Apa khabar semuanya ? Ya akhi ya ukhti :) Hari ni In nak kongsi serba sedikit mengenai Rasulullah SAW. Saya tahu dan yakin kita semua tahu bahawa Rasulullah SAW ini sifatnya sungguh penyayang. Kasih sayangnya bukan sahaja kepada kanak-kanak yang gemar bermain dengannya bahkan juga kepada makhluk-makhluk Allah SWT yang lain. Antaranya ? ^_^
Pernah suatu ketika, ada kucing tidur di atas kain baginda. Oleh sebab Nabi Muhammad SAW perlu menggunakan kain itu,baginda menggunting kain itu tanpa mengejutkan si kucing yang sedang tidur lena. Allahu :)
Kalau In ni ? Heheee kekadang suka kacau si Mu'iz tu tidur sebab geram sangat,comel. Hohoho... Sedihnya,tak dapat mencontohi sifat Rasulullah SAW yang di atas tu lagi T.T ...
Rasulullah SAW juga menunjukkan kasih sayang kepada kambing. Apabila Nabi sedang makan kurma,tangan kanannya memegang buah kurma untuknya manakala tangan kiri pula diletakkan buah kurma muda untuk dimakan oleh kambing itu. Rasulullah SAW juga melarang orang yang menyembelih binatang yang banyak susu kerana susu yang banyak dapat dimanfaatkan.
Semasa dalam perjalanan pembukaan Kota Mekah,tentera-tentera Islam berselisih dengan seekor ibu anjing yang sedang menyusukan anak-anaknya. Nabi Muhammad SAW mengarahkan salah seorang anggota tenteranya menjaga anjing itu supaya tidak diganggu oleh tentera-tentera yang lain. Betapa mulianya Rasulullah SAW yang pengasih dan penyayang kepada semua mahkluk walaupun pada masa itu baginda melaksanakan misi penting.
!!! اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Salah seorang sahabat Nabi mengambil dua ekor anak burung dari sarangnya. Ibu burung itu terbang melayang-layang di atas kepala sahabat itu dan berbunyi,seolah-olah marah dengan kelakuan sahabat itu. Apabila Nabi Muhammad SAW mendapat tahu perkara itu,baginda mengarahkan sahabat memulangkan kembali anak-anak burung itu ke sarangnya.
Nabi Muhammad SAW juga pernah berkata, "Jika kamu mengenderai binatang,tunaikanlah hak binatang itu. Janganlah memperlakukan haiwan itu seperti syaitan." Baginda juga berpesan, "Allah melaknat orang yang memotong anggota badan haiwan,sedangkan haiwan itu masih bernyawa." Baginda melarang melaga-lagakan binatang dan membuat tanda pada muka binatang peliharaan serta memukulnya di bahagian muka. Baginda juga marah kepada orang yang memberi izin atau memandulkan haiwan hanya kerana tidak mahu haiwan itu beranak.
Last but not least,apabila hendak menyembelih binatang,Nabi Muhammad SAW menyuruh supaya melakukannya dengan baik dan jangan menzalimi binatang itu. Gunakan pisau yang tajam supaya dapat menyegerakan kematian haiwan itu.
Inilah bukti-bukti sayangnya Rasulullah SAW kepada makhluk-makhluk Allah SWT bukan hanya sekadar sesama manusia tetapi juga kepada haiwan-haiwan :) Allahu. Semoga kita semua melayan dengan baik antara kita sesama manusia juga kepada binatang kerana itu sunnah. Allahu'alam :)
:: NN ::
SubhaAllah...
ReplyDeletesikap yg perlu kita smua contohi...
Kan sis... huhu kita patut mencontohi baginda... Jadikan baginda sebagai idola,role model... Akhlak baginda sungguh mulia,bagindalah sebaik-baik manusia :")
Delete