Friday, February 15, 2013

Pendeta Kristian dan Khalifah Umar bin Khattab

Assalamualaikum

Cerita kali ni In sekali lagi ambil daripada buku 'Like Father Like Son' by Mohammad Zaka Ali Farisi.Cubalah cari buku ni,pelbagai untaian kisah yang penuh hikmah!Seronok sangat baca buku ni ^_^. Let me share another story from this book!

Sebagaimana yang diketahui,Umar bin Khattab adalah khalifah kedua dari Khulafa' Ar-Rasyidiin.Kepimpinan beliau sangat tegas tetapi bijak.Beliau tidak memandang bulu dalam menerapkan hukum Islam. Namun,di sebalik sikap tegasnya ini,sesungguhnya beliau adalah seorang yang memiliki peribadi yang santun dan penyayang,termasuk kepada penduduk yang ada di daerah-daerah yang telah ditakluknya.

Ketika itu,pasukan Muslim berjaya menguasai daerah di sekitar Baitul Maqdis. Awalnya,para penduduk yang beragama Kristian merasa was-was. Mereka risau pasukan Muslim berbuat kerosakan di daerahnya. Untuk menggagalkan hal itu,beberapa pendeta merancang perjanjian damai dengan  Umar. Para pendeta itu meminta supaya Umar sendiri yang terus menemui mereka.

Berangkatlah Umar menuju ke sebuah gereja. Di sanalah kedua belah pihak akan menandatangani perjanjian damai yang berisi jaminan terhadap jiwa,harta,gereja,salib dan beberapa aturan yang berhubungan dengan umat beragama. Dalam perjanjian ini,Umar bersepakat dengan larangan bagi pasukan Muslim melakukan segala bentuk tindakan kekerasan terhadap penganut agam Kristian.

Di sela-sela pembahasan perjanjian damai ini,terdengarlah azan berkumandang.Umar bergegas keluar untuk menunaikan solat di salah satu sudut gereja itu. Seorang pendeta melihat hal ini.

"Jika tidak keberatan,silakan Tuan bersolat di dalam sahaja,"ujar pendeta itu dengan sopan.

"Terima kasih.Saya memang sengaja solat di luar.Tujuannya supaya kelak tidak ada yang berkata bahawa Umar telah mengubah gereja menjadi masjid,lalu orang-orang Muslim di kemudian hari mengikuti hal ini."

Cerita tamat :) Jadi,dapatkah nilai,pengajaran atau hikmah disebalik cerita ini? Share dengan In , ya ? ^_^ Lain orang,lain sisi pandangannya :)

:: NN ::

18 comments:

  1. kak Nazmin,, saya tidak berapa faham la.. ^^ boleh jelaskan lagi?? hehe... kak Nazmin,, pernah tangok filem MY NAME IS KHAN?? saya suka tengok cerita tu,, buat orang menangis.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Kak In jelaskan :)
      Oh,tak pun .. hohoho

      Delete
  2. subhanallah! fiq ingtkan pendeta tu cm tak bg solat.. rupa2nya dia suruh solat kt dalam..tp knp khalifah ckp cmtu ae? fiq pun tak bper faham gak..cer kongsi sket.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright,In akn kongsikan pendapat In dan rakan-2 lain dlm satu post yg lain :)

      Delete
  3. Replies
    1. Sure,In akn kongsikan pendapat In dan rakan-2 lain dalam post yg lain ^^,

      Delete
  4. kak prnh tgk crita my nme is khan x?...If akak tgk msti akak akan rse geram je yelah dia kte islam tu penganas(terrorist)..

    http://queen-sophia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun.. Oh seriously ? Hmmph,nnti akk akn cuba cri mse utk tngk :)

      Delete
  5. rsenye eh.....dlm agama, setia agama, ajar dh nilai2 murni. contohnya, org islam wajib utk ttup aurat. cmtu jgk buddha. kena tutup, even xdisarung kepala. cmtu jgklah kes ni. sefaham aqis. tegur aqis kalau salah. ad niai tu, cuma ade y simpang ke kanan, ade ke kiri. byk sgt cabang.

    ReplyDelete
  6. nice sharing dik..baru sys tahu.:)

    ReplyDelete
  7. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. mesej dari kisah,jumhur ulama memtutuskan sah dan harus untuk umat islam bersolat di dalam gereja(terutamanya andainya darurat) cuma tidak digalakkan dan makruh sahaja. Malah akalu diirujuk kitab Munyatul Musolli karya Sheikh Daud al-Fatani, bersoalt di kuil pun sah cuma makruh dan tak digalakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,terima kasih atas perkongsiannya ! ^_^

      Delete
  9. Banyak pengajaran nya kan.. baru juga tahu. TQ In.. TQ cikgu shameel jg..komen di atas memberi info:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,memerlukan telitian dan pemikiran yang matang utk kemukakan pendapat :)
      La syukran 'ala wajib,sis :)

      Delete