Thursday, February 21, 2013

Fakta Al-Quran #3

Assalamualaikum


Fakta Al-Quran dari rujukan yang lain terus diteruskan dan moga ada info yang baru yang kita peroleh.

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.


2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurân terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti.

:: NN ::

16 comments:

  1. nice sharing...and thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. time kasih.
    aida dapat ilmu yg bermanfaat hari ni :)

    ReplyDelete
  3. Dapat Ilmu lagi In..TQ dik!..
    akak mcm byk lagi kena perbaiki dlm diri..
    TQ. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ... sama-2 kita perbaiki kekurangan diri yang ada ... La syukran 'ala wajib :)

      Delete
  4. keep on sharing dear., Sis suka baca., ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah .. alhamdulillah ,terima kasih ^^,

      Delete
  5. wow!!!!! sekali lg perkongsian Fakta Al-Quran yang baik... tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,alhamdulillah .. Kehebatan fakta yang ada dalam al-Quran patut kita tahu kan :D

      Delete
  6. Trima kasih atas perkongsian.. Al-Quran membicarakan ttg dunia juga akhirat. Al-Quran juga mebicarakan persoalan hidup dan mati. Ini maknanya islam menganjurkan hidup dan kehidupan berkonsepkan wassatiyyah, tidak terlampau mengejar kehidupan di dunia dan tidak terlalu memfokuskan kehidupan sesusah mati di akhirat, malah diseimbabangkan antaranya, dan dunia dijadikan medan utk melabur buat bekalan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La syukran 'ala wajib :)
      Betul sangat ... hal dunia dan selepas ini perlu seimbang :)

      Delete