Monday, January 28, 2013

Kawan #1

Assalamualaikum

Hari ni In buka topik baru mengenai kawan. Selama In bersekolah ni,macam-macam In alami dan In lihat. Ada pada diri sendiri dan juga rakan-rakan lain. Pengaruh rakan yang paling ketara pada alam usia ini. Mana-mana ekot kawan,betul ? 

In lihat sikap pilih kasih,mementingkan diri sendiri dan lain-lain senegatifnya. Apa maksud In ? Bila kita disuruh untuk pergi ke lab atau bilik multimedia dll,ada 2 perkara In lihat.

1) Jalan mengikut 'group rakan'
2) Jalan sendiri/dua tiga orang masuk dalam tempat tu dan 'cup' tempat kawan siap-siap.

APAKAH ? Pernah dengar tak first-come first-served ? Pernah dengar tak siapa cepat dia dapat ? Kebanyakan kita sungguh mementingkan diri sendiri dan tidak ingin bergaul dengan orang lain. Hanya nak dengan rakan yang sama sahaja sepanjang saat,minit,jam,hari,bulan,tahun,selamanya. Amekkk .... Apabila kita sampai awal,maka pilih sahaja tempat duduk buat diri kita sendiri. Tak perlulah nak 'cup' tempat bagai untuk kawan lain. Macam mana jika ada rakan lain yang sampai awal dulu dan nak duduk di depan untuk belajar sama? Tapi malangnya diorang tak dapat sebab apa ? Sebab rakan yang seorang tu mementingkan diri dengan 'cup' tempat rakan dia yang lain. Bagi In,itu sangat mementingkan diri. Korang rasa murah hati sangat ke 'cup' tempat buat kawan lain ? Tak . Korang hanya nak duduk bersama-sama dengan kawan yang korang rapat je. Apa salahnya rakan yang kita tidak rapat tu,cuba kita rapatkan. Wujudkan tali persaudaraan yang baru dan lebih kukuh. Ini tidak,hanya berkepit dengan kawan yang sama je. In memang pantang kalau lihat ada orang macam ni. Kesian tau dengan orang lain ? Kalau In tengok orang 'cup' tempat orang lain, In buat tatau je,lantaklah. Suka hati lah,In datang awal dulu so In akan duduk je. Actually In taklah biadap. In mula-2 akan tanya dulu "ada siapa-siapa tak nak duduk dekat sini?" ... kalau jawapan 'tak' okaylah. Good. Tapi kalau kata ...'haa,ada .. missX miss Z miss Y miss......" amboi banyakknya. Hahaha. In apa lagi.. "ohh okay". Lepas tu In akan duduk je :P Hahahah .. nampak tak ? Ade In kisah ? Haha ... Actually In tak pernah lagi buat perkara macam tu sebab setakat ni tak de orang buat macam tu kat In,tapi ade orang In lihat dia buat kepada rakan-rakan lain. Sikap memilih. Bad. Pernah In tanya macam tu,orang tu mcm nak jawab tak jawab yang ada orang.. lepas tu In tanya lagi sekali .. mesti orang tu rasa bersalah juga kan.. Haha lepas tu dia kata tak ada. Hahhh,bagus XD 

Seriously kalau In datang paling awal,dengan kawan 'sehidup semati' pun,kononnya .. haha.. In tak akan'cup' tempat untuk dia. Bagi In,semua ada hak. Ingat sekolah moyang korang ? haha .. In akan bercampur.. Cina ke,India ke ...Siam ke .. *dalam kelas In ada orang siam:P* .. hahaaa lantaklah. Duduk la... Haa,so please janganlah memilih dan mementingkan diri sendiri. Ingat-ingatlah kawan lain yang sama juga,okay ? Tolonglah,jangan racist bagai. Tak elok. Faham ? Haha . In memang begitu tegas bab ni ya. In tak suka tidak keadilan. Sungguh tidak suka. Itu sahaja. Jadi kawan,marilah korang dan In sekali berusaha untuk menjadi kawan yang lebih baik lagi demi keamanan kita semua. Haha . Tiada bermasam muka,berpaling muka,mengutuk mengumpat sana sini dan sebagainya. Mari kita hidup dalam suasana bahagia yang berbilang kaum ini ! Yuk ! ^___^ .. daa,assalamualaikum

:: NN ::

19 comments:

  1. betul tu kak in...
    kita ni solo
    takde nak cop cop nya >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mesti ada kawan karib pny,kan ? Tapi tu lah,cuba elakkan sikap memilih kawan tu yea ^^,

      Delete
  2. ya lah kak Nazmin.. betul tu,,, semua orang ada hak... ini kisah saya..masa hari persatuan tu,,, saya sudah sedia kan tempat duduk saya,,siap letak buku dan pen lagi atas kerusi tu... sementara menunggu pelajar lain datang,, saya ke tandas sekejap.. adalah sbb2 dia... hehehe... tapi, bila saya datang dan tengok tempat duduk saya... sudah kena rebut,,ada la sakit hati sikit2.tapi tidak apa la... last2,, saya duduk di atas lantai dengan kawan2 lain... bersantai kami... ^^ kadang2 saya ni bersikap mementingkan diri juga... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,i see ^^, kesian awak kann,dh dtg awal siap dh pilih tempat tapi orangnye tak de, dah dikebas pula tempat tu... hmm... nak buat macam mana,kita sama-2 manusia tetapi lain-2 hati =) betul kan ? :))

      Ada sedikit sebanyak situasi boleh juga kita mementingkan diri,namun dalam konteks kak In ni lebih baik kita sama-2 bertolak ansur ^_^

      Delete
  3. psl rebut tmpt ddk?..nak dok ngn kengkawan sdri..
    hehe tu smua yaya dah lalui..biasela kan..lau dulu time sek mmg suke sgt nk dok ngn kegkwn sdri..xnk dok ngn owg len..tp da besau ni xde nk cmtu dahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,bukan mengenai rebut tempat duduk tetapi lebih kepada mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain ... Tapi kan,rebut tempat duduk tu pun ada tpi In x termasuk lah. hahaa .. rimaslah tengok orang macam tu lagi-2 dah form 5. Hahah .. :)

      Delete
  4. kawan oh kawan..dalam byk2 tu ada lah sorang yg selfish..Tapi msti ada satu yg benar2 di gelar sahabat
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) jgn membenci diorang tetapi doakan yang terbaik buat diorang ... ^^,

      Delete
  5. nnti dh masuk u pndai2 lah berdikari.xde istilah cop2 tmpt..haha

    ReplyDelete
  6. hahahahahaa.... cop2 tmpt ni mmg ada.. tp tu lah, sbg kwn, kdg2 kita takut gak kwn kita tersinggung klu kita tak cop kn tmpt utk dia.. lebih2 lg klu nak naik bas yg amik ktorang dari camping or tmpt lawatan utk balik ke kampus... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... yer lah,memang mungkin ada yg terasa ... tetapi kakau untuk budak sek rendah sampai tingkatan 1 tu boleh diterima la .. berikutnya tu aduiyai ~ matang2lah XD haha ... untuk buat diorang x tersinggung kita kena berterus terang ... ~~~

      Delete
  7. Hehehee . Itu biasalah :D . Tapi kalau umie , bercampur dengan semua jadi gila -_-" . Umie kuat gelak ooh . Ngehngeh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, i see =) bagus-2,bleh awet muda ..*eh ye ke ? ><''

      Delete