Thursday, December 12, 2013

Allah Selamatkan Kamu!

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim ....

Hari ni merupakan hari yang istimewa buat seseorang dan istimewa buat diriku jua. Hari ni,12/12/....merupakan tanggal dimana saudari Nurwahida Rosli dilahirkan. Kenapa istimewa buat aku ? Kalau dia tidak dijadikan,maka langsung tiada peluang aku untuk mengenalinya. Maka aku memanjatkan syukur kepada Allah kerana menjadikan dia yang sihat fizikal dan mental serta memberi peluang,jodoh untuk aku dan dia bertemu. Alhamdulillah :')

Wahida,kenalan aku semasa sekolah menengah. Langsung tidak terlintas aku akan berkawan dengannya,rapat dengannya. Pada pandangan mula semasa tingkatan satu sehingga tingkatan 3 aku memikirkan Wahida ini bukanlah sejenis kawan yang boleh aku ngam. Namun dengan kekuasaan dan kehendak Allah,naik tingkatan empat aku dan dia berada dalam kelas yang sama sehinggalah tingkatan 5. Pada mulanya aku khuatir jika tidak dapat menyesuaikan diri namun Allah lebih tahu. Tidak aku sangka Nurwahida Rosli ini dilantik sebagai ketua kelas 4s4-5s4 dan menjadikan lebih banyak peluang untuk aku dan dia bergaul.  Dia sebagai ketua kelas,mestilah perlu banyak berhubung dan bekerjasama. Aku ingat lagi katanya sewaktu kelas sedang dirombak dan kami semua berada di dalam dewan terbuka. Apabila sudah disahkan kami sekelas,dia berkata kepada Farah temannya,jua teman aku dari sekolah rendah. "Farah,aku sama kelas dengan Nazmin!" Dengan riang. Aku sedikit terkejut dan malu namun control. Aku tak tau apa maksudnya namun ia buat hati aku senang :) Mungkin Wahida dah tak ingat ? Tapi aku akan sentiasa ingat!

Hari demi hari berlalu dan tidak tahu mana permulaannya aku dan dia semakin akrab dan berkongsi macam-macam cerita suka duka. Dan menjadikan aku tak boleh tengok dia terlalu bersedih kerana ia juga melukakan hati aku. Aku turut mahu bersedih dan berusaha untuk membantunya ceria kembali. Kata-kata semangat dan dorongan,pandangan aku sebenarnya tidak akan menjadikannya kuat kalau dirinya sendiri tidak ingin terus berjuang. Jadi,janganlah rasa aku terlalu buat banyak pada diri hang,Wahida kerana sebenarnya hang sendiri yang banyak membantu diri hang dan sudah tentu dengan pertolongan Allah :") Aku cukup terharu dengan kepercayaan dan kejujuran yang hang berikan kepada aku,Wahida sehingga aku juga tidak berfikir panjang untuk jua berkongsi apa sahaja yang boleh dikongsikan. Kadang-kadang rasa macam kita berada dalam mode automatik di mana hanya satu butang tu sahaja buat kita terus rapat sehingga begini tanpa menyedari dari mana datang,bila dan bagaimana. It just happened !

I'm so glad that I got the chance to know you better and be with you no matter in a bright shiny day or a heavy rainfall ! Aku nak cakap,sejujur seikhlas daripada sedalam-dalam hati aku yang ya aku memang sayang hang. Ya,aku memang berharap kita akan terus berkawan selamanya dan ya ikatan persahabatan ini tak akan goyah dan terputus selamanya.Andai suatu hari nanti kita terpisah,atau mungkin mempunyai masalah yang dapat merenggangkan persahabatan ini,aku berharap agar kita sama-sama berusaha untuk mencari balik dan berusaha untuk mengetatkan semula persahabatan ini. Lebih kuat daripada gam Uhu. Lebih gagah daripada gam Gajah ! Pokoknya,tiada apa yang dapat diibaratkan tetapi pastinya sangat kuat ikatan itu.You know what,like I said... Andai dibilang kehidupan ini satu mimpi,aku katakan bahawa bertemu,mengenali dan berteman dengan hang merupakan mimpi yang indah buat diri aku. No regrets at all ! You taught me and let me feel bagaimana rasanya hubungan yang erat antara perempuan,apa yang dibualkan antara perempuan dalam text and all. You are the first one kawan perempuan yang aku selalu and hampir setiap hari contact punya,dan bukan semata-mata cakap pasal homework,hal sekolah. You know kan aku ni lebih mudah rapat dan bergaul dengan lelaki berbanding perempuan but you changed me ! Just like that ! A click ! And I know semua ini atas izin Allah and I'm so grateful !

Aku berdoa,semoga hari hang yang akan mendatang penuh kegembiraan dan kegemilangan. Hidup ini ada naik turun,namun aku berharap dan berdoa agar hang tabah menjalani kehidupan yang penuh pancaroba. Ingatlah cubaan dan dugaan yang diberikan ini untuk menguatkan hang,Wahida. Untuk mendidik dan meningkatkan iman hang andai hang dapat melaluinya dengan baik sekali! Ya,aku ada buat hang untuk dijadikan sebagai sandaran kekuatan dan bahu untuk berkongsi duka namun aku tak janji selamanya disisi. Tapi usah berduka dan putus asa kerana kalau aku tiada disisi,aku yakin masih ada teman yang lain juga sayang dan care for you. Kalau tiada kawan,kata orang keluargalah yang terbaik untuk kita. Andai masih rasa tidak cukup,ingatlah Allah. Ya,saat hang rasa sendiri tiada siapa mendengar dan tidak berada dekat hang,tetapi Allah ada. Sentiasa ada buat hang untuk mengembalikan semangat dan kekuatan hang,menghiburkan dan menceriakan hari-hari hang. In syaa Allah ! All you have to do is trust Allah,feel your heart with Allah's love. I'm pretty sure hang akan berjaya dan bahagia dunia serta akhirat. Semoga jua hang bertemu jodoh yang terbaik buat diri hang. Aku doakan :") Sihatlah selalu dan berusaha menjadi seseorang,insan,manusia,hamba Allah,umat Rasulullah SAW yang semakin baik dirinya dari semasa ke semasa.


This is for you ! Aku tak buat ni Wahida, tetapi aku nak hang tahu ini yang aku rasakan,inginkan,harapkan kepada hang. Walaupun bukan aku yang buat,tetapi kata-kata ni sangat dekat di hatiku jua yang aku ingin luahkan kepada hang. Semuanya ada didalam video ni. This man helps me a lot by making and sharing this video. This man helps everyone else yang mati kutu,buntu dan tak tahu bagaimana nak kata dan luahkan apa yang rasa didalam hati ni kepada seseorang yang sangat istimewa. Enjoy this video,Wahida :) Lots of love from me,NNN...

Take care and stay healthy ! <3

:: NN ::

6 comments:

  1. Happy birthday Wahida..moga persahabatan kalian berpanjangan ye In...amin!...
    indahnya persahabatan jika saling saling menyokong dikala susah & senang...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari hari di hari lahir...heee..

    mcm novel la lak corito nyo... :)

    ReplyDelete
  3. salam sis.. kemana menghilang?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam .. err,hee tak hilang mana pun. Tak sangka cuti-2 ni pun agak busy sikit. hehehehe XD will visit you soon ! in syaa Allah :)

      Delete