بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ
لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم | الحمد لله على كل حال ونعمة
Islam Milik Allah Obses Kucing
Pemilik blog bernama Nazmin Nazifa yang dilahirkan pada tahun 1996. Seorang hamba Allah SWT,umat Rasulullah SAW dan akhawat yang ceria serta tegas. Saya berasal dari Kedah. Alhamdulillah masih mempunyai ibu bapa yang tersayang. Mempunyai dua orang abang dan saya satu-satunya anak perempuan kepada pasangan bahagia ini (Emak dan Abah). Saya beragama Islam,bangsa Melayu warganegara Malaysia milik Allah SWT.
Bekas pelajar di Tabika Taman Seluang. Kemudian melanjutkan pelajaran pada peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik seterusnya mengorak langkah ke alam menengah di Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Sultan Badlishah. Kini menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan Asasi Undang-Undang KPM,Kolej Mawar (Jun 2014-2015). Sudah memasuki fasa Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB HONS) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak. Terkini (2019) sudah tamat belajar dan alhamdulillah telah merangkul segulung ijazah. Sedang berkhidmat di sebuah firma guaman, Pulau Pinang sebagai Pelatih Dalam Kamar (Chambering) yang in syaa Allah bakal habis pada awal bulan Mei, doakan.
Pemilik blog gemarnya membaca namun buku sekolah dikecualikan. *Ehe* Pemilik blog ini aka saya juga suka berfikir dan lebih senang bersendirian. Namun diri ini bukan tidak ramah,peramah orangnya. Boleh dikatakan seorang pemalu juga mengikut keadaan sekeliling dan dengan siapa. Saya suka meluahkan rasa,pendapat serta penghargaan dalam bentuk puisi. Walau kadang dilihat hanya sebagai amatur namun saya tidak pernah kisah kerana ia lahir bukan semata-mata dari cebisan idea minda untuk perhatian luar sana tetapi berkarya daripada hati yang tulus ikhlas. Ceh.
Pengisian blog ini lebih kepada perkongsian ilmu untuk bekalan akhirat. Namun kadang tidak terlepas untuk sekadar berkongsi pendapat dan memberi penghargaan. Jika ada salah silap tegurlah saya secara baik. Saya juga akan menerima secara baik,in syaa Allah. Sebarang kata caci makian tidak dibenarkan sama sekali di dalam blog ini. Sebelum saya mengakhiri pengenalan diri ini,saya berharap siapa sahaja yang datang berkunjung dapat manfaat dalam penulisan atau perkongsian saya serta mendapat keberkatan daripada Yang Esa. In syaa Allah. Aamiin.
Yang benar ikhlas,
Nazmin Nazifa Noorzan ( NN )