Tuesday, December 11, 2012

Selamat Tinggal Facebook

Assalamualaikum

Hai saudara saudari ! Moga hari korang berjalan dengan baik :) Semalam,In dah bereskan urusan di Facebook.Apa yang perlu didelete In dah delete.Semuanya dah dikemas rapi dan permanently deleted.Kenapa In delete ?  Sebabnya In tak rasa macam real life sungguh.Dulu orang boleh sahaja hidup tanpa Facebook.Dulu orang boleh sahaja terus-terusan contact dan eratkan silaturrahim tanpa Facebook.In tak nak jadikan Facebook sebagai medium untuk In kongsi segala perkara.In rasa lebih bermakna kalau In nak kongsikan sesuatu itu,In akan terus berjumpa dengan orang tu dan berborak kongsi segala-galanya.In rasa itu lebih indah disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim.Kalau orang kata sebab nak contact kawan,In tak rasa itu satu alasan yang kukuh.Kalau kawan kita nak ingat kita,memang dia akan ingat sampai bila-bila.In tak pernah lupa kawan-kawan In dari tadika,sekolah rendah dan sekolah menengah ni.Sebab In memang tak nak lupakan diorang :') 

Ramai sudah lupa sifat kunjung mengunjungi kerana adanya medium-medium mudah untuk berhubung.Kan lebih baik rasanya apabila kita mengunjungi seseorang itu terus dengan membawa buah tangan atau apa-apa sahaja.Kalau nak cakap pasal pelajaran atau apa sahaja,ramai diluar sana termasuk seorang kawan dalam kelas In dia tak pernah ada Facebook.Boleh sahaja dia belajar.Boleh sahaja dia skor dan update tentang apa sahaja mengenai kelas dan satu sekolah.Bohonglah kalau seseorang itu ada facebook tapi telefon tak ada.Kalau ya pun ada paling kurang pun segelintir sahaja.Jadi,telefon itu cukup untuk berhubung juga.Memang kena kredit dan kerana ada kredit tu lah buat kita lebih cermat.Cermat guna duit cermat guna masa.

Facebook.Ramai orang bertelagah,terguris hati dan seumpamanya semata-mata kerana status,gambar dan sebagainya.Kalau hati tak kental,kesabaran tak kebal tak perlulah nak ada Facebook.Jangan kerana Facebook dan perkara remeh-temeh dalam Facebook tu buat kita saling memusuhi,berpaling muka.Malula,sikit punya perkara dah buat hubungan saudara Islam renggang.Macam mana nak maju dan kuat? 

Tidak lupa juga,mungkin ramai tak tahu atau tahu tapi pura-pura tak tahu.Membuat FAKE relationship di Facebook adalah dosa.Tak kira lah apa relationship pun, 'in a','an open','married' dan lain-lain.Walaupun korang buat relationship tu between kawan sejenis.Perempuan dengan perempuan,lelaki dengan lelaki hanya suka-suka.Dan tahu tak ia salah dan berdosa.Itu dapat menimbulkan fitnah dan memesongkan.Yang boleh itu adalah hanya married jika mereka benar-benar dah bernikah.Yang lain tidak boleh.Haram hukumnya.Sumber ini tidak salah In dengar daripada ustaz sekolah In.Jadi sekarang ini sila lebih berhati-hati.

Cukuplah In dengan dunia Facebook selama ni.Alhamdulillah,In dah delete dua-dua account Facebook.In nak mulakan cara hidup yang baru dan lebih rasa bermakna.Doakan In ... =)

| Maaf jika In telah membuat pembaca terguris hati atau seumpamanya.In tak sengaja,maaf |

:: NN ::

14 comments:

  1. huhu~ bet0l tuhh . s0k0ng sangad . btw , d0ne f0ll0w , f0ll0w back plz ! http://storysunshine.blogspot.com/2012/12/never-say-g0odbye.html

    ReplyDelete
  2. Hnahdy : Semoga ramai menyedari keindahan dunia luar lagi =)

    SiCikedCimotFasha : alhamdulillah,thanks ..

    ReplyDelete
  3. Kan? Betol sangat lah tu. Tahun ni last saya berfacebook. Tahun depan facebook akan deactive :)

    ReplyDelete
  4. Yup ! Ohh,semoga hari Syarfa lebih baik daripada sebelum-2nya =)

    ReplyDelete
  5. ade atau x fb tu sama je...-bg yaya la..
    yaya o9 juz nak tau kbr kwan2..je..tgok siapa yg da kwen,sape yg blum..hehe..xamik tau sape yg fake, sape yg wat hal dlm tu..biaq p la depa..asalkan yaya xkaco dorang dahh..

    -jarang update status..xyah delete pon =)

    ReplyDelete
  6. Lima jari kita berlainan,begitu juga dengan pemikiran manusia :) Masing-2 punya pendapat sendiri ^_^ , In faham :)

    ReplyDelete
  7. Deactived atau Permanently Deleted ? Yang mane satu ?

    ReplyDelete
  8. Permanently deleted !!! XD *nada semangat* Hahaha

    ReplyDelete
  9. wahhhhh pengorbanan yang besar ni :D

    ReplyDelete
  10. haha. Tak ada lah .. apalah sangat delete Facebook je pun :)

    ReplyDelete