Again,3rd post yang link dengan ramalan hari kiamat. Seperti biasa,Muhammad Alexander,Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.
Ann Mertin,pengelola laman web Curious? Ask an Astronomer, menyatakan ada individu yang begitu terkesan dengan ramalan Kiamat 2012. Katanya," Saya berasa kasihan apabila membaca e-mel daripada murid-murid sekolah rendah yang bimbang kerana dia tidak mahu mati muda". Ann juga menyatakan, "Ada juga seorang ibu kepada dua orang anak yang bimbang kalau-kalau tidak sempat melihat anak-anaknya mencapai alam dewasa".
Sejarah membuktikan penetapan tarikh kiamat sering menimbulkan kesan negatif,iaitu munculnya keinginan membunuh diri. Ada kaitan antara penetapan tarikh kiamat dengan keinginan membunuh diri. Berikut adalah antara kultus hari kiamat yang berakhir dengan pembunuhan diri secara beramai-ramai :
KULTUS "TRUE RUSSIAN ORTHODOX CHURCH"
Pada 16 November 2007,CNN dalam beritanya yang berjudul "Doomsday Cult Threatens Suicide" (Kultus Hari Kiamat Mengancam Membunuh Diri) melaporkan di Rusia (kawasan Penza, 400 batu dari Moscow), terdapat kultus hari kiamat yang menamakan diri mereka sebagai "True Russian Orthodox Church". Mereka percaya kiamat akan berlaku pada Mei 2008. Kultus ini terdiri daripada 29 orang, dengan dipimpin oleh Father Pyotr Kuznetsov,43 tahun. Mereka "mempersiapkan diri" menghadapi kiamat dengan cara berlindung di dalam gua. Pada masa itu,mereka mengancam membunuh diri beramai-ramai jika kerajaan Russia cuba membendung kegiatan mereka.
Pada April 2008,iaitu sebulan sebelum ramalan kiamat Mei 2008 termuat dalam berita, Pyotr Kuznetsov dilaporkan cuba membunuh diri dengan cara memukul dirinya dengan kayu.
KULTUS THE MOVEMENT FOR THE RESTORATION OF THE TEN COMMANDMENTS OF GOD
Joseph Kibwetere dari Uganda (Afrika), iaitu pengasas The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Disember 1999 (kemudiannya diubah kepada 31 Disember 2000). Pada tahun 1998,dia dirawat atas masalah gangguan jiwa. Kemudian,sebelum 31 Disember 2000,dia menyuruh semua pengikutnya berkumpul di situ,pintu dan jendela gereja ditutup,dan Joseph membakar gereja tersebut. Selepas api padam,pihak berkuasa menjumpai 330 tengkorak manusia yang sudah rentung. (VOA Islam.com, 2009)
KULTUS BRANCH DAVIDIAN (RANTING DAUD)
Pada Februari 1993, pemimpin kultus Branch Davidian,Vernon Howell (yang terkenal dengan nama David Koresh) melakukan pembunuhan diri secara beramai-ramai bersama dengan 75 orang pengikutnya. Mereka membunuh diri dengan cara membakar rumah tempat mereka bersembunyi. David Koresh mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan daripada keturunan Nabi Daud. Ajarannya itu mampu menarik minat orang bagi mempercayainya. Dia meyakinkan orang lain kedatangan Tuhan (kiamat) sudah hampir,dan kiamat akan berlaku di Texas. Berdasarkan kepercayaan itu,dia dan para pengikutnya mengumpulkan senjata dan berkubu di kem yang dipanggil Ranch Apocalypse. Oleh kerana mereka memiliki senjata, Biro Penyiasatan Persatuan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menganggap mereka sebagai berbahaya. Akhirnya, tempat mereka berkubu dikepung oleh polis. Mereka diarahkan menyerah diri tetapi mereka enggan. Selepas 51 hari dikepung, David Koresh memerintahkan semua pengikutnya supaya membunuh diri,iaitu dengan membakar bangunan tempat mereka berlindung. Akhirnya, Koresh dan para pengikutnya menjadi korban api yang marak menyala.
Kejadian membunuh diri secara beramai-ramai oleh pelbagai kultus hari kiamat membuktikan roh dan jiwa para pengikut kultus itu sedang sakit sehingga akal waras mereka terbelenggu. Ini sememangnya bertentangan dengan nasihat Nabi Muhammad SAW,iaitu supaya walau apa pun yang terjadi,manusia perlu berfikir dan bertindak secara positif,malah sentiasa berharap bersikap optimistik dalam mengharungi kehidupan. Hari Kiamat adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu. Renungkannya :)
:: NN ::
ish3.. huhu bnyak mnimbulkan masalah ramalan kiamat nii.. huhu
ReplyDeleteBetul tu ... kita perli kukuhkan iman kita dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah agar tidak terpesong kelak... In Syaa Allah :)
Deletehaish apa la nak jadi dunia sekarang nieyh..
ReplyDeleteApabila dunia berada dalam akhir zaman ... ~
Deletebanyak sungguh yang buat ramalan kan...and one of it Nostradamus... intereting sharing and reading dear... ^_^
ReplyDeleteYa,begitu banyak terjadi tapi kita kurang tahu mengenainya... semoga mesej disebalik post ni tersampai :)
Deleteermm ada2 je kan.. byk dah rupa nya mitos nak jadi kiamat ni ya.. apap pun kita kena percaya bila terjadinya hari kiamat hanya Allah shj yg tau.. DIA yg maha berkuasa..kita kena perlengkapkan diri utk saat itu..
ReplyDeleteTQ sharing dik..:)
Betul tu ... sentiasa bersiap sedia ... bukan hanya kiamat,ajal kita sendiri pun kita tak tahu,hanya Allah sahaja yang tahu dan kita perlu sentiasa bersedia ...Sesungguhnya orang yang bodoh itu adalah orang yang tidak ingat mati ...
Deletebtul..sgt stju..
ReplyDeleteamalan pun blum ckup hebat lg..masa yg ade jgn dibiar tbazir bgitu je..selagi mthari blum terbit dari brat,dan selagi nywa blum smpai d kerongkng, pntu taubt msh tbuka..utk apa la g bnh dri tu kan..mmg kurng mgunakan akal..
Yup ... semoga iman kita sentiasa teguh :)
Delete