Sunday, May 10, 2015

Adab Dan Tatatertib Tidur

Assalamualaikum

Heyya! Sekarang baru Maghrib. Ada yang dah tidur? Haip haippp! Tunggu lepas Isya' nahhh ;) . Hari ni nak berkongsi adab dan tatatertib tidur. Hapeee? Ingat lompat atas katil terus dibuai mimpi ke :P ? Kena la ada adab dan tatatertib. Barulah tidur lena dilindungi Allah SWT dan dibuai mimpi-mimpi indah. Ewah! Just a short post okay :))

Perkara-perkara Yang Patut Dilakukan Sebelum Dan Selepas Tidur

1. Ambil wudhu' sebelum baring untuk tidur
2. Bersihkan/kibaskan tempat tidur sebanyak 3 kali sebelum membaringkan badan
3. Berbaring/tidur dalam keadaan muka menghadap kiblat
4. Berbaringlah ke sebelah kanan tempat tidur itu. Kemudian letakkan tangan kanan di bawah pipi sambil membaca doa ini:

"Dengan namaMu, Ya Allah, aku hidup dan aku mati."

5. Apabila bangun dari tidur, bacalah doa ini:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami kembali sesudah kami mati (tidur), dan kepadaNyalah kami kembali."

6. Gerak-gerakkan badan perlahan-lahan terlebih dahulu sebelum bangun.

Done! Cepatkannn! Doa sebelum tidur ada banyak lagi, tetapi ini menjadi pilihan saya! Andaaa? Dan jangan lupa sesudah bangun tidur juga ucapkanlah 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukur juga kepada Allah :) Semoga kita istiqamah dalam menyempurnakannya sedikit-sedikit. Lama-lama in syaa Allah mantappp! Selamat Malam terlebih dahulu, daripada saya ;)

:: NN ::

6 comments:

  1. nice one. kadang2 benda simple tp kita tak ambil cakna :)

    bdw. Salam perkenalan. 3 tahun bercuti dari berblogging. Cuba bermula semula :)

    ReplyDelete
  2. wah..bagus ni..boleh diamalkan nti... TQ sis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Jom amalkan,sis! La syukran 'ala wajib 😊

      Delete