Wednesday, May 6, 2015

Asasi Undang-Undang (2)

Assalamualaikum

Tak silap, hari ni keputusan UPU keluar kan untuk SPM 2014? Macam mana, ada yang dapat Asasi-Undang-Undang di mana-mana? (: Congratulations kepada yang berjaya ditempatkan di mana-mana universiti dalam apa-apa kos. Yang tak dapat, in syaa Allah rezeki kepada intake 2 dan seterusnya. Jangan bersedih walaupun sebenarnya memang akan ada rasa sedih itu. Takpe,faham. Cheer up cecepat okayyy! Sebab korang dah nak masuk universiti, pasti korang akan rasa apa yang perlu dibeli, dibawa dan sebagainya. Okay, it depends kepada fasiliti universiti itu dan penempatan kolej kediaman yang korang tinggal. Disebabkan saya dari UiTM Shah Alam, dari jurusan Undang-Undang KPTM, dan bertempat di kediaman terbesar UiTM Shah Alam iaitu Kolej Mawar, maka saya akan beritahu apa yang saya ingat untuk membantu korang yang mungkin akan sama kasut dengan saya. p/s saiz 7.  Hohho!

Sebelum tu, sebagai mahasiswa mahasiswi UiTM yang baru masuk...korang akan menempuh 1 minggu yang terasa agak panjang tetapi last-last rasa eh dah satu minggu! Dan korang rasa bahagia sangat dah melepasi satu minggu yang ibarat 1 bulan. Tetapi lama-lama korang akan merindui perasaan terseksa dijiwa itu kerana yang pahit itu sebenarnya manis diingati. Witsss! Yang korang akan tempuh tu MINGGU DESTINI SISWA (MDS). Orientasi guys, orientasi. Selamat maju jaya tauuu ;) Lain tahun pasti lain pengalaman. Tetapi aktiviti pasti agak sedikit sama. Belajar nyanyi lagu UiTM DiHatiku, Lagu MDS, dengar ceramah dan lain-lain. Secara peribadi, rindu sikit. Tetapi kalau tanya nak rasa lagi tak, TAK MAU! (Tapi akan rasa lagi untuk degree in syaa Allah. Sobs). Tak sangka masih hidup selepas satu minggu tu. Terharunya TT___TT. Tetapi pengalaman yang menarik :) Kalau saya terlebih rajin, saya akan buat post khas mengenai MDS dan rulesnya. Kalau tak, usya la blog seniors lain :P 

Apapun berdasarkan pengalaman saya, sebelum saya masuk UiTM of course saya pun buat research. Bagaimana keadaan dia, fasiliti, barang-barang perlu bawa dan lain-lain. Saya nak bagitau, saya tak puas hati dengan apa yang saya dapat dari blog seniors yang lain :P HAHAH. Apapun saya akan senaraikan apa yang penting perlu ada. Sebarang kekurangan (manatau orang tak puas hati juga dengan senarai diblog ini like I used to feel on other people's blog :P) amatlah dikesali. Maaf >_<. Ingat, ini untuk mereka yang akan masuk UiTM Shah Alam, Kediaman Kolej Mawar. Akan ada extra note untuk pelajar Asasi Undang-Undang. Gambar bilik? Ditakuti gambar sudah tidak ada dalam phone tetapi akan saya usahakan. In syaa Allah. 

Checklist barang-barang

1. Pakaian (Untuk PreLaw, extra pakaian black and white)
2. Penyangkut baju (Kalau nak gantung baju. Recommended)
3. Baldi (Nak basuh baju. Dobi Mawar ada, RM2.50 seunit kot. Mesin basuh layan diri,AKAN ada. Personally not recommended KALAU guna mesin basuh lama lagi. Tak bersih. Lol).
4. Laundry box (Kalau nak simpan pakaian kotor lama-lama,hujung minggu baru basuh. Guna plastik besar pun boleh.)
5. Perlengkapan mandi. (Contohnya towel, sabun, dan lain-lain)
6. Laptop (Kalau usya blog seniors yang lalu, diorang kata nak bawa tak pe,tak nak pun tak pe. Diorang kata lagi, 1st sem tak guna sangat WHICH PERSONALLY saya tak setuju. Saya kata, laptop bagi yang ada, sangat penting tak kira 1st sem atau 2nd sem untuk buat research dan assignment tidak kira waktu dan tempat. Mudah. Ini untuk PreLaw. If korang tak de laptop, janganlah mendesak keluarga untuk belikan. Kemudahan ada, tetapi keluar peluh dan makan masa banyak. Will tell you more.)
7. Broadband (Ekot suka hati. Hahaha. Kediaman Kolej Mawar menyediakan WiFi mereka. Kelajuan mengikut kedudukan bilik rasanya :P dan ia LIMITED. Kadang-kadang tak dapat connect sebab limited. WiFi tu kena daftar di website UiTM dulu setelah anda sah menjadi pelajar UiTM Shah Alam. WiFi tu hanya boleh untuk satu kegunaan sahaja. Contoh, dah guna untuk phone, tak boleh guna pada masa yang sama untuk laptop. Kalau nak guna broadband sendiri, Maxis dan YES broadband laju di sana.)
8. Cadar tilam dan bantal
7. Bantal
8. Whiteboard marker, sticky notes & thumbtack
9. Handphone & earphone (Macam mustahil je korang tak bawa :P)
10. Chargers
11. Pendrive
12. Al-Quran (JANGAN LUPA HAA!)
13. Telekung and Sejadah
14. Kasut bertutup
15. Selipar (Untuk pergi bilik kekawan ke, pergi tempat-tempat dekat dalam kolej and terutama pi toilet!!!)
16. Selipar jamban (Kalau korang nak asingkan selipar mandi dan selipar pergi tempat lain dalam kolej lol)
17. Kasut sukan
18. Jam tangan
19. Kamus Oxford (PreLaw tolong bawa)
20. Buku Federal Constitution (PreLaw tolong bawa. Untuk 1st dan 2nd sem)
20. Kalkulator (PreLaw guna untuk 2nd sem dalam Ekonomi)
21. Berus kain (Unless hantar dobi)
22. Pencuci kain (Unless hantar dobi)
23. Perlengkapan diri (bedak apa bagai)
24. Selimut
25. Payung
26. Stokin (EXTRA PLEASE. Uitm Shah Alam kalau hujan tu, kemain basah dan banjir. -__-)
27. Iron (Ironboard ikut suka, sebab iron atas tilam pun okay lalla~)
28. Jug heater
29. File dan kertas kajang dan note kecil
30. Mug, sudu, garfu, pinggan/mangkuk
31. Stok makanan
32. Kunci mangga (Locker yang ada pengunci tak silap 3. So boleh bawa 3 kunci mangga saiz biasa)
33. Botol air
34. Alatan tulis

DONE!
Okay, in syaa Allah cukuplah senarai tu untuk hidup di kolej sepanjang berada disana. Maaf berterabur sebab tulis ikut ingat je. Okay, alatan elektronik macam laptop, phone apa bagai yang duduk dekat dengan universiti atau kolej boleh la bawa after one week orientasi tu. Sebab hujung minggu korang boleh balik! Just in case korang takut hilang. Tetapi daripada pengalaman saya, tak ada kes kecurian pada tahun In tak silap time orientasi. Ke In yang tak tahu... kuikui. Tetapi, saya bawa laptop from the 1st day lagi. Sebab saya tak balik rumah di Kedah after one week orientasi tu. Saya rasa selamat je kalau kunci locker and kunci bilik apabila keluar. Semua senarai di atas tu, tak semestinya bawa sekaligus on the first day. Itu perancangan korang sendiri. Nak bawa one week after ke, 2 weeks after ke...Tapi personally ini lah yang perlu ada. Ada je barang yang boleh beli di Kedai Mawar. No worries. Just in case korang nak dapat gambaran, nak beli sesiap dari tempat korang, inilah barangnya. Di Mawar ada mesin fotostat, CC untuk print dan online. Of course, bayar. Binding apa semua ada,jangan risau. Kedai makan banyak. Snooker ada, badminton court semua ada. Lagi-lagi Mawar dekat dengan Pusat Sukan. Pusat Sukan semua jenis sukan in syaa Allah ada. Senanglah. Bilik TV ada. Bilik memasak ada. Kena book dulu di pejabat Mawar kalau nak masuk bilik snooker and memasak. Bilik komputer ada (tapi tak pernah jumpa). HAHA. Bilik study ada. WiFi HOTSPOT laju kemain punya. Sejuk kemain punya. Watercooler ada. Mesin isi air ada. Mesin air guna duit ada. Macam-macam ada. Have fun, study hard study smart! Assalamualaikum ;)


:: NN ::

34 comments:

  1. wahh bgusnya In..bg list utk dibwa oleh mereka-mereka yg bru nak mlngkah masuk ke u ni.. =)
    In kat uitm s.alam? dekat dah dgn yaya ni..yaya dok klang. keje kat sek.7 i-city ni..
    boleh la hang out nti lau ade mse tluang..hehe ^o^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh sis, In dah habis foundation. Dah tak duduk sana :(

      Delete
  2. assalamualaikum akak, haii :D conrates sebab da abes your foundation hehe. saya nie baru je nak mula asasi. alhamdulillah saya dapat asasi undang2 jugak but under uitm not kptm. anyway, saya nak tanya bout extra white and black clothes tu akak. saya x paham sebenarnye. kene bawak any baju with such colours or specific baju?? such as skirt labuh, kemeja or baju kurung? hehe, thanks akak for the info. very useful :) not to forget, gudluck akak on your degree :) thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Wah congrats! Di mana,uitm shah alam juga ke? Oh anything will do. Asalkan pakaian black and white. Tudung putih baju hitam seluar hitam ke. Baju kurung putih tudung hitam ke. Anythingggg. Tp pastikan ada pakaian formal black and white sama ada baju kurung atau seluar slack dan kemeja. No prob. Doakan akak juga ye. Thank you. In syaa Allah.

      Delete
  3. assalamualaikum akak, haii :D conrates sebab da abes your foundation hehe. saya nie baru je nak mula asasi. alhamdulillah saya dapat asasi undang2 jugak but under uitm not kptm. anyway, saya nak tanya bout extra white and black clothes tu akak. saya x paham sebenarnye. kene bawak any baju with such colours or specific baju?? such as skirt labuh, kemeja or baju kurung? hehe, thanks akak for the info. very useful :) not to forget, gudluck akak on your degree :) thankyou

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, kalau roommate, dia memang dah susun ikut dalam sistem or ikut yang beratur masa daftar? sebab saya ada kawan jugak yang kebetulan dapat course law dengan saya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Ikut yg beratur semasa mendaftar. 2nd sem ikut sistem.

      Delete
  5. Assalam.. kalau buat asasi law, kos degree apa yg bleh smbung eh? Tq in advnce

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Banyak lah... Law,perhubungan antarabangsa,psikologi perindustrian,perbankan islam dan lain lain. Most welcome

      Delete
    2. Kalau kos tesl boleh x? Tq

      Delete
    3. Kalau kos tesl boleh x? Tq

      Delete
    4. Maaf,sila tengok reply saya dibawah. Hahahah

      Delete
  6. Rasanya tak boleh. Tak ada rasanya. Tu kena masuk asasi tesl (:

    ReplyDelete
  7. Salam kak. Saya dapat asasi law. Kolej dekat kolej mawar. Nak tahu satu bilik dia ada brapa org sebab saya punya rate rm360. Kalau saya nam minta yg 2 org satu bilik dapat tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Satu bilik 4 orang. Bilik ditentukan masa pendaftaran asasi nanti. Kena beratur ambil kunci bilik. Time tu awak cuba beratur sekali dengan lagi 2 org tu dan cuba minta untuk satu bilik. Ada rezeki in syaa Allah mereka kasi :)

      Delete
  8. Assalamualaikum kak.. Nak tanya sama ada boleh ke pelajar asasi law bawa kenderaan sendiri? Seperti motor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Boleh bawa motor saja. Tapi kena dptkan sticker kenderaan dulu di pej. Nanti time orientasi tanya dengan kakak2 tu atau pergi ke pej mawar dan cuba tny ye 😊

      Delete
  9. Lepas tu kak, kelas dia brapa kali seminggu? Hari sabtu dan ahad ada kelas tak?

    ReplyDelete
  10. salam nak tanya..baju hitam or putih tu kene plain ke or tak kesah ada corak2 asalkan hitam or putih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Tak pe ade corak :))

      Delete
    2. tq tp sorry nak tanya lg..kalau baju tu corak warna lain bukan hitam or putih bole ke? means mcm baju kurung warna hitam tp corak die warna warni?

      Delete
    3. Better don't :)). Tak perlu banyak pun. Sepasang dua is enough i think. ^^,

      Delete
  11. Salam.
    Nak tanya, saya dpt kolej mawar utk intake sept. Pelajar degree pun sama ke satu bilik 4 org? Ke mcm mana?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, saya nk tny .. harap akak dpt reply .. hehe

    Kak, KPTM tu adalah UiTM ke kak ? Ke IPTA lain ? X faham sgt .. thanks kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak.. maksud sy utk lepasan SPM, kiranya asasi law

      Delete
    2. Wassalam alaik. Secara kasarnya KPTM dan UITM lain. KPTM ni under kementerian. Cuma belajar sekadar 'menumpang' di UITM. Secara kasarnya begitu lah konsep.Maaf kalau tidak jelas atau salah.

      Delete
  13. salm,kalau bi dpt B+ ada peluang lagi nak masuk asasi law?

    ReplyDelete