Saturday, May 30, 2015

Ke Hadapan

Assalamualaikum

Ke hadapan Nazmin Nazifa pada masa akan datang. Cheh. *Suspens* 
.

Pernah tak rasa saat dulu itu begitu bodoh, memalukan, tak nak jumpa siapa-siapa dan lihat kembali pada hari ini, bayangkan kembali. Apa yang dirasa? Ketawa. Rasa itu manis. Lucu. Dan lihat siapa diri pada masa sekarang? Dah habis Asasi. Tunggu degree (In syaa Allah). Bagaimana diri sekarang? Alhamdulillah berpuas hati. Masih cuba perbaiki. Hari demi hari. Dan andai sekarang ada sesuatu perkara yang terganggu. Rasa macam buntu. Nak give up. Rasa bodoh kembali. Terjadi sesuatu yang memalukan. Atau dihina. Dicaci. Dikeji. Andai. Adakah akan terus jatuh dan tidak bergerak maju? 

.

Tidak. Aku akan bangkit. Hadapinya dengan tabah. Sabar. Senyum. Istighfar. Kerana ia ujian. Belajar pada masa lalu. Ingat, kita pernah lalui macam-macam sampai bila fikir balik, Allahu bagaimana kita hadapinya tu? Such a miracle kita ada disini sekarang setelah hadapi pelbagai ujian. Kerana janji Allah itu pasti. Allah tidak akan menguji hambaNya itu melebihi kemampuan hambaNya. Maka aku sekarang berada di peringkat ini dengan izinNya. Dengan kekuatan daripadaNya. Syukur. Dan apa sahaja jika ada berlaku sekarang atau masa akan datang, why should I care? Because I'll be okay. 100% sure. Aku pada masa akan datang akan bersyukur dengan aku pada waktu dulu (which is now). Aku membesar kerananya. Aku matang kerananya. As long as aku memerlukan Allah tidak kira aku berada pada teratas atau terbawah...dan aku tetap menunduk dengan apa aku miliki, in syaa Allah aku akan berjaya. I'll be somebody. Kalau bukan pada dunia, pada Allah sahaja sudah cukup :) . Well, yang utama itu pandangan Allah pada kita bukan? Jadi, kerana itu aku perlu terus berjuang dan tidak berduka. 

.

Catatan-catatan yang ada tak kira dimana aku catatkannya, adalah untuk aku baca kembali apa yang telah aku katakan. Apa yang aku lontarkan. Andai aku suatu hari nanti, aku agak celaru, rasa tersasar dan kebuntuan. Maka aku boleh melihatnya semula untuk kembali ke jalan yang benar. Untuk mengingati semula siapa aku, bagaimana aku dan apa matlamat aku. Itu pentingnya catatan bagiku. Dan andai aku pada masa hadapan membaca ini, ingatlah siapa pun aku ketika itu, ingatlah bukan mudah perjalanan yang aku tempuhi untuk sampai ke peringkat itu. Untuk mendapatkannya. Jadi haruslah aku terus bersyukur dan membantu yang memerlukan. Andai aku lalai pada masa hadapan dan aku membaca ini, maka bersegeralah melakukan amal-amal baik yang mungkin telah aku tinggalkan dek kerana kealpaan dunia. 

.

Ini adalah catatan untuk aku sendiri di blog aku. Ini adalah peringatan emas aku sendiri untuk aku pada masa hadapan. Ingat Allah, ingat perjuangan Rasul dan ingat kepayahan keluarga. Selamanya dalam redha Allah dan bahagia. In syaa Allah. Dengan penuh kasih sayang, kepada Nazmin Nazifa pada masa hadapan ;)

:: NN ::

No comments:

Post a Comment