Monday, October 27, 2014

SemBreak Post 5 : The Mornight,Late Confession

Assalamualaikum

Hi there,ni hao,marhaba ^^,... It really started when I suddenly asked my friend at 1.38a.m.

"Weh teka"
"Wallpaper fon aku x pnah tukar dr f3 smpai skrg. Guess who"
"Dr 29.9 smpai skrg. Aku takkan tukar smpai aku kawen kot"

And I also asked him,

"And teka la gambar sapa dlm purse aku yg takkan aku keluarkan"

Jawapannya adalah my late granddaddy! In tetiba cerita yang arwah Wan seorang yang baik,romantik dan sebagainya. There was a time where after arwah Wan meninggal... In,arwah Maktok dan cousin lain tengah macam kemas barang ke ape dalam bilik and suddenly arwah Maktok pegang dompet arwah Wan and asked In dan cousin,"Cuba teka dlm dompet Wan ada gambar siapa?" Macam-macam jawapan ada and the correct answer adalah gambar wife dia la,arwah Maktok. Sweet kan? ^_^. I don't really know whether arwah Maktok memang dah tau atau baru tau but she seemed touched and macam syok juga. Hahahah. Bini mana tak seronok oiii suami sayang sampai macam tu. Hahahah. 

The matter is I learn from what I see and I observe them. I've seen diorang mengusik,tak sependapat and seumpamanya and apa yang sempoi coolnya adalah when I saw arwah Wan marah arwah Maktok. Arwah Wan macam tegur but actually he was angry. Tapi nada dia mendatar,tak meninggikan suara. Lepas tu memasing senyap bagi space. And tengok-tengok after awhile dah berbaik semula. Apa yang In belajar dulu adalah I could see arwah Wan banyak bersabar and arwah Maktok banyak memahami. Such a perfect couple. In belajar so much of things,morals from them but mostly from my late granddaddy. Indeed,I had cool grandparents. I loved them so much.

That is what I'm trying to do dari dulu sampai sekarang dan masa akan datang. Memahami seseorang dalam apa jua keadaan. Bersabar tak kira dengan siapa dan dalam apa jua situasi. Jangan terburu-buru dalam sesuatu perkara. Kalau kedua belah pihak sedang angin tak baik,bagi ruang dulu dan kemudian baru slow talk. Itu yang In lakukan,cuba sedaya upaya... Tak kira dalam kehidupan bujang ini dan juga dalam kehidupan berumah tangga kelak. How I wish masih ada lelaki macam arwah Wan :) .  Arwah maktok was so lucky ^^, ... Arwah Wan juga baik dengan ibu mentuanya. Menjaga arwah Nenek dengan baik sekali. Bila seseorang itu sudah begitu tua usianya,dia akan jadi macam lebih cerewet,kata-kata lebih pedas yang boleh makan dalam gila lah. Hahaha. But arwah Wan senyap saja,tahan saja whatever arwah Nenek (my moyang/ibu mentua arwah Wan/mak arwah Maktok) kata,terlepas cakap. Begitu hormatnya kepada ibu mentuanya. 

So I wanna be like him and even better :) I hope kalau suatu hari nanti dah kahwin In boleh respect dan menjaga/melayan keluarga suami sebaik yang mungkin tanpa mengabaikan keluarga dipihak In sendiri :) . In other words,I've to be a better person from time to time. Kalau ada sebarang sengketa antara suami isteri,better to forget it secepat yang mungkin. Saling meminta maaf. Sebab for sure dalam rumahtangga itu mesti ada masam manisnya. In berharap boleh buat my part well and so do my zauj nanti =) . I think segala masalah atau urusan akan menjadi mudah jika kedua-duanya sedar apa tanggungjawab dan keutamaan mereka. Serta dalam keluarga itu,pasangan itu punya nilai-nilai yang baik serta mengamalkan ajaran agama dengan baik. Selepas itu baru anak-anak dapat mencontohi ibu bapa mereka. Macam mana In belajar daripada apa In lihat daripada arwah Wan dan Maktok,begitu juga In harapkan nanti In dan zauj dapat buat yang terbaik so that bila anak-anak melihat,mereka dapat belajar dengan baik. Pembelajaran dari rumah lebih penting dan berkesan,bukan? :) But now In masih tidak berkeluarga sendiri,In aplikasikannya kepada orang lain dulu. Dengan keluarga In dulu ke,kawan-kawan ke. Try to understand them and terima baik buruk mereka.

In conclusion, apa sahaja yang kita lihat dengan mata,try not to see only but observe them juga. Cuba lihat kesannya. Belajar daripada apa yang kita lihat bukan setakat apa yang kita alami. Terbaik jika kita boleh belajar daripada pengalaman seseorang tanpa kita perlu alaminya sendiri. Kita pasti ada buat salah dan kita belajar daripada kesalahan kita sendiri meaning that pengalaman kita kan? Tetapi cuba juga berada dalam situasi seseorang itu dan belajar daripadanya. Dan untuk saling memahami,bertolak ansur,memaafkan,hormat-menghormati bukan saja penting dalam kehidupan rumahtangga tetapi juga sebelumnya. Apabila kita sudah pupuk dari awal untuk memahami,memaafkan dan menghormati orang lain yang bukanlah keluarga kita,bukanlah darah daging kita maka nanti bila kita dah ada keluarga sendiri,lebih mudah kita untuk lakukan yang sama pada suami/isteri,keluarga mentua dan anak-anak. Kerana moral-moral itu sudah sebati dalam diri,sudah berada dalam maruah kita. Kalau kita buat perkara tidak baik seakan-akan kita mencalarkan maruah kita juga. Didikan agama kita juga.Cuba rasakan luka mereka itu luka kita juga. Kalau tak nak diri terluka jangan melukakan yang lain. If people kata "sweetnya awak letak gambar bae/bf/gf diwallpaper sendiri...dalam purse/dompet..." , well I'm sweet enough to put my late granddaddy,yang halal untuk In meletakkan gambarnya sebagai wallpaper phone dan didalam purse In. And gambar tu akan tetap berada sehinggalah In dihalalkan dengan zauj kelak :)) To be honest,better to put photos yang halal dengan kita,lebih sweet I tell ya ;) I bet kalian pasti lebih sayang keluarga berbanding mereka yang belum tentu masa depannya dengan kita. If no then,shame on you :) Renungkan. Mak,Abah,Rul,Rin...I love all of you so much. And not to forget yang telah pergi,my late grandparents from the both sides. Thank you and sorry for everything. Fi amanillah. Assalamualaikum wbt ^^.

---Al-Fatihah---

Saturday, October 25, 2014

SemBreak Post 4 : Kasih Sayang Dan Cinta Itu

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim... Marhaba! Kullu'aam wa antum bi khair (Selamat tahun baru). Kaifa halukuma? Ana bikhoir walhamdulillah ^^, ... Okay,ini bukan essay Arab. Ilmu Arab saya ciput saja. Hehe... Moh le kita terus ke tajuknya Kasih Sayang Dan Cinta Itu. Ada apa dengan kasih sayang? Ada apa dengan cinta? Ewahhh...! Sekarang ini kebanyakannya berpegang anggapan bahawa kasih sayang dan cinta itu berbeza. Tetapi seperti In pernah sentuh dahulu sebenarnya kasih sayang itu juga cinta kalau kita lihat pada zaman dahulu. Contohnya Rasulullah itu mengeluarkan kata 'cinta'. Cinta kepada Allah,akan keluarganya,sahabatnya dan juga umatnya! Namun kerana kefahaman zaman sekarang memisahkan kata kasih sayang itu dengan cinta maka disini saya juga memisahkannya.

Kasih Sayang Itu

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” 
&
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” 

---Hadith Riwayat Bukhari---

Kebanyakan kita pada masa kini jarang menemui ketenangan yang sebenar-benarnya ketenangan. Bila melihat kita senyum sentiasa,tenang sentiasa mereka bertanya,"Kenapa saya lihat awak ni sentiasa tenang?" Pernah lihat kanak-kanak kebingungan? Mereka bingung waktu nak pilih mainan saja,nak pilih coklat,gula-gula,McD ke KFC... Budak-budak tak faham boikot-boikot ni. Tapi bila diluar dalam membuat keputusan,mereka itu sentiasa girang. Senyum dan gembira. Kenapa ya,kenapa? Kerana mereka itu hatinya bersih. Jika pernah ada yang menyakiti hati mereka,terus dimaafkan. Sekejap saja mereka lupakan. Itu yang kita mahu! Hidup saling memaafkan. Jika mereka yang belum benar-benar lagi mempelajari dan mendalami ilmu agama sudah tahu kunci rahsia itu,kenapa kita yang berkurun lama menuntut ilmu agama masih tidak boleh menemui kunci itu? Atau kita sudah jumpa tetapi tidak mampu melakukannya? Siapa kata hamba Allah itu tidak mampu memaafkan orang? Itu semua bergantung kepada diri sendiri,hati dan iman kita. Jika kita hendak tenang,kita jangan berdendam. Luaskan kasih sayang itu dengan saling memaafkan walaupun mereka tidak datang meminta maaf. Boleh jadi mereka tidak tahu mereka telah berbuat salah. Bukankah kita hendak jadikan syurga itu kampung halaman kita? Seronokkah hidup dalam kampung sendirian? Mana meriah tanpa jiran tetangga. Kita perlukan jiran tetangga,bukan? Ayuhlah maafkan saudara Islam kita agar sama-sama dapat berkampung di syurga. Indah,bukan? Fitrah hati itu sebenarnya lembut,mudah sayang dan mudah memaafkan. Tetapi kini kerana dosa-dosa kita mungkin menjadi halangan untuk kita berbuat demikian. Tetapi adakah itu bermaksud iman kita tiada? Goyah sangatkah iman kita itu? Kita mesti lawan hati yang keras itu dengan istighfar moga dosa-dosa kecil kita dihapuskan dan hati kita kian menjadi lembut,iman kita semakin utuh. In syaa Allah.

Perlukah kita menyayangi seseorang itu jika mereka tidak menyayangi kita? Sudah semestinya! Kita menyayangi mereka bukan untuk mendapat balasan daripada mereka. Bukan hendak menadah kembali sayang itu daripada mereka tetapi daripada Allah SWT! Dengan kasih sayang Allah,kita mendapat kasih sayang hambaNya yang lain. Dengan keberkatan dan keizinanNya kita bakal disayangi oleh saudara Islam kita yang lain. Unzur ilannas bi nazri arrahmah iaitu bermaksud pandanglah manusia dengan pandangan kasih sayang. Allahu. Apabila ada manusia yang lemparkan kebencian kepada kita,kembalikan kepada mereka dengan kasih sayang kerana yang baik itu pasti akan menang. Jika tahi dibalas tahi,kotor tetapi jika tahi dibalas air ia menjadi bersih. Jadikan diri mencurahkan kasih sayang itu bagai air yang berderas mengalir tanpa henti. Membawa dan menyucikan segala kotoran berlalu pergi,hilang. Indahnya kehidupan kita jika kasih sayang itu disebarkan dengan ikhlas tanpa niat yang terselindung. Hipokrasi yang kian meninggi membuat manusia jatuh membenci jangan kita mengulanginya lagi. Buang segala sifat dendam,benci,pentingkan diri,hipokrit dan sebagainya lalu in syaa Allah dengan keredhaanNya hidup kita pasti tenang dan bahagia. Syukur atas segalanya,Ya Rabb :)

Cinta Itu

Al hub huwal fithroh iaitu cinta merupakan fitrah. Tak kan Allah ciptakan manusia 2 jantina tetapi membenarkan jantina sejenis untuk bercinta. Tidak bukan? Kita dilarang sama sekali untuk bercinta dengan sejenis kita. Kita dibenarkan bercinta kepada si dia yang berlawanan jantina. Wew,si dia tewww... Okay,serious mode balik. Tetapi masalahnya sekarang ramai telah salah gunakan cinta itu. Sebenarnya cinta itu indah,sangat indah. Cinta itu suci bersih. Cinta itu sebenarnya positif dan membina. Kita tahu kita memang wajib beriman dan mencintai Allah dan Nabi Muhammad SAW. Ya,tetapi In mahu highlightkan kepada cinta si dia. Si dia tu mungkin kawan (one sided love lettewww), pasangan kekasih ataupun suami isteri. Sebenarnya,telah In kemukakan soal ini dipost yang lama. Lagi-lagi soal couple. DISINI. Nasib tak dikecam der. Hahaha. Ehem,serious. Mengapa,mengapa harus kalian katakan cinta itu perit dan kejam? Mengapa,mengapa harus kalian mengotorinya dengan sihir dan jatuh dalam kehidupan kerana cinta. Mengapa,mengapa jadi begini? Itu kerana kalian masih tak mahir mengendalikan cinta. Kenapa,tak setuju? Cinta itu tidak semestinya dimiliki saudara saudari sekalian. Allah tak kata, "Aku berikan rasa cinta ini kepada kamu dan dia itu wajib membalasnya.Pergi jadikan dia milikmu walau apa jua!" Pehhh,memang tak. Allah tak kata macam tu der. Cinta itu anugerah yang Allah berikan. Allah nak kita rasa nikmat itu. Cinta itu satu nikmat sayang-sayangku sekalian. Allah nak kita bahagia dengan rasa itu. Mungkin kita diuji perit dengan rasa cinta itu dengan cara kita membawa rasa itu. Maksudnya disini couple lah. Kalian kira untung ah saling mencintai lalu couple. Lepas tu clash. Lepas tu mula meraung,cederakan diri,mogok makan bagai. Ish ish ish. Ada Allah suruh kita couple? Tak pun. Couple itu haram,mendekati zina,syaiton nirrojim banyak syok maa. Tu jadi haru biru tu. Kalau cinta itu kita buat jadi inspirasi ka macam boleh buat kita bermadah. Peh,boleh buat novel tu. Silap hari bulan terlajak laris! Sebab lahir dari rasa cinta Allah kasi tu. Atau mungkin dengan rasa cinta kita kepada seseorang itu,kita belajar sesungguh nak berjaya agar sama berjaya dengan orang tu. Peh! Untung lah... cinta itu membina semangat. Cuba ubah pemikiran itu kepada cinta tidak semestinya dimiliki. Dia tidak membalas cinta kita tak mengapa. Kita jadikan cinta itu segi lain. Bawa dia kearah lain. In syaa Allah,cinta itu hasilnya akan jadi baik. Jangan dah ditolak nak sihir bagai,nak ugut bunuh semua. Tak cool,tak style. Hilang macho,hilang lawa,hilang comel tu. Ma qaddarallah khair iaitu bermaksud apa yang Allah takdirkan itu baik belaka. Terima seadanya,jangan terlalu membawa dan menguasai sehingga nafsu menjadi-jadi.

Cinta itu jika dibalas dengan seseorang yang perlu buat adalah jaga jarak tu,bukan ajak couple. Jaga jarak supaya nafsu tu pun terjaga,iman juga terjaga. Jika niat baik,in syaa Allah,Maha Kuasa meredhai kita. Jaga cinta tu. Jumpa keluarganya,minta restu haa.Kalau dah mampu tu boleh tunang dulu kalau nak mengenal. Kalau dah kenal tu kahwin lah terus. Tapi pastikan yakin bahawa boleh jaga dan sara anak orang tu. Komitmen kedua-dua belah pihak boleh bagi. Sedar sudah tanggungjawab tu. Haa. Kalau orang yang cintakan kita tu datang kepada kita lalu luahkan,tak dapat balas,tak rasa ada future dengan dia bagitau terus terang. Jangan,sama sekali jangan bagi harapan,jangan buat dia menunggu. Qulil haq walau kana murran iaitu bermakna berkata benar meskipun ia pahit. Pahitlah nak beritahu orang yang mencintai kita itu bahawa kita tidak dapat mencintai dia. Terus terang saja,jangan buat simpang sana-sini buat pening kepala. Tak nak,eh? Susahlah kalau buat macam tu,kalau tak berterus-terang. Tak tenang saya kata. Memang tak tenang. Tak mau cakap banyak sangat sebab dah pernah sentuh soal ni. Cuma itulah,sedih kalau tengok sebab cinta ini manusia mula mencarut bila patah hati. Mula menangis tidak henti-henti. Berpada-padalah. Istighfar dan percaya apa sahaja yang berlaku ada hikmah. Cinta itu semua itu hanya pinjaman dan yang berhak sebenar-benar berhaknya ialah Allah. Allah boleh beri dan tarik bila saja. Ada lah tu tujuanNya. Hikmah tu ada. Stay positif,optimis. Watlek der. Sakit tu rawat dengan Al-Fatihah. Istighfar,zikrullah. In syaa Allah sembuh secepat yang mungkin. Jangan nak buat setia sangat selagi belum jadi suami isteri. Tak perlu janji apa-apa selagi belum suami isteri. Sedangkan suami isteri juga bergaduh dan bercerai apetah lagikan dengan yang bercouple dan berpisah. Cuba rasakan mereka yang pernah bercerai itu,lagi sakit lagi sedih tau? Dengan ada anaknya lagi. Cuba fikir. Ni baru couple lah. Rumah kereta semua pun masih guna duit mak ayah. Pelajaran pun kerajaan tanggung. Sabar sikit... doa saja. Doa itu satu usaha juga. 

Sebelum tamatkan post ini,nak kata fokuskan dulu cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta kita. Jasa-jasa mereka tak terbalas,tahu? Al usrotu hiya afdholul maal,keluarga adalah harta terbaik. Dengan Allah,solat pun belum tentu diawal waktu,masih lubang sana sini maksud saya,ada saja yang tertinggal,terlajak waktu. Kalau kepada Rasulullah pula,berapa kali kita selawat keatas baginda? Ada ke dalam sehari tu? Ni,Al-Quran yang juga membantu kita kelak ada sentuh? Ada tengok? Ada baca? Berapa kali? Istiqamah dah ke belum? Nasihat ini bukan untuk anda semua tetapi untuk kita semua,ya benar termasuk diri saya sendiri. Rasulullah SAW pernah berkata,"Anta ma'a man ahbabta." Iaitu bermaksud kamu akan bersama dengan orang kamu cintai akhirat nanti. Kalau nak berlebih-lebih,memuja sangat artis sana sini sinu ke boleh tapi haram ah dah sampai tahap memuja tu -,- nak buat,buat tetapi tahu sajalah balasannya apa,dan mereka bantu ke nanti kat akhirat kita,boleh? Nak mana,dengan artis kesayangan ke atau Nabi Muhammad SAW yang tercinta? Pilih,buat pilihan cepat sebelum terlambat. Luangkan masa banyak lagi dengan yang tercinta untuk bersama mereka akhirat kelak. Dunia ini sementara,ingat! Ya Rabb,fainnahu laa yaghfiruzzunuba illa anta,Ya Allah,maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu. Assalamualaikum wbt,fi amanillah. 

:: NN ::

Yang Mungkin Berkaitan: 

Iman-Malu-Couple
Kasih Sayang Rasulullah SAW

Monday, October 20, 2014

SemBreak Post 3 : Tinggalkan Aku

Assalamualaikum

"Apabila fikirkan kawan-kawan aku,lantas aku teringatkan Allah. Betapa pemurahnya Dia pertemukan aku dengan mereka semua. Maka tidak syak lagi,aku punya kawan-kawan yang baik iaitu membuatkan aku ingat kepada Allah. Tapi andai diri aku ini melalaikan kawan-kawan aku,membawa mereka jauh dan lupa kepada Allah...Aku redha jika mereka tinggalkan aku kerana itu. KeranaMu,Ya Allah Ya Tuhan kami. Sungguh tiada rungutan daripada aku sama sekali tiada malah aku lebih bahagia dan bersyukur serta rasa selamat buat kita semua. Mungkin itulah yang terbaik buat kita semua tanpa dipersoalkan nanti di akhirat kelak. Tanpa saling menuding jari akan kegagalan sebagai seorang teman mengalas tanggungjawab dan amanah untuk membantu teman yang lain berada didekatMu."

NN, Teman yang tidak sempurna yang sedang mencari kesempurnaan.

Bismillah... Hai semuanya ;) , sihat? Surat chenta di atas itu. Hmmm... Izinkan saya menggunakan bahasa 'aku' disini. Ya,benar sekali aku ini manusia yang kotor dengan dosa. Nyata tidak sempurna yang sedang perlahan-lahan dalam jalan ke arah mencari kesempurnaan itu. Dalam perjalanan ini pastinya aku menemui ramai manusia sejagat,lebih dekat lagi kawan-kawan seperjuangan. Sepertimana tajuk diatas,benar...Aku mahu sesiapa sahaja yang pernah terfikir atau rasa aku ini membawa kalian dalam arus kelalaian,tidak mengajak kalian dalam mengingati Allah serta tidak menunjukkan sebarang nilai-nilai baik maka elok sahaja tinggalkan aku. Jujur aku tidak kisah. Ya aku mungkin tidak teruk pada sesetengah orang. Sungguhpun begitu,walaupun tidak teruk,tidak semestinya aku baik untuk semua orang. Mungkin aku ini baik untuk A tetapi tidak kepada B. Mungkin kerana keserasian atau faktor lain yang membuat aku tidak baik buat seseorang sehingga aku gagal untuk mengajaknya ingat kepada Allah atau mengajaknya dalam buat kebaikan. Atau juga mungkin seringkali menariknya dalam lembah kelalaian. Tolong selamatkan aku daripada dipersoalkan kelak,dengan meninggalkan aku. Dan juga selamatkan diri kalian daripada dipersoalkan kenapa bersama aku sedangkan aku ini perosak kalian. Jika itu aku buat kalian. Aku serius,aku tidak akan sama sekali terasa malah akan doakan kalian,buat kita semua yang terbaik. Kalau betul sayang aku tetapi aku ini teruk buat kalian,kerana sayang itulah tinggalkan aku. Bantulah aku,dan diri kalian sendiri untuk menjejak syurga. Tiada guna bersama jika hanya membawa ke arah sebaliknya,na'uzubillah min zalik. Fahami aku. Renungkan sebentar saat-saat kalian bersama aku. Dan mula buatkan keputusan. Aku redha,aku bersyukur dan sentiasa sayang kawan-kawan aku. Ingin sekali aku dan kalian semua menjadi jiran tetangga kelak di syurga,in syaa Allah...

NN,Aku yang cuba melayakkan diri walaupun tahu diri penuh dengan dosa tetapi masih inginkan syurgaNya.

Mereka yang fikir aku solehah,
Yang anggap aku ini seorang muslimah yang benar,
Sedangkan mereka hanya nampak apa yang Allah izinkan,
Aib aku yang Dia selindung mereka tidak nampak,
Aku ini seringkali lakukan dosa kecil dan besar,
Jika dosa itu bisa di bau,
Barangkali,tidak...sudah semestinya busuk itu dapat melayukan kehidupan flora di bumi,
Dapat mematikan kehidupan dilaut,
Dapat membuat seluruh manusia membenci dan membunuh aku,
Kerana aku ini sememangnya manusia yang penuh tompokan hitam dengan dosa,
Maafkan aku,ampunkan aku...Ya Rabb

:: NN ::

Saturday, October 18, 2014

SemBreak Post 2 : YOU,My LOVE !

Assalamualaikum


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
THIS MORNIGHT,I KEEP SAYING...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YA ALLAH,WHY ARE YOU SO SWEET???! I LOVE YOU!!!


:: NN ::

p/s Do people know why I say that? Do people have the answer? Are you guys with me? Tell me why!!! ;)

Wednesday, October 15, 2014

SemBreak Post 1 : Universiti Cane?

Assalamualaikum

Ni hao ;) , Tajuk bajet Shah Alam sikit. Hahahaha. So post rasmi untuk cuti sembreak ni bermula dengan ceritera di universiti. Phew,I was having a difficult time there. Apabila masuk universiti banyak kita kena sabar dan banyak kita kena bertolak ansur. Susah bagi In sebenarnya dalam kerja berkumpulan maksudnya apabila hendak buat assignment. Apabila dalam kumpulan itu punya manusia yang buat kerja sambil lewa,tidak menepati masa,buat-buat tahu walhal tak tahu,tidak memberi komitmen yang tinggi,mengharapkan segalanya pada seseorang atau antara manusia dalam group itu,etc. Wow,sangat sangat sangat menguji kesabaran dan ketahanan mental. Hahahah. You see,In nak habis kerja awal tapi ada yang nak guna masa discussion itu untuk dinner padahal dah roger-roger dah sekepala time tu buat discussion. And then, ada yang buat kerja sambil lewa. Kerja dan bersembang. Mulut jalan,tangan berhenti. Wow. Just wow. Sudahlah tak menyumbang sebarang idea,nak tulis elok-elok idea In dan yang lain in a piece of paper pun tak boleh? What can I say,dear readers? In nak marah tak termarah,nak menengking pun tidak lagi pula nak sarkastik. Ya Rabb...cubaan.

There was a time that I wanted to give up. Buat cincai-cincai. Study ala kadar because I'm so tired. Tired with people until I've no mood to study. Mental dah pecah-berkecai. Lewls... Kalau telefon mak abah serius menangis so tak call lah. Diorang yang call but I talked so fast untuk mengelak menangis. When they asked "how are you?-I'm fine" , "Is it okay there...-Oh yea,everything's fine," ... Just have to say so. Tak kan nak bagi parents risau. But sedalam-dalam hati ini nak kata ABAH PLEASE TAKE ME HOME. BRING ME BACK. JUST PLEASE. Yeah,macam tu. Dalam hati je mampu. Uhuksss... In tak kisah penat study tetapi yang In penat bukan study tapi to tolerate with other people yang perangai serupa anggap In macam manusia terkuat didunia,terajin didunia,hati kering sedunia... Oh please,I'm only human like you guys yang ingin masa lapang juga,yang ingin rehat,yang ingin perasaan dijaga,yang ingin bermacam keinginan because I'm only HUMAN ~ Another 5 months to go ~ with them ~ #prayforme ~ hahahaha

Anyway,ada juga baiknya...I do enjoy kehidupan di universiti juga kalau get rid manusia-manusia di atas. Lol. In more kepada sendirian,close with nature. Kihkihkih... tenang,serius. Boleh fikir lebih rasional,muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Wew. And with my roommates,I had a great time with them,seriously. Diorang sangat baik,thank you Qi,Natasya and Umi :* ...We even went out together tauuuu,ngeee....I love them but next sem we may not be together as roommates... Hmph... sebab kena daftar lain,dapat bilik lain dan juga roommates lain. Kalau jodoh kuat,mungkin sama balik tapi kalau tidak...what to do... Just glad that kita pernah bertemu,berkawan dan sebilik ^^,... In syaa Allah next sem kita masih boleh keluar bersama dan bersembang lagi pasal ehemmmm ehemmm ehemmmm... banyak ehem tu :P Lalalalala... ^___^

I like to go to Pusat Sukan. Banyak lelaki kuat disana. Okay TAK TAK TAK. Hahahaha. No,sebab sana juga In dapat ketenangan. In duduk dekat seat and termenung jauh... (ceh ingat pergi untuk bersukan kan?) Hahahaha. Cara In bersukan sana is having a walk. Atau workout dengan alat yang sedia ada ditempat workout. Jog maybe. Sort of :) In selalu guna kaki,jarang guna bas which is a kind of exercise too ;) Suka ronda-ronda uitm yang sebesar alam semesta tu (hiperbola) dengan roommates dan kekawan yang lain... :D one of them adalah............... DIDA omey omey tomey. Hahahaha. JALAN KAKI OKAY. Sebab kitaorang exercise...best tau,daki bukit segala,tahu saja kan uitm Shah Alam tu macam mana...kurrr kurrr~ Apabila dengan diorang rasa semua masalah atau tekanan hilang buat seketika...alhamdulillah,terima kasih kekawan dan sebilik sekalian. hehe...

Yap,as I said earlier that In memang rasa macam nak give up kan sebab people around me. It sounds so stupid to give up because of other people but actually,you see... macam mana nak study dan berjaya dalam suasana yang tidak menyenangkan,merimaskan,dan menyesakkan kita? I just can't. TETAPI,ada lah beberapa orang terutama Mr.Questionman yang buat In rasa senang disana. Senang macam instead of tengok sisi manusia-manusia yang buat In penat,why not tengok sisi manusia-manusia yang buat In rasa lapang je hati,senang je nak berbual dan nak berkongsi serta bekerjasama. Haa gitu... Seriously Mr.Questionman sangat membantu In disana secara dia sedar atau tidak. Hahahaha. Thank you Mr.Questionman. Memandai je In bagi dia nama gelaran...(Tak bagitau dia lagi ni) Hehehe. Selagi Mr.Questionman ada I think I can do and stay there for a few months more. Hahahaha.

Final exam 1st sem macam mana? Well, NO COMMENT ON THAT. Hahahahaha. I just did my best setakat usaha sendiri :P , Terima saja macam mana pun result yang mendatang...Kena repeat,repeat je la paper tu. Nak toleh mana,nak berganjak kebelakang tak boleh...move on je lah,terus kehadapan dan hadapinya ^_^ . Life is so simple and do not make it complicated :D I just hope that I will do better for the next sem and dapat graduate pada waktunya ! XD Oh yeah,dah tahu juga nak ambil apa untuk degree...I might reconsider it back but for now rasa macam muktamad. Tak kan bagitau lagi selagi ia tidak tercapai :D MUET? Baru je buat hari tu untuk MUET speaking test. I didn't do so well. I think I did better during the test with Madam Hadayat. Anyway,dah buat kan and I let the rest to Allah SWT. Tinggal listening,writing and reading pada 8 Nov if I'm not mistaken. So do pray for me ! Make a du'a for me tau :D is okay kalau tak dapat band 4 nanti well at least I've experienced that. Walaupun memang harap amek one go saja tapi kalau tak ada rezeki ambil lagi tahun depan. Mungkin kali pertama nervous ke ape kan? So Allah lebih mengetahuinya :)) I'm pretty sure boleh buat punyaeiiii but maybe kena gilap sikittt lagi :) I've learnt from my previous mistakes and if kena ambil lagi,I won't do the same mistakes again... In syaa Allah :)

My conclusion is kehidupan universiti buat masa sekarang ni In rasa ada tekanannya dan ada juga enjoymentnya. Hahaha. Enjoy dalam BM apa? Hibur? I don't know ><''' ...tapi hendak atau tidak kena juga atasi tekanan itu jika nak teruskan hidup disana,nak berjaya disana serta jangan juga begitu larut dalam hiburan sana.Bahagi masa sebaiknya and you'll survive there. Hahahaha. Harapan agar masih boleh bertahan lagi 5 bulan disana dan juga mencapai keputusan yang cemerlang di pengakhiran nanti... Kerana Allah,agama dan bangsa. Kerana Mak dan Abah...akan In tabah dan terus berjuang sehingga ke garisan penamat ;) Aamiin Allahumma aamiin...Ya Rabb,Kau berikan kekuatan serta ketabahan buat kawan-kawan seperjuangan dan aku sendiri. Sentiasalah bersama kami,ya Allah ya Tuhan kami... kerana hanya kepadaMu tempat kami bergantung dan menerima kekuatan itu. Engkau Maha Besar,Engkau Maha Pemurah...Bantulah kami :)

p/s tahniah buat kak Mimi atas puteri sulungnya =D Semoga sis sekeluarga sihat wal'afiat ^^,

:: NN ::


Monday, October 6, 2014

Sem Break !

Assalamualaikum



Bismillah... Alhamdulillah,akhirnya dapat lagi menype disini. Hahahah. Lama betei menyepinya kan? Maaflah sibuk dengan 1st sem. Banyak benornye post yang tertangguh. Ceramah-ceramah,mengenai kehidupan di universiti,panduan untuk adik-adik yang akan kelak masuk UiTM dan course Undang-undang serta mengenai Cekmekda saya ;) ... Hari ni warm up dulu dengan satu post ni,saya akan start planning untuk post mana yang menyusul dulu :) In akan blogwalking ke blog-blog Assai Ben dan yang lain,in syaa Allah secepat yang mungkin. Keep Calm and Stay Healthy XD  See yea ~!

:: NN ::