Wednesday, February 13, 2013

Fakta Al-Quran #1

Assalamualaikum

Hari ni , In nak kongsi mengenai fakta-fakta yang terdapat dalam Al-Quran. Marilah kita lebih mengenali Al-Quran yang akan membantu kita kelak :) Bukan kelak tapi sebenarnya sekarang di dunia ni pun Al-Quran sangat membantu kita jika kita membaca dan mengamalkannya. Penuh hikmah dalam setiap surah di dalam Al-Quran :')

1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:
Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda

2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:
Gua Hira (Makkah)

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:
Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:
15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj

7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:
2698

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?
700

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?
Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?
11

11. Dalam surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
Surah As-Saf ayat 6

12. Siapakah orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?
Aisyah r.a

13. Siapakah yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?
Saidina Umar Al-Khattab

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:

Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.

Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum
15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran:
Nai Musa a.s

Dengan teknologi yang ada ini,kita sepatutnya mengambil kesempatan untuk mencari perkara-perkara yang bermanfaat buat diri kita dan orang ramai.Teknologi sekarang ini sungguh memudahkan kita untuk mencari maklumat dan penting sekali agar kita mengetahui kesahihannya. Fakta-fakta di atas ada dicetak dalam Majalah Iman Bil 1. Terima kasih atas perkongsiannya. Alhamdulillah ... 

:: NN ::

10 comments:

  1. La-quran mukjizat paling agung,. ^^

    btw., Nice share, In ~ ^^

    ReplyDelete
  2. nice sharing,
    al-quran diturunkan sbgai panduan umat islam kan ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Yup ...kalau berpegang padanya,in syaa Allah akan terus berada di jalan yang benar ^^,

      Delete
  3. mantap perkongsian In..
    tetiba tringt kat sorg lect math fiq.. dia baru bersara aritu..
    beliau kalau mngajar math, pasti akan selitkan unsur2 Al-Quran..
    sbb beliau mmg buat kajian tntg math dlm Quran.. cth mcm surah aper ntah.. ada mengandungi formula kira cahaya ker apa..
    fiq pun ingt2 lupa..
    rindu nk bljar ngan beliau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,terima kasih :)
      Ohh,pasti beliau seorang hebat ! ^^,

      Delete