Sunday, December 22, 2013

When I Was In Thailand Part 4

Assalamualaikum

Hi semua ! Apa khabar ? Hee,sorry lah busy sikit kebelakangan ni :D Okay,sementara terperangkap dalam bilik ni sebab kat luar ada kawan abang In and In tak ada tudung dalam bilik untuk In pakai. So In terpaksa duduk sesenyap dalam bilik and ambil kesempatan ini untuk update blog ! Yeah :D

In tak tahu nak mula cerita dari mana. In akan cerita yang lekat di memori In je.Hehee tapi nak bagitau siap-siap la ada 2-3 kenangan In tak boleh share lah sebab special sikit and malu segan ...emm macam-2 XD Hahahaha.... krik3~ Okay,salah satu kenangan In ingat apabila time tu time lepak-2 and phone In tinggal 1 bar je. In perlu charge,so In pi la satu tempat tu yang boleh kita guna untuk charge :P Then alamakkkk,semua lelaki ah kat sana. Leceh .. haha! Tapi In ni kan jenis macam fikirkan keperluan dulu :P So nak tak nak join ah. Lagi pun yang orang Indonesia In cerita tempoh hari ada kat situ. Dia ada jual barang jugak :D Rendah diri betul kan? Walaupun pangkat besar tapi masih ada jual-2 barang dengan sendiri. Apa pun kat sana In gitau ah nak charge. Laki-laki sana tolong ah. Kekawan In semua ada je kat depan sana...Laki-laki tu tengok In tak selesa sangat sorang-2, depa pun kata ..."tinggai ja phone sini. kami tak tengok aih. kami tak prosek pun. boleh percaya ja kat kami." hahaha,oh no way ! Haha. In pun kata la "mana leyyy,tak boleh percaya ah. Hahaha. Tak pa,duk sini je lah.." Sembang-2 jugak ngan depa agak lama la nak tunggu batteri phone half !! Haha. Seriously diorang baik and kelakar. Hihihi... Dah habis charge (guna charger cikgu) bagi balik charger kat cikgu. Cikgu kata tinggal phone kat situ ke ...In pun kata ah tak . Cikgu kata haa jangan tinggal nanti hilang. hehe ...

Then kenangan pabila nak buat aktiviti. Group tak campur dengan orang Thailand pun.Group campur-2 negeri je.. Group In dapat ngam and best sangat XD Okay je kita orang. hahaha. Ada je satu lelaki ni pengecut lebih daripada perempuan. Haruuu betoi. Hahaha. Dia selalu ja kena buli. Isk3..habis tu dah lembik sangat. hahaha ... XD Tapi ada satu aktiviti ni group yang sedia ada ni bergabung dengan group Thailand .Kami kena berdikari ah.Ada peta bagi. Memang adventure betul . Tapi mula-2 sakit hati tau tak dengan group Thailand tu !!! Diorang budak-2 nakal. Diorang kena jalan depan,kita orang kat belakang. Kalau nak jalan depan diorang gertak. Huh. Asyik-2 kita orang gaduh XD Hahaha.. Tak leh bagi muka kat budak-2 tu. Haha. Dah la pernah depa nak bagi kita orang sesat. Seb bek leader group In kata stop,dia kata depa tunjuk jalan salah. Kami buat keputusan ekot haluan masing-2. Pulakk.. Sebenarnya kena gabung sebab budak-2 Thailand tu lebih arif jalan tu tapi dah depa buat perangai..hmph XD . Tapi makin lama makin rapat pulak kita dengan budak Thailand tu. Sebab kita juga duk gertak-2 diorang. Then time kita orang memang betul-betul macam sesat,and jalan tu menyeramkan. Ada darah kat tanah titik-titik..Eee,darah apa tatau.Seb bek jumpak satu makcik ni,orang Malaysia..laa kawan si mak yang lembik tu :P HAHA...dia yang tunjuk jalan kat kami. And ada part kami berhenti kat satu kedai penat,lepak sat. LOL! Beli la apa-2 air ke apa... Sorang budak thailand ni masih penat,lambat sikit. Bebudak thailand lain sambung jalan tinggal dia.LOL! Kita orang Malaysia ni la prihatin tunggu budak tu :P ehemmm.. Then kita panggil bebudak Thailand lain "Oiiii oiiii!" Tunjuk kata kawan depan sorang ni ada kat sini...Kita orang suruh tunggu,depa dengar cakap. hehe. Then teruskan perjalanan,hubungan kitaorang makin baik. HAHA. Dah jalan sama-2 dah. Cewwahhh. Siap diorang ajar kita cakap Thailand,kita ajar diorang cakap B.Malaysia. Heeee.. Apabila hubungan makin erat dan terjalin,ceh cehh... barulah manis perjalanan kita orang XD Hahaha ..... *ayat tak leh blahh*


Then ada aktiviti macam kebudayaan sikit. Bukan malam kebudayaan tapi entah nak explain macam mana. Haa aktiviti ni kena shuffle group. Huhuhuhu....sedihhh terpisah habis ... Tapi group lama In tu ada sorang sekali dengan In sama group dengan group baru ni. Yeay! Best :P Laki nama apa tah XD Amirul kot. Suka berlagak cool dia ni. Blekk. Leader group In yang baru nama Anuar. Siam Muslim. Baik orang nya.Time duduk beratur. Group sebelah panggil Anuar. Tersenyum nakal. Dia buat muka and guna mata dia tunjuk yang In duduk belakang Anuar. Aippp nakal betul! Anuar mula-2 malas layan,mungkin dah masak dengan perangai huduh dia :P Hahaha.. Tapi Anuar pandang juga .. Emmm terkaku sikit. HAHA. Anuar macam bagi warning kat budak tu jangan buat macam-2. Awwww ...caring nye :P Ketua yang bertanggungjawab. BAGUS! Hehe. Then ada la mamat daripada Penang mai menyelinap masuk ja dalam group In :PPP BLEKK. Hahaha... bersama sorang rakan perempuan and 1 atau 2 orang rakan laki tah. Hahah. Ekot sedap hati dia ja menyelinap masuk. Sekeh satgi :P Hehe ..

Aktiviti demi aktiviti dilakukan bersama ... siap ada buku catatan aktiviti lagi. Setiap kali dah buat aktiviti tu kena minta tanda tangan cikgu yang bertugas dalam aktiviti tu lah. In pada mulanya duk 'berkepit' dengan si Amirul tu je..dah kami dua kenal ... yang lain sangat terasa asing... sampai mamat Penang tu tanya "adik ke tu?" LOLOL... muka tak sama langsung boleh tanya macam tu pulak ehhh... Haih XD And then ada satu aktiviti ni haaa !!!! Iskkkk... tak sukaaa betul. Time tu mamat Penang semua lambat sikit termasuk si Amirul tu. Buat pa tah. Hahah. (Tak lama kemudian dah mula 'berkepit' dengan bebudak Penang tu jugak.HAHA) Seriously rasa insecure giler tau tak? Diorang lah boleh jaga In :P krik3 ~ In ekot Anuar to the next checkpoint. Sesampai je Allah .... -_______- ... mamat-mamat Thailand datang serbu berkerumun In duk cakap Thailand pa tah ! Haprakk tak faham. Time tu In macam nak lempang je sorang-2 depa :P Bukan apa,gaya macam gatai-2 tau tak ? Tak suka lah :3 ... Anuar duk lapor diri haa... Depa duk cakap Thailand serupa excited sangat..In kalau tak senyum satgi depa kata sombong plak kan...haa senyum je la -.- ..Then satu mamat Thailand ni tanya sorang perempuan Thailand kawan dia tu.. dia suruh perempuan tu gitau apa yang dia cakap kat In in English. Pastu perempuan tu pun kata ... "he said that you're beautiful" Then laki-laki Thailand tu kata .."you..!beautiful!you know ? beautiful.. beautiful.."  Oooh..haih orang tau la B.Inggeris cuma malas layan ja. In senyum ja then nasib baikkkk! Mamat Penang ,Amirul semua datang :P Fyuhh..depa senyap tak kacau dah. Hah,kan penyelamat tu ? Sampai sekarang In tak cerita pasal benda ni kat mamat Penang tu :P Hahaha nanti dia prasan. In masih je keep in touch dengan diorang :) In fact waktu dah habis aktiviti tu,depa pula kata mamat Penang tu handsome. elehhh ..syok lettewwww ... :P boooo XD hahahaha

Tu peristiwa paling tak boleh dilupakan..macam eeee geram je . Serious In tak syok. Diorang macam gatal giler. Err -.- .... rimas. In cerita kat mak In,punya la mak In gelak.. huhuhuu... Then ada peristiwa dimana buku aktiviti In tu tertukar pulakk dengan orang lain! Cuakkk sangat. Sangatttt. Anuar yang bertanggungjawab tu pun mula membantu mencari :P Hahah,tak tau kenapa tapi dia ni sweet doe :P HAHA.  Dia peramah,cakap melayu reti tapi slang ala kelantan. My dad said memang orang Siam kat situ cakap slang kelantan. Ohhhh...Tak jumpak buku tu then tak pe ah,In cari sendiri je. Kesian..In suruh diorang go on dengan aktiviti lain. Mamat Penang tu ada la jugak usaha cari :P Tapi In kata tak pe ah In cari sendiri. Ok,lari sana sini cari..nervous. Macam-2 perasaan campur niiiiii... Sampai In jumpa cikgu from Malaysia juga. In cakap "cikgu!!buku saya tertukar dengan orang!" cikgu tu pun kata .."haa,buku anak cikgu pun hilang.cari tengok..." Laaa,,budak si Adam In cerita dulu tu pun buku dia hilang XD hahahaha .... elok sangat lah tu :P Tapi at last jumpa juga dengan perempuan tu. Perempuan tu pun cari In juga. Dia pun cuak habis. Sebenarnya kami saling kenal sebab group lama kami sama group. Nasibbbbb... haha Cina. Nama dia In tak ingat tapi ada je dalam buku aktiviti tu... kekekek...

Kenangan bersama si budak comel Adam tu .. Dia tu dah la bukak baju depan kita orang. Pakai towel ja. Towel pulak londeh .. In and kekawan tertengok la and gelak. Dia kata "ui..tak malu ngintip orang" Hahahahah...siapa ngintip dia,dia yang buat show depan In and kekawan XD lawak sangat. Then time mandi,mandi depan awam. Dia tau ada orang tengok dia,dia buat aksi-2 time tengah mandi. Menari sakan. Punya la kelakar. Hahah. Dia sendiri tunjuk XD Hmph,nasib bebudak XD 

Tu antara kenangan In .. nak cerita panjang lagi tak de orang nak baca pun panjang-2 and kalau lagi panjang nanti kang ..hmph terlepas type pula kan :P Hehehehehe .... >_< Secara konklusinya In sangat gembira and kenangan-kenangan indah terpahat di hati In sepanjang berada di sana. Seriously In sangat rindu dengan kekawan In di Thailand. Diorang peramah,baik dan manja (untuk perempuan). Hahah. Diorang peluk In erat-2 sangat and macam nak nangis. Iskk,tak sangka sampai macam tu sekali diorang sayang In :P heheheh .. Gambar-2 bagai biasalah :D And ni ada antara bahasa Thailand In belajar daripada bebudak nakal tu,bebudak baik yang In terjumpa and kekawan In .. hehehe ...

nang/nanggoi = duduk
maa = anjing
lap = tidur
wandhiyaa what = tabik jika ada senjata (waktu lapor diri)
wandhiyaa hat = tabik tanpa senjata
ber = telefon
phakka = pen
amelhong = turun tabik
char rhak ther = i love you (lelaki kepada perempuan)
chan rhak khun = i love you (perempuan kepada lelaki)
nong = 1
song = 2
sam = 3
si = 4
ha = 5
ho = 6
cet = 7
pae = 8
kaw = 9
tensip = 10
sip nong = 11

:: NN ::

6 comments:

  1. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hahaha , kelakar la baca entry nie . kesian In kena kacau dengan bebudak nakal tu . haha , kelakar la . gelak tak berhenti . haha

    ReplyDelete
  3. wah pnjng nyer entri...
    kena amik masa nak bca hbis ni..hehe
    yela, kenangan kan..lau ikut ati lg bnyk nak share, kan In.. ^_^
    paling besh dpt belaja bhsa dorng la..ilmu tu..tp xlama pastu lupa..heeee ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je panjang,siput je :P Hehe
      Yep,betul ...
      Hahaha,jgnlah lupa ...mana tau kot-2 terserempak leh la tunjuk pro sikit >< kikiki

      Delete