Okay okay okay,hari ni In nak kongsi mengenai JANTUNG . Hah ... Apa yang In nak kongsikan tu mengenai jantung ? Joooom baca! :D
.
.
.
Homework Biology saya ... Hohoho ~~~
Berhenti Merokok
Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
Harungi Hidup Dengan Tenang
Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya dihttp://www.mymotivasi.com.
Jantung Sihat Sepanjang Hayat
Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.
Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.
Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.
Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.
Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?
Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.
Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):
Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut

Tips penjagaan makanan untuk kesihatan jantung
Antara pilihan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.
Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon yang dimakan dengan sayuran.
Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL.
Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.
Tips – Tidak mengemari Oat, anda boleh mencuba produk FibreMax dari New Image Malaysia.
Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.
Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sehari.
Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua.
Tomato
Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Malah, sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai itu mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.
Soya
Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.
Tips Diet: Dapatkan produk Alpha Lipid SD2, minuman campuran protein soya dan fibre yang bertindak
untuk membantu tubuh badan anda membakar lemak melalui proses semulajadi.
Minyak zaitun
Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.
Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.
Badam
Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
Di atas dikongsikan 9 Makanan Untuk Kesihatan Jantung yang boleh anda cuba dan praktikkan secara berperingkat. Mungkin pada awalnya nampak sukar untuk mengubah corak pemakanan anda, namun anda boleh melakukan perubahan secara berperingkat.
Jika tabiat permakanan anda berubah, maka kesihatan anda akan lebih terjaga, berkemungkinan besar berat badan anda mungkin akan berubah. Sebolehnya anda berusaha untuk mengawal tabiat pemakanan anda.
-GoOgLe-
:P ...
:: NN ::
baru sya tahu beza sakit jntng ngn strok.:) bermanfaat..lukis sndri erh jntng tu..hehehe..:)
ReplyDeleteHaha,alhamdulillah ..semoga ia bermanfaat ..
DeleteOoyeahh lukis sendiri .... cikgu suruh mahir melukis gambar rajah jantung XD heheee
nicee~ hehe
ReplyDeletetengok lukisan jantung tuu.. rindu pulak mau lukis2 macam tuu waktu kelas Bio.. T__T
Thank you,alhamdulillah ..semoga ia bermanfaat ! ^^,
DeleteHehe,ada waktu lapang,boleh je lukis walaupun dah tak study Bio ><'' ngeee ~
wahh..bagus nya sharing ni dik..TQ ya..
ReplyDeletebetul tu Jantung amat penting.. bila jantung berhenti berdegup maka tiada lah kita.
Alhamdulillah ... sama-sama :)
DeleteSemoga kita dipanjangkan usia dan diberkati oleh Allah SWT :)
betul..jantung sihat, hidup pun seronok..harap2 kesihatan sentiasa baik..
ReplyDeleteYeah... in syaa Allah =) , Aamiin ^^,
Deletejagala jntung anda..
ReplyDeletejntung sihat demi khdupan yg hebat..ewah..hehe
nice share In..tq ^_^
Hehehe,bleh buat ayat karangan tu . kihkihkih ~~
DeleteAlhamdulillah ~ la syukran 'ala wajib :)
cantik lukisan jantung ni :D, kemas je. hehe. good luck spm ^^
ReplyDeleteHohoho .. terima kasih ~ thank you ! ^^,
Delete