Thursday, December 27, 2012

Iman-Malu-Couple

Assalamualaikum

Hari ni In nak cakap mengenai malu. Malu itu sebahagian daripada Iman bukan? Sebelum In mula apa-apa,In ingin meminta maaf andai ia mengguriskan hati mana-mana pembaca.In tidak ada niat,In cuma mengemukakan pendapat dan kefahaman In dalam aspek Malu sebahagian daripada Iman dan juga Couple.

C O U P L E . Mana-mana pergi ada sahaja. Couple ada dua aspek. Haram dan Halal. Halal bagi yang sudah bernikah. Haram bagi yang sebaliknya. Apa kena mengena dengan malu ? Ada ? Setelah meneliti,bagi In memang ada hubung kait. Cabangnya luas sekali. In nak cakap mengenai couple yang dilabelkan haram. Dulu,sewaktu In ada Facebook acap sekali keluar di Home dengan doa-doa mereka. Memohon dan meminta kepada Allah agar hubungan mereka berpanjangan dan di berkati.

M A L U.I M A N

Pertama sekali,In tersenyum. Senyum ada makna. Tak ada makna kena cop gila. Haha ^_^. Kedua, In mula berfikir dan berkata dalam hati. Dalam sedar tidak sedar, mereka sudah melanggar perintah Allah namun masih berdoa untuk sesuatu yang Allah larang. In telah membaca,In telah mendengar di YouTube . Hubungan couple yang tidak halal ini tidak mendapat keredhaan Allah. Jelas-jelas ia sesuatu yang haram kerana couple itu mendekati zina. Namun masih ada pasangan yang tidak bernikah ini dengan tidak malunya meminta sebegitu rupa. Malulah,malu dengan perbuatan kalian yang termakan dengan hawa nafsu,yang bermegah dengan sesuatu yang belum pasti. Sedalam mana cinta kalian belum tentu berjodoh. Sekuat mana setia kalian belum tentu berjodoh. Hebat,hebat bagi yang dapat menepis nafsu mereka tika usia muda ini dan sedihnya bagi mereka yang tenggelam dalam arus nafsu mereka. Kalau benar mereka takut kepadaNya,kalau benar mereka sangat menyayangiNya,ingat kepadaNya,,mereka tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkaiNya. AllahuAlllah. Malulah. Jaga Iman kita . Tingkatkan prestasi teguhkan Iman :)

Ingat,Malu sebahagian daripada Iman.
Terjumpa lalu In edit and letak di sini :) In jumpa dekat blog Aseraf Hilman. Hehe.. Jenguk-2 lah. Banyak post-post yang menarik ! ^^,

C O U P L E

Ada apa dengan couple ? Mahu status semata-mata ? Atau tidak mempercayai hati pasangan ? Kalian couple mesti sebab suka sama suka . Selalunya macam itu lah. Couple itu satu status iaitu korang unavailable untuk orang lain kerana sudah 'berpunya'. Betul ? Lainlah kalau 'bermadu' senyap-senyap. Heh. Bagi In,orang couple kerana tiada keyakinan terhadapNya,yang takut kepada masa hadapan,yang tidak percaya orang. Bagi In kalau dah percaya Allah,tak perlulah couple bagai. Doa sahajalah yang terbaik buat diri kita dan serahkan segalanya kepada Allah. Semoga kita bertemu seseorang yang tepat buat diri kita dan membina sebuah anugerah cinta daripadaNya dengan pernikahan. Halal sentiasa yang terbaik. Don't you think? Dan kalian takut andai masa hadapan tak jumpa seseorang. Please,again. Trust Allah. HE is the best! Dan kalian tak percaya orang lain , that's why kalian nak couple. Nak 'hak' kononnya. Orang lain cannot "touch" him/her except pasangan itu sendiri. Well hello ... selagi tak bernikah perempuan/lelaki itu hak milik Allah dan keluarga . Even dah berkahwin perempuan/lelaki itu hak milik Allah so laksanakan tanggungjawab mengikut suruhanNya. Tak perlulah couple kalau dah percaya sangat dengan 'cinta' dia , dengan 'setia' dia . Kalau dia memang cinta dan setia , memang dia akan selama-lamanya cinta dan setia lebih-lebih lagi kalau sememangnya berjodoh. Tak begitu? Don't you ever think? But if andailah kalian buat seperti itu and one day  lelaki/perempuan tu dengan orang lain dah. Just move on. You'll get a better one. Itu sudah pasti. Janji Allah itu pasti. Ya,manusia ada hati,tidak salah nak sedih-sedih sikit kan tapi control yourself. Ini takdir and redha sahajalah. Mudah,sangat mudah kalau kalian ingat Allah. Ingat dan percaya janji Allah dan segalanya yang berlaku ada hikmah. Allah anugerahkan rasa 'suka','cinta','minat','rindu' itu tetapi tanggungjawab kita untuk mengendalikan perasaan itu bagaimana. Salah satu usaha adalah doa. Simple. Kalian yang buat complicated dengan couple bagai. Bila putus kata 'cinta itu memang menyakitkan and etc'. Anugerah yang diberikan oleh Allah itu sangat indah tetapi manusia tidak pandai mengendalikannya. Kalau salah langkah memang sakitlah. In sedih tengok saudara-saudara Islam In macam ni :(

Cuba tengok,bila couple selepas itu ada masalah dan putus. Apa hubungan kalian selepas itu seperti biasa? Kebanyakannya tidak. Kan? Ada saling memusuhi dan menyakiti. Ada saling memaki hamun dan putus kawan. Tidak bertegur sapa sama sekali. Is this what you all call love ? Malulah,kerana perkara ini juga hubungan sama Islam renggang. Kalian asyik fikir kekasih sahaja tetapi saudara kita di Gaza asyik fikir Allah. One day,kita perlu bersatu tau? Dan ada yang melukakan diri sendiri ambil pisau hiris tangan. Kalau tak reti nak sayang diri,jangan sayang orang lain. Melukakan diri sendiri itu berdosa besar hukumnya. Anggota kalian tu milik Allah jugak. Pinjam je tu semua. Jaga elok-eloklah dah Allah beri elok. Tak reti nak hargai nikmat Allah? Memang menyedihkan ... Berhenti ketidakmatangan itu. Banyakkan berfikir. Penuhi ilmu didada dulu. Berbakti kepada keluarga dan masyarakat dulu.

Ramai tanya In, kalau tak couple macam mana nak kahwin? Kita perlu kenal dia dahulu and etc. You know what? Don't think about it. Let it be atas kehendak Allah. Dalam Islam kita digalakkan bertunang untuk mengenali seseorang itu.At least,ia tidak salah. Kalau putus pun ia bukan satu yang hina. Cuma masyarakat sekarang ini pemikiran yang begitu kolot. Kita ada dua pilihan ;

1) Buat apa yang orang suka tetapi Allah tidak suka
2) Buat apa yang orang tidak suka tetapi Allah suka

Lagi ? Okay,ada pandangan orang lain yang kata couple itu tidak haram. Tak tahulah apa alasannya. Tetapi ada yang kata couple itu tidak haram jika ada niat untuk menikahinya. Alright, In nak tanya... seumur hidup korang yang berpandangan begitu , berapa kali korang couple ? Berapa banyak kali atau orang korang berniat untuk bernikah ni ? Ingat perkahwinan ni main-main ? Atas sebab apa korang bercinta dan ingin bernikah ? Dalam couple tu ada tak jaga batas ? Betul ke tak buat sesuatu yang menghampiri zina ? Ini untuk perempuan oleh kerana In seorang perempuan. Andai betul kekasih korang seorang yang baik,sayang korang,caring dan cintanya kerana Allah maka diorang tidak akan memegang korang,diorang tidak akan ajak berdating dengan korang sesuka hati dan bermacammmmm lagilah kalau nak senarai. Ada fikir ? Bila korang bercouple nafsu korang pasti makin kuat . Ada sahaja terlintas keinginan korang.

Lepas tu,mungkin ada orang cakap .. "eleh cakap senanglah,tau apa?" and etc ... Sebelum In mula lagi,In ingin menjelaskan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau sok-sok baik gitu. Haha =='' Sebagaimana kita lihat kadang-kadang kita perlu bagitau juga sesuatu yang baik tentang diri kita dimana mungkin boleh menjadi satu contoh atau teladan. In tak pernah lagi bercouple ataupun terlintas nak bercouple. Kerana In sangat yakin dengan rancangan Allah terhadap hambaNya seorang ini. In jumpa mana-mana lelaki pun,In berkenalan...In mindsetkan bahawa dia hanyalah rakan kenalan baru,dia saudara Islam In dan masa hadapan In tak tahu.In hanya berserah sahaja kepada Allah. In hanya akan berkawan dengannya,masa hadapan itu rahsia Allah. Mungkin dia jadi kawan karib In ? Mungkin juga dia jodoh In ? Let it be ~ Ia akan terjadi sendiri. Betul,banyak juga In lukakan hati lelaki ni. Kejamkah ? In hanya buat sepertimana yang disuruh Allah. Ada kawan rapat In,ada juga kawan biasa,ada juga kenalan baru yang tah nape boleh suka dengan In. Allah je yang tahu. Diorang ajakla couple kan. Mula-mula luah isi hati dulu,okay.. In steady je,serious. Lepas tu apa yang In katakan adalah In memang tolak diorang tanpa berfikir panjang. Tapi nak tolak jangan lah macam orang tak de hati kan. In tatau la,tapi In jenis macam ni.In kata, In memang hargai sangat perasaan diorang. In ucapkan terima kasih. Lalu In meminta maaf kerana In tak dapat nak balas. In tak boleh couple. In tak suka couple . In cakap couple itu haram kerana dari segi pandangan In couple itu haram. Itu yang In cakap dekat diorang. Dan In juga mendoakan mereka agar mendapat yang lebih baik daripada In. Kalau ada jodoh,adalah. Tapi buat masa sekarang jangan tunggu,just move on. Cakap elok-elok macam tu dengan diorang,In Syaa Allah mereka terima. Dan yah,alhamdulillah setakat ni memang mereka menerima dengan baik. Ada la seorang tu ja tidak =='' . Tapi nvm ... Dan tahu tak apa yang lebih bahagia ? In dengan diorang masih rapat sampai sekarang :D Yup ! Betul .. daripada rakan sebaya sampai lah yang abang-abang tu ^^, In syukur sangat,and diorang selalu support In ! :D See,kalau niat kita baik in syaa Allah semuanya dipermudahkan. Itu yang In lihat selama pengalaman In. Seriously,memang masih contact sampai sekarang. yang kawan rapat masih juga kawan rapat. Yang baru kenal-kenalan terus juga rapat. Alhamdulillah. Mungkin ya mungkin tidak hati mereka masih terluka tetapi at least kita masih bersama diorang. Bersyukur bukan ? ^^, Korang jangan tinggalkan diorang macam tu ja lepas tolak tu,cuba baiki balik baik-baik... Tengok,tak terputus pun silaturrahim yang terjalin sesama Islam ... Kan ? Renungkan =)

p/s In tak lah bagus mana,masih dalam titian mengejar ilmu dan mendekatkan diri kepadaNya. In kata ini untuk peringatan diri dan orang lain. Maaf kalau In buat pembaca tidak selesa.

pps : Siapalah In untuk menilai orang. In tidak tujukan kepada siapa-siapa. In hanya kemukakan pandangan In. In hanya menulis dari segi apa yang In lihat dan rasa dalam hitam putih kehidupan ini. Sesungguhnya,Allah lebih Maha Mengetahui. Doakan yang terbaik buat kita semua :)

Sejujurnya,In mengambil masa yang lama untuk publish post ini kerana selalunya isu ini macam sensitif lagi-lagi kepada yang berpasangan.Dah lama didraftkan.Hari ni entah kenapa rasa macam berani je. Maaf sekali lagi . 

:: NN ::

“Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirehat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.” ~ Malik Bin Dinar

"Jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu" - Al Baihaqi

21 comments:

  1. Segala yg digariskan hukum agama itulah yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ibu ...
      Dan segala yang baik datang daripada Allah SWT dan yang buruk datang daripada diri sendiri ...

      Delete
  2. panjangnya post ,,

    semoga akk jumpa soulmate dunia/akhirat akk ^^

    p/s ; kita ta tau la pasal labi-labi tu . kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang agar tidak menyentuh lagi soal ini ... hehe :D Bukan selalu,ye tak ? XD

      Aamiin , same goes to you dik ;)

      -Oh,heheeeehee,tapi memang macam serupa! Heheh,tak pe ^^,

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah,semoga ada manfaatnya ya :)
      Terima kasih ^^,

      Delete
  4. salam kak in ^___^
    entri kak in memang best best lah...
    erk kak in kenapa tak letak chat box ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam .. :)
      Alhamdulillah,semoga bermanfaat ya dik :)
      Oh,sebab kak In tak nak ? Hahaha ^^,

      Delete
  5. btul tu..
    setuju..sebaik2 perhubungan adalah hubungan yang
    diredhai oleh Allah..dah tntula ianya satu phubugan yg SAH..
    cukup la berkawan..Allah tu akn beri yg terbaik utk kita,xperlu risau xde bf n nk ber-couple mcm kbnykn skrng ni..cuma jgn ptus bdoa agr dbrikan yg tbaik dan ssuai dgn dri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ... in syaa Allah segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk daripada diri sendiri ... :)

      Delete
  6. Betul tuh . Hohoho . Walupun umie pun ade 'ehem-ehem' . At least kena jaga jugak perbatasan dgn pasangan . Ape ape pun yg umie buad , sentiasa berserah kepada Allah . Umie tak pernah melarang pasangan umie utk berkawan dgn mane mane perempuan . Sebab bg umie , umie tiada hak utk melarang . Kdg2 rindu , sayang dan cinta kepada seseorang itu , seeloknya kita luahkan pada yang Maha Esa :) .

    ReplyDelete
  7. bila tgk UAI ni..selalu teringat citer mat rempit yg berubah dek penangan UAI..moga Allah sentiasa merahmati UAI dan kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,In pun ada dengar mengenai kisah tu ^^, yah,aamiin :)

      Delete
  8. baru je bincang dengan pasangan pasal hal iman nie. hee. Doa kan semoga kami teguh iman untuk mengelak benda yang di larang Allah :)

    ReplyDelete
  9. nie pun nak like banyak2..
    nice entry dear...
    keep on writing ^___^
    much love

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks you,alhamdulillah :)
      Sure ! ^^, thanks for your support ! <3 :D

      Delete
  10. Nice sharing ^_^
    suka sangat pandangan In..
    meluas dan memuaskan :D
    keep it up~ *support*

    ReplyDelete