Saturday, January 19, 2013

Lebih Kaya Daripada Allah

Assalamualaikum

WoOt wOoT~ Macam panasss je topik hari ni. Lebih kaya daripada Allah ? Apakah ? Sesat ke ? Atau betul ke ni ? Haaa,ni In nak kongsikan satu cerita kepada korang semua :D Jom baca okay ? Best tau,salah satu cerita favourite In !!! ^^,

Siapa yang tidak kenal dengan Abu Nawas? Beliau begitu terkenal terutama di dunia Arab dan Islam. Bukan hanya seorang yang pintar,Abu Nawas juga seorang yang berpengetahuan luas dan sangat pandai membuat lawak jenaka. Tutur katanya sering membuatkan orang tertawa terbahak-bahak. Bahkan,Khalifah Harun Ar-Rasyid pun sangat mengagumi dan menyayangi tokoh yang seorang ini.

Tidak begitu menghairankan jika Abu Nawas disukai ramai orang. Abu Nawas sangat ramah dan pandai bergaul. Hampir pada setiap tempat selalu sahaja ada sahabat Abu Nawas.Malah,tidak jarang Abu Nawas sering dialu-alukan seperti seorang pahlawan.

Suatu hari,Abu Nawas bergegas pergi ke pasar. Ada ramai sahabatnya di sana. Hari itu pasar sangat ramai,dipenuhi para pembeli. Para penjual sibuk menjajakan dagangnya.

"Sahabat-sahabat, aku sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah,"ujar Abu Nawas.

Orang-orang menjadi kehairanan dengan ucapan Abu Nawas yang tiba-tiba sahaja berbicara seperti itu.Belum pun reda kehairanan mereka,Abu Nawas sudah berkata lagi,

"Hari ini aku kaya raya,bahkan lebih kaya daripada Allah."

Beberapa pedagang di pasar malah ada yang menyangka bahawa Abu Nawas sudah gila. Bayangkan sahaja,dia sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah. Kalau orang normal,pasti sebaliknya.Lebih gila lagi,Abu Nawas mengaku lebih kaya daripada Allah. Padahal,semua orang tahu bahawa Allah itu Maha Kaya. Tidak ada seorang pun yang lebih kaya daripadaNya.

"Wah,Abu Nawas sudah tidak waras!" seru seorang pedagang.

"Iya,benar!" yang lain ikut mengiyakan.

"Kita bawa sahaja Abu Nawas kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid."

"Benar,setuju!" yang lain serentak mengiyakannya.

Khalifah Harun Ar-Rasyid mendengar pergaduhan itu. Walaupun demikian,khalifah tidak terus menghukum Abu Nawas. Khalifah sangat adil,arif dan bijak. Bagaimanapun,beliau perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Boleh jadi,maklumat dari sebelah pihak hanya fitnah belaka.

Kemudian,Khalifah Harun Ar-Rasyid menyuruh Abu Nawas menghampirinya. 

"Kamu kata,kamu sangat membenci yang hak dan sangat mencintai yang fitnah. Benarkah apa yang dikatakan orang-orang ini?"

"Benar,"jawab Abu Nawas.

"Kamu juga mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?"

"Benar."

Wajah Khalifah Harun Ar-Rasyid bertukar menjadi merah padam. Beliau benar-benar murka kepada Abu Nawas. Seorang yang dikaguminya ini ternyata telah ingkar.

"Ada apa sebenarnya? Apa yang telah terjadi dengan mu? Apakah kamu benar-benar telah kafir?"

"Bertenanglah! Jika tidak keberatan,sila dengarkan baik-baik penjelasan saya ini," kata Abu Nawas sambil tersenyum.

"Apa lagi yang akan kamu jelaskan? Semuanya sudah jelas,tidak perlu penjelasan lagi."

"Begini. Saya sering mendengar orang mengatakan bahawa mati dan neraka itu adalah hak. Bukankah orang-orang tidak menyukai kematian dan neraka? Menurut saya,khalifah juga tidak menyukai kematian dan neraka."jelas Abu Nawas.

Kini,rona muka khalifah kembali ceria. Kepala beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan perkataan Abu Nawas. Ternyata,tidak seperti yang dibayangkan. Abu Nawas masih alim dan lucu seperti dulu.

" Tetapi,mereka mengatakan kamu sangat mencintai fitnah."

"Begini.Kata Allah,harta dan anak-anak itu merupakan fitnah. Tidak ada seorang pun yang membenci harta dan anak-anak. Saya dan khalifah sangat mencintai harta dan anak-anak."

Khalifah mengangguk-angguk lagi tanda setuju. Apa yang dikatakan Abu Nawas memang benar.

"Masih ada satu lagi. Bagaimana kamu boleh lancang mengaku bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?"

"Saya mempunyai ramai anak,sedangkan Allah tidak. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Ramai anak itu banyak rezeki.

Suasana menjadi riuh. Terdengar suara gelak tawa di sana sini. Orang-orang merasa puas hati dengan penjelasan Abu Nawas. Setelah itu, mereka pun bersurai.

Tidak seperti orang lain yang pulang dengan tangan kosong,Abu Nawas pulang dengan mendapat hadiah. Kerana kecerdasannya itu,khalifah memberikan hadiah beberapa barang berharga.

"Sebenarnya,apa yang mendorong kamu mengatakan hal-hal yang membingungkan seperti itu di hadapan orang ramai?" tanya khalifah yang masih kebingungan.

"Mudah sahaja. Saya hanya ingin bertemu dengan khalifah. Hanya dengan cara seperti ini,saya berkesempatan masuk ke istana."

Jadi begitulah ceritanya. Bagi In,cerita ni sangat menarik,kelakar dan mempunyai mesej yang mendalam. Semoga cerita ini ada kebaikannya untuk dikongsi dengan korang semua :) Rujukan In adalah daripada buku  'Like Father Like Son' by Mohammad Zaka Ali Farisi. See ya ! ^^~

:: NN ::

22 comments:

  1. waa., ada lawaknya dan ada pengajarannya., hehe nice., ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,thank you :D Semoga ada manfaatnya buat kita semua :)

      Delete
  2. indah dan hebatnya para ilmuan dan sahabat dl kn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. alangkah bagus kalau kita boleh jadi seperti mereka :) In Syaa Allah ^^,

      Delete
  3. trima kasih saudara penulis blog...sungguh terhibur baca citer abu nawas nie....pengajaran disni jgn cepat menghukum dgr dulu penjelasan baru tahu kebenaran....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nahh,la syukran 'ala wajib :) Alhamdulillah ... Ye,betul tu... dan perlulah bersikap sabar =)

      Delete
  4. nice post my dear. follow you. hit me back ok? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga ada manfaatnya buat kita semua =)

      Thank you,sure i will =)

      Delete
  5. tersenyum baca cerita ni..
    bijak sungguh Abu Nawas utk masuk ke istana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn :D , rasa macam nak pergi ke zaman tu lah ><'' hehe

      Delete
  6. mmg bijak Abu Nawas ni..
    tersenyum pula baca... ^_^

    ReplyDelete
  7. abu nawas yang bijak dan cerita ini mempunyai maksud yang mendalam sebenarnya... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ... ^^, semoga kita dapat mengamalkan mesej baik disebalik cerita ini :)

      Delete
  8. la ,,, ingatkan apa . rupa-rupanya nak jumpa khalifah je . XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,a'a .. nak masuk istana dan berjumpa khalifah .. hehe .. comel je XDD

      Delete
  9. Assalamualaikum...
    rindunyaaaaaaaaaaa dekat kak in
    wah saspen giler tau waktu kita baca tajuk ni
    hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik !!! Kak In pun rinduuuuu jugak :D hahah ...^^,

      Kihkihkih..suspen kann ... tp jgn lupa pula mesej disebalik cerita ni =D

      p/s dik,jgn spam ye .. please. haha

      Delete
    2. apa ke bendanya spam tu? ==" <----- buat muka blur
      mesej tu semestinya, kan semua benda yg terjadi ada yg tersurat dan tersirat ^^

      Delete
    3. haha,tatahulah ... adik pny msuk spam '__' ... tp pernah sekali tu x masuk ... haha,cbe check nnti ^^,

      ya btul :) dan dengan akal yang sihat kita perlu tahu amalkan perkara-2 baik yg pernah kita belajar :)

      Delete