بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tahajjud yang dimaksudkan adalah Solat Sunat Tahajjud. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdhalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Allahu.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan solat Tahajjud pula adalah sebagai tanda perhambaan kepada Allah SWT jua mendekatkan diri kepada Penciptanya. Ketiga adalah tanda kesyukuran manusia atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT dan akhir sekali adalah mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran jua dugaan hidup.
Tips memudahkan bangun solat malam ???
1) Sebelum masuk tidur,berniat ingin melakukan solat Tahajjud.
2) Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat
3) Bersederhana makan dan minum di siang hari.
4) Membaca Al-Quran
5) Juga dikatakan Qailullah (Tidur sekejap di waktu siang hari [Zuhur]) membantu untuk kita beribadat pada malam hari.
// Akan berkongsi lebih dalam di lain hari \\
Tidak dilupakan juga,kenapa In tiba-tiba berhajat nak berkongsi serba sedikit mengenai solat sunat Tahajjud ni? Sebenarnya In pun tak pernah buat. In syaa Allah akan datang. Huhu... Yang buat In terdetik untuk berkongsi sedikit mengenai ini kerana In membaca salah satu kisah Rasulullah SAW. Mari In kongsikan :)
Salah seorang sahabat bertanya kepada Siti Aishah, isteri Nabi Muhammad berkenaan tempat tidur nabi. Aishah memberitahu bantal Nabi Muhammad SAW diperbuat daripada kulit yang diisi dengan kulit pokok kurma. Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang lain pula melaporkan tempat tidur baginda terdiri daripada sehelai hamparan kain yang kasar buatannya dan dilipat dua.
Pada suatu hari, Hafsah menjadikan lipatan kain itu kepada empat lipatan. Tujuan beliau adalah memberikan keselesaan kepada suaminya yang tercinta. Namun, apabila menjelang subuh, Nabi Muhammad SAW memanggilnya dan bertanyakan berkenaan kain yang digunakannya malam tadi. Hafsah memberitahu baginda bahawa dia menjadikan lipatan kain itu daripada dua kepada empat lipatan. Nabi Muhammad SAW mengarahkan Hafsah mengembalikan lipatan kain itu seperti biasa. Kata baginda, kelembutan kain empat lipatan itu menghalangnya daripada sembahyang Tahajjud. Allahu :")
Wallahu'alam. Tersentuhnya baca ni. Rasulullah tidak mahu keselesaan itu kerana keselesaan itu akan menghalang baginda daripada bangun untuk solat Tahajjud. Begitu pentingnya solat sunat Tahajjud itu,Allah... Bagusnya jika kita dapat melakukannya persis baginda SAW :") In syaa Allah ... Fi amanillah :)
:: NN ::
I was working on a post on Tahajjud yesterday and poof you posted about it first !! MashaAllah :)
ReplyDeleteDon't you mind if i too post about this Min ? :D
Allahu...yea sure,ilmu Allah tu Athirah :D
DeleteI hope that it will be more detail than mine yah ^^,
InsyaAllah akan sentiasa di amalkan IN...sama2 lah kita mencari pahala & seribu kebaikan dr Tahajud ni kan sis? :)
ReplyDeleteYea,betul... In syaa Allah. Doakan :))
DeleteAmy pon tak pernah buat , tapi serius memang nak sangat buat . In Shaa Allah ada rezeki nak buat . Semoga kita sama sama dipermudahkan , Aamiin :)
ReplyDeleteYahh tu la,in syaa Allah ... aamiin! :D
Delete