Sunday, June 2, 2013

Saudara Adam

Saudara Adam,
Maafkan Hawa jika cintamu ditolak
Bukan niatku untuk merendahkan cintamu
Bukan hasratku untuk menilai cintamu

Fahamilah saudara Adam,
Diriku ini masih kerdil
Pemikiranku masih muda
Nafsuku masih bergoyang

Dengarlah saudara Adam,
Cinta Hawa hanya untuk seorang
Dia yang mengenal tanggungjawab
Dia yang tahu untuk membimbing

Lihatlah saudara Adam,
Sepasang cincin ini hanya untuk seorang
Dia yang tahu untuk menghormati orang tuaku
Dia yang tahu untuk membahagiakan keluargaku

Wahai saudara Adam,
Maafkan Hawa jika pernah menyakitimu
Maafkan Hawa jika diri ini membuatkan nafsumu bergetar
Maafkan Hawa jika diri ini membuatkan hatimu dikayangan

Saudara Adam,
Hawa berdoa agarmu mengerti
Doaku agarmu bahagia
Akan ku doa keberkatan dari Ilahi

Dengarlah saudara Adam,
Terima kasih Hawa ucapkan
Kerana tanpamu takkan sempurna
Tuhan ciptakan saudara Adam dan Hawa untuk saling melengkapi

:: NN ::

12 comments: