Hi semua. As I said In dah ada pekerjaan. Dah 4 hari In bertugas. Hehe. Sekarang ni In sedang mencari duit sendiri dan menimba pengalaman. In sekarang seorang guru! Hehehe... Guru tadika. In tak pasti berapa lama In akan berkhidmat. Ada satu 'syarat' In tak terima lagi so selagi tak ditawarkan selagi tu In akan terus bekerja kot :P Hahaha. Harap-harap diorang lupa. Kuikui... In akan datang paling awal ke tadika pada jam 7.20 pg mungkin dan paling lewat setakat ni 7.30 pg. Pernah merancang nak datang lagi lewat tapi tak pasti lah bila. kahkah. Pelajar ada perhimpunan pagi pada jam 8.30 pg. PDP akan bermula pada jam 9.00 pg. Setiap subjek setengah jam. In selalunya mengambil tugas subjek 2 terawal. 9.30 pg rehat. So In akan bermula mengajar pukul 9.00-9.30 pg dan sambung 10.00-10.30 pg. Walau bagaimanapun,In mengajar murid 5 tahun dan mereka seramai 24 orang !!!! 7 lelaki dan 17 perempuan. Whewww,guru mana boleh mengajar sendirian dengan budak tadika seusia itu!!! Hahaha. Perangai tu ya Allah... biasala budak-budak belum mumayyiz. So In dan seorang lagi guru yang dikenali sebagai Kak Ida bersama-sama mengajar,tolong menolong antara satu sama lain. Hahah. So boleh kata semua subjek In ajar bersama Kak Ida :P
Cakap mengenai subjek yang diajar,ada subjek Bahasa Arab,Peribadi Muslim,Jawi,Doa/Surah/Hafazan,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Komputer,Matematik,Melukis. Ada kelas tambahan Iqra' yang diajar oleh Kak Mashitah. Semuanya basic so rasanya not a problem to me. Buku teks pun ada. Hahah. In syaa Allah. Setakat ni,ada masa boleh kawal diorang ada masa memang tak boleh. Ada yang suka bersembang tapi cerdik. Ada yang nakal dan cerdik. Ada yang tak boleh fokus. Daya tumpuan lemah. Ni bahaya. Minggu depan exam tak tau la macam mana diorang buat nanti. Hahah. Kadang-kadang nak ajar di depan macam kita mengajar budak sekolah rendah dan menengah memang tak boleh. Kita kena ekot cara diorang. Ada yang suka duk bawah meja guru lah apa... So kita kena pergi kat diorang dan ajar kat situ =.=''' Haha. At least diorang akan belajar daripada kita tidak endah. Kesian ibu bapa diorang. Ada yang kena ajar seorang demi seorang dan ada yang senang sikit ajar secara berkumpulan. Kadang-kadang suruh kawan diorang yang ajar. Haa.
Biasalah bebudak tadika. Habis ja mesti bersepah. Memang kena kemas. Pastu satgi ada la nangis sana sini bergaduh. Ada yang asyik datang kat cikgu,"Cikgu si fulan tak nak kawan dengan saya". Hmmmm. Hahahah. Kekadang In malas nak layan dah,kahkah. In kata ja,"Cakap cikgu suruh salam.". Satgi ada juga kata "Cikgu,si fulan tutup telinga tak mau dengar." Okay cara kedua,"Cakap cikgu panggil datang sini." Satgi datang In suruhlah diorang salam dan minta maaf. Hahah. Ada yang EGO tu besau benornye. Tak mau minta maaf,tak mau salam. Hmmm,tapi tak lama tu diorang kawan balik secara tidak sengaja. Tu la keistimewaan budak-budak. Hati bersih. Tak berdendam,sekejap je lupa :) Yang bagusnya tadika ni mendidik mereka cara Islam. Kalau gaduh satgi tanya la "agama Islam itu apaaaa?" Nanti diorang cakap "bersaudaraaaa..." Hahaha. Pastu cakap lagi, "Dah tuuuu kenapa bergaduh??" Jengggg. Hahaha.
Bila dah 4 hari In mengajar ni banyak juga In sedar. Pertama sekali seingat In dulu,sewaktu In tadika tak adalah perangai 'macam tu'. Hahah. In ni jenis duk senyap. Sembang ada tapi belajar,belajar. Ceh. Poyo. Hahah. Main pun main. (In ada cerita kot semasa In kecil-kecil dulu sikit kat blog). Masalahnya In tak ingat bagaimana In belajar dan macam mana Teacher In mengajar In dan kekawan lain untuk menarik perhatian kami dan membuat kami faham. So In sedar menjadi guru tadika ni memang susah,mencabar dan patut berikan pujian dan respect! Tahulah kan budak-budak nak main je. Guru tadikalah paling banyak berjasa pada kita bagi In. Bagaimana mereka mendidik kita berakhlak baik,mengenal warna,huruf dan nombor. Bukan senang nak tarik minat budak-budak ni dan nak make sure mereka faham dan ingat melainkan mereka ni memang genius. Haa. So jangan anggap kerja guru tadika ni senang. Seronok memang seronok juga tapi lebih lagi dengan penat dan menguji kesabaran. Haha. Serious ni. Satgi ada pelajar yang tak boleh nak handle diri sendiri. Contohnya ada seorang anak murid In ni lepas perhimpunan je kena bawa pergi tandas untuk kencing. Kena tolong basuhkan. Dalam proses mengajar dia untuk uruskan sendiri. Sebab kalau tak dia akan terkencing dalam seluar. Hari ni kali pertama In handle budak tu. Hehewww tak sangka ada bakat :P Reti juga In buat benda macam tu. Naluri perempuan mungkin. Boleh kahwin dah ni? :P Hahazzzz. Nak suruh diorang senyap pun susah juga sampai boleh jadi rock ini suara okay. hahah.
Lepas In sedar tu semua,tak fikir dah pasal gaji dan pengalaman. In cuma nak In berikan yang terbaik buat diorang. Serious talk,selalu rasa macam malasnya nak pergi kerja. Pastu bila sampai sana automatik macam semangat bila tengok bebudak tu semua. Allah... In akan berusaha mengajar dan mengasuh mereka sebaik dan semampu yang mungkin. Hari ni pun diorang dah mengakui hati mereka bahawa mereka sayang saya. kahkah... *syok* :P Tak kisah la berapa lama pun In bekerja kat sini,selagi In berkhidmat selagi tu In akan cuba berikan yang terbaik dan dengan ikhlas. Dengan kesedaran yang In dapat daripada sini membuatkan In tabik lama dengan guru-guru In terutama guru tadika,Teacher Chandra ku =D ...
In akan berkongsi lebih lanjut sekali gambar nanti. See you soon :D Fi hifzillah ! Doakan yang terbaik buat mereka dan kita semua :) In syaa Allah
:: NN ::
best tau jadi cikgu tadika/..:)
ReplyDeleteBest buttttt sangat penat. Hmph tapi bila fikir balik kerja mana yang tak penat kan? :)
DeleteHahaha cayalah kak in. itu tandanya kesabaran mantap di dalam hati tu~
ReplyDeletekita?
uhuk uhuk!
Hohohoooo.... In syaa Allah. Fuhh fuhh semoga Kak In terus tabah :P
DeleteHahaha,boleh nyaaa lah :D In syaa Allah,sabar separuh daripada iman xD
Mesti bestkan mengajar budak2 kecil. hehehe. Baguslah In cari pengalaman. Nnt semua itu akan mematangkan kita.
ReplyDeleteBest tapi penat sangat :) Ni buatkan In lebih respect para pendidik!
DeleteIn syaa Allah :D
Bestnyaaa...In ajar tadika ye.. seronok lah dpt ajar budak2 ...mesti mcm2 perangai mrk..tapi seronok kan..:)
ReplyDeleteBest dan penat,sis :) Tapi bila fikir balik agaknya semua kerja penat kan? ^^,
DeleteAlhamdulillah,terhibur dengan gelagat dan kerenah mereka. Hahaha. Nanti In kongsikan =)
Wah, dah jadi cikgu ye!
ReplyDeleteTak kiralah peringkat umur yang macam mana kita tetap akan berhadapan dengan cabaran cuma bentuk cabaran je yang tak sama. Insyaallah, kepuasan dalam mendidik akan kita peroleh apabila melihat perkembangan mereka.
Alhamdulillah,ibu :) Buat sementara menimba pengalaman. Ye ibu,dah dapat rasa juga kepuasannya ! Syukur :))
DeleteAssalamualaikum, singgah, follow dan salam perkenalan.
ReplyDeleteTeruskan usaha dalam mendidik anak bangsa.
Saya ada buat promosi buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM. Jika berminat boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Terima kasih.
Waalaikumussalam wbt :)
DeleteIn syaa Allah... baik,terima kasih :))