixtun mengatakan teori-teori hari kiamat itu datang daripada pihak Barat,dan bukannya pihak Maya. Apolinario Chile Pixtun menegaskan jika kaumnya ditanya tentang kewujudan ramalan kiamat dalam kalendar Maya yang kononnya akan berlaku pada tahun 2012,sudah tentu mereka menafikan kewujudannya. Hujah ini diperkukuhkan pula dengan data oleh ahli astrologi Barat sebagai asas hujah ramalan Kiamat 2012 mereka. Mereka berpandangan bukan semua kod dalam tablet batu itu dapat baca. Ini kerana banyak bahagian yang sudah hilang.

Dalam pada itu, pendapat Apolinario Chile Pixtun disokong oleh David Stuart,pakar epigrafi Maya dari University of Texas di Austin,Amerika Syarikat.Stuart berkata,"Orang Maya tidak pernah mengatakan dunia akan kiamat dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Mereka hanya mencatatkan mengenai peringatan masa depan di Monumen Enam".

Ahli arkeologi Kanada,Kathryn Reesa-Taylor yang juga seorang pensyarah mengatakan kitaran dalam kalendar Maya yang akan berakhir tahun 2012 bukan menunjukkan tarikh kiamat. Reesa-Taylor menegaskan dokumen kaum Maya (dari Amerika Tengah) itu tidak pernah memberi sebarang isyarat tentang kiamat. Sebaliknya,pentafsiran yang salah ini dilakukan oleh orang Amerika Utara.

Kalau korang ingin tahu lebih lanjut mengenai Tamadun Maya ini bolehlah membeli atau meminjam buku Armagedon 2012 ini di mana-mana dari siapa-siapa. Banyak lagi perkara yang kita tak tahu terkandung dalam buku ini. Segala rujukkannya ada dinyatakan didalam buku ini juga. Sememangnya Kaum Maya sungguh cerdik. Ada saat kegemilangan mereka juga kejatuhan mereka. Apa pun,mungkin agak jelas di sini mengenai ramalan Kaum Maya yang sungguh heboh meniti dari bibir ke bibir segenap manusia soal ini. Seterusnya akan In postkan pada hari yang lain . Kerana kalau tulis panjang-panjang bukan orang nak baca sangat,betul? Haha =)

Nasihat In, jangan mudah percaya dengan khabar angin yang korang dengar dan terus sebarkannya tanpa dikaji semula. Tak kira walau apa pun khabar angin korang dengar,berapa juta orang pun yang percaya,korang kena selidiknya sendiri tentang kesahihannya.

:: NN ::

6 comments:

  1. nice entry , betul tu . jangan mudah percaya dengan khabar angin tanpa dikaji . tarikh hari kiamat tidak tercatat dalam Al-Quran , hanya Allah yang tahu :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,thanks :)
    Yup,Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  3. Orang yang bijak adalah orang yg membuat persediaan sbelum mereka mati..ta perlu tau bile nak matiny..huhu

    ReplyDelete
  4. tu la...
    manusia kalau xde iman..smua perkara nk dimanipulasikan..
    nk bg tmbh rosak akidah..
    xkesahla bila pun berlaku,kita perlu sntisa bsedia dgn mnmbh dan kuatkan iman..

    ReplyDelete
  5. Mengenai iman tu hanya Allah sahaja yang boleh menilai dan tahu... tapi iyalah,betul... sentiasa tingkatkan iman agar tidak mudah goyang dengan perkara-2 macam ni :)

    ReplyDelete