Wednesday, March 26, 2014

Musuh Kecundang

Assalamualaikum

Hello semuanya. Sihat ke tidak? Saya alhamdulillah sihat wal'afiat. Musuh? Musuh mana pula ni kan? Tak baik hidup bermusuhan :P Hehe... Okay idea ini menerpa untuk In berkongsi pengalaman In sendiri kerana di Ask.fm tadi ada yang tanya macam mana saya dapat 8A time PMR dulu. Okay,pertama sekali saya tidak berjaya meraih 8A time PMR dulu T.T ............ menangis okay,menangis. Saya dapat 7A1B. B Sejarah. Kalau ekotkan,lagi 1 atau 2 soalan daripada OMR tu boleh jadikan In dapat A untuk Sejarah. Namun ia sudah TERLAMBAT. Time tu menangislah diam-diam balik rumah sebab time tu kejar dunia sangat :P Tak ada lah,time tu baru je kehilangan arwah Wan so I thought I could get all As for my maktok at least. Sobs sobs. Time tu orang semua kata tak apa tak dapat straight A sebab peristiwa kehilangan Wan 4 hari sebelum SPM. BUT In tak pernah jadikan ia sebagai alasan !!! NO !!! Kehilangan Wan tersayang tidak mematahkan semangat saya dan tidak mengganggu konsentrasi saya ketika menjawab peperiksaan. Malah lebih semangat tau! Anyway,rezeki dah tak ada untuk Sejarah tu kan. Redha je. ^_^...

So so... In nekad dan tekad (apa beza?haha) untuk dapatkan,tuntut A itu sewaktu SPM kelak !!! In jadikan SEJARAH MUSUH UTAMA. Fuhhh kemain kau In. Hehe. Serious talk okay,memang In labelkan sejarah ni musuh In. Musuh harus ku tangani. Kuikui. So so belajarlah kan. Tekun tu tekun juga kot. Haha. Tak ingat tbh :P But In tiada masalah dengan cara ajar cikgu sejarah In iaitu bernama Cikgu Rahim !!! Kawan Abah saya dan Paklang saya tu. Hahah. What I like the most is ada essay !!! Yes. Dulu time PMR tak ada essay membuatkan In macam kurang sikit nak belajar sebab bulat-bulat kan konon kalau tengok ABCD boleh tau jawapan. Hahah. Tapi ia sungguh memerangkap dengan jawapan macam semua betul je :P Bila naik SPM ni ada essay banyak syok maaa. Lebih kerap membaca. Essay pun markah besar-besar. Boleh kelentong,kalau kena nasib la. Haha. Boleh cari akal. Tulis semua apa ada dalam otak tak kisah topik betul ke lari :P Itu semua terletak kepada pemeriksa nak terima atau tidak. Sudah menjadi tugas pemeriksa untuk membaca semua jawapan pelajar dengan teliti. I'm sorry =D . In lagi suka dengan soalan KBKK atau HOTS. I love thinking. So le me that type of person,it must be an advantage to me kan? Heheh. Alhamdulillah ini semua kurniaan Allah. Waktu form 4 kot tak pernah rasanya dapat B untuk Sejarah. Naik form 5 pernah apabila cikgu ditukar kepada cikgu Mahaya. Tak biasa kan dengan cara cikgu baru so jatuh sekali kepada B. Terkejut kot :P . Lepas tu naik semula A je tak kira A-/A/A+ lepas tu... Time dapat 7A1B waktu PMR tu kan,rasa macam Ya Allah,aku jatuh. Ya Allah,aku tidak berjaya. Aku kecewakan keluargaku. Hadoi... sedih. And tekalah apa In dapat untuk Sejarah SPM ni ? A+ !!! Weehooo... syukur syukur. In memang target Sejarah A+ pun. Puas balas dendam untuk PMR dulu. Haha. I'm sorry kalau pembaca tak selesa dengan perkongsian In :(. Seriously In bukan berniat nak meninggi diri,menunjuk atau apa. Na'uzubillah min zalik. Tapi In nak kata berdasarkan pengalaman In sendiri,jatuh sekali tidak bermakna jatuh selamanya. Kalau kita bangkit,tidak berputus asa,usaha,doa dan tawakal in syaa Allah kita dapat bangun dan kecapi kejayaan yang kita impikan. Betul,In syukur sangat dapat A+ untuk Sejarah. Puas sangat seakan In dah tebus untuk PMR dulu. Ya memang In dah tebus atas izinNya. Syukur sangat!

Jadi adik-adik sekalian mahupun same batch atau yang lebih tua,sekali kita jatuh tak bermakna kita tak boleh bangun semula. Kekadang kejayaan kita itu ada tetapi kedatangannya sedikit sukar dan lambat. Doa semoga Allah permudahkan segalanya. Tapi yang pasti kena usaha,semangat,yakin kepada Allah. Hidup kena semangat. Tak semangat benda positif tak tertarik pada kita. In syaa Allah yea,semangat. Buat adik-adik,akak doakan kalian menjadi lebih baik daripada kami yang sudah melepasi peringkat adik =) Bukan sekadar lebih baik dalam pelajaran tetapi juga pada akhlak. Attitude changes everything ;) Selamat maju jaya. Allah yuftah 'alaikum. Hidup jangan pernah putus asa dan tidak putus mendoakan rahmat dan keredhaan Allah. Apabila kejayaan tiba dalam hidup anda,jangan lupa untuk berterima kasih kepada Allah SWT. Sesungguhnya apa sahaja yang kita dapat dan ada sekarang adalah pinjaman semata-mata. Pemilik sebenarnya adalah Allah SWT ! Salam. Fi amanillah ! =D

"Aim for the sky, if u fall, u'll at least fall on the tree top. If u aim for the roof, u'll fall to the ground." - grandma ❤️

---A tweet from my cousin Afifah :) Tak pasti grandma belah ibunya atau ayahnya. If ayahnya then isteri my beloved Wan Mamu...:D Anyway,suka apa yang dikatakan itu. Semoga menjadi inspirasi kepada kita semua,in syaa Allah!---

:: NN ::

14 comments:

  1. Alhamdulillah , tahniah In . Tinggi betul semangat juang In :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,terima kasih ye :)
      Haha wajib tu. Hidup kena semangat,tak boleh putus asa ^_^ ... Amy pun ye? =))

      Delete
  2. salam In..

    yup!btul tu..wahh kate2 yg penuh semangat dari adik yaya ni ye..hehe ;p
    guddd ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt :)

      Hehehhhh...kena semangat untuk terus maju. kihkih... :D

      Delete
  3. Tahniah In... sebagai seorg guru saya berbangga bila membaca tulisan In ni.

    ReplyDelete
  4. IN!!!! sorry lama tak jengah sini!!! sorry sgt2!!!! wah, cmner result SPM aritu? mesti cemerlang kan? cadang nak futher stdy kat mner? huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehh,tak pe lah. Busy ye kan ? :D
      Alhamdulillah,biasa-biasa je kot ^^,,
      Hehe tu tengok dulu... :DD

      Delete
  5. Assalamualaikum kak in. Err agak2boleh teka tak siapa ni? Ingatkan nak follow kak in tapi google ada prob. Jadi kalau sudi singgahlah http://si-alter-ego.blogspot.com/ ok? :)

    ReplyDelete