Ini apa yang terbuku dihati,yang tak bisa diungkapkan,ditujukan dan diluahkan. Lalu In campakkan rasa ini disini agar mereka yang perlu dengar,perlu baca jua buat diri sendiri boleh bersatu kembali. In guna 'aku' untuk post kali ini.
Apa sahaja yang telah berlaku dulu dan sekarang ingin sekali diselesaikan dengan baik dan berlapang dada. Dulu yang berlaku tanpa pengetahuan aku kerana dianggap aku tiada hak untuk mengetahuinya,aku tidak mahu bahas. Tapi,yang aku tahu apa-apa sahaja yang berkaitan dengan aku,aku perlu tahu kerana dimana sebutnya,bicaranya,terletaknya nama aku,aku berhak untuk mengetahuinya. Tapi aku redha kerana aku seakan sudah terlambat mengetahuinya dan aku positif bahawa ini semua kehendak Allah. Jadi,aku siapa untuk lebih beremosi? Aku siapa? Aku sedang hati-hati agar aku tak jatuh kedalam gaung perangkap syaitan nirrojim.
Masalah itu biasa. Masalah itu sebagai pengajaran dan salah satu cara buat kita matang. Tak dilupakan in syaa Allah apa kita hadapi sekarang membantu pada masa hadapan. Kita semua manusia,bukan Nabi dan bukan Malaikat. Jauh sekali Tuhan. Tuhan hanya satu,Yang Maha Esa...Allah. Adalah tidak menyenangkan kalau masalah itu bertangguh dan diselesaikan sekerat jalan. Kalau dah tak mampu,baik semua lupakan dengan menulis catatan hidup yang baru bersama-sama. Kerana kita bukan sekadar kawan,kita adalah saudara Islam. Kita semua masing-masing ada salah dan silap,ada kelalaian dan ada salah fahamnya. Perasaan amarah aku mohon semuanya dikawal kerana perasaan itu datang daripada syaitan. Istighfar.
Daripada saling menyalahkan,membawa diri dan seangkatan drama yang telah diperkatakan baik berhenti. Relfect diri sendiri,cari kesalahan sendiri. Bukan pada kawan. Pada diri sendiri. Aku juga cari kesalahan pada diri sendiri. Kita semua struggle dalam sesuatu tetapi kita tak memahami antara satu sama yang lain apa masalah kita,pemikiran kita,hati kita,struggle kita. Kita semua buat-buat tahu,berlagak tahu. Kita semua rasa kita begitu kenal antara satu sama yang lain walhal baru berapa lama bersama itu pun sejak dari awal sudah ada cerekarama. Aku penat,kalian tidak-kah? Aku ajak,untuk kita hidup saling meminta maaf dan memaafkan. Jangan berdendam dan terlalu simpan sakit hati,pedih hati,terguris hati. Kerana disitu terletaknya keberkatan Allah,dengan meminta maaf dan memaafkan agar kita semua mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Aku ajak,untuk kita semua didik diri untuk bersabar dan lebih terbuka hati untuk luahkan segala rasa tidak enak yang tercalit,jujur apa yang dirasa dan difikirkan. Dan,jangan cuba untuk sendiri lagi-lagi dalam menyelesaikan sesuatu masalah kerana lebih baik bersama. Kita kuat kalau kita bersama. Bukan sendiri. Dan berbincang bersama,bukan hanya mendengar sebelah pihak semata-mata. Aku harap apa sahaja yang terlintas,curiga dan ingin tahu terus sahaja bertanya,bukan simpan dan membuat tanggapan sendiri. Kalau susah,maka tiada kepercayaan yang ada antara kita. Kata kawan,tapi... hak dibahagi, kepercayaan dibahagi, dan semestinya kasih sayang juga begitu,bukan? Jangan tipu pada diri sendiri. Relfect diri sendiri,kita semua.
Aku percaya kita semua ada usaha masing-masing buat kawan-kawan kita tapi kalau tujuan tak sama,usaha yang membawa haluan yang berbeza...tidak mengejutkan kalau ia boleh membawa suasana yang haru-biru. Anyway,kalau aku...aku keep telling myself that kita semua manusia dan tentu ada buat salah,kita semua berkawan dan tak sentiasa manis dalam berkawan pasti ada pahitnya. Tapi aku nak pahit itu kita hadam jadikan ia seperti ubat yang membawa manfaat pada diri kita. Aku maafkan kalian semua,dan aku juga ingin meminta maaf atas segala salah silap,dosa kecil atau besar. Allahu'alam. Jaga diri,jaga iman dan agama. Fi hifzillah. Assalamualaikum
Kita bukan sekadar kawan,kita saudara Islam! :)
:: NN::
No comments:
Post a Comment