Wednesday, August 12, 2015

Ijazah Sarjana Muda (Degree)

Assalamualaikum

Ni hao! Pe khabar semua? Hiii. Okay semalam hari keputusan UPU kan ? Termasuk In lah orangnya. Ramai kekawan In tidur tak lena, makan tak selera. Berdebar-debar kata mereka. Yang In ni? Tidur nyenyak, makan kenyang, tengok TV gelak sakan serupa heartless je. Huahua. Haip. Bukan heartless... Beza tau tak ada perasaan dan tenang. Tak ada perasaan tu selalunya orang tak ambil kisah tu dia tak rasa apa. Tapi ni In ada rasa. Rasa tenang. Sebab In dah serahkan segalanya kepada Allah, In dah doa sehingga keakhirnya dan In redha. So In bangun tidur tu terus check dan reaksi In dengan mamai mamun tu cuma ... "Oh..." X'D Baca je "TAHNIAH!!! Anda... blablabla..." Terus macam ..."Okay..." Dah sedar, fresh bagai baru rasa macam OMG!!! DAPAT! Alhamdulillah. Baru turun bawah bagitau Mak and text Abah (Sebab Abah tak de dalam rumah time tu). 

Okay, as I said earlier from my previous post, In tak akan bagitau dimana dan universiti apa dulu. Sebab belum pasti In akan kekal. In akan masuk, tapi tak pasti kekal ke tidak sebab mungkin ada rancangan lain, who knows. Tapi yang pasti kekal disitu atau tidak, alhamdulillah In dapat sambung jurusan Undang-Undang (HONS). Syukur. Lepas ni boleh pakat sebut selalu jadi peguam yang baik ke apa sebab nampak macam ke arah situ. Nampak je lah! Hahaha. Kalau nak further study lagi, mungkin ke arah Pensyarah lah. In syaa Allah. Alhamdulillah sesangat dapat tempat, dapat kos yang In nak pula tu. In harapkan dapat kos tu lah sebab Asasi dah buat Law. 

Walaubagaimanapun, In turut rasa dukacita dengan kekawan In yang ada tak dapat apa dan ada dapat, tapi bukan jurusan Undang-Undang yang mereka inginkan. Terkejut. Betul. Sebab ada yang result mereka lebih baik dan tinggi daripada In. Ada yang siap dapat interview lagi, tapi bila buka UPU tak dapat apa. AllahuAllah. Dugaan. Allah mungkin nak menguji kesabaran. Sabarlah kawan-kawan. Kata-kata In tak dapat sembuhkan kekecewaan atau meringankan perasaan itu tetapi percayalah In turut rasa sedih sama sebab berhasrat untuk menuju ke arah yang sama bersama-sama :') Tetapi Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Kita mampu merancang dan Dia menentukannya.

Ingatlah, Allah beri apa yang kita perlu, bukan kita mahu dan sememangnya Allah itu terbaik dalam perancanganNya terhadap kita. Dia berikan yang terbaik buat kita. Kita tak nampak sekarang, kita akan lihat dan mengerti masa hadapan nanti, In syaa Allah. Yang penting, tanamkan rasa kesyukuran, tawakal redha dan ikhlas. In kali ni bebetul rasa Allah akan berikan yang terbaik buat kita. Lagi-lagi bila kita sabar dan ikhlas. Kenapa? Sebab In time cuti dulu tak dapat pun mana-mana interview. Sedih? Kecewa? Tidak. Mungkin sekelumit tapi ikhlaskan. Tanamkan, "Allah tahu apa yang lebih baik buat aku" In tahu, sangat tahu tidak dapat interview bukan pengakhiran In. Bukan bermakna In tak akan dapat kos Undang-undang. 

Bila dengar ramai kekawan dapat interview itu, ini... In turut happy buat mereka,ikhlas. Allah tahu bila masa kita gembira ikhlas dan tidak ikhlas atas kejayaan kawan-kawan kita terutama saudara Islam kita. Ikhlaskan hati dan doakan yang terbaik. In sebenarnya bukan dapat 100% apa yang In inginkan. In walaupun berserah segalanya kepada Allah tapi doa tetap jalan. Ada harapan kecil In ingin sambung di satu tempat ni dengan kos Undang-undang. TETAPI, selepas In nyatakan hasrat, In susuli dengan doa "Tetapi Ya Allah, jika ia buruk buat aku, masa depanku, agamaku, keluargaku, negaraku maka jauhkanlah.Berikanlah yang terbaik buat diriku, masa depanku, agamaku, keluargaku dan negaraku. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami semua." Dan jangan lupa doa buat guru-guru kita dan kekawan kita selain keluarga, 

Kalau orang tanya In macam mana In boleh istiqamah buat sesuatu perkara macam pakai stokin ke apa, sebabnya In dah pernah rasa. Rasa Allah sangat mendengar dan pemurah. Rasa Allah begitu baik dengan In. Tak kan In nak balas dengan melanggar perintahnya? Kita buat baik sekali, Allah beri berkali-kali baiknya, ganjarannya kepada kita. Jujur, In merasainya. Sepertimana In ikhlas tak dapat interview, tak merungut, tak kecewa. Alhamdulillah kini In ada tempat di salah satu universiti dengan jurusan yang In inginkan. Alhamdulillah. Sejujurnya, In sangat tidak suka interview. In rasa macam Allah sangat tahu dan mungkin In tak akan dapat buat yang terbaik dalam interview. Heheh ><'  Jadi In rasa macam Allah ada rancangan lain buat In so here I am :) I am going to be a degree student as a law student again. Syukur.

Sebab tu In tak putus-putus kata kepada yang tidak dapat apa-apa tawaran or tidak dapat apa yang diinginkan jangan merungut dan terlalu sedih. Sedih tu ala kadar dan move on. Wait, sabar. Kan ada rayuan lagi. Kan ada intake lagi. Mungkin rezeki tu lambat datang. Dalam doa, doalah "Ya Allah kau permudahkanlah rezeki itu datang kepada aku sekeluarga, jika ia di atas turunkanlah, jika ia dibawah timbulkanlah dan jika ia jauh, dekatkanlah. Percepatkanlah, Ya Allah." Macam doa solat Dhuha. Yang tak dapat apa yang diinginkan, jangan tengok diri sendiri, tengok orang lain kiri dan kanan tu. Ada yang tidak dapat apa. Allahu... lagi berat rasa. Kekadang kita rasa bukan berat sebab diri kita, tapi sebab Mak Ayah kita kan ? Faham... :') Kekadang rasa macam tak dapat berikan yang terbaik buat ibu bapa. 

Tapi kita lupa, yang paling berkuasa itu Allah. Tiada yang boleh menandingi Allah termasuk sesiapa saja yang punya kuasa di UPU. Hahahaha. Jadi berbalik kepada Allah. Move on dengan ikhlaskan hati dan sabar. Doa. In syaa Allah. Allah itu kan Maha Pemurah. Maha Mengasihani. Allah sayang kita dan In pasti Allah tak suka tengok kita macam tu. Macam kita buat salah, Mak Ayah kita marah, cuma nak didik kita. Bila nampak kita menangis mesti berat hati mereka. Tapi mereka tahan. Macam itulah Allah. Allah menguji untuk jadikan kita lebih baik, tingkatkan iman kita kerana matlamat sebenar kita untuk masuk syurgaNya. Jadi sabarlah :'). Bukan Allah tak sayang. Bukan Allah tak adil. Huhuhu. Hidup ada naik turun. Ada yang dapat pointer 3.7 something tak dapat apa or tak dapat seperti dia inginkan. Itu bergantung rezeki masing-masing dan ujian yang Allah berikan. 

Kekadang In rasa bersalah, orang yang lagi tinggi pointer dia daripada In tak dapat apa-apa, dan tak dapat jurusan undang-undang. Tapi In ingat balik, Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat kita semua. Rezeki Allah sudah tetapkan masing-masing dan tiada siapa akan merampasnya. In tak tahu sama ada mereka utamakan STPM and matriks dulu baru Asasi, In tak tahu. Yang In tahu ada rezeki tu, ada. Cuma cepat atau lambat. Cuma degil dengan mengikut keinginan sendiri atau redha dan ikut apa yang Allah aturkan. Follow the flow is the best ;) You didn't get the right one, MAKE IT RIGHT. You didn't get that worth from your result, then MAKE IT WORTH. It depens on how you see it, on how you think of it. Optimis, husnudzon kepada Allah. Everything's gonna be alRIGHT.

Syukur. Alhamdulillah. Atas segala nikmat Tuhan berikan. Astaghfirullahal'azim atas segala dosa kecil dan keburukanku. Ampun maaf jika ada sesiapa terasa. Tidak menuju kepada sesiapa. Cuma bila baca ni jangan pandang macam In untung dapat at least kos yang In mahu. Sebab ada perkara lain yang korang tak tahu dan In masih tak cerita. Bila nak cerita? Bila tiba masanya :) Semua ada pros and cons. Tinggal pilihan nak terus merungut dan berdukacita atau bersyukur dan ikhlaskannya. Fi hifzillah wa fi amanillah.  

:: NN ::

No comments:

Post a Comment