Tuesday, February 12, 2013

Sentiasa Dalam Kenangan

Assalamualaikum

Hai semua,sihat ? Hari ni,tetiba In teringat seorang sahabat In yang telah kembali kepada Maha Pencipta. Pertama kalinya,In menghadapi keadaan kehilangan seorang kawan selamanya pada usia 13 tahun. Kisahnya ada masuk dalam surat khabar . Kematiannya akibat kebakaran di rumahnya. In cuba cari di Google tapi apa yang In dapat jumpa hanyalah artikel ni yang serba sedikit menceritakan kisah ini. HERE .

Seriously,In tak rapat pun dengan arwah. Waktu pertama kali In kenal tak silap pada perhimpunan rasmi semasa arwah berdiri dihadapan Nada if i'm not mistaken. In tegur diorang kata yang muka diorang nak sama. Macam kembar. Diorang saling berpandangan dan gelak kata "tak ada lah..." Haha,masih tersenyum In ingat pada waktu tu ^_^ ...

Nada kini yang In tahu kali terakhir khabarnya telah pindah ke Kelantan. Arwah yang berada di kelas 7 pada waktu itu dan In pula di kelas 6. Pada sesi agama,kelas kami bergabung dan itu mengeratkan lagi persahabatan kami. Lumayanlah,tegur sapa sikit-sikit kan. Dan selepas tu,pada waktu itu unit beruniform In ialah bomba dan pun sama dengan arwah. Arwah ada beri tunjuk ajar dan sungguh baik orangnya,kuat ketawa. Tapi seperti In kata,In tak rapat dengan dia. Bila jumpa , arwah selalu tegur "Hai Nazmin....." dengan riangnya. Seriously,suara arwah sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga. In pun macam malu-malu,senyum je lah. Segan sikit XD Kekadang In pun kata "hai...." tapi dengan tersipu malu =='' Haha, masalahh .. Maaf,mood In memang macam tu. Kekadang malu kekadang tak tahu malu . Hewhew ... 

Dan sekarang yah,walaupun In tak rapat dengan dia... Tapi tiba-tiba saja In rasa suara dia terngiang-ngiang di telinga sebut "Hai Nazminn..." :') ... Sedih ada .. perasaan yang tak terungkap pun ada ... Tak percaya,dengan seseorang yang in tak rapat pun boleh In ingat sampai sekarang dan suaranya masih segar di ingatan. Memanglah In tak akan melupakan seseorang itu tetapi tak sangka sampai boleh suara terngiang-ngiang lagi ... Mungkin sebab arwah layan In terlalu baik kali kan ? Sungguh,In dengan arwah tiada masalah :)

Kakaknya,lepasan form 5 dan sekarang sedang menunggu result SPM . Alhamdulillah sihat je kakaknya :) Semangat juang dan ingin belajar yang tinggi. 

Ade tak sesiapa yang pernah kehilangan seorang kawan ? Mesti rindu kan ... jika ada kawan yang telah pergi tu atau sesiapa sahaja pernah menyakiti anda anda...maafkanlah ... Tidak baik menyimpan apa-apa perasaan yang tidak nyaman buat orang yang telah pergi. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat kawan In,kawan anda dan buat sesiapa sahaja umat Islam yang telah kembali kepadaNya. Hari ini kita bantu mereka,pada masa hadapan in syaa Allah orang lain akan membantu kita :')

Wahai teman disana,
Sahabat mu,
Saudara mu,
Akan sentiasa mendoakanmu
Segala kenangan yang tercipta
Sentiasa segar di ingatan 
Semoga kita bertemu lagi
Di syurga Al-Jannah
In Syaa Allah ...

---Ditype pada : Ahad,10.2.2013---

:: NN ::

11 comments:

  1. al-fatihah..sma cm akak juga.. last year, kawan akak meninggl.. xsempat nak konvo..mmg terasa sgt..sbb rapat ngn dia.. bila time konvo tu sebak sgt sebb arwah xsempat konvo..dia mmg excited nk konvo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah..semoga ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman ... Takziah ...

      Delete
  2. Al-Fatihah., Sis pun pernah khilangan bestfriend Sis waktu Sis tadika., Sampai sekarang Sis masih ingat muka arwah., huhu :')

    ReplyDelete