Friday, April 4, 2014

Seorang Budak Yang Beriman

Assalamualaikum

Hi. Maaf agak lama tak update. Busy sikit dan letih :) . In ingat nak update topik Hiburan dan pekerjaan baru In tapi nantilah sebab nak type panjang juga . Untuk kali ni,In dapat satu cerita pendek daripada cousin In. Dia cerita ni kat Insta yang telah disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan direpost daripada abangnya juga di Insta. Kedua-duanya di share di twitter,tu boleh baca tu. In tak ada Insta. Hahah. Thank you Afifah and Arif dengan perkongsian ini and I wanna share it here,boleh kan? :> hehehe . In tertarik dan suka dengan cerita ni. Pendek tapi penuh hikmah dan ada umph bagi In. Haa... Jom jom baca :)

Nabi SAW pernah bercerita, " Pada suatu zaman, ada seorang budak yang beriman. Dan raja ingin membunuh budak itu. Raja menyuruh tenteranya membawa budak itu ke atas gunung dan membunuh budak itu. Tetapi belum sempat mereka membunuh budak itu, Allah telah mematikan tentera-tentera yg membawa budak itu. Kemudian budak itu dibawa berjumpa dengan raja. Raja mengarahkan tenteranya untuk mencampakkan budak itu ke dalam laut. Apabila tiba di tempat untuk mencampakkan budak itu ke dalam laut, Allah menjatuhkan tentera-tentera itu ke dalam laut. Budak itu pon dibawa berjumpa raja sekali lagi. Dan budak itu berkata kepada raja, 'engkau tidak akan dapat membunuh aku kecuali jika engkau kumpulkan semua penduduk di satu tempat. Kemudian aku berdiri di tengah-tengah dan engkau panah aku dari jauh dgn mengucapkan "bismillahirabbilghulam" '. Pada hari seterusnya, raja itu mengumpulkan semua orang dan meletakkan budak itu di tengah-tengah. Budak itu dipanah dari jauh dengan ucapan "bismillahirabbilghulam". Dan setelah dipanah, budak itu pun syahid. Seluruh masyarakat yang dikumpulkan itu kemudian memeluk Islam setelah menyaksikan peristiwa itu." Seseorang itu tidak akan mati kecuali dengan izin Allah. Cara kita mati itu hanyalah sebagai asbab. ^_^

Alhamdulillah serba sedikit dapat juga tahu lagi kisah terdahulu yang lain. Kisah ni ringkas dan senang ingat. Mudah juga dikongsi haa =D Sampai disini sahaja dulu. In akan blogwalking dengan blog anda semua secepat yang mungkin ye ! In syaa Allah :D Fi amanillah :))
:: NN ::

8 comments:

  1. Salam In... lama akak tak dtg sini...rindu nya:)
    terima kasih berkongsi info ni.. hanya dengan izin Allah shj barulah sesuatu perkara itu akan terjadi kan.. besarnya Kuasa-NYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... hehe,tak pe busy kot kan and In pun tak update blog =))
      Ya,la syukran 'ala wajib... betul tu sis ^^, Allahu...

      Delete
  2. salam In...
    yaya pernah juga dgr cerita ni..seronok dgr.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Min atas perkongsian. Nice sharing. Amat bermanfaat utk membugarkan rohani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La syukran 'ala wajib :)
      Alhamdulillah... In syaa Allah :))

      Delete