Monday, March 17, 2014

Kek Ala Keju

Assalamualaikum

Hi semua. Hari ini mari In kongsikan satu resepi yang baru je In buat semalam. Jangan pelik,sebenarnya berkongsi resepi ini memang pernah sejak blog lama dulu. Dulu In berkongsi kek coklat pertama kali In buat dan jadi dan sedap. hehe. In syaa Allah nanti In akan kongsikan kembali :) Hari ni resepi dapat daripada blog INI . Cuma In ada ubah sikit lah dari segi acuan guna. Nama asal Kek Span Keemasan.Nama je sponge kek tapi texturenya lebih kurang macam kek keju. Jadi In ubahlah nama ke Kek Ala Keju :P Sedap,in syaa Allah :D

Mine one :D

Bahan A :

50 gram mentega
50 gram tepung kek
3 kuning telur (Gred A)
55 gram susu segar
1/2 camca teh @ separuh tudung botol esen vanilla

Bahan B :

3 putih telur (Gred A)
50 gram gula kastor
6 gram tepung jagung

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 140C, sediakan tin bulat bersaiz 6.3 inci atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. (Saya guna tin chiffon.Jika guna loaf tin,tin tu bahagian bawahnya tak boleh ditanggalkan, maka alas dengan kertas. Tak perlu disapu dengan mentega). Ketepikan.
  2. Dalam periuk kecil, cairkan mentega dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api, kemudian masukkan tepung kek, kacau pantas hingga sebati. Tuang susu dan kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga rata dan licin. Ketepikan.
  3. Gaulkan gula kastor dan tepung jagung hingga rata. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Putar putih telur hingga kental. Ketepikan.
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur, gunakan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan baki putih telur, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan masukkan ke dalam oven, di rak bawah.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Kemudian keluarkan kek, dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin. Potong dan boleh hidangkan.
Sikit kan amaun bahan digunakan? Loyang/tin pun kena kecil. Kalau nak guna yang besar kena doublekan sebab takut nanti keknya nipis macam In punya. Tapi In suka. hahaha. Selamat mencuba ! :)

:: NN ::

12 comments:

  1. rasa dia mcm cheese cake ke wah wah wah <333
    nakkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak pasti macam mana tapi texture macam tu :D

      Delete
  2. wah cukup ke kek tu klau mkn ramai..nk kne buat tbal la kot utk fmly..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup. Kena double it untuk lebih tebal dengan loyang yang lebih besar. Baru cukup ! :)

      Delete
  3. Salam In..

    eh pe mende besi tgh2 tu?
    ehehehe

    alaa yg xde telo nye resepi xde ke tu..huhu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)

      Ehh ingatkan yang rajin share recipe tahu...hee. Tu lah loyang chiffon. Nak bagi lubang tengah. Haha ^_^

      Tak de la,tanpa telur kurang umph ;p hehe

      Delete
    2. haha tu la..lau xde telo mmg kurng ummmpphh nye tp nak wat cmne..fmly ade yg xleh mkn telo..huuuu

      Delete
    3. Oh ye ke... nanti kalau In ada buat recipe lain tanpa telur In inform ye ^^,

      Delete
  4. Wahh wahh , macam sedap je . hm , Amy tak minat nak baking2 nie . Ape kate In kongsi , hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...jika dekat boleh je berkongsi. Cek terbuka hati sangat. heh heh :D

      Delete
  5. Pergh! meleleh ayaq liuq tengokni. Nak sikeeet. :D

    ReplyDelete