Friday, December 5, 2014

Taxi Brothers

Assalamualaikum


Ni hao! Ni hao ma? Wo hen hao. ^_^. 
So hari ini In pergi keluar tengok movie Hunger Games Part 1 tu. Keluar berdua dengan roommate baru In. Hehe. Syakira namanya ^_^. Dari Terengganu okay. Hehe. Ni kali pertama In keluar tengok movie di Shah Alam. Betul,1st sem tak pergi. Hehehe. Ada cadang tapi batal. Heh heh heh. So hari ini berpeluang dan kita pergi tengok di Bukit Raja. Fuyyo,kelas kau pawagam dia. Seat dia. Macam mewah. Tiket pula murah. Hahahah. Tak ku sangka. Best tau,kat Kulim tak ada,uhuksss...Kat Kulim macam klasik dengan ...okay tak perlu cerita. Tak penting. Hahah. So berdasarkan topik besar tu sudah tentu In nak cerita mengenai dua orang pemandu taxi. Kenapa Taxi Brothers? Nanti dengar cerita,tahu lah :D

Mula-mula naik taxi dengan seorang pakcik bernama Pakcik Badrul. Pakcik Badrul dari masuk taxi dia sampai turun taxi dia asyik bercerita. Hahahaha. Seronok. Dan cerita dia mengenai cerita keluarga dia. Hahah! Dia cerita mengenai anak dia yang nak diet,tak nak makan. Dia cerita plan dia untuk bagi anak dia makan iaitu masak sedap-sedap,dia makan dan bila anak dia nampak mesti tak tahan nak makan juga. HAHA. Lepas tu dia cerita lagi mengenai anak dia berbadan besar. Anak dia merungut tapi dia kata,"Tu la,makan banyak lagi." Hahah. Banyakkkk lagi! Soal jodoh pun. Pakcik Badrul kata,kalau gemuk ke kurus ke tak apa sebab kalau dah jodoh,Allah dah tentukan memang akan berkahwin juga. Mesti ada yang nak. Hahah. Tu nasihatnya kepada anaknya. Sweeeeeet! Pakcik Badrul suka bergurau.Bergurau dia terkena kat hati jugak kalau perempuan tu sensitif. HAHAHA. Kalau In ni,kerja gelak je. Hahaha.

Pakcik juga cerita anak dia kecil-kecil minat nak jadi Pramugari atau Nurse. Dia hantar anaknya ke sekolah Cina dari kecil sebab nak bagi dapat cakap Mandarin dan besar nanti bolehlah jadi pembaca berita Mandarin. Ye la,orang Cina je jadi pemberita dalam Bahasa Melayu. Kenapa tak ada orang Melayu jadi pemberita Bahasa Cina,ye dak? Itulah Pakcik kata... dan dia ingat mungkin boleh jadi Guru juga. Itulah hasrat,impian pakcik sebagai seorang ayah ketika anak-anaknya masih kecil Allahu,jelas dan cantik perancangan pakcik. Namun Allah lebih berkuasa dan rancangan Allah yang terbaik :) Anak pakcik dapat tawaran jadi Pramugari di MAS. Dan juga 3 tawaran kot di Singapore itupun sebab anaknya pandai cakap Mandarin juga. Hebatkan? Luas rezekinya kan? 

Tapi,isteri Pakcik Badrul tak bagi. Takut lupa Mak Ayah. Allah :) Dan semestinya In tahu maksud isteri pakcik dan pakcik sendiri tapi tidak perlu In kongsikan disini. Pembaca juga mungkin boleh faham sendiri. Dan ended up anak pakcik jadi seorang Nurse sekarang di Hospital Pantai. Tudia! Murahnya rezeki Allahu Allah. In kata kat pakcik,"Baguslah Pakcik. Salah satu keinginan anak pakcik,dia dapat.Kan?" Pakcik pun menyetujui kata-kata In. ^_^. Pakcik punya 3 orang anak :)

***

Dah masuk Bukit Raja punya Mall,tak lama tu tersedar phone In hilang! Jeng-jeng-jeng. Alhamdulillah,bila dapat tahu phone In hilang,sedikit pun tak nervous,tak risau,tak fikir. Tenang je. Alhamdulillah. In bagitau kawan In...dan kita pergi ke tempat-tempat yang kita dah masuk dan cari dan tanya tetapi tak ada. Text pakcik tu selepas selesai solat Jumaat guna phone kawan In. And pakcik tu kata ADA! Alhamdulillah,syukur kepada Allah :) 

***

Time dalam cinema dah memang text pakcik suruh ambil pada jam 5.00p.m. Dia kata okay. Tapi perancangan Allah itu lagi sekali,memang cantik :) Percayalah,cantik perancangan Allah tu. Pakcik Badrul telefon dan kata dia ada emergency. Pakcik simpankan telefon In tu :) Tak mengapa... ^_^. Lepas tu,telefon la pakcik taxi yang kedua. Namanya Pakcik Ismail. Dia pun kata boleh ambil. Lama betul tunggu pakcik ni. Hahahaha. Telefon balik,pakcik kata nak belok pusing dah ni. Hahahaha. Tak lama tu sampai lah. Masuk lah... Pakcik kata,tadi time call Pakcik tengah makan. Hahahaha. Ok ok ok X'D Sunyi la mula-mula,In dan kawan rancak bersembang. Hehehe. Tak lama kemudian entah tak ingat macam mana boleh Pakcik tu rancak berbual sekali dengan kitaorang. Haha! Dan tak lama tu kawan In kata yang sebelum ni ada call Pakcik taxi lain tapi dia ada emergency di Petaling Jaya. 

Pakcik Ismail tanya nama siapa,kita katalah Pakcik Badrul. Pakcik pun ohhh Badrul,kenal tu. In pun tanya,"Oh ye,kenal?" Pakcik balas,"Apa pula tak kenal,sekali kerja. Pejabat pun sekali." Hahahahah. Okay >_<''' Lepas tu In buka cerita kata telefon In tertinggal dalam taxi tu. Pakcik Ismail pun kata dah tu macam mana. In kata lah nanti Pakcik Badrul datang kolej hantar. Heheh. Then Pakcik Ismail mula rancak bercerita sebenarnya Pakcik Badrul dan dia sekali dulu students UiTM juga. Dah kenal 12 tahun. Siap tunjuk kad UiTM lagi tau. Pakcik simpan!!!!!!!! Hahaha. Pakcik kata,diorang ada 4 sekawan yang dari universiti sampai sekarang sekali dan bekerja sebagai pemandu taxi. Selalu kalau ada students telefon dan tiba-tiba pakcik tu jauh ke,ada hal ke kurang rajin ke ceh ... pass kat kawan dia :P Pakcik Ismail akan call Pakcik Badrul suruh ambil budak sekian-sekian ditempat sekian-sekian. HAHAHA. Style. In kata,jadi pakcik dua ni sahabat lah kan! Pakcik balas,"Haah ya,sahabat. Sahabat pakcik." Awwwwwww sweet. Malah pagi tadi pun minum air sama-sama didepan UiTM ni. hahah.

Pakcik Ismail pun cerita juga anak pakcik Badrul ada 2 orang. Hah! Perasan tak? Peka tak? Tadi In kata Pakcik Badrul punya 3 orang anak kan? Kenapa agaknya Pakcik Ismail kata dia ada 2 orang anak? Jeng-jeng-jeng. Kawan In pun cakap,'Eh,bukan 3 orang anak ke?" Pakcik Ismail pun kata,"Oh,seorang lagi tu anak angkat." Pakcik sambung,"Dia kata ada 3 orang anak eh?" In dan kawan serentak mengiyakannya. Allahu Allah! Pakcik Badrul sangat bersih hatinya,sangat menyayangi anak-anaknya tidak kira darah daging siapa. Melayan dan menganggap sama rata. Walaupun sudah punya dua orang anak tetapi masih ingin mengambil seorang anak angkat sebagai anak bongsu,Allah! Baiknya Pakcik Badrul,sweet sangat. Tak silap,anak angkatnya itu dari Sabah kot. Huhuhu. Terharunya,bertuahnya keluarga Pakcik Badrul! 

Nak dekat sampai UiTM jammed sikit. Time tu Pakcik Ismail telefon Pakcik Badrul...

"Badrul...niii budak-budak kau yang kau hantar tadi...dan tak jadi nak ambil diorang call aku. Ni ada dengan aku ni."

"Niii Badrul,bila kau nak bagi telefon budak ni?"

"Kalau kau bagi dia belanja kau sebungkus nasi lemak."

HAHAHA. Kelakar betul pakcik-pakcik ni. hahah! Dah lah In tak suruh tanya pun mengenai phone In,pandai-pandai je. Hahah! Lawak betul. Tapi itu namanya caring :') Hehehe... Alhamdulillah selamat sampai dikolej tak lama selepas itu. Pakcik juga kata yang diorang tahu sangat selok-belok UiTM ni tetapi saja-saja buat tak tahu. Hahahahah! Dan apa yang korang faham dengan Taxi Brothers? Tentulah diorang seperti adik-beradik. Saling menjaga,boleh pass-pass kan pelanggan lagi tu. Hahah. Kenal keluarga masing-masing dan macam-macam lagi. Apa yang cantik dengan perancangan Allah? Cantik sangat dengan kehilangan phone In,dan Pakcik Badrul tak dapat ambil kami...kami bertemu dengan Pakcik Ismail iaitu kawan lama dan sahabat Pakcik Badrul. In belajar banyak dari cerita Pakcik Badrul dan juga Pakcik Ismail. In dapat banyak nasihat daripada mereka berdua. Sungguh In kagum dan bersyukur. Dan pakcik-pakcik ini secara tidak langsung membuat In teringat kepada Allah. Berfikir secara positif dan kekal semangat dalam apa jua. Percaya dengan perancangan Allah dan rezeki Allah. Alhamdulillah atas nikmat yang berganda pada hari ini ya Allah. Semoga murah rezeki mereka,kekalkan persahabatan mereka dan semoga mereka,dan kita semua bersama kelak di syurgaMu ya Allah. Aamiin Allahumma Aamiin. Fi hifzillah! In akan edit dan sertakan number telefon pakcik-pakcik ni. Sesiapa area Shah Alam boleh telefon minta hantar ke mana-mana! ^_^ Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

8 comments:

  1. hehehe... so insteresting! well, sudah suratan yang begitu mengejutkan~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye dik... Cantik perjalanan Allah aturkan di hari yang penuh barakah :')

      Delete
  2. Cukup seronak bila kita menaiki teksi yg peramah pemandunya..

    Tapi kadang2 ramai juga pemandu teksi yg diam seribu bahasa dan hanya menjawab apabila kita ajukan tanya. Lagi malang apbila terdapat segelintir pemandu teksi yg asyik merepek dan mencaci sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sudahlah peramah,terasa selamat dan boleh dipercayai :))

      Delete
  3. Seronoknya baca, in ^^
    Last sekali bagusnya kan, still ada detective kamu tu hehe xD

    May Allah ease them and us. Allahumma aamiin :)

    p/s: in dah p laman seni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak boleh lepas dari detektif tu :p

      In syaa Allah,aamiin...

      Dah pergi :) sis? Ohsemmm-kannn,heheh

      Delete
    2. hehe ;)
      yes sangat! dah 3 kali akk p. heheh xD

      Delete
    3. Waaah,kira akak ni berdekatan Shah Alam je la? :3

      Delete