Tidak lama dulu ketika musim cuti semester,In ada juga belajar masakan baru sedikit-sedikit daripada bonda yang tercinta. In belajar masak Laksa. Tak pasti nak kata Laksa apa,mungkin Laksa Kedah lah kot. Hehe. Mari kita tengok bahan-bahan dan recipenya :)
Bahan-Bahan
8-12 ikan kembung
Satu biji tomato
Satu tin sardin tomato
Belacan (Jenama yang digunakan Belacan Sedap)
Daun kalsom
Bunga kantan
Asam keping
10 cili kering
6 bawang merah
Telur
Cili padi
Bawang besar
Limau kasturi
Timun
Daun celom
Daun pudina
Salad
Cara Penyediaan
1) Rebuskan 8-12 ikan kembung
2) Keluarkan ikan rebus itu dan ambil isinya sahaja untuk diblend. (Boleh juga ambil sekali kepala dan kuahnya akan sedikit hitam)
3) Separuh air rebusan ikan kembung itu dimasukkan kedalam blender bersama isi ikan tadi,satu biji tomato yang sudah dipotong,satu tin sardin tomato dan juga belacan.
4) Selesai blend,masukkan ke dalam air rebusan yang tinggal separuh tadi.
5) Masukkan daun kalsom,bunga kantan dan asam keping juga.
6) Blendkan sepuluh cili kering dan 6 bawang merah.
7) Campurkannya dan masaklah kuah laksanya.
Ikan kembung untuk diblend
Step 4 & 5
Step 6 & 7 (Tanpa kepala ikan)
Sekali kepala ikan
Untuk dressing...aicehhh,boleh lah guna telur,cili padi,bawang besar,limau kasturi,timun,daun celom,pudina dan salad.
Done!
Korang suka hidangan kuah Laksa yang cair ke pekat? Kalau In,sukakan kuah yang pekat ^_^... Hidangan ni boleh seramai 3-5 orang In syaa Allah. It depends juga... Boleh lah adjust jumlah ikan untuk digunakan berdasarkan untuk berapa hidangan. Senang aje masak Laksa ni ghupenyeee... Hehehe.. Selamat Maju Jaya ! :D Nantikan recipe seterusnya di hari yang lain...Apa agaknya,kan? Hehe ^^, Assalamualaikum.
:: NN ::
sdapnya..:)
ReplyDeleteHehehe alhamdulillah :)
Deletein asal mana dik?
ReplyDeleteKedah :)
Delete