Monday, December 31, 2012

Bloglist

Assalamualaikum

So jenguk-jenguklah kalau-kalau blog korang tersenarai dalam bloglist In [ Assai Ben ]. Haha.

Ciri-ciri Bloglist ?
Kenapa In letak blog korang dalam bloglist ? Haaa,ada sebab lah. Haha . Mungkin :

1) Korang ni supportive. 
In suka orang yang supportive. Sebab In pun suka support orang. Pernah tak merasai bila kita kena support? Kita rasa yakin dan bersemangat gitu. Rasa diterima and etc. Hahaha. Secara tidak langsung In rasa ia mengukuhkan lagi silaturrahim yang terjalin sesama Islam. Ukhuwah fillah bloggers.

2) Korang ni orang yang suka belajar :)
Yup. Ada rakan blogger yang request untuk In buat lagi post mengenai English. Yah,sudi je. In suka orang yang ingin belajar. Memang ingin membantu dan berkongsi segala ilmu yang baik.

3) Korang suka comment.
Yup,secara tidak langsung In merasai korang juga supportive. Beri pendapat korang,respon dan sebagainya. Thanks. Betul-betul menghargainya. In memang memerlukannya so In boleh memperbaiki jika ada kekurangan. Boleh juga bertukar pendapat. Yeah !

4) Blog korang mempunyai post-post yang menarik dan bermanfaat. 
In suka baca post-post korang yang menarik tak kisah lah tentang kesihatan ke,pengetahuan agama ke ape atau macam tempat-tempat menarik ke. Kan salah satu impian In nak mengelilingi dunia? Haha. :D And mungkin cara penulisan korang yang quadruple superb!  In tertariklah,sampai kena buka kamus dewan bahasa edisi terhad . Hewhew *ada ke ? XD

5) Blog In juga ada di bloglist korang. 
Haa,macam balas budilah. Hahaha. Tatau la,In rasa kesian la kalau blog In ada dalam bloglist diorang,tapi In tak letak diorang punya. Macam tak fair je . LOL ! *In sangat mementingkan keadilan* Hahaha.

6) Tak jemu-jemu datang ke blog In
Korang mungkin selalu visit In. So I really appreciate it.

7) Senanglah In nak blogwalking !
Senanglah In nak terjah blog diorang selalu. Klik je kat bloglist. Haha. And In tawu diorang update ke tidak. Haa :D

So maybe that's all ! Salam ta'aruf :) Do keep in touch !

p/s Memang banyak k In bloglistkan sebab In suka membaca. haha. And nanti senarai akan jadi panjang. Sesiapa tahu any tutorial untuk bloglist yang boleh scroll down ? Macam mana entah nak explain. Faham tak ? haha . Supaya my bloglist tak berderet panjang. Hahaha . Share please . Hah,and also blog archive tu. Haha.

:: NN ::

Sunday, December 30, 2012

Surah 93

Assalamualaikum

Hari ni In akan postkan mengenai surah yang ke-93. Mempunyai 11 ayat. Surahnya ialah surah Ad-Dhuha. Tengok sikit macam mana tu surah Ad-Dhuha :)


Surah ini setelah turun berlalu suatu tempoh masa yang lama (3 tahun) di mana tiada wahyu baru yang turun. Ini menimbulkan fitnah di kalangan penduduk Kota Makkah.

Dalam hadith yang lain pula, Ibn Abbas r.a. berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, 

"Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lagi. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia (Nabi)". 

Kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Akibatnya, Rasulullah SAW berasa susah hati. Lalu Allah SWT telah menurunkan surah Ad-Dhuha ini.

Begitulah penerangan ringkas mengenai surah Ad-Dhuha =)

:: NN ::

Saturday, December 29, 2012

Hiccups

Assalamualaikum

Hi ! So hiccups ? Haha,well pada jam 1:4X AM , 28/12/2012 seorang gadis bernama Nazmin Nazifa tersedu-sedu secara tiba-tiba. Pagi-pagi buta. Nak minum air pula,malam-malam nak minum air banyak tak elok sangat tapi terpaksa la. Dah minum dah,tapi tak berkesan. Macam lambat berfungsi maybe ? Lepas tu mula la bingung,apa nak buat ? Abracadabra ! Tiba-tiba ingat sesi waktu belajar biologi with cikgu tercinta In XD *Ehem ... ><'' I heard that cikgu kahwin bulan 12 ni,maybe I should text her later ... haha :D Cikgu,jangan pindah sekolah tau,I need you,next year ! ><''  Eh tanya nama cikgu ? Cikgu Rozita ! Hehe. Okay okay,sambung ... Then,I remembered about hiccups can be cured by breathing into a paper bag ! Yepp!
In pun mengerling mata ke kiri,ada plastik bag kecil...Layann je lah ><' Sedu kuat dah ni... In ambil plastik bag tu and bernafas. Yup,bernafas in and out dalam beg plastik tu. You know what ?? Abracadabra ! Berkesan sekelip mata ! Hahaha... sekejap je,seriously. ^_^ Alhamdulillah ...
Tahu apa punca sedu itu ? Sedu berlaku apabila dalam badan kita kekurangan oxygen.Yes.Hiccups are spasms of the diaphragm thought to be caused by not enough oxygen in the body. Well anyway,I found another causes and common cures for the hiccups.
 
Hiccups are usually a reaction to your stomach and digestive system getting wonky. This happens when you eat too much, drink bubbly drinks like soda, or swallow too much air. Some people get the hiccups for no reason at all. Other things that cause hiccups include skull fracture, epilepsy, tuberculosis and constipation.

Other ways are holding your breath, breathing into a bag, pulling your tongue, sudden fright, or - get this - eating sugar. Just drinking water, if done soon enough, might wash down a chunk of food in the throat that's pressing against a nerve.

Alhamdulillah,In telah mengaplikasikan apa yang In telah belajar dalam kehidupan ini ^^, Ingat,kita belajar bukan sekadar mahu "A/A-/A+" tetapi juga menjadi seorang insan yang berguna yang dapat mengaplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan seharian :D Remember ! ^^,

:: NN ::

Friday, December 28, 2012

English #3

Assalamualaikum

Ok,hari ni kita belajar mengenai Subject Verb Agreement (sva) . Can we start now ? Jom ! :D

A singular verb must be used :

1) When there is a (single subject) , example ;

-(She) walks to school.
-(Uma) reads every evening.
-Yesterday,(Pak Ali) was ill.
-(Ann) has two sisters.
-(My son) is very naughty.

2) When collective noun is used as a whole [ many but take it as one ], example ;

-The (school choir) is very popular.
-This (class) is very noisy.
-The (audience) was very impressed.
-The (basket) of fruits was presented to the speaker.
-The (feet of war) ships has left for Iraq.
-The (furniture) was destroyed in the fire last night.

3) With expressions such as : each, one of the, every, as well as, together with, someone, somebody, much, nobody, every [ take it as one ], example ;

-(Each) of the student is given a pen.
-(One of the) toys is broken.
-(Every) boy is asked to tug in their shirt.
-Sue (as well as) her sisters has been to Sarawak.
-(Nobody) eats at that stall.
-The crew (as well as) her friends loves to paint.
-(Someone) was trying to call you last night.
-(Much) of the leftovers has gone bad.
-(Somebody) has stolen my food.

TIPS : Kalau keliru macam everybody,somebody,nobody ... korang boleh ingat .. perkataan BODY BODY BODY take it as 1 . Sebab ? Korang ada berapa badan ? 1 kan ? so take it as one ! :D

4) When abstract or uncountable noun is used,example ;

-(Water) is very important for living things. [ take it as one because water is uncountable ]
-(Milk) contains calcium.
-(Exercise) is very important. 
-The teacher found out the (information) given was false.
-(Silence) is golden.

5) Refer to a measurement or amount,example ;

-(Ten ringgit) is enough.
-(Two weeks) is a long time to wait.
-(Half and hour) is not enough to write the essay.
-(Ten kilometers) of that road is bad.
-(RM10000) has been raised for the tsunami victims.
-(Three spoonfuls) of sugar is too much for me.

6) Name or title of a book,example ;

-("MeleTop") is a popular tv programme.
-("Little Women") is a very famous novel.
-("Dr.Jekyll and Mr.Hyde") is an interesting book.


Habis :D Ni baru singular verb bukan lagi plural verb. Maybe next time ?  Haha .. Yea, of course ! ^_^. All the best ! 

TIPS : bracketkan "(..)" subject dalam ayat itu baru dapat kenal pasti nak guna is/are/was/were/+s or not.

Dan tahu tak ??

Homeworks  
Homework  

Kalau homework tu banyak,boleh kata "I have a lot of homework."
Homeworks ? There is no such thing . Begitu juga dengan ....

Furnitures 
Furniture  

Informations 
Information  

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua ! See ya !

:: NN ::

Thursday, December 27, 2012

Iman-Malu-Couple

Assalamualaikum

Hari ni In nak cakap mengenai malu. Malu itu sebahagian daripada Iman bukan? Sebelum In mula apa-apa,In ingin meminta maaf andai ia mengguriskan hati mana-mana pembaca.In tidak ada niat,In cuma mengemukakan pendapat dan kefahaman In dalam aspek Malu sebahagian daripada Iman dan juga Couple.

C O U P L E . Mana-mana pergi ada sahaja. Couple ada dua aspek. Haram dan Halal. Halal bagi yang sudah bernikah. Haram bagi yang sebaliknya. Apa kena mengena dengan malu ? Ada ? Setelah meneliti,bagi In memang ada hubung kait. Cabangnya luas sekali. In nak cakap mengenai couple yang dilabelkan haram. Dulu,sewaktu In ada Facebook acap sekali keluar di Home dengan doa-doa mereka. Memohon dan meminta kepada Allah agar hubungan mereka berpanjangan dan di berkati.

M A L U.I M A N

Pertama sekali,In tersenyum. Senyum ada makna. Tak ada makna kena cop gila. Haha ^_^. Kedua, In mula berfikir dan berkata dalam hati. Dalam sedar tidak sedar, mereka sudah melanggar perintah Allah namun masih berdoa untuk sesuatu yang Allah larang. In telah membaca,In telah mendengar di YouTube . Hubungan couple yang tidak halal ini tidak mendapat keredhaan Allah. Jelas-jelas ia sesuatu yang haram kerana couple itu mendekati zina. Namun masih ada pasangan yang tidak bernikah ini dengan tidak malunya meminta sebegitu rupa. Malulah,malu dengan perbuatan kalian yang termakan dengan hawa nafsu,yang bermegah dengan sesuatu yang belum pasti. Sedalam mana cinta kalian belum tentu berjodoh. Sekuat mana setia kalian belum tentu berjodoh. Hebat,hebat bagi yang dapat menepis nafsu mereka tika usia muda ini dan sedihnya bagi mereka yang tenggelam dalam arus nafsu mereka. Kalau benar mereka takut kepadaNya,kalau benar mereka sangat menyayangiNya,ingat kepadaNya,,mereka tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkaiNya. AllahuAlllah. Malulah. Jaga Iman kita . Tingkatkan prestasi teguhkan Iman :)

Ingat,Malu sebahagian daripada Iman.
Terjumpa lalu In edit and letak di sini :) In jumpa dekat blog Aseraf Hilman. Hehe.. Jenguk-2 lah. Banyak post-post yang menarik ! ^^,

C O U P L E

Ada apa dengan couple ? Mahu status semata-mata ? Atau tidak mempercayai hati pasangan ? Kalian couple mesti sebab suka sama suka . Selalunya macam itu lah. Couple itu satu status iaitu korang unavailable untuk orang lain kerana sudah 'berpunya'. Betul ? Lainlah kalau 'bermadu' senyap-senyap. Heh. Bagi In,orang couple kerana tiada keyakinan terhadapNya,yang takut kepada masa hadapan,yang tidak percaya orang. Bagi In kalau dah percaya Allah,tak perlulah couple bagai. Doa sahajalah yang terbaik buat diri kita dan serahkan segalanya kepada Allah. Semoga kita bertemu seseorang yang tepat buat diri kita dan membina sebuah anugerah cinta daripadaNya dengan pernikahan. Halal sentiasa yang terbaik. Don't you think? Dan kalian takut andai masa hadapan tak jumpa seseorang. Please,again. Trust Allah. HE is the best! Dan kalian tak percaya orang lain , that's why kalian nak couple. Nak 'hak' kononnya. Orang lain cannot "touch" him/her except pasangan itu sendiri. Well hello ... selagi tak bernikah perempuan/lelaki itu hak milik Allah dan keluarga . Even dah berkahwin perempuan/lelaki itu hak milik Allah so laksanakan tanggungjawab mengikut suruhanNya. Tak perlulah couple kalau dah percaya sangat dengan 'cinta' dia , dengan 'setia' dia . Kalau dia memang cinta dan setia , memang dia akan selama-lamanya cinta dan setia lebih-lebih lagi kalau sememangnya berjodoh. Tak begitu? Don't you ever think? But if andailah kalian buat seperti itu and one day  lelaki/perempuan tu dengan orang lain dah. Just move on. You'll get a better one. Itu sudah pasti. Janji Allah itu pasti. Ya,manusia ada hati,tidak salah nak sedih-sedih sikit kan tapi control yourself. Ini takdir and redha sahajalah. Mudah,sangat mudah kalau kalian ingat Allah. Ingat dan percaya janji Allah dan segalanya yang berlaku ada hikmah. Allah anugerahkan rasa 'suka','cinta','minat','rindu' itu tetapi tanggungjawab kita untuk mengendalikan perasaan itu bagaimana. Salah satu usaha adalah doa. Simple. Kalian yang buat complicated dengan couple bagai. Bila putus kata 'cinta itu memang menyakitkan and etc'. Anugerah yang diberikan oleh Allah itu sangat indah tetapi manusia tidak pandai mengendalikannya. Kalau salah langkah memang sakitlah. In sedih tengok saudara-saudara Islam In macam ni :(

Cuba tengok,bila couple selepas itu ada masalah dan putus. Apa hubungan kalian selepas itu seperti biasa? Kebanyakannya tidak. Kan? Ada saling memusuhi dan menyakiti. Ada saling memaki hamun dan putus kawan. Tidak bertegur sapa sama sekali. Is this what you all call love ? Malulah,kerana perkara ini juga hubungan sama Islam renggang. Kalian asyik fikir kekasih sahaja tetapi saudara kita di Gaza asyik fikir Allah. One day,kita perlu bersatu tau? Dan ada yang melukakan diri sendiri ambil pisau hiris tangan. Kalau tak reti nak sayang diri,jangan sayang orang lain. Melukakan diri sendiri itu berdosa besar hukumnya. Anggota kalian tu milik Allah jugak. Pinjam je tu semua. Jaga elok-eloklah dah Allah beri elok. Tak reti nak hargai nikmat Allah? Memang menyedihkan ... Berhenti ketidakmatangan itu. Banyakkan berfikir. Penuhi ilmu didada dulu. Berbakti kepada keluarga dan masyarakat dulu.

Ramai tanya In, kalau tak couple macam mana nak kahwin? Kita perlu kenal dia dahulu and etc. You know what? Don't think about it. Let it be atas kehendak Allah. Dalam Islam kita digalakkan bertunang untuk mengenali seseorang itu.At least,ia tidak salah. Kalau putus pun ia bukan satu yang hina. Cuma masyarakat sekarang ini pemikiran yang begitu kolot. Kita ada dua pilihan ;

1) Buat apa yang orang suka tetapi Allah tidak suka
2) Buat apa yang orang tidak suka tetapi Allah suka

Lagi ? Okay,ada pandangan orang lain yang kata couple itu tidak haram. Tak tahulah apa alasannya. Tetapi ada yang kata couple itu tidak haram jika ada niat untuk menikahinya. Alright, In nak tanya... seumur hidup korang yang berpandangan begitu , berapa kali korang couple ? Berapa banyak kali atau orang korang berniat untuk bernikah ni ? Ingat perkahwinan ni main-main ? Atas sebab apa korang bercinta dan ingin bernikah ? Dalam couple tu ada tak jaga batas ? Betul ke tak buat sesuatu yang menghampiri zina ? Ini untuk perempuan oleh kerana In seorang perempuan. Andai betul kekasih korang seorang yang baik,sayang korang,caring dan cintanya kerana Allah maka diorang tidak akan memegang korang,diorang tidak akan ajak berdating dengan korang sesuka hati dan bermacammmmm lagilah kalau nak senarai. Ada fikir ? Bila korang bercouple nafsu korang pasti makin kuat . Ada sahaja terlintas keinginan korang.

Lepas tu,mungkin ada orang cakap .. "eleh cakap senanglah,tau apa?" and etc ... Sebelum In mula lagi,In ingin menjelaskan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau sok-sok baik gitu. Haha =='' Sebagaimana kita lihat kadang-kadang kita perlu bagitau juga sesuatu yang baik tentang diri kita dimana mungkin boleh menjadi satu contoh atau teladan. In tak pernah lagi bercouple ataupun terlintas nak bercouple. Kerana In sangat yakin dengan rancangan Allah terhadap hambaNya seorang ini. In jumpa mana-mana lelaki pun,In berkenalan...In mindsetkan bahawa dia hanyalah rakan kenalan baru,dia saudara Islam In dan masa hadapan In tak tahu.In hanya berserah sahaja kepada Allah. In hanya akan berkawan dengannya,masa hadapan itu rahsia Allah. Mungkin dia jadi kawan karib In ? Mungkin juga dia jodoh In ? Let it be ~ Ia akan terjadi sendiri. Betul,banyak juga In lukakan hati lelaki ni. Kejamkah ? In hanya buat sepertimana yang disuruh Allah. Ada kawan rapat In,ada juga kawan biasa,ada juga kenalan baru yang tah nape boleh suka dengan In. Allah je yang tahu. Diorang ajakla couple kan. Mula-mula luah isi hati dulu,okay.. In steady je,serious. Lepas tu apa yang In katakan adalah In memang tolak diorang tanpa berfikir panjang. Tapi nak tolak jangan lah macam orang tak de hati kan. In tatau la,tapi In jenis macam ni.In kata, In memang hargai sangat perasaan diorang. In ucapkan terima kasih. Lalu In meminta maaf kerana In tak dapat nak balas. In tak boleh couple. In tak suka couple . In cakap couple itu haram kerana dari segi pandangan In couple itu haram. Itu yang In cakap dekat diorang. Dan In juga mendoakan mereka agar mendapat yang lebih baik daripada In. Kalau ada jodoh,adalah. Tapi buat masa sekarang jangan tunggu,just move on. Cakap elok-elok macam tu dengan diorang,In Syaa Allah mereka terima. Dan yah,alhamdulillah setakat ni memang mereka menerima dengan baik. Ada la seorang tu ja tidak =='' . Tapi nvm ... Dan tahu tak apa yang lebih bahagia ? In dengan diorang masih rapat sampai sekarang :D Yup ! Betul .. daripada rakan sebaya sampai lah yang abang-abang tu ^^, In syukur sangat,and diorang selalu support In ! :D See,kalau niat kita baik in syaa Allah semuanya dipermudahkan. Itu yang In lihat selama pengalaman In. Seriously,memang masih contact sampai sekarang. yang kawan rapat masih juga kawan rapat. Yang baru kenal-kenalan terus juga rapat. Alhamdulillah. Mungkin ya mungkin tidak hati mereka masih terluka tetapi at least kita masih bersama diorang. Bersyukur bukan ? ^^, Korang jangan tinggalkan diorang macam tu ja lepas tolak tu,cuba baiki balik baik-baik... Tengok,tak terputus pun silaturrahim yang terjalin sesama Islam ... Kan ? Renungkan =)

p/s In tak lah bagus mana,masih dalam titian mengejar ilmu dan mendekatkan diri kepadaNya. In kata ini untuk peringatan diri dan orang lain. Maaf kalau In buat pembaca tidak selesa.

pps : Siapalah In untuk menilai orang. In tidak tujukan kepada siapa-siapa. In hanya kemukakan pandangan In. In hanya menulis dari segi apa yang In lihat dan rasa dalam hitam putih kehidupan ini. Sesungguhnya,Allah lebih Maha Mengetahui. Doakan yang terbaik buat kita semua :)

Sejujurnya,In mengambil masa yang lama untuk publish post ini kerana selalunya isu ini macam sensitif lagi-lagi kepada yang berpasangan.Dah lama didraftkan.Hari ni entah kenapa rasa macam berani je. Maaf sekali lagi . 

:: NN ::

“Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirehat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.” ~ Malik Bin Dinar

"Jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu" - Al Baihaqi

Wednesday, December 26, 2012

Pokok Zaqqum

Assalamualaikum

In nak kongsikan sesuatu,ada yang tahu namun masih ada lagi yang masih belum tahu,mungkin.. ? Dalam surah Ad-Dukhan iaitu surah ke-44, Juz ke-25 dalam Al-Quran ada menyebut mengenai Pokok Zaqqum. 

Ayat ke-43. (Ingatlah),sesungguhnya pokok Zaqqum,

Ayat ke-44. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

Ayat ke-45. (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair,mendidih dalam perut,

Ayat ke-46. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

Ayat ke-47. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka".

Ayat ke-48. "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya -azab seksa- dari air panas yang menggelegak".

Nauzubillah... Semoga kita semua dijauhi azab api neraka... Aamiin...
Oh ya,In pernah baca mengenai kebaikan mengamalkan ayat Ad-Dukhan ni. Ringankan jari anda untuk klik di blog YAYA

:: NN ::

Tuesday, December 25, 2012

Time Table. Kinda !

Assalamualaikum

Semua sihat ? Okay,pejam celik pejam celik sekejap sahaja dah nak masuk tahun baru 2013. Kedah ni pula start sekolah 1.1.2013. Hah,mula la nak berjuang lagi. Al-maklumlah Al-calon Al-SPM . Amboi,banyak "Al" nya yea ? ^^, Bahasa Arab yang tak seberapa nak Arab sangat. Hehe . Okay,mungkin ya mungkin tidak In akan kurang update post di blog kerana kekusutan melalui hari-hari yang penuh cabaran ni. Haha,wah gitu! Start sahaja sekolah,mula-mula touch up buku kan ? Lepas tu mula ada homework. Lepas tu tusyen pula kan? Study tu tak termasuk lagi haa. Belum masuk waktu tidur dan solat lagi. Dan lain-lain... Tapi di sini ada sedikit-sedikit jadual In. So kalau ada kerja yang perlu guna laptop In selitkanlah dengan update blog ni. hehe. Kalau homework kurang,ada masa terluang sikit,update la blog lagi. Seriously tak makan banyak masa pun kerana In dah letak di draft. Cuti-cuti ni kenalah rajin menype . Ready untuk next year. Haha =) Let's take a look !

Ahad-Khamis [ Hari Persekolahan ]

-Sekolah
-Homework
-Study
-Kokurikulum [ Selasa/Sabtu & Rabu/Khamis ]
-Kelas Tambahan sekolah 
-Librari Al-Hikmah [ betul kan ? ] [ SMKSB ]
-Keperluan hidup : Solat,Tidur,Bersihkan diri,Makan....dll
-Tusyen Fizik 8.00-9.30 PM [ Khamis ]

Jumaat 

-Tusyen Kimia 7.30-9.00 AM [ 1st class ]
-Tusyen Add Math 10.45 AM-12.30 PM [ Morning Class ]
-Piano Class 2.30-3.30 PM
-Homework
-Study
-Keperluan hidup : Solat,Tidur,Bersihkan diri,Makan....dll

Sabtu

-Homework [ If tak habis lagi,maybe banyak kan ]
-Study
-Rest rest rest resttttt ! ><'' [ For sure update blog ]
-Keperluan hidup : Solat,Tidur,Bersihkan diri,Makan....dll
-Sekolah ganti [ Mesti ada kan ? =='' ]

Begitulah rutin harian In selama seminggu itu sampailah ke S-se-P-M . Haha =) In Syaa Allah. Doakan In yeah !! In tak ambil subjek lain untuk tusyen kerana mungkin In boleh study sendiri. Pergi tusyen banyak-banyak meletihkan dan buat In rasa tak perlu study di rumah. haha. In memang jenis macam tu. So In perlu tusyen yang mana mungkin boleh menolong In sedikit sebanyak . In Syaa Allah . Actually,waktu form 4 In sangatlah tidak rajin pergi ke tusyen :P Ala kadar je . haha . Tapi emm,entah rasa macam perlu lebih seriuslah selepas ni. So,tak nak ponteng-ponteng tusyen dah ><' Haha . Dan doakan In agar menjalankan tugas sebagai AJK tingkatan 5 untuk unit beruniform Persatuan Pengakap dan in syaa Allah AJK subjek di dalam kelas juga jika sama seperti tahun ini =) Tahun ni In AJK BM . Tahun depan entah ? Haha . Jangan undi saya sebagai penolong okay :P Lagi-lagi ketua darjah . Please tetapkan ketua darjah kita NurWahida okay ? Sungguh berdedikasi dan berpengalaman. Heheh ..  ;) Tataaa semua ^^,

:: NN ::


Monday, December 24, 2012

Segmen : Aku dan Blog

Assalamualaikum


[ Click this banner/picture to join this segmen ] 


Tentang saya ?
Saya seorang pelajar.Selamanya menjadi seorang pelajar.Bermula dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan in syaa Allah di dunia luar nanti. Kita semua sentiasa belajar tidak kira secara lisan ataupun tidak :) Saya seorang yang bercita-cita tinggi,mempunyai begitu banyak impian dan kuat berimaginasi. Seorang yang berkeyakinan dan percaya pada janji Allah serta hikmah disebalik apa yang berlaku. You know whatt ? My life may not be going the way I planned it,but it is going exactly the way Allah planned it ^^, Sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik daripada sekarang dan dalam meniti mendekatkan diri kepada Allah SWT :") 

Kenapa buat blog ?
Well,In buat blog ni untuk share pelbagai cerita atau info yang dapat memberi manfaat kepada kita semua,in syaa Allah :) Ini juga sebagai jalan untuk In berdakwah dan mengemukakan pendapat In. Orang dapat terima atau tidak hak masing-masing tetapi sila beri kerjasama semua orang untuk menghormati setiap apa yang In kemukakan. Marah-marah,memberontak,caci-mencaci bukan akhlak sebagai seorang Islam. Langsung tidak diajar dalam Al-Quran mahupun Rasulullah SAW ... In juga ingin lebih mengenali ramai orang dan berkawan. Eratkan silaturrahim sesama saudara Islam :) Boleh kan ? ^^,

-The End-

In di tagged oleh Sherlyanna. Seperti korang tahu In sebenarnya tidak berapa minat dan tidak ingin terlibat dalam tag-tag or segmen-segmen ini . Anyway,lagi sekali In dapat melihat kebaikan dalam segmen ini dimana kita dapat lebih ramai kenalan sebagaimana tujuan In untuk ada blog. Eratkan lagi silaturrahim sesama saudara Islam. Dan In juga support Blog Paly punya niat dalam segmen ini :) Semoga kita dapat manfaatnya dan diredhai Allah SWT. Aamiin . Sekian .

:: NN ::

Sunday, December 23, 2012

Ashabul Kahfi

Assalamualaikum

Ingat tak dulu In ada bagitau nak ceritakan kisah 7 pemuda yang tertidur selama 309 tahun itu? Kalau tak ingat di sini In selitkan ---> CLICK HERE . Hah,7 pemuda itu juga dikenali sebagai Ashabul Kahfi.Mari baca =) Sebelum tu,thanks to Mr.Google yang membantu pencarian In mengenai kisah ini ^_^

Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. 

Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. 
Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. 

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. 

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. 

Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. 

Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.

Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu. 
Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku. 

Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. 

Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. 

Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya. 


Nama-nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika adapun anjing bernama Kithmir. (Wallahu'alam)

Dan ustaz In pernah beritahu bahawa ada satu source tu beritahu bahawa mereka tergolong dalam para Nabi. Wallahu'alam ... Begitulah kisah mengenai Ashabul Kahfi iaitu 7 pemuda yang tertidur selama 309 tahun =)

-Ada satu kisah mengenai seorang Paderi dan seorang pemuda yang telah menganut agama Islam.Paderi itu mengemukakan 22 soalan untuk memalukan pemuda itu dan mengukuhkan agamanya.Pemuda itu perlu jawab dengan tepat.Pemuda itu menerima debat itu.Antara soalannya ialah ....

"Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"


Lalu jawapannya ...

"Makhluk yang terbuat daripada batu adalah unta Nabi Saleh,yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua)."

:: NN ::

Saturday, December 22, 2012

Surah 92

Assalamualaikum

Tahukah korang apakah surah yang ke-92 ? Ia mempunyai 21 ayat. Nama surah itu adalah Surah Al-Lail. Jom tengok sikit macam mana tu Surah Al-Lail.


Hadith yang berkaitan dengan surah Al-Lail =)

Dalam riwayat dari Ali r.a. :

"Ketika kami menghantar jenazah di Baqqi'ilgharqad,maka datang Nabi Muhammad SAW. Lalu kami duduk di sebelahnya. Nabi Muhammad SAW yang sedang memegang tongkat kecil sambil mengungkit tanah tiba-tiba bersabda :

" Tiada seorang pun di antara kalian melainkan telah ditentukan tempatnya di syurga atau neraka".

Seorang bertanya, 

"Ya Rasulullah,bolehkah kita berserah saja pada ketentuan itu dan tidak usah beramal?" 

Jawab Nabi Muhammad SAW :

"Maka orang bakal bahagia akan merasa ringan, senang melakukan segala amal yang menuju kepada kebahagiaan itu,sedang orang-orang yang bakal celaka mereka akan memilih amal perbuatan yang mencelakakan". 

Kemudian Nabi Muhammad SAW membacakan ayat 5 hingga 10 dari surah ini.

(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, An-Nasa'i)

Jadi,marilah kita sama-sama imbangkan perkara di dunia dan di akhirat. Lakukan sesuatu amalan yang baik agar kelak ganjaran yang kita dapat selepas dunia ini sungguh manis =) In Syaa Allah ... ^^,

:: NN ::

English #2

Assalamualaikum

Past Participle
Has

+ Past Participle
Have
Had

Tapi,tahu tak past participle tu macam mana ? Past participle tu ada 3 jenis . Jom tengok :D

Type 1- All three forms are the same / Tiga-tiga adalah sama

Present Tense
Past Tense
 Past Participle
hurt
hurt
hurt
split
split
split
put
put
put
cut
cut
cut

Type 2- Two of the forms are the same / Antara dua adalah sama

Present Tense
Past Tense
Past Participle
beat
beat
beaten
bend
bent
bent
catch
caught
caught
come
came
come

Type 3- All three forms are different / Semuanya berbeza

Present Tense
Past Tense
Past Particple
be
was/were
been
begin
began
begun
break
broke
broken
drink
drank
drunk
eat
ate
eaten
fall
fell
fallen
forbid
forbade
forbidden
throw
threw
thrown
write
wrote
written
sing
sang
sung
see
saw
seen

So,hari ni setakat ni sahaja lah :D , if perlukan example bagitau okay ? In akan letak beberapa =) See ya!

:: NN ::

Friday, December 21, 2012

Ramalan Kalendar Kaum Maya

Assalamualaikum

Ini info mengenai yang berkaitan Hari Kiamat yang pertama daripada In. In dapat sumber ni daripada membaca buku Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman by penulis bestseller Yakjuj Makjuj iaitu Muhammad Alexander. 

Pertama sekali betulkah mengenai kalendar dan ramalan Kaum Maya tu ?

Dalam ilmu astronomi,kalendar Maya memang memiliki kelebihan sebagai sistem kalendar yang terperinci. Kalendar itu diwujudkan dengan tujuan mengetahui musim-musim yang berkaitan dengan waktu bertani. Namun begitu, kalendar ini disalahguna oleh para ahli nujum Barat moden. Ini dibukti nyata penyelewengan ilmu astronomi oleh ahli nujum moden atau dikenali sebagai astrologi iaitu ilmu ramalan berdasarkan kedudukan bintang.

Dalam laman web Ask an Astrobiologist, David Morrison, pegawai kanan NASA mengatakan kalendar Maya hanya berfungsi bagi menentukan waktu,dan bukannya bagi meramal masa depan. Memang benar ahli astronomi Maya pintar. Mereka berjaya menghasilkan sistem kalendar yang kompleks. Meskipun begitu,kejituan waktu dalam kalendar Maya tidak dapat disamakan dengan kejituan waktu dalam kalendar moden. David juga menegaskan semua kalendar, baik kalendar moden mahupun kuno tidak mampu meramal masa depan.

Apolinario Chile Pixtun, salah seorang tokoh daripada kaum Maya moden menafikan kalendar Maya menyatakan kiamat akan terjadi pada 2012,apatah lagi hingga ke tahap menyatakan tarikhnya secara spesifik,iaitu 21 Disember 2012. Menurutnya,dakwaan itu tidak benar sama sekali. Apolinario Cili Pixtun mengatakan teori-teori hari kiamat itu datang daripada pihak Barat,dan bukannya pihak Maya. Apolinario Chile Pixtun menegaskan jika kaumnya ditanya tentang kewujudan ramalan kiamat dalam kalendar Maya yang kononnya akan berlaku pada tahun 2012,sudah tentu mereka menafikan kewujudannya. Hujah ini diperkukuhkan pula dengan data oleh ahli astrologi Barat sebagai asas hujah ramalan Kiamat 2012 mereka. Mereka berpandangan bukan semua kod dalam tablet batu itu dapat baca. Ini kerana banyak bahagian yang sudah hilang.

Dalam pada itu, pendapat Apolinario Chile Pixtun disokong oleh David Stuart,pakar epigrafi Maya dari University of Texas di Austin,Amerika Syarikat.Stuart berkata,"Orang Maya tidak pernah mengatakan dunia akan kiamat dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Mereka hanya mencatatkan mengenai peringatan masa depan di Monumen Enam".

Ahli arkeologi Kanada,Kathryn Reesa-Taylor yang juga seorang pensyarah mengatakan kitaran dalam kalendar Maya yang akan berakhir tahun 2012 bukan menunjukkan tarikh kiamat. Reesa-Taylor menegaskan dokumen kaum Maya (dari Amerika Tengah) itu tidak pernah memberi sebarang isyarat tentang kiamat. Sebaliknya,pentafsiran yang salah ini dilakukan oleh orang Amerika Utara.

Kalau korang ingin tahu lebih lanjut mengenai Tamadun Maya ini bolehlah membeli atau meminjam buku Armagedon 2012 ini di mana-mana dari siapa-siapa. Banyak lagi perkara yang kita tak tahu terkandung dalam buku ini. Segala rujukkannya ada dinyatakan didalam buku ini juga. Sememangnya Kaum Maya sungguh cerdik. Ada saat kegemilangan mereka juga kejatuhan mereka. Apa pun,mungkin agak jelas di sini mengenai ramalan Kaum Maya yang sungguh heboh meniti dari bibir ke bibir segenap manusia soal ini. Seterusnya akan In postkan pada hari yang lain . Kerana kalau tulis panjang-panjang bukan orang nak baca sangat,betul? Haha =)

Nasihat In, jangan mudah percaya dengan khabar angin yang korang dengar dan terus sebarkannya tanpa dikaji semula. Tak kira walau apa pun khabar angin korang dengar,berapa juta orang pun yang percaya,korang kena selidiknya sendiri tentang kesahihannya.

:: NN ::

Tanpa Memori

Sudah berbelas tahun.Tanpa memori.Hanya menatap gambarmu seorang.

| Al-Fatihah buat arwah uncle In,Uncle Zahrin |

Apa yang In dengar mengenai arwah daripada saudara-mara adalah arwah uncle sungguh gigih berusaha.Arwah uncle sentiasa ada buat anak-anak buahnya. Arwah uncle begitu rapat dengan semua orang.  In tak dapat rasa itu,kerana sewaktu itu In masih kecil. Walaupun In masih kecil namun banyak In ingat tetapi mengenai arwah uncle langsung tiada. In hanya menemui sekeping gambar arwah uncle mendukung In dengan wajah tersenyum :') 

:: NN ::

Thursday, December 20, 2012

25 Facts About Me

Assalamualaikum

Okay,straight to the point yea ? haha. In di tagged oleh LissaLaLissa untuk buat 25 Random Facts About Me. Actually,In tak nak buat or terlibat dalam ni semua ><'' Tapi,kerana mungkin dia tag untuk mengenali In so why not? Kesian dia,perlu tag 25 orang =) Haha,kan kan ? Penat yea ? In akan buat 25 facts tu but tak akan tag 25 orang XD Anyone nak buat,just do it :P Hahaha,okayy ? Anda semua digalakkan tag diri anda sendiri. Hoyeahh ! :D Let's start now !

1. Lahir di Kedah namun tidak berapa fasih berbahasa Kedah. Setakat "hang","aku" boleh jaguh lagi :P
2. Tidak ada makanan kegemaran
3. Minuman kegemaran air putih/sky juice/air masak dan seangkatannya
4. Suka subjek sains seperti Biology,Chemistry,Physics tetapi nak score memang mencabar
5. Suka subjek Bahasa Inggeris dan setiap kali exam BI lebih tinggi daripada BM. Namun,kalau BM tiba-tiba lagi tinggi daripada BI keriangan ribena terserlah
6. Banyak nickname seperti : Arabian,giraffe,sweetie,princess,barbie doll,nazaria,detective,minmentos,dr. , kaunselor,busukie,wangiest and etc . Trust me,A LOT 
7. Tak suka makan kerana rasa waktu makan tu bosan,mengantuk tetapi suka cuba pelbagai jenis makanan. Nampak perbezaan tu ? haha ;)
8. Berani kadang-kadang boleh jadi penakut tanpa sebab dan pemalu namun boleh jadi tak tahu malu. Lol !
9. Lebih suka sendirian kerana mampu berfikir dengan tenang dan muhasabah diri
10. Tidak suka bergossip namun sering terdengar gossip. Apa boleh buat ? 
11. Tidak pernah couple dan tidak akan couple seumur hidup melainkan couple yang halal melalui pertunangan dan perkahwinan
12. Tidak pernah jatuh cinta lagi namun memahami perasaan cinta itu bagaimana 
13. Tak suka bergayut telefon dan tidak suka cakap dalam telefon lagi-lagi dengan lelaki.Namun kalau dia itu orang yang sangat rapat dengan In,tiada masalah untuk cakap dalam telefon tetapi tidak lama,tidak melebihi 15 minit. Kalau urgent bolehlah .. apa boleh buat ?
14. Suka kacau orang namun sekarang macam dah tak sangat,ekot mood kot.
15. Mudah menangis namun bukan di hadapan orang ramai. Depan ramai orang control-control , wahai air mata,jangan berani nak keluar !!! Muehehe ;) Konon tough .
16. Mudah bergaul dengan lelaki daripada perempuan namun sekarang berusaha mencari lebih kenalan perempuan. Will you be my friend ? :)
17. Mempunyai 3 blog namun 2 dah diprivatekan kerana sudah penuh,sendat dan padat.
18. Tidak memilih kawan dan suka berkawan 
17. Suka senyum tak kira tempat,masa dan sebab.
18. Impian nak mengelilingi dunia
17. Suka dalam bidang perubatan,in syaa Allah tercapai.
18. Cikgu suka usap kepala In . Entah kenapa ? -__-
19. Tak suka online . TRUST ME . PLEASE . Haha
20. Tak suka merajuk namun suka pura-pura merajuk . Nakal bukan ? hehe
21. Seorang yang jika perlu sopan,sopan tapi jika waktu itu perlu menjadi lasak,jadi lasak. Contoh ? Waktu bersukan ? ^_^
22. Suka tunduk bila lalu depan orang tak kira usia '__' .. itu pelik ,selalunya tunduk kepada orang yang lebih tua sahaja
23. Impian pertama ialah syahid 
24. Mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga boleh mengganggu emosi =='' 
25. Seorang yang sangat penyayang dan suka sangat dengan baby boo :D

The End 

:: NN ::



Quotes

Assalamualaikum

Dalam kehidupan kita ni pasti mempunyai kata-kata perangsang yang boleh membuatkan kita gembira dan semangat ! Tapi ada juga kata-kata perangsang yang dapat memotivasikan diri kita :) Here are some quotes that I chose from the internet. Gambar 100% tidak edit dan hanya 'touch up' quote for each photo :) Do read   ^_^ ...

.
.
.








-KLIK untuk TUMBESARAN-

Camera Nikon D60. Whoopss~ not mine,pinjam dekat abang jep :) 

p/s : Picture ni dah agak lama In snap,before cuti sekolah,before final exam and entah before apa lagi :D Haha. Boleh asah skill bila abang cuti sem je :) Sekarang ni,guna phone sudaaa. Hehe ... Oh yea,korang ada kata-kata perangsang yang di genggam erat ? Kongsi lah dengan In,okay ? Daa ^^, 

:: NN :: 

Wednesday, December 19, 2012

Aku Bukan Tandas

Aku bukan tandas yang boleh kau keluar masuk ekot suka hati kau sahaja. Aku bukan tempat buangan,yang boleh kau cemari,kau kotori. Aku masih suci.

:: NN ::

| Hargai setiap orang yang anda kenali. Kerana mereka saling tak tumpah dengan anda.
  Mereka juga punya hati,punya harga diri |


Tuesday, December 18, 2012

3 Pemuda Terperangkap Di Dalam Gua

Assalamualaikum


Ada apa dengan ini gambar? Haha,ada satu hari tu In berada di rumah Pak Lang. In dengan seorang cousin ni sedang lepak di dalam dapur. Waktu tu In tengah bercerita mengenai kisah 7 Pemuda Tertidur 309 Tahun. Pernah dengar mengenai kisah itu? Kalau belum nanti In cerita :) Dalam pada waktu yang sama In terjumpa satu buku ni. Pelbagai kisah pada zaman dahulu yang menarik. In pun belek helaian demi helaian dan jumpa satu kisah yang menarik minat In untuk bercerita dengan cousin In ni. Nama kisah itu adalah 3 Pemuda Yang Terperangkap Di Dalam Gua. Sedang In bercerita, ehhhh dia tangkap gambar pula. Haha . Itulah In, secara candid! Lol ^_^ . Mari dengar kisah 3 Pemuda itu okay ?

Pada zaman dahulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa: "Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini."

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa: "Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!"

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: "Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini."

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.


Itulah kisah yang In ceritakan kepada sepupu In :) Cerita ini mungkin dah didengar ramai orang namun belum semuanya yang tahu kan ? Semoga kita dapat memahami dan mendapat pengajaran dalam kisah ini.


 firman Allah 65:62 Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan baginya.



:: NN ::