Belok sana belok sini
Tak tentu hala aku lihat
Jumpa-jumpa jalan buntu
Kau tanya kepada aku
Bila hati kau terpaut padaku
Soalannya sudah ku duga
Namun aku jawab penuh jujur
Ada hati kepada siapa ?
Kekasih kau siapa ?
Baikkah orangnya ?
Adakah aku kenal ?
Ya,aku ada kekasih
Kekasih aku sentiasa disampingku
Tika saat susah senang dia bersama
Kekasih aku,kekasih kawan ku jua
Naik kening bukan main tinggi
Mengalahkan ombak tsunami
Herannya bukan main lagi
Namun menganggap aku memerli
Apa tidaknya
Orangnya itu kaki perempuan
Suka sangat dikeliling pinggang
Bangga dalam hawa nafsu yang berderau sakan
Lihat-lihat dia berubah
Alhamdulillah syukur aku panjatkan
Dia datang untuk bercakap
Aku dengar sungguh teliti
Kekasih kau kekasih kawan mu jua
Kekasih kau kekasih nombor satu dihati
Tak boleh aku nak kalahkan
Tapi yang pasti aku boleh jadi kedua di hati
Aku mengagak dia sudah tahu
Tapi aku pura masih keliru
Riaksi wajah sudah bertukar
Seolah ingin lebih tahu
Dia kata dia sudah jumpa
Jumpa kekasih ku katanya
Dia kata dia sudah jumpa Tuhan
Seraya senyum ditambah bicara
Aku tahu kekasih yang dikongsi itu Tuhan
Dulu aku fikir kau memerli
Kini tidak lagi
Aku yakin dengan fahaman ini
Aku mengangguk setuju
Dia tambah lagi
Katanya kekasih satu dihatiku tak dapat ditandingi
Dia ingin jadi kekasih yang kedua di hati
Dia akan berada denganku saat susah dan senang
Kerana dia yakin dengan pertalian ini
Ikatan yang sah buat dia berjanji
Tak akan meninggalkanku melainkan diambil kekasih yang Satu.
:: NN ::
:: NN ::
Mendalam maksudnya ni In...
ReplyDeletekakak pun sedikit blurr...ehehe
In pun tak menjangkakan orang akan faham kak =)
Delete